Tikam Belakang

Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi Ariff Budiman ke udara dengan kisah yang baru.Terima kasih admin dan pembaca semua
Fiza, Mizi dan Fuad bukanlah nama sebenar. Mereka merupakan nama-nama ciptaan penulis berkisarkan kisah benar yang pernah terjadi. Mereka merupakan kawan karib semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Saling bermain bersama. Antara mizi dan Fuad, Mizi amat rapat dengan Fiza. Mereka saling bermain bersama ketika waktu kecil lagi. Kerapnya mereka akan main mainan masakan dan Fiza menjadi isteri lalu memasak untuk suaminya Mizi. Fuad pula menanti masakan dari Fiza tapi akhirnya masakan Fiza hanyalah untuk Mizi sahaja. Ketawa Mizi dan Fiza bile melihat Fuad terpaksa masak sendiri.
“ Mana boleh Fiza masak untuk Mizi saja. Aku pun suami hang jugak “. Kata Fuad
“ Mizi saja suami Fiza “. Kata Fiza dan Mizi tersenyum lebar mendengar pengakuan Fiza. Fuad terus mencebik bibirnya. Kejab mereka sama-sama ketawa gelihati.Itulah zaman persekolahan rendah mereka.

Mereka masuk ke alam sekolah menengah. Setiap hari mereka bertiga akan berjalan kaki bersama menuju sekolah. Di takdirkan kelas mereka juga sama. Mizi dan Fiza semakin intim dan di sedari oleh rakan-rakan yang lain. Fuad seperti biasa saja tanpa menunjukkan perasaan dengki bila Fiza lebih dekat dengan Mizi. Di antara Mizi dan Fuad pulak, Fuad lebih bijak berbanding Mizi dalam matapelajaran terutama matematik. Kadang-kadang Fiza bertemu Fuad untuk menyelesaikan masalah. Mereka akan bergelak ketawa dan Mizi tidak pernah merasa cemburu bila melihat keakraban Fiza dan Fuad. Memang mereka bertiga terlalu akrab. Kadang-kadang sudah tiada rahsia di antara mereka bertiga. Masing-masing dah tahu akan kelemahan dan kebaikan di antara mereka. Suatu hari…
“ Mizi. Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat Fiza “. Tiada riak terkejut di muka Mizi. Dia hanya diam saja
“ Hang punya pikiaq macam mana Mizi “. Tanya Fuad dan Mizi hanya terdiam seribu bahasa.
“ Itu hang kena tanya Fiza “. Jawab Mizi sedangkan dia sendiri mencintai Fiza tapi terpaksa berdiam diri bila Fuad telah menyuarakan hasrat cintanya.

“ Fiza…Lepas sekolah boleh kita berjumpa “. Fuad meletakkan surat di dalam buku Fiza dan Fiza membacanya. Fuad kabarkan kepada Mizi tentang perjumpaan ini. Fuad tidak sabar ingin meluahkan rasa cintanya terhadap Fiza. Bila selesai persekolahan, Fuad bergegas ke tempat mereka bertemu.
“ Ada apa hal hang nak jumpa aku Fuad “. Tanya Fiza. Mizi hanya memerhati mereka dari jauh. Dia tidak mahu mengganggu. Fuad diam lalu bersuara…
“ Fiza…Sebenaqnya aku dah lama cinta dekat hang. Hari ni aku dapat bersuara. Aku harap hang dapat terima cinta aku. Lagi pun kita dah lama kenal “. Kata Fuad dan Fiza nampak terkejut dengan pengakuan Fuad. Dia memandang Mizi.
“ Sorry Fuad. Memang kita 3 orang adalah rakan karib tapi aku lebih menyintai Mizi. Maaf Fuad. Mungkin ada yang lebih baik dari aku lagi pun hang pandai. Apa yang nak di risaukan “. Kata Fiza dan Fuad hanya mampu tersenyum. Dia berjalan lalu menghampiri Mizi
“ Tahniah Mizi kerana dapat memiliki hati Fiza “. Mizi tersenyum mendengar ucapan dari Fuad.

