Villa Berhantu Batu Feringghi

Assalamualaikum pembuka bicara. Cuma nak kongsi satu kisah seram semasa bercuti di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Dalam erti kata lain, salasilah keluarga memang boleh nampak benda halus tetapi disebabkan faktor tertentu, hijab mata batin ditutup. Maaf, bukan nak cerita kisah mata batin, tapi nak cerita hantu. Hehe. Jangan marah.

Semuanya bermula pada hari Sabtu awal bula Mac 2018. Company ada buat group-trip pergi ke Pulau Pinang dan salah seorang daripada kami diberi tugas untuk book hotel di sana. Disebabkan ada masalah teknikal, Aaron tak boleh nak book, jadi team leader yang book hotel tanpa discussion. Lagipun villa tu murahlah daripada villa-villa lain, jadi semua setuju. Kami satu group check-in pada pukul 5 petang.

Jeng… jeng… jeng…

Dari masa Eija menjejakkan kaki ke dalam villa itu, memang aura dia lain macamlah. Meremang bulu roma. Huih! Memang tak sedap hati sangat. Tapi disebabkan atok pernah bagitahu, beri salam kalau masuk rumah and baca alfatihah. Villa tu ada tiga tingkat. Yang tingkat atas sekali ada 2 bilik; semua perempuan dekat atas dan ada tempat cuci baju (laundry). Tingkat 2 untuk lelaki, tingkat 1 untuk dapur serta toilet dan ground floor untuk TV. Pemandangan memang sangat cantik dan villa menghadap view laut. Dalam satu block tu ada 8 buah villa, tapi ada 2 buah rumah yang dihuni iaitu first corner and last corner yang dekat tengah-tengah tu memang kosong. Maklumlah, rumah mahal setengah juta RM, memang padanlah. Siapa nak beli? Orang kaya bolehlah, hihi.

Waktu Ā maghrib, Eija pun naik tingkat atas untuk bersihkan diri sebab nak solat. Eija pun masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka and bersihkan diri. Pintu bilik air tu terbuka dengan sendiri sedangkan pintu tu tertutup rapat dan yang menjadi persoalannya, masa nak tutup pintu bilik air tu memang berbunyi “tap”. Macam mana boleh terbuka sendiri? Masa tu meremang bulu roma memang tak terhinggalah dengan muka yang tengah berbuih dengan sabun terus meluru masuk ke bilik, sebab nak bagi hati cool dulu.

Waktu Eija masuk dalam bilik, masa tu Luna dan Yaya tengah pasang lagu, Ā borak-borak. Diorang pun terkejut kenapa Eija meluru masuk. Allah sahaja tahu apa Eija rasa. Sebab tak nak takutkan kawan-kawan, Eija pendam je dalam hati. Kami bertiga beredar turun ke tingkat 1 untuk bbq. Dalam pukul 10:00 malam jugalah habis bbq. Semua dengan mata mengantuk, kitorang naiklah ke atas bilik. Bila buka je selimut tu (quilt cover bed) tu, nampak setitis d***h. D***h tu memang fresh sangat; merah. Sempat juga bertanya dekat kawan-kawan, ada sesiapa tak yang tengah datang bulan. Diorang kata tak ada.

Bau bunga melati memang kuatlah malam tu. Tidur mengiring ke kiri, kanan, memang tak lena. Baru nak lena sikit, terkejut sebab selimut macam kena tarik. Ada pulak orang main rambut. Sebab Eija tidur tepi, dalam hati tu semua berbaur satu. Ingatkan Eija saja yang kena kacau, rupa-rupanya Luna pun kena. Yaya tak payah nak cakaplah, bungkuskan diri dalam selimut sebab takut. Dalam pukul 12:00 tengah malam, dah memang tak boleh nak hadaplah sebab kena kacau. Turun bawah tingakat 2, jumpa pun pakwe si Luna ni. Dia pun tak boleh tidur sebab kena kacau masa lepas mandi. Dia dengar ada orang tutup pintu bilik air, sedangkan dia seorang dalam bilik tu sebab master bedroom.

Adoi… apa lagi, kitorang berempat turun ke tingkat bawah, tengok-tengok team leader semua berparti sakan. Duduklah dekat beranda rumah. Masa tu Eija tak buka lagi cerita kena kacau. Bila si Jun buka cerita barulah terbongkar semua. Sebab masa nak cuci tupperware bekas marinate ayam dekat dapur, masa tu dibantu oleh Adli. Adli ni masa tu pergi ke luar rumah ambik bekas yang nak dicuci. Masa toleh ke belakang tu, ada perempuan tu menyerupai Yaya, tapi dia membelakangkan Eijalah, tengah menuju ke toilet tingkat 1 tu. Eija panggil nama Yaya.

