#Wafhiyyah – 4 Kisah Seram

Assalamualaikum semua. Hai korang. Lagi sekali aku nak ucapkan terima kasih pada FS sebab sudi lagi nak publish cerita aku. Pertama sekali aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih atas komen positif korang semua untuk previous story tu dan err…terima kasih juga tolong betulkan part ‘bistin tu hahahaahahha. Patutlah aku Google langsung tak jumpa cis.
So, kalini aku nak share kisah-kisah seram pendek sepanjang aku kat Melaka (lagi). Bismillah….

Kisah 1 – Siapa kat atas katil?
Aku duduk hostel sekejap aje. Pertengahan semester 2 aku pindah duduk rumah sewa. So sampai semester 8, aku dah pernah duduk 3 rumah sewa yang berlainan. Kejadian ni terjadi masa aku kat rumah sewa yang ketiga, yang terakhir….

Aku duduk bilik berdua dengan kawan aku, Farhanis (bukan nama sebenar). Dalam bilik tu ada satu katil bujang aje, so Farhanis yang tidur atas katil dan aku pula tidur bawah. Ada satu malam tu aku tidur lambat, sebab dok study esoknya ada paper final subjek susah gila (actually tu paper repeat so aku tak nak pisang berbuah dua kali jadi aku pun terpaksalah study lebih masa).

Hampir pukul 2 pagi macam tu aku dah habis buat revision bagai. Aku bangun nak tutup lampu lepas tu nak tidur. Masa tu Farhanis memang dah atas katil, dah lama tidur. Aku cuma nampak separuh ajelah atas kepala dia sebab dia dah selubung satu badan dengan selimut.

Posisi tempat tidur kami ni, kaki yang menghadap pintu bilik. So tingkap kat kepala. Boleh imagine tak? So lepas aku tutup lampu aku terus meniarap, belek telefon dulu dalam 15 minit macam tu. Tengah syok scroll twitter tiba-tiba pintu terbuka dari luar. Farhanis masuk bilik. Then time tu aku macam ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhpaaaaaaaaa lagi ni!!!!!! Aku terus tanya dia,

“Kau pergi mana?”

“Lepak bilik Nuriz (bukan nama sebenar), tengok cite korea tadi.”

Aku terus jerit, “kau jangan tipulah!!! Tadi kau tidur kat atas katil kan?”

Beria Farhanis deny. Bila aku explain yang aku nampak macam ‘dia’ atas katil, terus dia buka lampu. Tidurlah kami dalam cerah sampai siang. Bangang. Sampai sekarang kami tak tahu siapa dan apa yang jadi sebenarnya malam tu…..

Kisah 2 – Apa tu?
Okay ni pula masa aku masih lagi duduk hostel. Time tu kira aku bernasib baiklah sebab dapat bilik yang untuk 2 orang aje. So roommate aku, Ikin (bukan nama sebenar) jenis burung hantu. Tidur lambat. Aku pula time tu memang dah mengantuk habis so aku pun tidurlah dulu. Aku siap pesan kat Ikin, jangan lupa tutup lampu nak tidur nanti.

Katil kami ni kiri dan kanan, maknanya tengah-tengah tu ada laluan nak ke pintu bilik. Si Ikin ni tidur kepala menghadap pintu manakala aku suka tidur dengan kaki menghadap pintu. So time tu aku terjaga, lampu dah padam. Ikin dah tidur. Bila aku celik aje mata, benda pertama yang aku nampak mestilah pintu.

Tengah-tengah gelap tu aku nampak macam ada something belakang pintu. Biasalah baru bangun kan, mata pun still kabur lagi (dan aku pun memang kategori rabun tahap serius). Aku pejam then aku buka balik mata aku perhati betul-betul.

Cis! Kena lagi!! Apa yang aku nampak, macam ada satu susuk badan, rambut panjang, baju warna cerah tapi time tu pun memang blur. Nak capai spec aku pun nun jauh di meja study belakang kepala aku dekat tingkap.

Aku tutup balik mata dan aku buka. Aku nampak lagi. Tapi benda tu statik aje. Dia tak tinggi dan tak pendek, sedang-sedang aje. Aku tak berani nak panggil Ikin. Aku selubung dalam selimut, aku ambil telefon dan aku whatsapp kawan aku kat bilik sebelah (Aina bukan nama sebenar). Syukur dia tak tidur lagi!

Aku cerita kat dia apa yang tengah jadi time tu, bila aku dah selubung macam tu sumpah aku cakap memang aku tak berani dah nak tengok kat pintu. Aina suruh aku call Ikin memandangkan aku tak berani nak keluarkan sebarang bunyi pun. Masalahnya si Ikin ni jenis tidur m**i. Alarm dia tiap-tiap hari tu pun aku yang tolong matikan kalau tak macam-macam bunyi binatang yang keluar, ada ayam ada itik kadang-kadang bunyi kuda pun ada.

Tapi aku cuba jugalah call Ikin, bunyi lagu dia kuat gila. Tapi haram nak angkat. Then aku decided nak bangun buka lampu dan terus keluar dari bilik. Suis lampu sebelah pintu weh! Aku suruh Aina buka pintu bilik dia, aku bangun dari katil aku terus tengok dinding depan aku. Sikit pun aku tak jeling pintu. Aku buka aje lampu, belakang pintu tu clean. Tak ada apapun! Aku terus jerit panggil nama Ikin, dua tiga kali jugalah baru dia sedar. Terus aku tarik dia pergi bilik Aina. Kitorang tumpang bilik Aina sampai esok pagi.