Mereka bertiga pulang bersama sambil bergelak ketawa. Akhirnya mereka dapat mengharungi alam sekolah menengah. Bila keputusan SPM di umumkan, Fuad telah berjaya dengan cemerlang. Mizi dan Fiza hanya cukup makan saja. Fuad telah melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Mizi dan Fiza hanya mampu bekerja di sektor perkilangan namun mereka cukup bahagia bila dapat bersama. Akhirnya Mizi dan Fiza telah mengikat tali pertunangan. Hasil dari menabung, akhirnya Mizi dapat memiliki sebuah motosikal Yamaha 125. Dengan motosikal itulah mereka ke tempat kerja bersama dan keluar makan. Ternyata Fiza tidak mementing harta kekayaan. Dia menerima Mizi seadanya.

Ketika mereka makan bersama, tiba-tiba berhenti sebuah motokar Honda Accord. Keluar seorang anak muda berkaca mata hitam menghampiri mereka.
“ Assalamualaikum Mizi, Fiza “. Tersentak mereka bila di tegur. Akhirnya barulah mereka menyedari yang berdiri di depan mereka ialah Fuad. Dia telah berjaya dalam hidup. Fuad berpelukkan dengan Mizi. Sudah lama mereka berpisah mengikut haluan masing-masing
“ Jom Fiza kita jalan-jalan dulu “. Kata Fuad lalu Fiza memandang muka Mizi. Mizi memberi persetujuan membenarkan Fiza mengikut Fuad. Semasa berada di dalam kereta, Fuad mula mainkan jarumnya
“ Aku dengar hangpa berdua dah bertunang “. Fiza mengiakan saja. Tiada ucapan tahniah dari Fuad
“ Mizi tu kerja kilang saja kan. Aku tengok dia hanya mampu pakai motorsikal saja. Tengok aku Fiza. Aku dah berjaya “. Kata Fuad. Fiza mula tidak merasa senang bila Fuad mengutuk sahabat karibnya sendiri. Bagi Fiza, Fuad sudah riak dengan kedudukkannya.
“ Fuad. Hantar aku balik. Aku tak suka dengar hang kutuk sahabat baik hang sendiri. Aku pun sedaq yang Mizi tu tidak kaya tapi akhlak dia cukup baik. Dia kerap bertanya tentang diri hang “. Fuad hanya mendiamkan diri dan terus membawa Fiza pulang.
“ Aku tak akan lepaskan hang Fiza. Aku akan pastikan hang jadi milik aku “. Fiza tersentak mendengar kata-kata sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Sahabat yang tahu akan kelemahan mereka. Andai salah seorang ada masalah, mereka akan selesaikan bersama. Kadang-kadang tiada rahsia di antara mereka.

“ Fuad. Hang dah banyak berubah. Mana Fuad yang dulu aku kenai dulu“. Kata Fiza sambil menghempas pintu dan terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Mizi setia menanti Fiza di rumahnya.
“ Kenapa muka masam ni Fiz “. Tanya Mizi tapi Fiza hanya mampu diam dan menyembunyikan kemarahannya. Biarlah dia simpan segala rahsia. Dia tidak mahu Mizi terluka atas perlakuan sahabat baik mereka. Mizi sempat bertanya Fiza tentang Fuad..
“ Biarlah dengan Fuad. Tak payahlah kita bercerita tentang dia. Dia bukan Fuad yang kita kenal dulu. Fuad sekarang penuh dengan kesombongan dan ego diri “. Kata Fiza kepada Mizi. Setelah di desak Mizi, akhirnya Fiza terpaksa menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Fuad. Terekjut Mizi dengan perubahan mendadak Fuad.
“ Bialah Fiz. Sama-sama kita berdoa agar Fuad berubah. Jangan lupa nanti kita jemput dia semasa kenduri perkahwinan kita “. Diam Fiza sambil melayan sesuatu.

Setelah lima bulan mereka bertunang, akhirnya Mizi dan Fiza akan di ijab kabulkan. Majlis di adakan di rumah Fiza. Ramai tetamu yang hadir. Fuad sahabat baik mereka tidak terkecuali. Dia tenang dan sesekali menjeling kearah pasangan bahagia ini.
“ Abang…Fiz rasa tak sedap hati la “. Luah Fiza kepada Mizi
“ Sama-samalah kita berdoa sebab abang pun turut rasa berdebar-debar “. Luah Mizi
“ Pakcik. Kenapa badan saya rasa semacam ni “. Luah Mizi kepadaku. Aku melihat ke arah Fuad sahabat baik mereka. Ada yang tidak kena dengan Fuad ni. Aku nampak bayangan sesusuk tubuh yang menggerunkan di badannya dan dia asyik tenung ke arah Fiza. Tiba-tiba Fiza menjerit dan terus jatuh. Majlis belum bermula tapi keadaan dah kelam kabut. Mizi memandang muka aku tanda meminta pertolongan.

