Tingkat 3, Apartment Perdana Sec.13

Aku Cah. I’m one of the ex resident kat Apartment Perdana Blok 4 yang tengah hot kt FS ni. First aku dah baca pasal kisah Kerusi Rotan kat Tingkat 5, lepas few days keluar cerita pasal Tingkat 4 pulak dekat blok yang sama (mcm ada sequence dah). So, sebagai penyambung legasi story-teller pasal Perdana, aku nak share pulak kisah aku di BLOK YANG SAMA, dan di TINGKAT 3..

Back to 2011, dalam end of November kot aku register kat PTPL. So, Perdana jadi my last choice untuk aku buat jadi rumah sewa, since yg ada kat dalam area kolej mahal sikit sewa. Nak cut cost punya pasal, agen tu bawak aku tunjukkan Apartment Perdana ni..But before I further my story, mintak ampun ya kalau tak seram langsung cerita aku ni..

First impression masa masuk area Perdana, I was like awat macam sunyi sangat ni, tak ramai orang pon. Macam takda orang. Maybe la sebab time tu tengah sem break kot. Then En. ***, agen rumah tu bawak terus pegi Blok 4. Blok paling belakang, dan paling kontot sebab ada 5 tingkat je. Blok lain seingat aku ada 10 tingkat.

SKIP.

Sampai kat Tingkat 3, aku masuk rumah tu. Semua ada, keadaan rumah pon OK, bersih, cantik. Dah jelajah semua dalam rumah tu, so aku decide nak duduk situ. Dan bermulalah kisah aku.

Kisah 1: Roomate Misteri
Kejadian ni masa tengah freshie lagi ha. Nama roomate aku ni Shima. Dia layan k-pop. Alarm dia lagu kpop, pagi2 aku bengang jaa alarm memekak dia tak bangun2, tapi aku yg bangun..Dia ni macam misteri nusantara sikit. Sebab dia suka pandang org semacam ja. Dengan rambut panjang mengurai dia tu. Ada satu malam. Masa tu tengah cuti sem, semua senior balik kampung. Yang tinggal kami bertiga, aku Shima dgn Laila. Dia tengah layan kpop dia dalam bilik atas katil, lampu bilik tak buka, tapi pintu bilik dia buka. So kami yg duduk dekat hall ni nampak laa dia dari sini. Kami pulak layan facebook je, masa tu zaman langgan internet beli wifi kat kedai bawah rumah.(korang mesti tau kan, cuma sekarang mungkin dh tak ada) Tengah khusyuk dok online, tiba2 dengar Shima macam menangis. Kitorang tanya dari luar, ko kenapa nangis2, dia tak sahut. Bila pandang dia atas katil, tengok dia tersengih sambil pintal rambut dia yg panjang tu,tapi still dengar esakan nangis dia. Terus aku & Laila lari masuk toilet depan, kunci pintu. Dah laa toilet lampu rosak, bergelap la dalam tu, tapi ada cahaya sikit laa masuk dari luar. Yang aku ni,dalam takut2 pi capai periuk masa lari tu. Aku pon taktau kenapa, mungkin aku rasa periuk tu boleh jadi medium protect in case apa2 jadi. Masa tu fikir nak lari ke luar rumah, apakan daya, kunci semua dalam bilik dengan Shima.Cuma ada handphone ngan periuk ajaib aku ja. Then Laila terus mesej budak kolej (laki) mintak datang rumah jap. At least, kami tak takut sangat sebab macam ada penyelamat yg tunggu depan rumah.

Tiba tiba Shima datang kat pintu toilet, bersandar kat pintu rasanya. Dia ketuk2 minta kami buka, memang tak buka la cite dia. Lepas tu dia rayu rayu lagi suruh buka, lepastu dengar dia nangis lagi. Dia cakap buka laa Shima takut ni, buka laaaa. Mak ai tercacak bulu roma, tak sanggup aku nk buka, kang buka, muncul benda lain, mau pengsan kami. 30minit jugak dalam toilet tu sampai dh berpeluh & tak tahan dah. At the end kami decide bukak pintu dan berharap tak ada apa yg jadi. Sebelum tu Laila sempat cakap dgn Shima.. “kalau kami buka pintu, Shima janji dulu jangan buat perangai macam tadi, kami takut” Dia jawab OK.

Masadh keluar tu tengok dia mcm letih, aku terus capai kunci dan keluar rumah dgn Laila sebab taknak duduk rumah ngan dia.

Beberapabhari lepas tu, ada satu malam, Laila terjaga dari tidur, lepastu dia sedar yg Shima tak ada dalam bilik,mungkin keluar lepak.

Tapi still pelik sebab dia tak berkawan ngan orang kecuali kami, housemate dia. Tiba-tiba sebelum subuh dia balik rumah, esoknya kami tengok dekat lengan dia ada kesan lebam warna hitam besar sgt. APAKAH ITU??

