Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya berterima kasih kepada Admin jika cerita Saya ini disiarkan dalam FS. Aku membahasakan diri sebagai Alen dlm cerita ini. Sebelum itu, ingin saya klarifikasikan bahawa cerita ini sememangnya benar & tiada tokok tambah sama sekali.
Saya mulakan dengan bismillahirahmanirahim.
Cerita bermula apabila kami merancang untuk balik ke kampung halaman ibu ku yang terletak di salah satu daerah di Sabah.kami sebenarnya jarang sekali pulang ke kampung halaman ibu ku, jika ada keramaian atau kematian ahli keluarga baru ibu ku akan balik, tapi macam yang ku nyatakan memang jarang sekali, sebab kami memang menetap di salah satu daerah juga di Sabah (Timur) iaitu sebelah bapaku.
Kami sudah tidak sabar untuk balik ke kampung ibu ku, yg paling gembira sekali aku dan kakakku. Barang-barang pakaian dikemas dengan rapi dan suda siap untuk dibawa ke kampung. Perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam untuk sampai mengunakan jalan darat kami harungi jua untuk sampai ke kampung halaman ibu ku. Setibanya kami di kampung, kami disambut dengan meriah oleh keluarga ibu ku, kerana kami jarang sekali pulang ke kampung.
Sepanjang kami berada di kampung ibu saya, aku tidak mengalami sebarang perkara mistik sehinggalah satu malam ini iaitu, kami dijemput datang ke jamuan hari jadi sepupu ku, iaitu anak kedua kepada Uncle ku. Setelah selesai jamuan tersebut kami meminta diri untuk pulang kerana hari sudah pun berinjak ke tengah malam, Aku terpaksa membongkok untuk mencari selipar kerana keadaan di luar rumah yang gelap gelita hanya ditemani dengan cahaya bulan purnama yang agak penuh malam tersebut. Setelah selesai menyalam semua mak cik dan pak cik ku, kami pun bergerak ke laluan yang di penuhi dengan lumpur-lumpur kerana baru sahaja habis hujan waktu itu.
Perjalanan berjalan ke kaki terpaksa kami harungi selama 20 minit untuk sampai ke tempat kami meletakkan kereta. Sebelum kami sampai ke tempat letak kereta, kaki ku terbenam ke dalam lumpur, amat sulit untuk berjalan dalam keadaan tersebut. Aku menjerit ke arah ibuku bila kaki ku terbenam dalam lumpur tersebut, dan pada ketika itu juga hijab mata ku seakan terbuka apabila aku bisa untuk ternampak susuk tubuh Kak Pontianak sedang melihat ke arah rumah pak cikku .
Dengan keadaan rambut putih bercambur hitam yang kerinting menggerbang, baju putih yang sudah lusuh dan kaki tidak menginjak ke tanah berdiri di sebelah pokok mangga yang masih kecil ketika itu. Jeritan ku semakin kuat meminta ibu dan abang-abang ku untuk mencabut kaki ku yang sudah terbenam ke dalam lumpur.
Kak Ponti masih berdiri di tempat yang sama sehingga kami sampai ke tempat kami meletakkan kereta. Aku tidak berfikir panjang , terus masuk ke dalam kereta dan menyuruh abang ku untuk cepat-cepat menhidupkan enjin kereta dan pergi dari situ segera.
keesokan harinya, kami bangun agak awal kerana masanya untuk pulang. Badan ku terasa segar sekali usai mandi kerana air di kampung sangat sejuk seperti ais batu. Aku berasa hairan kerana setelah bersiap memakai baju, telinga ku berasa sangat sekali seperti di tampar dengan kuat dan aku boleh mendengar dengusan marah di telinga ku bila sakit itu datang menerpa. Aku memberitahu ibu ku perihal telinga ku sakit tetapi tidak memberitahu mengenai binyi dengusan yang ku dengar.