Fiza terus meracau-racau. Ibu serta ayahnya mula panik. Fuad hanya diam membatu melihat Fiza meracau-racau. Fiza di baringkan. Mizi datang kearah Fiza..
“ Pergi kau dari sini. Aku benci tengok muka kau “. Tempik Fiza kepada Mizi.
“ Apa yang berlaku ni Mizi “. Tanya ayah Fiza tapi Mizi tiada jawapan.
“ Pakcik rasa macam mana “. Tanya Mizi kepadaku
“ Fiza kena sihir ni dan pkcik dapat agak siapa punya angkara “. Aku berkata kepada Mizi
“ Siapa punya kerja pakcik “. Tanya Mizi kepadaku
“ Takpa. Sebentar lagi kita akan tahu “. Jawabku. Terus aku talipon ustaz dan meminta dia datang ke majlis. Memandangkan rumah ustaz berdekatan, maka sekejap saja ustaz sudah sampai.

“ Apa yang pakjang nampak “. Tanya ustaz
“ Dia guna bomoh siam ustaz. Ada tok sami berdiri sebelah kawan depa “. Tersenyum ustaz.
“ Owhhh…Ni kes kawan tikam kawan la. Takpa jom kita tengok “. Terus aku dan ustaz merapati Fiza
“ Hangpa sapa pulak yang mai ni. Buat menyemak saja “. Kata Fiza dalam loghat siam. Ada yang tersenyum mendengar loghat siam dari Fiza. Ustaz terus membaca ayat qursi lalu di hembus kearah Fiza. Orang ramai terkejut bila tiba-tiba Fuad jatuh pengsan. Ustaz tersenyum menadang muka aku.
“ Biarkan dia dulu. Kita pulih dan selesaikan majlis ini dulu “. Kata ustaz kepada keluarga Fiza dan mereka akur. Terus ustaz membaca surah Al baqarah dan seterusnya. Fiza terus menjerit
“ Kenapa kau ada di sini “. Tanya ustaz
“ Tuan aku yang suruh datang. Hehe “. Kata Fiza
“ Siapa tuan kamu “. Tanya ustaz
“ Mana boleh bagitau. Itu rahsia kami “. Kata Fiza tersengih. Ustaz terus memukul rotan di bantai
“ Aduhh…sakit..sakit. Baik la aku bagitau. Jangan pukul aku “. Kata Fiza

“ Tuan aku tu…Sedang pengsan “. Sambil menjuih mulutnya kearah Fuad. Terkejut Mizi mendengarnya
“ Depa kan kawan baik. Mana mungkin Fuad nak rosakkan Fiza “. Tanya ustaz untuk kepastian
“ Hehe. Itulah depa bodoh. Pi cerita habih semua rahsia dekat kawan. Bila kawan tak puas hati maka dia akan gunakan rahsia ni untuk melemahkan musuhnya “. Cerita Fiza. Tunduk Mizi menahan kesedihan. Tidak di sangkanya Fuad sanggup buat perkara sejauh ini. Selama ini dia tidak pernah berburuk sangka terhadap sahabat baiknya
“ Sekarang macam mana. Kau nak keluar atau tidak “. Tanya ustaz
“ Aku tak mau keluar selagi tugas aku belum selesai “. Kata Fiza
“ Kalau kau keluar, Aku akan bebaskan kau. Tapi kalau kau berdegil, aku terpaksa sembelih kau “. Kata ustaz
“ Aku tak peduli. Aku tak mau keluar “. Kata Fiza. Akhirnya ustaz mengeluarkan kayu lalu membaca dan di letakkan kayu di leher Fiza lalu membaca sesuatu. Kelihatan Fiza menggeletar dan kemudian terus diam. Perlahan-lahan Fiza membuka matanya dalam keadaan tercengang-cengang.
“ Syukur Fiza dah sedar. Sekarang kita pulihkan lelaki ni pulak. Dialah puncanya “. Kata ustaz.