Kisah 2: Roomate Hijab Terbuka
Aku duduk master bedroom, ada dua double deck. Aku duduk atas, dan akak yg hijab terbuka(Kak Ad) ni duduk bawah katil sebelah. Dia ni mcm misteri sikit (sorry akak kalau awak baca). Suka sorang2 dalam bilik, layan novel sambil pasang earphone. Kadang aku terpandang, dia tengah letak towel kecik tutup muka, tapi mulut macam terkumat kamit cakap sesuatu tapi tengah duduk bersandar. Tak ke pelik? Aku pulak jenis memang suka lepak bilik je, malas berdunia dengan orang sikit.

Sebabkan aku tengok mcm sesuatu sgt akak ni, aku pon decide nak tanya senior bilik aku. Nak tau apa jawapan? “Dia tengah cakap dengan benda tu la tu…” Adeh confuse jap aku bila dengar. Then akak senior ni cerita la kat aku yg Kak Ad ni bapak dia bukakkan hijab dia, so dia boleh rasa, boleh nampak dan boleh interact ngan benda2 halus ni. Mak aii scary betul. Sejak tu aku terus malas lepak bilik dah kalau dia ada. Kang aku terpandang lagi, aku yg takut

Kisah 3: Layan Conjuring
Malam tu, dah lewat malam, hujung minggu rasanya, kami plan nak layan Conjuring kat laptop. Beli keropok, pasang laptop cantik je sebelah TV kat hall rumah, siap dengan speaker, bukak sliding door lagi luas2 nak bagi angin masuk, tutup lampu, siap bantal sorang satu. Syok2 layan sambil dok terjerit sebab cerita tu byk sgt part suspense. Tiba2 Kak Ad ajak masuk bilik, tidur.. Aku pelik terus. Dah kenapa, cerita tak sempat habis dh ajak masuk bilik. Yg lain semua dah berebut lari masuk bilik. Aku pon ikut je la. Masuk bilik tutup lampu, semua diam sampai laa tertidur. Laptop semua tinggalkan macam tu je, dengan sliding tak tutup. Esoknya aku tanya yg lain kenapa Kak Ad ajak tidur tiba2? Dorang cerita masa tengah layan movie tu Kak Ad ada nampak benda terbang masuk dalam rumah ikut pintu sliding tu ha. Seram sejuk aku dengar weh.

3 kisah ni kira main story untuk post kali ni. Nak diikutkan memang macam2 cerita lagi ada. Tapi daripada previous post pasal Blok 4 Tingkat 4 tu, byk jugak laa yg sama pernah jadi kat rumah aku. Yang pasal ‘benda’ bertenggek kt dapur tu memang dah biasa. Mostly rumah kat Perdana mesti letak washing machine kt luar dekat dapur kan. Situ memang ‘benda’ tu suka lepak..

Pasal tidur termimpi budak kecik pon aku penah jugak. Masa mimpi tu memang takut, tapi bila dah sedar aku malas nak layan ingat balik pasal mimpi tu. Semak samun depan balkoni yg menghadap Acapella tu pon memang sarang ‘benda’ tu berkeliaran jugak. Penah gak roomate aku ternampak Cik Cong kat situ. Tapi buat tak tahu je lah.

Satu je lah nak pesan, kalau taknak ‘benda’ camtu melawat korang selalu, korang kena laa make sure rumah tak kotor, rajin2 la bersih rumah dan solat. Dah memang laluan ‘dia’ kat Perdana tu, biar je lah. Kalau nampak buat tak tahu.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cah

10 comments

  1. Yerla… agree…

    Dapur kene bersih.
    Pad n panty liner jgn buang kt dapur orang ruang tamu…
    Lauk basi n perut ikan jgn biar bermalamam or berhari hari dalam rumah

  2. Saya pernah menyewa di apartment Perdana, last 3 years. Praktikal dekat DRB-Hicom, so decided to menyewa dkt Perdana. Alhamdulillah, sepanjang stay sana tak pernah mengalami perkara perkara yang menyeramkan. Tapi memang first day datang sana. tengok keadaan lorong rumah (tingkat 5) memang scary. usang gitu.

  3. kat tasik/lombong/kolam/ sblah pdana tu ade je bnda..mlm2 lalu situ,mmg kdang2 akn nmpak..1 lg apt pdana ni ‘kotor’ lh…

    1. Ya Allah.. scary nyee.. pnah tahun 2015 kami nk pndah kat situ.. kat tasik yg x berapa tasik tula.. btul2 berdepan tasik tu.. suami dh deal ngn owner cina tu.. sewa pun dye bg murah.. rumah owner siap bersih kan n repair semua kerosakan..
      Mule2 saited sgt laa.. sbb nk pndah rumah bru.. bile suami ajak g tgk umah tu.. smpai depan pintu guard tu.. perasaan dh xsedap..lain maciamm jerr.. huhu.. berdebar debar jer.. smpai park depan tasik tu.. sambil2 tunggu owner dtg.. sy ckp ngn suami.. yg sy ase xsedap hati.. n sy rase mcm di perhatikan.. suami tnung jer. Pastu suami trus call owner.. kata x jadi.. sbb sy xnk rumah tu.. pastu baru la suami bukak citer.. ade kwan2 nye yg boleh nmpk ni penah citer kat suami.. kwasan tu “Ada”.. kuss semangat.. sy xnk.. n memang xnk serempak ngn benda tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *