Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS.
Aku dikenali sebagai dengan nama Arm, sama seperti orang-orang lain yang mempunyai kisah seramnya yang tersendiri. Sebelum ini aku hanya silent reader. Aku selalu baca cerita korang ketika ada kelapangan.
Nak kata banyak sangat pengalaman tu tidak, cuma ada beberapa peristiwa yang sangat memberi kesan pada hidup aku sehingga kini.
Aku ada beberapa kisah menyeramkan yang aku lalui sendiri..(maaflah kalau tak seram pada anda) dan ianya mungkin akan berepisod mengikut dari cerita yang aku akan kongsikan..
Awal-awal aku nak mohon maaf kalau ayat tunggang langgang dan berterabur, yelah aku bukan penulis..
tajuk: TOYOL
Kisah yang aku ingin kongsikan ni terjadi pada kami sekeluarga pada tahun 1998, waktu tu aku baru darjah 4 dan berlokasi di Kg. Melayu Subang iaitu di lorong perumahan kami.
Maksud lorong perumahan kami tu sebab ianya satu lorong perumahan sekeluarga kerana pembahagian lot. Rumah depan sekali ialah rumah arwah nenek aku iaitu emak kepada ibu aku, dan seterusnya rumah makcik dan pakcik aku sehinggalah sampai hujung lorong tersebut, ada enam buah rumah, rumah ibu aku yang hujung sekali.
Pada suatu hari kampung tersebut kecoh dengan gangguan toyol dari lot perumahan kawasan belakang sehinggalah ke lot kawasan perumahan kami. Ibu dan ayah aku langsung tak benarkan kami keluar rumah jauh-jauh dan balik awal, ianya berlarutan sehingga dua minggu. Setiap hari di masjid akan ada cerita orang kehilangan duit dan ianya bukan seorang pengadu untuk sehari tapi lebih kurang lima orang pada satu hari bermaksud lima keluarga menjadi mangsa untuk satu hari.
Ada yang mengaku pernah nampak budak kecil hitam bermain selipar di berandar rumah, bila tegur budak tu toleh terus lari dan panjat rumah macam spiderman, katanya muka budak tu hodoh sangat, mata merah dan bertaring, ada juga orang tua yang cuba tangkap toyol tersebut tapi bila cuba pegang toyol tu lesap hilang seperti asap yang berbau hanyir, dan ada
juga yang mengadu anak kecilnya mengaku ada kawan baru tapi si ibunya tidak nampak pun kawan barunya tu, bila si ibu tanya si anak macam mana rupa kawannya tu terus si ibu terkejut sebab gambaran si anak ialah seakan toyol.
Diantara hari penghujung gangguan toyol iaitu di kawasan lot rumah aku…
Suatu petang pakcik iaitu adik ibu aku panggil semua adik beradiknya dan berkumpul di depan rumahnya, bila dah berkumpul pakcik aku mengadu yang malam tadi rumahnya dah kena masuk toyol, duit kertas di dalam poket seluar yang di gantung belakang pintu telah hilang begitu juga duit kertas didalam balang diatas almari. Mustahil anak-anaknya akan mencuri kerana anaknya baru pandai berjalan dan seorang lagi masih berdukung, nak kata perompak juga mustahil kerana tiada langsung kesan orang pecah masuk dan yang hilang hanya duit kertas yang berada ditempat sulit, barang kemas takda pula hilang.
Oleh kerana inginkan kepastian, pakcik aku sediakan 1 beg clucht(beg pinggang) yang berisi 15 keping duit kertas rm1, 2 keping kertas duit rm5 dan beberapa keping duit syiling rm1 dan 50sen dan kami semua saksikan sendiri duit-duit tersebut. Sambil kami semua berbual di depan rumahnya dia goncang beberapa kali beg tersebut sehingga berbunyi lagaan duit syiling didalamnya tetapi kurang jelas mungkin kerana bertindih dengan duit kertas dan kami terus sambung berbual. Selepas 30minit pecubaan tersebut dan dah 3kali dia goncangkan beg tu lagi ternyata bunyi lagaan duit syiling makin kurang jelas kedengaran, masing-masing tergaman seketika tetapi pakcik aku suruh buat tak tahu saja dan terus berbual.
Selang lebih kurang 15minit dia goncang lagi beg tersebut dan sah sangat jelas dengar bunyi duit syiling sahaja berlaga, jadi dia pun buka beg tersebut depan kami semua, terkejut dengan apa yang kami lihat hanyalah duit syiling saja yang tinggal, duit kertas semua lesap.
Malamnya selepas maghrib ibu dan ayah aku berkumpul dengan adik beradik yang lain dirumah depan iaitu rumah nenek aku, aku dan kakak-kakak aku tunggu dirumah sebab nak siapkan kerja sekolah, tengah leka siapkan kerja sekolah tiba-tiba terdengar kaca jatuh, kami pun terkejut dan masing-masing bagi arahan sama sendiri untuk tengok apa terjadi di dapur. Akhirnye aku lah yang kena pergi tengok sebab aku sorang je lelaki. Dengan cermat dan perlahan aku ke arah dapur untuk periksa apa yang terjadi, rupa-rupanya balang kaca yang berisi tepung dan balang kaca yang berisi kacang hijau jatuh dari tempat asalnya, habis semua berselerak. Aku pun panggillah kakak-kakak aku untuk tengok sama, sedang kami tengah
tengok dan berjaga-jaga kerana ada serpihan kaca tiba-tiba beberapa biji kacang hijau yang berselerak kat lantai tu bergerak sendiri!! bukan sekali tapi banyak kali dan ia bergerak sangat laju, kak ngah aku terkejut melompat terus lari kedepan. Yang tinggal pada masa tu aku dan kak long sahaja, pada waktu tu kami pun takut juga cuma lebih pada terkejut dan niat kat hati nak kemas sebab berselerak sangat, yang peliknya sedang kami perhati kacang hijau yang bergerak tu kami perasan di bahagian tepung yang bertabur tu macam ada kesan tapak kaki kecil tapi cuma ada tiga jari sahaja dan ianya seakan bergerak-gerak, bila teringat tentang toyol terus rasa nak lari, baru nak toleh rupanya kak long dah sampai kat ruang tamu dan kak ngah entah kemana. Aku terus lari pecut berkaki ayam, sampai je rumah nenek semua tengah kecoh bertanya kakak aku, rupanya kak ngah aku dah sampai dulu rumah nenek.. hampeh…
Jadi kami semua terus bergegas ke rumah ibu aku untuk periksa. Tapi tak nampak la toyol tu, cuma kesan tapak kaki dia je ada mungkin dia dah puas bermain kacang hijau tu kot. Sedikit keliru sebab ada beberapa helai duit kertas ayah aku kat atas TV tak hilang pun. Ada orang tua bagitahu yang toyol suka bermain dengan kacang hijau dan akan khayal dengan melihat ikan puyu berenang, Wallahualam. Cuma kami ‘extra’ dapat lihat bentuk kaki toyol.
Banyak ikhtiar yang orang kampung dan pihak masjid cuba lakukan, tetapi tiada hasil dan gangguan toyol masih berlarutan sehingga ke kawasan lot perumahan seterusnya.
Sekian kisah toyol. Ada macam-macam lagi peristiwa yang aku nak kongsikan, sekali lagi maaf jika kisah dan penulisan aku
kurang memuaskan hati anda, aku cuma ingin berkongsi.. Inn Shaa Allah jika ada rezeki aku akan kongsikan kisah LANGSUIR pula
Kdg2 ak hairan knp toyol x curi duit dlm bank, toyol rela meyusahkn dri ambil risiko curi duit kt rmh.
tugas syaitan untuk menyesatkan manusia, kalau ‘dia’ buat kerja kat bank, nanti ‘dia’ bawak kad ATM plak..
Thanks. Kau buat ak terfikir benda yang sama. Haha. Mungkin sb general toyol dah jaga kat bank?
yang tu toyol kepala hitam kot..hahaha
ingt bank senang ke toyol nk masuk?kadang2,bank pn gne “penjaga” yg xblh dilihat dgn mata kasar…sampai toyol pn xbrani nk msuk…
wallahualam
la….takde kesudahan ke pasal toyol tu?
darjah 4
Habis tu kes toyol tu selesai ke tak masa tu..?
Wallahualam.. Wktu tu aku darjah 4.. Setahu aku kes tu Merebak sampai ke pekan subang
Cepat sambung
Kisah langsuir Ye? Dah send, tunggu approved je.. Pengalaman budak kampung yang nakal
kg melayu subang yg kat sekolah smk subang tu ke
tu sekolah lama aku, kawasan tu pn kena juga gangguan..lot perumahan aku berhampiran dengan pekan subang..
toyol ni msti bertuan bru mencuri ke or xde tuan pn mmg amik duit jgk?
betul, ianya kena bertuan sebab toyol takmpandai guna duit tu sendiri..hehehe..
gambar seorang selalki yang memegang kayu hitam yang admin bagi untuk kisah toyol ni, tu adalah tangkal untuk si tuan kepada toyol
yang saya pernah terbaca, toyol cuma akan curi dekat tempat tuan dia suruh pergi. jadi tuan dia mesti tahu dekat mana duit disimpan, sebab tu dalam cerita di atas duit atas tv tak kena ambil sebab tuan dia tak tahu atas tv ada duit. toyol pun tal dapat mencuri dekat bank sebab tuan dia tak tahu mana orang simpan duit dalam bank. itu yang saya bacalah, entah betul entah tidak.
tak juga rasanya, toyol tu mencari duit yang ada di rumah yang dia serang tu.. Wallahualam… aku pun tak tahu.. sebab duit atas tv kat rumah aku swaktu kena tu tak hilang pun cuma kebetulan dia jumpa kacang hijau dulu sebelum pergi..
owh. betol la, pernah dengar org bercerita sekolah pun ada gangguan. sbb aku tinggal kt subang jugak.
oyeke…hmm yang dekat sekolah tak pasti..cuma yang pasti banyak daerah yang kena pada waktu tu..
owh yeke. aku pun dengar2 je la, sbb aku xsekolah situ. tp dekat la rumah aku dengan pekan subang, kg melayu subang tu.
wehh arm, aku pun duduk kg melayu subang, dkt masjid an nur n sklh agama tu
Org nak senng bukab org dlu2 jek..org skrg pun msih guna toyol..
betul tu aku setuju…
Letak duit dlm balang kcg hijau mgkn selamat kot
ooo…baru sy tahu toyol ni halimunan erk…bahaya ngatt erk…erm……patut laa org x sedar duit hilang…tpi camne duit dlm beg pinggang tuu blh hilang??? liciknya permainan syaitonirrojim niii….tpi x silap sy…toyol ni bertuan…tuan dia ni laa yg pling jahat sbenarnyaa…rela bersekutu dgn syaitan sbb tamakkan harta dunia…nauzubillah….
Sbb bank pun ade ‘penjaga’ dia jgak.. Lg ‘besar’.. Huhuhu