Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada team FS yang sudi post aku punya story yang tak seberapa ni.
Okey aku kenalkan diri aku intan, ada suatu hari aku tidur di ruang tamu (di lantai) dan tiba² saya rasa badan saya tak boleh nak gerak nak macam ada orang peluk aku dari belakang dan bunyi macam orang berdekur pun ada. Allahu masa tu memang meremang bulu roma, baca ayat kursi pun lintang pukang. Tapi tiba-tiba dia hilang sendiri tak tahulah kenapa, sebabnya saya kalau kena tindih, diorang ni mesti tindih sekejap je lepas tu hilang terus.Alhamdulillah mungkin Allah uji hambanya setakat yang mampu kan.
Tapi ada benda penting aku nak bagi tahu. Benda ni sebelum nak tindih kita, badan kita akan rasa macam seram sejuk dan rasa mengatuk yang tak boleh nak control. Leka sikit terus datang nak tindih kita.Nak cakap macam mana pun tak tahu, mungkin yang pernah rasa tu tahu apa yang aku cakap.
Pernah pada siang hari, aku tidur dekat sofa dan tiba-tiba elektrik rumah aku jadi macam tutup dan nyala semula, dan suppp berdesing telinga aku dia datang macam tu. Tu pertama kali jadi dekat aku bila kena tindih, dia main- main dengan elektrik pula sekarang ni. Haiih..Dan macam biasa dia cuba tindih saya sekejap saja mungkin dalam 5 minit atau 10 minit macam tu.
Ni part seram ya🤭Hati-hati yang sedang membaca malam-malam tu ye.
Okey aku ni bila lama-lama selalu kena tindih makin teruk pula di kacaunya aku. Ni tahun lepas punya cerita. Ada suatu hari tu kami sekeluarga balik kampung sebab Arwah Makcik aku meninggal dunia, dan masa aku ikut pergi kubur tu tak rasa apa-apa pun, habis saja kebumikan jenazah Arwah Makcik aku dan semua saudara mara aku balik rumah masing² termasuk keluarga aku. Dan malam menjelang, kejap fuhhh..serius seram wey😂
Okey sambung balik.. Malam tu aku tidur tepi langsir ruang tamu sebab mak aku tidur dekat sofa. Macam biasa kena tindih juga harini ni, penat tahu.. Tahu tak apa yang aku nampak bila buka mata, aku nampak baju putih kaki terampung betul-betul tepi aku saja dan aku tak nampak wajah dia macam mana..Allahu haihh masa-masa macam ni lah dia nak tunjuk pun..lepas tu aku pejam mata dan hanya ingat nama Allah saja dalam fikiran aku dan aku baca juga ayat kursi..tiba-tiba badan aku dah boleh gerak tapi rasa penat tu tetap ada.
Banyak lagi jadi kat aku ni..pernah dengar diorang gelak tepi telinga..apa yang syoknya tak tahulah. Ada lembaga hitam duk tenung aku. Aku tak tahu sama ada hayalan aku atau tak..tapi aku pernah nampak toyol masa kena tindih. Bunyi harimau lah..haihh macam macam benda ni..
Satu ja aku nak cakap benda ni kalau kuat kau bukak ruqyah pun dia lagi nak tindih kau lagi teruk dia tindih..memang tak boleh nak buat apa dah…ni pergalaman aku bila kena tindih. Dan sekarang aku memang tak boleh pergi kubur dah, mungkin nanti akan lagi teruk kena kacau.. Tapi benda ni kalau aku pergi mana pun mesti dia tumpang sekali nak ikut juga, hairan betul aku.
Terima kasih yang sudi baca kisah aku, mungkin cerita saya tak menarik atau seseram kisah lain. Tapi aku harap kau orang semua terhibur dengan kisah aku. Cuba aku rasa nak cakap kedah lah..tak syok cakap bahasa beku ni tak best kan. Hoho…
Penat tau hampa depa kacau aku macam tu, mungkin ni sebab keturunan keluarga aku juga. Nak buat macam mana kan ceq redha ja lah. Dah ni ja aku nak cerita kat hampa semua nah.
Nota : 1) jangan duk buat berani duk pi teguq benda tu kalau aku ternampak
2) jangan duk buat smart hang pi kacau rumah ibadat agama lain naya satgi duk merana ja nah..
3) jangan duk cakap berlagak macam hang tak takut benda lah, cakap benda ni semua syirik lah.. Tu yang selalu kena teruk tu.. (Macam pepetah selalu cakap : kerana mulut badan hang yang binasa)
4 tolong nah bila hampa kena tindih, tolong fikiran hampa tu fokus nama Allah sahaja.. Sebab benda ni dia bagi otak kita melewang kesana kesini kesana kesini..duk bagi kita lupa Allah..bayangkan hampa duk tulis dekat dahi hampa Alif Lam Lam Ha..In Sha Allah ada kekuatan yang boleh kita lawan depa ni nah..
Okey sampai disini sahaja, maaf kalau cerita aku tak berapa seram nah..Komen murni-murni sikit nah, dapat pahala free dekat bulan mulia ni..🤭
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
sy pun slalu kne tindih. xthu nk buat ape dah. stiap kali tu jgk akn npk rupe diaorg..mcm kelawar la..mcm nenek kebayan, saka pun ade,tambahn lg sy seorg nurse. kdg2,lpas kul 4 pg bru sy brani nk tdo.. klau ngantuk sgt sblom kul 12 sy akn lelap smpai pg. tp lpas kul 12, mmg sy sush skit,sbb trauma,tkut kne tindih. kdg2 sy bleh thu knp diaorg dtg kat sy. x ke seram? ini bkn cerita alah bisa tegal biase😂. ustaz kasim pnh bpesan,sblom tdo, cuci tangan bersih2,hlgkan bau. mmg betul, swtiap mlm sy psg riqyah,tp x jln. ape2 pun, sy rse ape yg admin rse sejak berumur 17thun lg..tq atas sharing.
kejap aku kejap saya…sampah
Kejap saya kejap aku haishh 😂
Betol apew kata penulis tuh,aq pon sllu kne mcm die ckp,aq tdur Dalam bilik nan anak buah aq,masa one tindih tuh,anak buah aq ni tdor mati,so aq pnggil mmg die x dgar,so aq xleh way ape2,aq just mcm meronta,aq Cuba juga keluarkan suara aq,suara aq tuh akak aq dapat dgr dark bilik sebelah,mula2 akak aq buat x Thu,dkt setengah jam jugak lah,lpas tuh akak aq x sedap hati,die pon jerit lah panggil anak buah aq suruh tgok aq knpe,bila anak buah aq bgun die trus menjerit terkejut,die terkam ke arah aq trus tarik aq kluar Dari bilik,jiran aq sebelah rumah pon terkejut dgar die jerit,sume datang rumah aq,bila org Tanya die ,die cakap are benda warna putih tgh bring atas aq,sume terkejut,bila dah settle,seminggu aq tdor kat ruang tamu,aq masuk bilik sebab ambil pakaian Jew,lau nak cerita mmg panjang,so aq bgthu sampai sini jew
Kalau kena tindih cuba tenangkan diri, supaya kita boleh baca ayat al quran dengan lancar. Baca ayat kursi tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. In sya Allah hilang. Tu yang aku slalu buat bila kena tindih.
Sma la.. Sya ni dari kecik, start kena darjah 3. Mmg wajib kena, bila tido lewat atas pkul 11mlm. Kena tindih tu bkn nak cita la, sampai 30minit.time tu jugak nmpk mcm2 lembaga la. Benda tindih2 ni mcm jdi sebahagian dari diri,smpaila aku 29tahun ni. Smpaikan klo pasang yassin pn, time kena tindih tu, ayat yassin tu dia buat tunggang langgang. Mcm2 aku ikhtiar jumpa ustaz sume, tp yg penting kena kekuatan dalaman diri dan psykologi. Kuncinya dekatkan diri pada Allah. Allah ada bersama kau. 😊
Yup.sama la sblm dia nak dtg tindih tu mmg dpt rasa badan seram sejuk.bulu roma akan naik.klu kita dah rasa mcm tu,kena gerak2kan badan so “diorang” tau kita masih berjaga.leka sikt je mmg terus kena tindih takleh buat apa dah.