Wanita Cheongsam dan Pinggan (kisah pendek)

Assalamualaikum pembaca-pembaca setia FS. Aku selama ini cuma seorang silent reader. Aku hendak berkongsi suatu kisah yang terjadi pada uncle aku. Keluarga sebelah mak aku ini semuanya Singaporean, cuma keluarga kami sahaja yang menetap di Malaysia. Kisah ini terjadi semasa “Hungry Ghost Festival”, satu perayaan yang agak meriah sambutannya di Singapura.

Kebanyakan uncle-uncle aku memang bekerja sebagai pemuzik untuk live bands. Jadi rutin kerja macam tu memang akan balik di masa-masa orang bersolat tahajud.

Satu malam ini, salah seorang uncle aku  seperti biasa pulang dari kerja dan sampai di bawah flat jam 4 pagi. Seusai meletakkan motor di lot parking, dia menuju ke arah lif. Tekan-tekan lif, dia terperasan seorang “amoi” ini berpakaian cheongsam merah turut sama menunggu di tepi lif. Amoi itu tunduk sahaja, mukanya tertutup dengan rambut. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, uncle aku naik tetapi amoi tu tidak ikut sama. Cuma uncle aku terasa satu cuitan lembut di bahunya.

“Krekkk…” pintu yang dibuka tidak mengejutkan sesiapa sebab semua sedang lena diulit mimpi. Cuma tinggal makcik aku yang sedang bersiap untuk tidur. Sesekali terdengar bunyi raksasa  di dalam bilik tengah yang sedang mengunyah epal (dengkuran arwah atuk… alfatihah).

Uncle aku (seperti diceritakan oleh makcik aku) terus meluru ke kabinet dapur, ambil satu persatu pinggan dan mula campak satu… satu ke bawah. Bayangkan pinggan yang dicampak keluar tingkap dari tingkat enam di waktu dinihari? Bunyinya pasti mengejutkan semua penduduk-penduduk flat sekeliling. Makcik aku yang terkejut dari tidur cuba mententeramkan uncle aku yang nampak macam tidak sedar akan perlakuannya.

“PRIANNNGGGG! PRIANGGG!” bunyi pinggan. Setelah habis sedozen barulah makcik aku dengan kudratnya yang tidak seberapa berjaya menyedarkan uncle aku ni. Itu pun lepas puas percik-percik air di muka sampai lencunlah. Makcik aku terus paksa uncle aku bersihkan diri daripada apa yang mengikut balik.

Tiba-tiba…

”Tok-tok-tok…” Buka-buka pintu, ada dua orang polis sudah menunggu. Ternyata jiran pantas bertindak seperti wartawan.

“Siapa malam-malam gaduh sini?”

“Gaduh? Mana ada orang gaduh. You dengar tu… everybody is sleeping!”

Ternyata bunyi raksasa mengunyah epal dari dalam bilik yang menggegarkan rumah jadi penyelamat situasi genting makcik aku. Uncle aku sudah berjaya bersembunyi di dalam bilik.

“Oh, ok. Thank you. Other units, maybe,” kata polis tu.

Esoknya, selepas diceritakan pada jiran berbangsa Tionghua, mereka mempercayai bahawa itulah  roh wanita tidak tenteram yang mati bunuh diri dengan terjun flat akibat ditinggalkan kekasih. Roh itu suka memukau mana-mana lelaki yang pulang waktu dinihari untuk terjun menggantikan kekasihnya. Pinggan yang dilemparkan keluar tingkap  oleh uncle aku itu sebagai simbolik gantian nyawa diri uncle aku yang enggan terjun.

Sampai hari ini, keluarga aku memang berhati-hati jika kembali ke rumah di waktu malam. Takut ada yang meneman… Wallahualam. Hanya ALLAH yang mampu melindungi hambanya.

Kongsi kisah anda: fiksenshasha.com/submit

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. Suka betul dengan Hungry Ghost Festival ni…Kenangan “Hungry Ghost Festival”….tengah malam…naik motor..ronda – ronda taman…tengok hidangan untuk hantu….dari yang letak pau dan rambutan kering sampai la makanan – makanan yang meriah dan berwarna – warni….akibatnya kena ikut balik…hamik kau….padan muka…ingat lagi dia ckp…UNCLE TUMPANG TIDOQ ATAS SAT NA….tido la uncle…jgn tunjuk rupa sudah….hahahaa…

  2. Nasib baik uncle tu cuma baling pinggan. Kalau dia baling tv atau baling je atuk yg tgh tidur berdengkur tu sebagai pengganti diri, kan kes naya pnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.