Wajah Berinai

Alkisah. Idea untuk berkongsi cerita bermula apabila tiap hari asyik dok membaca FS ni takut pulak 1 hari dah takde cerita yang orang nak kongsikan. So terimalah kisah ku pula bagi mengisi ruangan ini.

Kisah benarku. Hehe

Perkenalkan namaku Anna. Berasal dari selatan tanah air.

Kisah bermula sekitar tahun 2005@2006. Aku baru sahaja selesai Matrikulasi di Kuala Pilah. Menunggu masa lapor diri ke IPTA juga di selatan tanah air. 2 minggu sebelum lapor diri , aku dan nenek dijemput untuk ke kenduri doa selamat sempena makcik ku berpindah ke rumah barunya (rumah sewa). Tak jauh pun dari rumah nenek ku(aku tinggal dengan nenek). Rumah nenek ku lebih kepada kawasan perumahan bandar. Rumah makcik ku berada di kawasan kampung . Jadi rumah beliau sebijik sebijik la kan. Ada hutan belukar di kiri kanan jalan dan hanaya separuh saja jalan berturap. Separuh lagi memang jalan kampung.

Alkisah, malam tu kebetulan malam jumaat. Aku yang dah beberapa kali ke rumah makcik ku itu tak heran lah kan setakat nak ke sana. Makcik ku yang ambil menaiki kereta nya. Walau pun dekat tapi nenek ku tak berapa kuat berjalan. Jadi bile sampai di sana, aku berkumpul lah di sana dengan sanak saudara membantu mana yang patut sehingga lah majlis selesai. Habis semua dalam jam 11.30@12 tengah malam baru makcik ku menghantar kami pulang semula ke rumah.

Haa.. Dalam perjalanan keluar jaaln kampung nak ke umah nenek ni lah mata ku yang memang gedik betul melilau sini sana ternampak sesosok tubuh berkain putih di sebatang pokok rambutan di tepi jalan. Aku nampak aku buat taktau je sebab aku memang biasa nampak ‘mereka-mereka’ ini dari kecil. Lagipun kawasan sekitar sini aku amat biasa sejak dari kecil kami tinggal di kawasan ini. Belukar-belukar adalah tempat permainan ku dulu sewaktu kecil@tadika.

Terlupa pulak waktu ni aku tengah bendera merah plak kan.

Sampai di rumah aku bersiap untuk tidur lah kan.cuci muka cuci kaki tukar baju semua. Masuklah tidur didalam bilik ku.

Nenek ku tidur di ruangan dapur kerana beliau akan bangun pagi untuk membuat kuih muih untuk di hantar ke kedai berhampiran (rumah nenek ku asalnya adalah kedai makan-jadinya dapur adalah di bahagian hadapan rumah manakala bilik bilik adalah di bahagian belakang). Oh ye datuk ku telah meninggal dunia. Aku yang tinggal ber 2 dengan nenek.

Jadinya memang aku tidur seorang di bilikku. Dalam jam 2@3 pagi ak rasa katil ku bergegar. Aku ni jenis tidur mati. So memang agak musykil la kan bole terasa pulak. Tak lama lepas tu bantal busuk ku yang berada di muka ku ditarik . Masa tu aku takde pun rasa takut. Yang ada cuma rasa marah yang amat kerana tidurku di ganggu (aku ni panas baran dulu.hehe)..
Aku bangun pusing-pusing cari semula bantal busuk ku yang dah tercampak kat tepi katil dan terus pindah posisi tidur berhampiran tingkap. Selesai? Belum! Tidur semula aku mimpi cik ponti yg aku nampak tadi. Huhu..

Bangun-bangun aku malas nak citer kt sapa-sapa pun. Sebab bagi aku benda ni biasa. Ok. Tenang hidup ku untuk hari dan malam kedua.