Ustaz membaca ayat suci al quran lalu di hembus kearah Fuad. Fuad tersedar dan terus bangun. Semua anak mata kini kearahnya
“ Aku tak sangka hang yang buat Fuad “. Kata Fiza. Airmatanya tidak dapat di bendung lagi
“ Kita sahabat baik dari kecik lagi. Sebab apa hang buat macam ni. Kalau hang suka Fiza, hang boleh bagitau aku “. Kata Mizi.
“ Jangan kata macam tu abang Mizi. Fiz lebih rela mati dari bersuamikan Fuad. Ini bukan sahabat. Sahabat dia tak akan tikam belakang sahabat sendiri “. Kata Fiza. Tunduk Fuad
“ Maafkan aku Fiza..Mizi. Aku menyesai ikut sifat syaitan. Aku terlalu cintakan Fiza dan aku tau, aku tak dapat memilikinya, jadi aku buat cara terkutuk “. Kata Fuad
“ Awak masih bernasib baik Fuad sebab kedua-dua sahabat baik awak tidak berdendam terhadap awak “. Kata ustaz kepada Fuad
“ Kau kan tahu yang aku dan Mizi saling mencintai. Tergamak kau buat macam ni. Kau guna kelemahan kami untuk menundukkan kami. Sampai hati kau Fuad. Kau dah berjaya namun kau tak pernah bersyukur atas kejayaan kau malah kau nak hancurkan sahabat kau sendiri “. Kata Fiza sambil esak tangis.

Terlalu sedih bila sahabat baik sendiri tikam dari belakang. Akhirnya Mizi bersuara
“ Aku dan Fiza maafkan kamu tapi `kami tak sanggup lagi melihat muka hang Fuad. Pergilah dari sini. Allah sebaik-baik penerima taubat Fuad “. Terdiam Fuad sambil menunduk malu
“ Terima kasih mizi. Fiza…Mizi sekali lagi aku minta maaf. Adakah kita masih bersahabat lagi “. Tanya Fuad
“ Kami dah maafkan kamu tapi kamu bukan lagi sahabat baik kami “. Kata Mizi. Airmatanya jatuh sewaktu meluahkan ayat ini. Sahabat seperjuangan. Sahabat tempat dia meluahkan rahsia. Akhirnya sahabat inilah yang menikamnya dari belakang. Fiza hanya terisak menahan kesedihan yang amat sangat.

Akhirnya Fuad melangkah keluar tanpa bersuara lagi. Malu dan menyesal di atas segala tindakkannya terhadap Mizi dan Fiza. Ustaz memandang aku..
“ Pakjang. Memang bahaya kalau kita menceritakan segala rahsia kita kepada rakan kita. Mungkin tak semua orang seperti Fuad tapi kita tidak tahu hati manusia yang sentiasa berbolak balik. Ada rakan yang boleh simpan rahsia kita. Bergaduh macam mana sekalipun, dia tak akan cerita segala rahsia kita tapi itu amat sedikit. Lebih baik kita simpan segala rahsia peribadi kita. Ia lebih selamat “. Kami terdiam mendengar kata-kata ustaz.

“ Ustaz. Boleh kita teruskan majlis akad nikah “. Tanya ayah Fiza dan ustaz mengiakan. Dengan sekali nafas akhirnya Fiza sah bergelar suami Mizi. Ramai yang terharu ketika melihat upacara menyarung cincin. Menangis Fiza sewaktu mencium tangan suaminya Mizi. Mizi bersalaman dengan aku
“ Terima kasih pakcik kerana membantu kami “. Kata Mizi kepadaku
“ Benda kecik saja Mizi. Cara kebetulan saja pakcik ada di sini. Jagalah Fiza dengan baik. Mizi pun tahukan bukan senang nak memilkki Fiza. Banyak dugaan yang harus di tempuh. Jadilah seorang pendengar yang baik. Bantulah Isteri dan bukan mengarah “. kataku kepada Mizi. Datang pula Fiza kepadaku. Sambil menangis dia berkata
“ Pakcik. Kami ucap berbanyak terima kasih kepada pakcik. Pakcik bagaikan bapa kepada kami. Kami juga dapat merasakan apa yang telah pakcik rasa. Sakitnya sihir ni pakcik “. Kata Fiza kepadaku
“ Dah la. Hari ni kan hari bahagia kamu. Pakcik doakan agar kamu bahagia hingga ke Jannah. Tunaikan hak masing-masing dan nescaya Allah akan tunaikan hak kamu “. Kataku kepada mereka sebelum berangkat pulang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ariff Budiman
FB Penulis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.