“Yaya, nanti tolong akak ambil bekas daging dekat luar tu.”

Dia hanya mengangguk sahaja dan tunduk. Macam pelik. Eija abaikan sajalah, sebab fikir dia moody kot bila nak pergi panggil kawan-kawan dekat bawah tu. Tengok-tengok si Yaya masuk dalam rumah sambil makan ayam. Siap tanya dekat dia, ada pergi toilet tak bila masa turun bawah makan ayam. Yaya pun jawab, “Yaya dah lama dekat luar berborak dengan Aaron dan Luna.”

Memang ketara sangat dah. Masa tu cepat bagitahu Jun apa yang jadi. Kami berempat berkemas-kemas, angkat beg keluar dari rumah, kemudian check-in hotel dekat dengan Komtar. Yang lain biar dalam rumah, sebab semua dah mabuk. Yang waras cuma lima orang. Adli pulak tidur m**i. Penat nak bangunkan dia. Kitorang tinggalkan semua orang dalam umah tu. Sampai sahaja kat KL, barulah bagitahu dekat team leader. Sekian.

Bila nak booking hotel, pastikan lihat review. Bukan terus terjah sebab nak murah. Kadang-kadang yang murah ni, ada udang di sebalik batu sebenarnya. Yang owner takkan bagitahu sekalipun.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

eija

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

35 thoughts on “Villa Berhantu Batu Feringghi”

  1. Maybe dy nk tjk diri sbb ade yg buat bising kot.nasib la xde mende buruk yg jadi.ape yg jadi pada yg kna tggl kt villa tu?

    Reply
  2. cerita mcm berterabur je..tdi ckp turun tigkat bawah bgi tau team leader..pastu ttibe part last smpai KL bgi tau sekali lgi kat team leader..mcm mne tu?ad penerangan x?

    Reply
    • Saudara, cuba ko baca btul2 apa dia tulis.. dia gi bwh nk gitau team leader, tp team leader tgh sakan berparti.. jd dia tk sempat la nk gitau.. sampai kat kl baru dia gitau team leader..

      Reply
  3. betul tu..kena check dlu..mcm kezen sy,elok je pegi book amber court…nk kensel xdpt ler sbb time tu ssh nk cri hotel lain..duduk jela kt amber tu..alhamdulillah..xde kena kacau apa,cuma first masuk bilik tu dia tgk ada kerusi duk tgh2 ruang bilik..tu jela..hehe

    Reply
    • Maaf yer..satu rumah semua bangsa ada…sbb book villa cme tingkat yang berasingan.non muslim tingkat bwh…kami x mabuk..maaf andai tersinggung…adab pun dijaga..etika pakaian dan solat pun dijaga..

      Reply
    • Non muslim mungkin šŸ¤”..tapi ddk 1 rumah tu ermm..bnd tu blh di elakkan..crk la hotel asing lagi better..kan?kan?kan?

      Reply
    • Sbb mula2 nk mencari hotel lain oleh kerana sampai sana baru nampak keadaan rumahnya.tp tingkat 2 dan 3 ada pintu dimana pemisah antara lelaki dan perempuan.

      Reply
      • mmg ade pemisah tp sebarang kemungkinan ape2 ley terjadi..mgkin dy marah ade bnde tak elok buat kat tempat dy..ape pn nasib lah tak jadi ape2 yang serius

        Reply
  4. Ini kn kompeni punya bkn sendiry2…nk xnk kna ikot jgk tapi dowg ni kn yg muslim duduk jantina sama.yg mabok non muslim kot..xkn nk sound kot…kot..kot…kot…

    Reply
  5. for me xelok ddk satu rumah berlainan jantina..ade hikmah bile kne gangguan..kite xtahu mcm mne klau tgh mabuk,mcm2 bole jd… jd pengajaran untuk semua..

    Reply
  6. Boleh pulak laki perempuan bercampur baur dalam satu rumah.. ade yg mabok pulak tu.. seram ke tak seram aku nak bagi 1/5..memang tak de maksiat tp perlakuan korang laki perempuan bercampur baur dah nak hampir kpd ayat ni.. .. ā€œWa laa taqrobuz zina innahu kana fahisyah, wa sa’a sabila”..

    Reply
  7. Layak la sgt gn muka korg tu kena kacau.. siap mabok todi lagi bagai.. natang tu pon mabuk todi sekali la.. perngai pon dh mcm natang.. xsalah pon kan?

    Reply
    • yg mabuk tu geng india laa,, yg melayu xminum pun, nak ckp pompuan lagi ramai berbanding lelaki, termasuk prempuan india, our own colleagues , haih suka buat perspektif sendiri

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.