Eh rupenye malam ke 3 selepas kejadian . Ada lagi kejadian lagi seram. Aku masih bendera merah waktu tu. Macam biasa tidur semua baca apa yang patut tuka apa yang patut. Aku memang suka tidur di katil bahagian yg menghadap almari. Area sebelah tingkap biasa nya penuh ngn bantal-bantal ku. Sedap tidur time tu , tetibe katil ku bergegar lagi.Aku abaikan. Bantal ku ditarik lagi. Kali ni bantal alas kepala ku yang ditarik. Kau rasa?? Tidur mati pun bole terjaga plak. Dah la penat seharian sebab siang tu aku kene jaga gerai nenek , hantar kuih dan malam nye ajar tuisyen anak jiran. Kau tau apa aku nampak ? Hah.. Tudia..

Cik Ponti yang muka putih pucat macam dalam cerita-cerita hantu kat tv tu. Betul-betul mengadap muka aku yang ngadap almari. Tapi dia tunjuk separuh je muka dia. Ada corak berukir kat muka pucat dia macam ber tatu@berinai. Sebijik cam citer The mummy yang terbaru tu (muka pompuan anak firaun tu). Aku jerit? Tak. Aku baca apa-apa ? Pun tak.
Aku tarik bantal ngengsot ke sebelah tingkap .Aku letak bantal-bantal lebih kat sebelah aku yang dekat ngan almari.Sambung tidur.Hehe. Tabah kan. Malas nak layan weh. Nyampah ngn benda-benda ni.

Siang nye tu baru aku citer kt sepupu aku yang tinggal kt seberang tambak. Ingat dah habis..oh tidak.

Selang 2 malam lepas tu, jeng jeng jeng.. Takde gangguan belah malam. Ok selamat katanya. Oleh sebab masih bendera merah. Aku memang sambung tidur lah lepas subuh.(jangan contohi ye). Agak da dekat jam 7 lebih@ 8 pagi aku pun dah kenyang tidur lah kan..terasa kaki ni macam kene tarik-tarik. Aku yang mamai-mamai bukak lah mata. Nampak cam sesosok tubuh di hujung katil aku. Eh sapa pulak kan.

Aku bangun perlahan dan gosok mata aku. Damn!!! Si dia @ cik ponti hari tu dalam bentuk penuh berdiri kat ujung katil tu ngadap aku yang tengah tidur. Ah sudah. Nak membaca semua jd tunggang langgang. Yang aku terpikir sebut Allahuakbar je..dapat je dengar suara aku..Aku terus jerit sekuat hati panggil nenek aku.NENEK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Amekau! Nenek aku pun macam dapat instinct aku dalam masalah..dia datang masuk bilik aku sambil pegang penyapu lidi jerit mana dia mana dia??Mana dia? Pelikkan.. Aku tak pernah cerita pun kat dia.

Dia buat gitu sebab dulu time ngn makcik aku kecik-kecik pun penah makcik aku kena mcm tu..so memang orang tua ni tau la kot..

Selamba je aku tnegok nenek aku kibas penyapu lidi tu sekitar bilik aku termasuk kene kat ponti tu..ponti tu pun bentuk macam asap je. Jadi memang ilang gitu je. Menangis aku kat situ..haha..

Hari tu jugak makcik aku yang dari seberang tambak datang ambik aku bawak balik sana.

Ingat habis ke? Tak lagi weh! Kat sana pun aku masih diganggu. Malam-malam akan terasa dia terbang sekitar bilik sepupu yang aku tidur tu. Tapi takleh masuk jela kot. Sebab uma makcik aku ni ada pendinding kot. Tiap malam asik mimpi benda tu bawak aku balik umah nenek aku. Makcik aku cakap dia nak berkawan tu. Cukup seminggu nak tak nak aku kene balik sebab nak lapor diri dah kat IPTA ..

Makcik aku dan pakcik aku ada buat doa selamat and baca-baca doa sikit.penuh bilik aku makcik aku gantung daun kelor . Lepas dari tu, baru la aman hidup aku.

Lain kali ada masa aku sambung lak citer waktu aku ngandung dan ngadap benda-benda ghaib ni.

Tq admin.

 .

Anna
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 comments

  1. gile gigih ko sambung tido..perghhh…tabah betul..hahahhaha..msti penuh dendam ko tgk dia masa tu kan sebab kacau ko tido

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.