Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli telah dibuka secara rasmi pada Januari 2012, tetapi menerima kemasukan pelajar sulungnya hanya pada bulan Februari tahun yang sama. Kampus ini mengkhususkan kepada kos – kos Sains Gunaan. Antara kos yang paling popular di kampus ini sudah tentulah kos Geosains (adik – beradik Geologi).
Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah mengenai budak kos Geosains yang kita semua pun tahu diorang ni kerjanya banyak buat site trip, dan lawatan ke tempat – tempat yang kaya dengan struktur muka bumi atau sumber galian, sebab memang muka diorang ni tak macam budak lab (tak macam kos lain), jadi diorang banyak buat kerja lapangan bersama pensyarah.
Kisah ini berlaku ketika diorang sedang membuat field trip ke sebuah muzium di Hulu Perak pada pertengahan tahun 2012, dan ini adalah tragedi seram yang pertama berlaku di UMK Jeli. Segalanya bermula ketika seorang pelajar perempuan terambil gambar salah satu artifak di dalam muzium tersebut. Aku namakan dia sebagai Mona (bukan nama sebenar). Si Mona ni memang suka ambil gambar – gambar yang menarik perhatian dia walhal pegawai bertugas dah mengingatkan kesemua pelawat supaya tidak mengambil sebarang gambar atau mencuri sebarang artifak kerana khuatir akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Lalu si Mona menyimpan beberapa gambar yang diambilnya ke dalam galeri phone-nya. Katanya bolehlah digunakan untuk membuat report field trip nanti. Setelah seharian berjalan di sekitar muzium dan tapak ekskavasi di sekitar Hulu Perak mereka pun berangkat pulang ke UMK Jeli. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 – 3 jam untuk tiba ke kampus. Rombongan sebanyak 2 biji bas tersebut pun berangkat pulang selepas jam 10 malam. Ketika separuh perjalanan pertama dan baru sahaja tiba di Pekan Gerik, tiada apa – apa perkara serius yang berlaku. Mereka berhenti di restoran kari kepala ikan di simpang empat ke Pengkalan Hulu. Waktu itu jam telah menghampiri 12 tengah malam.
Setelah hampir setengah jam berehat, mereka pun berangkat pulang. Ketika dalam perjalanan, Mona menyelak – nyelak gambar di skrinnya satu persatu. Sementara rakan – rakannya yang lain telah pun ketiduran. Tiba – tiba salah seorang rakan di kerusi belakangnya yang bernama Maya (bukan nama sebenar) bercakap di dalam tidurnya. Apalagi tersentaklah diorang semua, hampir semua yang duduk line tengah terjaga dari tidur. Mana tidaknya, suaranya sangat jelas kedengaran, berbunyi lebih kurang “pulangkan gambar – gambar yang kau ambil tadi ke tempat asalnya”. Semuanya panik dan tertanya – tanya siapa yang telah curi – curi ambil gambar di muzium tadi. Bukan ke kurator muzium tadi dah melarang setiap orang daripada mengambil sebarang gambar ke? Serentak dengan itu juga Maya menangis teresak – esak sambil tangannya menunjuk ke arah Mona lalu memarahi Mona. Maka terkantoilah dia yang telah curi – curi ambil gambar siang tadi. Maya seakan ingin menyerang Mona tetapi ditahan oleh beberapa orang pelajar perempuan lain.
Makanya satu bas kecoh pada tengah malam tersebut. Keadaan ini menyebabkan pemandu tidak dapat membawa dengan laju kerana suasana yang berantakan. Seorang pelajar perempuan yang agak alim iaitu Fizah dan juga Hanim telah sama – sama memegang Maya daripada bertindak ganas sambil membaca potongan ayat Al-Quran. Mereka mengarahkan pelajar yang lain untuk membaca apa – apa yang mereka teringat pada saat itu. Pelajar lelaki pula ada berapa ketul saja dalam bas pertama kerana selebihnya di dalam bas kedua. Tiba – tiba Maya rebah setelah meronta, mereka berasa lega sedikit, namun tidak sampai pun 10 saat salah seorang pelajar di bahagian depan pula melolong iaitu Fatin. Fatin juga hampir meronta seperti Maya namun cuba bertahan melawan si jin laknatullah tersebut dengan mengungkap ayat – ayat Al-Quran yang diingatinya. Pada masa tersebut Mona menangis teresak – esak akibat kedegilannya membuat perkara yang dilarang siang tadi. Dia sangat menyesal namun nasi telah pun menjadi bubur. Rakan – rakan yang lain menyuruhnya memadamkan gambar tetapi apabila dicuba gambar tersebut tidak mahu terpadam.
Sementelah itu, rasukan mula berjangkit ke arah seorang lagi pelajar. Dan berpindah ke pelajar yang keempat pula sehinggalah pelajar ketujuh. Semuanya menangis meraung menahan sakit. Ada yang siap melolong lagi. Fizah dengan sedikit ilmu yang dimilikinya telah berdialog dengan jin yang mengusik rakan – rakannya akan tetapi jin tersebut tetap berdegil mahu mengusik mereka. Kebetulan mereka yang dirasuk hampir kesemuanya dalam ‘period’ jadi agak menyukarkan usaha Fizah dan Hanim. “ALLAHUAKBAR”, ungkap si Fizah. Tiada cara lain lagi Fizah terpaksa meminta tolong pelajar lelaki untuk menyelesaikan masalah ini. Dia telah meminta Fikri untuk melaungkan azan. Fikri, Aizat dan Haris bingkas bangun dan melaungkan azan di setiap sudut bas. Perbuatan mereka pada malam tersebut telah disaksikan oleh 5 ke 6 orang pelajar bukan muslim yang ketakutan tetapi bingung atas apa yang telah terjadi. Eunice, Siew Fen, Selvam dan beberapa orang lagi hanya pergi ke arah pelajar – pelajar yang di rasuk dan memberi bantuan semangat sahaja.