Kisah 3 – Siapa jadi makmum?
Tajuk macam seram je kan hahahahaaha. Okay nak dijadikan cerita, ada satu hari tu kelas aku sampai petang. Last pukul 6. Habis aje kelas nak jumpa lecturer lagi dan dalam 6.10 macam tu baru aku menapak keluar dari bilik kuliah. Coursemates aku semua dah balik dulu so tinggallah aku sorang. Baru aku teringat yang aku belum lagi solat Asar, jadi aku pun terus ke surau. Lepas solat baru aku balik rumah (time ni aku duduk rumah sewa).

Aku masuk surau, ada sorang kakak ni tengah bersiap. Baru lepas solat kot. So aku pun ambillah wudhuk, aku masuk balik ruang solat akak tu dah tak ada. Tinggal aku sorang. Disebabkan aku sorang aku hamparlah sejadah di ruang paling depan (sebab dekat dengan kipas haha).

Aku pun mula solat macam biasa. Bila aku rukuk, aku dah rasa lain macam kat belakang aku. Meremang weh bulu roma time tu. Bila aku turun nak sujud, aku rasa belakang aku macam ramai sangat ikut sujud (mungkin?) sebab memang dengar lutut berlaga dengan lantai. Aduhai…

Jenuh nak concentrate time tu dok fikir ada apalah kat belakang aku ni… aku sudahkan juga sampai rakaat ke-4. Bila bagi salam pertama, aku tak berani nak curi pandang belakang. Masuk salam kedua, aku buka mata sikit nak tengok belakang. Sejadah tersusun weh kat belakang aku! Padahal masa aku masuk tadi mana ada satu sejadah pun atas lantai. Ada 6 helai sejadah tersusun secara melintang, 3 depan 3 lagi kat belakang. Tapi tak ada orang pun. Kalau orang nak masuk pun mesti aku tahu sebab pintu surau tu berbunyi kuat gila. Habis tu siapa yang guna sejadah tu?

Kisah 4 – 00.00
22.00 : Masa ni aku baru habis training karate kat kolej. So area kolej tu ada rumah sewa member aku, aku tak terus balik. Aku lepak dulu rumah member aku. Member aku ni (Alia bukan nama sebenar) ada satu perangai yang aku tak berapa berkenan sikit. Dia jenis suka ikut kepala lutut dia aje nak godek telefon orang. Sebelum aku masuk rumah dia, aku dah set gambar langsuir sebagai wallpaper aku. Nanti tak adalah si Alia ni berani buka sebab dia ni jenis penakut tahap hampeh.

Dah puas gelak macam setan dalam rumah dia aku pun minta diri nak balik. Kan betul, lepas dia nampak aje gambar langsuir tu terus dia campak telefon aku. Tak guna betul. Ingat aku beli telefon ni guna duit ptptn ke?

23.30 : Aku dah keluar rumah Alia, tapi aku tak jadi balik lagi. Sambung lepak pula depan rumah dia. Kebetulan jiran dia ada jual ais krim Malaysia. Sebat sebungkus dua dan aku pun decide nak balik. Yang ni betul-betul punya nak balik.

Sebelum aku hidup enjin moto, aku sumbat earphone dulu. Aku ni jenis kalau naik moto kena dengar lagu kalau tak mesti mengantuk.

Aku gerak balik. Kali ni aku tak ikut jalan balik yang selalu aku guna. Aku nak cuba ikut jalan lain. Ada satu shortcut ni sebab haritu housemate aku (Athirah bukan nama sebenar) pernah bawa aku lalu satu jalan ni. Orang Melaka mesti tahu belakang area Masjid Al-Azim kan?

Okay sambung…tengah syok dengar lagu sambil bawa moto tiba-tiba keluar lagu Doraemon (aku save sebab nak buat ringtone aje). Peh hilang feel.

23.58 : Aku berhenti tepi jalan sebab nak tukar lagu. Aku keluarkan telefon dari poket seluar. Aku tekan power key, damn. Kakak langsuir tengah tenung aku. Time tu baru aku menyesal nak m**i sebab aku jadikan gambar langsuir tu wallpaper aku. Aku tukar lagu lain, aku tekan next. Kali ni berpuluh damn keluar dari mulut aku. Atas ihsan kawan-kawan dalam group whatsapp aku, suara langsuir menangis sekarang dah ada dalam music player aku. Terus aku next lagi! Favourite band, The Fray. Bolehlah…

00.00 : Aku baru nak masuk gear, sempat aku pandang keliling. Gelap. Aku pandang kanan, tak ada kereta satu kereta pun. Aku pandang kiri, cilaka…

Kubur!

Sorry kalau tak seram. Kali ni terpaksa cerita yang pendek-pendek aje sebab hoi busy kot. Tak apa, next time aku cerita lagi okay…!

Nanti nak tidur jangan lupa check belakang pintu bilik, make sure kawan kau tu memang betul kawan kau, kalau ada dengar apa-apa masa kau tengah solat jangan pedulikan bunyi tu, continue aje sampai habis dan JANGAN SET GAMBAR LANGSUIR SEBAGAI WALLPAPER TELEFON KAU!

.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.