Tiang Seri Rumah

Assalammualaikum w.b.t.. Nama saya Ai.. Ai adalah adik kepada Iz yang pernah story tentang Along & Mistik dan kisah Tok Guru Alam Ghaib.. Ai nak story tentang rumah pusaka yang Iz ada sebut dalam kisah Tok Guru Alam Ghaib..

Mengikut cerita arwah mak, di tiang seri rumah pusaka tu ada orang tanam hantu raya.. Siapa yang tanam??? Mak dan bapa Ai kahwin atas dasar pilihan keluarga.. Bapa asal dari selangor.. Mak dan bapa tak pernah berjumpa sehinggalah pada hari perkahwinan.. Mak beberapa kali merayu pada atok dan nenek untuk membatalkan perkahwinan sebab mak selalu mimpi yang pelik-pelik.. Mak mimpi bapa hanya tinggi separas pinggang mak sahaja..

Mak memang perlu bersiap di dalam bilik yang dekat dengan tiang seri tu.. Tapi disebabkan mak tak nak berkahwin jadi mak tak nak duduk dalam bilik tu.. Ada kawan mak duduk dalam bilik tu sementara yang lain cuba pujuk mak untuk bersiap..

Tiba-tiba majlis menjadi kecoh kerana kawan mak yang ada di dalam bilik tu meronta-ronta dan memekik hendak b***h bapa Ai.. Mak kata tubuh kawan mak tu kecil je.. Tapi 4 orang lelaki cuba untuk menghalang dia, pun masih tak mampu melawan tenaga dia.. Mujur arwah atok Ai adalah tok guru mengaji, so atok dan beberapa orang kawannya cuba lawan menggunakan ayat Al-Quran..

Masa sesi soal jawab dengan makhluk yang merasuk kawan mak; makhluk tu bagi tau ‘dia’ dihantar oleh seseorang yang tergila-gilakan mak.. Dia kecewa bila mak nak berkahwin dengan orang lain.. Dia nak bapa m**i..

Sebenarnya makhluk tu disuruh untuk merasuk tubuh mak dan b***h bapa.. Tapi disebabkan semangat mak kuat dan mak tak duduk dalam bilik tu, makhluk tu rasuk tubuh kawan mak yang lemah semangat.. ‘Dia’ juga bagi tau, ‘dia’ adalah hantu raya yang ditanam di tiang seri rumah tu oleh orang berkenaan.. Selepas kawan mak pulih, majlis nikah n perkahwinan diteruskan..

Arwah atok dah banyak kali buang ‘benda’ tu tapi setiap kali juga orang tu akan tanam semula.. Disebabkan tu, memang rasa seram duduk kat rumah tu sorang-sorang.. Masa Ai kecil, Ai kerap dengar ‘bisikan’.. So Ai akan tidur dengan menutup telinga dengan bantal.. Dan Ai kerap kena ‘tindih’..

Sejak kami tinggal dirumah pusaka tu, dah banyak kali mak dan bapa panggil orang yang pandai untuk buang hantu raya tu dan alih laluan orang bunian untuk ke masjid di pokok buluh belakang rumah.. Tapi setiap kali dibuang, orang tu akan datang tanam semula.. Walaupun kami tak cerita pada sesiapa tentang nak buang ‘benda’ tu.. Tapi orang tu tetap akan tahu juga.. Tak faham juga kenapa masih berdendam sedangkan masing-masing dah berkahwin.. Dan mengenai nak ubah laluan orang bunian tu pun gagal.. ‘Mereka’ tetap nak lalu kat tiang seri rumah..

Walaupun macam tu, kami tak pernah nampak ‘benda’ tu menjelmakan diri.. Hanya isteri Along yang boleh nampak.. Sebab tu isteri Along tak berani datang rumah kami sebab dia selalu nampak jasad mak yang selekeh di dapur dan di atas rumah.. Dan disebab tu juga, isteri Along menuduh mak membela hantu raya..

Sekian kisah ringkas dari aku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Tiang Seri Rumah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.