Akhirnya pada jam 3 pagi bas telah pun tiba ke perkarangan UMK Jeli. Kesemua mangsa rasukan dan pelajar – pelajar rombongan telah pun dibawa ke surau (dulu di atas BAP). Satu pengumuman telah pun dibuat meminta semua pelajar yang ada untuk hadir ke surau bersama – sama untuk membaca Yassin atau apa – apa saja bagi melawan gangguan yang semakin kuat itu. Ramai pelajar yang sedang tidur terjaga dari lena, ada yang sedang membuat assignment dan juga sedang bermain game semuanya berhenti apabila terdengar pengumuman tersebut. Lalu ramai juga yang bersiap – siap mengambil wudhuk dan bergerak ke surau untuk membantu rakan – rakan mereka yang teraniaya tersebut.
Keadaan berlarutan sehingga keesokan siangnya, mangsa – mangsa juga sudah kepenatan tetapi sesekali ketawa dengan sendiri dan sesekali meraung tanpa sebab. Keadaan ini menyebabkan pihak pengurusan kampus telah sekali lagi membuat pengumuman kepada semua pelajar muslim yang boleh membantu untuk hadir sama – sama untuk membaca ayat Al-Quran dan solat hajat. Pengarah kampus ketika itu, Prof Ibrahim telah memberi arahan untuk memanggil wakil perubatan Islam yang berdekatan untuk membantu mempercepatkan proses. Selepas waktu asar lebih kurang, seorang ustaz dan pembantunya telah tiba ke surau kampus tersebut dan pergi ke arah pelajar yang dirasuk.
Beliau meminta dibawa kesemua pelajar yang dirasuk untuk diletakkan di tengah surau. Dalam keadaan lemah longlai dan ada yang pengsan mereka telah dibawa ke ruang tengah. Satu bulatan besar telah dibuat bagi mengelilingi mereka, lebih 50 orang pelajar yang terlibat bagi membantu sesi rawatan tersebut. Satu bacaan yassin telah dibuat secara berjemaah. Ketika bacaan sedang berlangsung, ada antara mangsa yang meraung ketakutan, ada yang menjerit kepanasan, ada yang kuat semangat melawan dengan berzikir dan ada yang paling teruk menjugilkan matanya dan menyuruh semua orang berhenti membaca. Namun ustaz dan teamnya tidak mahu mengalah pada si jin laknatullah tersebut dan melakukan solat sunat.
Setelah maghrib hampir menjelang, barulah gangguan mula reda, ada antara mangsa yang meminta telekung untuk solat maghrib lagi. Namun mereka masih di dalam pemantauan oleh ustaz dan staf universiti yang turut hadir. Selepas maghrib, aktiviti pengubatan telahpun bermula di mana semua pelajar yang tidak terlibat terutama pelajar lelaki diminta untuk keluar dari surau tersebut. Setelah waktu isyak berlalu, ustaz telah meminta izin pengarah kampus untuk memagar keseluruhan kampus. Kampus telahpun dipagar bermula dari kawasan Agro Park sehinggalah ke pintu masuk kampus. Agaknya makhluk yang membuat onar tu telah diusir oleh ustaz.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Oleh itu ingatla kalau kita pergi tmpt org..jgn la buat perkara yg dilarang..kira dlm bahasa kasar jgn buat hal ditempt org..naya wehhh..
ala sambung la lagi….xkan hbis mcm tu aje.….best la cite nie
nyampah betul manusia cam si mona 2… kan dh nyusahkan org….
Seram gak.. siap kna pagar kampus jeli.. nasib xda kes teruk cm tu kt kampus kota nie..
Qq bekas pelajar umk first batch geosains doh. Tp bhenti lepas 1st sbb sambung blajar dlm bidang lain di U lain. Kesian nya… Nasid dah berhenti. Kalau tak, qq juga akan terlibat dalam hal di atas. Seram juga doh..
Hehe rase kenal je dgn qq ni. Ambo pun 1st batch jgk 🙂 adakah nama nya bermula dgn C huhu
Isu gambar tu katenye xleh delete…
So…kesudahannye cemane????
aah btol tu…ape jdik ngn gambor tu??
mcm mne mona tu pdmkn gambor tu??
ke fon mona kna tanam??
Mona x salah pun.. Cite nie banyak ditokok tambah.. Saya adik si maya tu.. Kalu boleh padam cerita x betul nie
yang sebenarnya maya yang mulakan dulu?betul? maaf hanya bertanya, sebab jika mona yang buat kenapa dia tidak di ganggu? kenapa maya? saya ada tengok jgk kes ni kat U saya dulu.. tapi hanya si pelaku terima balasan. tak semestinya yang period selalu di ganggu ,
maaf ye adik maya n maaf ya penulis.
mona mesti kena kecam
kos tu cost dalam english
kalau course pulak kursus dalam bahasa melayu
👍🏻
Pastu gambar dlm fon mona bolh pdam ke tak?
setan sengaja nk manusia bergaduh, tuduh menuduh..ambik gmbar pun xde kaitan dgn setan tu..kalau pecaya tmpat tu keramat lg la dia suka…
Prof Ib(prof.Ibrahim) masih kat situ ye, Ust Zain pun masih di UMK ke?