Kami pun bergerak balik, ibu meminta untuk singah di kedai untuk membeli makanan dan minuman ringan untuk kudapan ketika dalam perjalanan. Kami juga berhenti untuk singgah kebeberapa tempat untuk mengambil gambar kerana pemandangan sangat cantik, agak rugi juga jika tidak singgah. Ketika kami berhenti singgah di satu tempat sambil merehatkan kereta kerana suhu kereta naik agak mendadak, abang sulung ku minum lalu membuang kotak minuman tersebut dan meminta izin. Ketika itu ak mendengar bunyi dengusan lagi menandakan bahawa “benda” itu tidak suka sama sekali kami berhenti dan abang sulung ku membuang sampah tersebut di kawasannya.
Kami meneruskan perjalanan , sehingga la kami menuruni satu jurang, brek kereta tidak berfungsi sama sekali. Abang sulung ku masih dalam keadaan tenang ketika memberitahu bahawa break kereta tidak berfungsi, dia sudah cuba untuk menekan pedal break berkali-kali namun dia merasakan seperti air sahaja. Abang ke dua ku yang duduk dibahagian penumpang menenangkan abang sulung ku agar tidak berasa panik. Aku yg duduk di belakang dengan ibu dan kakak ku hanya mampu untuk diam sahaja. Abang sulung ku tidak melepaskan stereng dan hand brake, dia sangat tenang biarpun suasana tersebut sangat genting dan boleh mengorbankan nyawa kami anak beranak dalam kereta tersebut.
Jalan terbaik abang sulung ku mampu buat ialah dengan melanggar batu-batu yang terdapat di siring jalan untuk memberhentikan kereta. Alhamdullilah kereta berhenti biarpun terdapat kerosakan , namun kereta masih boleh berjalan lagi.
Ibu ku bertanya apa punca yang menyebabkan break kereta tidak berfungsi sedangkan sebelum kami memulakan perjalanan abang sulung ku sudah memeriksa dengan teliti kereta tersebut, aku suda tidak tahan lalu ku katakan bahawa ada makhluk berbulu dan hitam , bermata merah dan berliur di atas ketika kereta menuruni jurang tersebut.
Aku menceritakan perkara tersebut sambil menangis ketakutan. Makhluk hitam berbulu itu cuba untuk mencelakakan kami, tapi oleh kerana aku dapat melihat makhluk itu, dia berasa malu lalu menurunkan pandangan. Selain itu, bunyi dengusan marah yang ku dengar itu adalah daripada makhluk hitam berbulu itu. Ibu ku terus memeluk ku untuk menenangkan ku.
Kami meneruskan perjalanan ke kota kinabalu, dan singgah ke workshop untuk memeriksa kereta jika ada sebarang kerosakan. Ibu ku menghubungi bapa ku dan memberitahu bahawa break kereta kami tidak berfungsi ketika menuruni jurang. Bapa ku mengucap syukur kerana dia berkata jika kami kemalangan, semua anak dan isteri dia habis meninggal dan dia akan tertinggal di dunia sendiri.
Itu sahaja pengalaman yang dapat ku ceritakan, bagiku cerita ini sangat seram kerana aku yang melaluinya.
good story
hijab terbuka means something is wrong with yourself.. cuba la jumpa mana2 ustaz untuk berubat…
hijab terbuka… it means something is wrong with yourself.. try la jumpa mana2 ustaz untuk berubat.. semoga penulis dan keluarga sentiasa sihat dan selamat… 🙂
Ld to keningau?
byk typo pastu ada ayat x berapa faham….pastu ada ayat yg penulis tertinggal….perbaiki lgi yaa…truskan mengrang…
Kenapa tak baca surah2 masa ternampak makhluk tu..
Di bangku sekolah rendah lg agaknya penulis ni. Good try. Best je cite ko dik👍
kalau limpas jalan kalabakan hati2 ya….
knape tak ko benamkn ke ponti tu ke dalam lumpur? ubah imej di ciket laa jdi ‘swamp thing’..
bagaimana ia cuba mecelakakan itu pun bagaimana? membahayakan keselataman sunguh bila ia mecelakakan cuba kecelakaan tersebut.
cbe guna bahasa melayu je blh x? xbrpe fhm walaupn da bce berulang2 kali, typo pn kne jaga,sbb klu bnyk sgt typo, keseraman tu xsampai, pembaca xblh menjiwai sbb xfhm…