Tiga Kisah Seram

Assalammualaikum & selamat pagi semua. Harapnya admin approvelah kisah aku ni. Semuanya kisah yang aku penah dengar dari kawan, ibu bapa, cikgu-cikgu, sepupu sepapat dan lain-lain. Tapi aku ubahlah sikit-sikit, supaya korang tak kenal orangnya. Ramai member baca Fiksyen Shasha ni. Sape tau aku sape, senyap-senyap je, OK? Zip. Ceritanya pendek-pendek aje. Senang korang nak baca.

Kisah 1:
Kisah ni cikgu aku yang cerita. Dia kata dulu dia student di MRSM tutttttt. Dirahsiakan. Bilik dia menghala ke satu tingkap yang tak cukup bilahnya. Tapi cikgu aku ni berani. Beliau buat dek je.

Nak jadi cerita, suatu malam ni, masa dia nak tidur. Kawan-kawan lain semua dah tertidur, lampu pun dah light off. Gelaplah dalam bilik, tapi luar ada lagi lampu. Tingkap bilik dia kan tak cukup, so dia boleh nampak luar.

Masa dia dah baring dan nak tidur, dia tertengok dekat luar tingkap tu, dia nampak sorang perempuan, berdiri je dekat luar. Jauh jugaklah dari tingkap dia tu, macam dekat dengan pagar luar. Dia ingatkan ada member yang belum tidur. Bila dia kelip mata je, terus perempuan tu dah ada depan tingkap dia. Bayangkan dalam sekelip mata je. Kompem la bukan orang.

Dia pun pejam mata rapat-rapat. Kemudian, dia rasa macam ada ‘orang’ duduk atas tilam dia. Kan kalau kita baring atas katil, bila ada orang duduk kat hujung katil mesti rasa tenggelam sikit, kan? Macam itulah dia rasa. Tapi takut punya pasal, memang tak beranilah dia nak buka mata tengok.

Sekali ‘orang’ tu pegang kaki dia!! Sejuk je rasa tangan ‘orang’ tu masa tu. Memang menyeramkan. Macam-macam la surah dia baca, last-last tertidur sendiri. Bangun esok tu, tengok takde dah ‘orang’ tu.

*************************************

Kisah 2:

Kisah kawan aku pulak. Masa sekolah dulu kami ni duduk dalam dorm. Bilik aku area depan2, bilik dia pulak area belakang. Jauh jugak la adalah dalam selang 30 locker macam tu, sebab dorm ni memanjang. Memang pelik sikit ciptaannya.

Kawan aku ni cakap tiap2 malam dia akan terjaga jam 3, 4 pagi. Lepas tu tak boleh tidur dah. Kalau terjaga saje takpelah kan.. ni siap pakej kena kacau. Dia cakap setiap kali dia terjaga tu, mesti dia akan dengar tapak kaki ‘orang’ berlari dari arah katil aku, terus ke arah katil dia. Lepas sampai depan locker dia, ‘orang’ tu berhenti. Dan dia boleh rasa bunyi ‘orang’ tu bernafas dekat gila dengan muka dia. Macam ‘orang’ tu tengah tengok muka dia dekat2 lepas penat berlari. Macam korang lepas lari pecut 100m, korang bernafas laju tu…haaa camtu lah bunyinya. Tapi memang dia xtau la siapa ‘orang’ tu sebab dia tutup muka dengan selimut.

Dan 3 malam berturut2 jadi perkara ni dekat kawan aku, sampaikan hari keempat dia dah tak tahan, dia telan panadol, supaya tak terjaga masa 3, 4 pagi tu (adik-adik jangan buat cara ni tau). Tapi tetap terjaga jugak. After seminggu baru lah gangguan tu berhenti. Mungkin ‘orang’ tu dah slim gamaknya. Tak koser nak berlari dah malam2.

*************************************

Kisah 3:

Ni pulak kisah masa aku dekat Kolej Matrikulasi tutttttt. Rahsia jugak. Hari tu kecoh kata ada kawan dekat hostel aku tu demam seminggu sebab kena kacau. Alkisahnya begini, masa tu dah lewat. Adalah dalam jam 2, 3 pagi. Time ni memang majoriti student dah tidur. Penat sebab kelas siang habis sampai jam 5 petang.

Tapi kawan aku ni dia belum iron baju lagi, dekat Matrik ni, bilik iron dia asing, tapi kebetulan bilik iron tu sebelah je bilik dia. Macam bilik aku dengan bilik iron ni jauh, so tak koser la aku nak g jalan ke sana semata2 nak iron kan. Kawan aku ni pulak jenis berani la gamaknye kot pegi iron kat bilik tu sorang2 diri aje.

Tapi masa dia masuk dalam bilik iron tu, bilik tu dah ada ‘orang’ tengah berdiri depan iron board. Dia tak fikir ape lah, rasa berani la sikit sebab ada orang lain dalam bilik tu walaupun tak kenal. Tapi dia masa tu tak terfikir nak tengok arah ‘orang’ tu, cuma nampak dari ekor mata je la. ‘Orang’ tu macam dah siap dah iron baju sebab dia tengok tak bergerak pun, macam berdiri je depan iron board tu.

After dia habis iron, dia pun balik bilik. Dia nampak dari ekor mata dia lagi, ‘orang’ tu macam ikut dia. Dia husnuzon (bersangka baik) lagi la sebab dia fikir mungkin bilik orang tu sebelah bilik dia kot. Dia pun selamber masuk bilik dia, tapi tak tutup pintu.

Dia bukak locker dulu, dia simpan2 baju dia yang dah iron tu dulu baru lah dia tutup pintu. ‘Orang’ tadi dah takde lah masa ni mungkin dah balik bilik dia. Sekali masa dia nak tarik selimut nak tidur, dia terpandang atas locker dia.

‘Orang’ tu ada atas locker dia!!!! Siap menyeringai lagi. Terus dia menjerit dan tutup muka dengan selimut. Esoknya terus demam panas dan balik kampung. Lepas tu, aku dengo citer kata kawan aku tu dah berhenti belajar. Tak datang2 dah. Dengo citer jela, entoh betoi entoh idok.

*************************************

Tiga kisah je la dulu ek. Kalau ada masa, aku sambung lagi, OK?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Faydell
Tiga Kisah Seram
Rate this post

25 comments

  1. Aduhai yang kisah ketiga tu , seram ah , kalau aku jadi die pun aku demam😭pape pun jalan cerita nih memang ringkas dan mudah untuk difahamkan😊

  2. Aku ase si penulis ni mesti org Perak.. maybe bote kiri atau kanan, atau pekan Lambor tak pun pekan Parit.. berdasarkan loghatnye pun aku dah boleh detect si penulis ni org mane hahaha. jangan gtaw ak yg engko bukan owg Perak.. sbb kalo ko xmengaku nampak bebenor lee ko nak menipu nyeee.. ahhahaha.. dan aku yakin ni mesti berlaku kat Perak haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.