Wanita Kebaya Putih

Assalamualaikum dan terima kasih pada fiksyen shasha sebab siarkan kisah aku ni.

Aku merupakan wanita kini berumur 25 tahun.Aku anak sulung dari 3 orang adik beradik. Kisah hidup aku ni tak ada siapa pun nak lalui. Tapi itulah yang terjadi. Kisah ni jadi masa aku berada di tingkatan 1.

Macam biasa kalau pergi sekolah tu memang awal gila aku akan sampai sebabnya bila dah naik van uncle india tu, uncle ni memang ada banyak trip dan aku adalah trip pertama. Kebiasaan sebelum pukul 6 pagi lagi aku telah berada dalam sekolah. Jadi, macam biasa bila sampai je aku akan habiskan masa melepak dekat pondok(budak² selalu study tu). Entah apa yang tak kena pagi kejadian tu perut memulas² sangat. Biase memang aku tak kan pergi sorang². Tapi pagi tu sebab keadaan memaksa aku pergi jugak.

Dalam perjalanan nak ke tandas mase tu memang aku tak fikir ape dah sebab perut time tu entah ape² keadaannye. Biase aku akan guna tandas dekat dengan kelas aku(kelas aku kat tingkat 2). Sampai je dekat situ, boleh pulak tandas berkunci. Maknenye mak cik cleaner tu belum sampai lagi. So aku kene pakai tandas yang dekat sebelah bilik sukan. Tingkat bawah sekali. Nasib baik masih dekat bangunan yang sama. Btw, tandas tu merupakan tandas guru.

Sampai je tandas, aku letak beg tepi pintu tandas. Kononnye kalau ada orang masuk die tahu ade orang lain kat dalam ni. Aku terus masuk. Memang tak fikir ape dah time tu. Dah nak selesai urusan aku terdengar macam ada orang masuk. So aku agak mungkin budak² lain baru sampai atau mak cik cleaner yang nak bersihkan tandas pagi² ni(aku suka fikir yang baik² je sebab aku kurang berani orangnye).

Apabila aku keluar dari tandas, aku terkejut sedikit kerana melihat seorang wanita berada di sinki menghadap cermin. Dia kelihatan sedang merapikan diri di hadapan cermin. Wanita itu serba berkebaya serba putih. Bau semerbak juga jelas menusuk hidungku ketika itu.Masa tu, memang bulu roma dah mula naik. Ditambah lagi dengan keadaan lampu tandas yang malap-malap  mencukupkan pakej seram di dalam tandas berkenaan. Seorang wanita berkebaya putih, awal-awal pagi begitu, aku menyedapkan hati mungkin dia adalah cikgu. Aku menghampiri wanita ini. Dari tepi kelihatan raut wajah yang kurang aku ‘familiar’. Mungkin dia adalah cikgu baru.

Dalam keadaan samar cahaya tu aku pun ambil beg dan nak pergilah dekat cermin yang sama. Btw cermin sekolah macam yang korang tahu. Yang ada singki. Aku nak basuh tangan dan betulkan tudung. Selepas basuh tangan aku pun nak betulkan tudung, dan² tu terpandang muka wanita berkenaan dengan lebih jelas. Apa yang aku nampak muka dia sebelah cantik & sebelah lagi ALLAH je yang tahu. Korang boleh bayangkan seperti satu watak dalam siri Batman iaitu two-face.

Aku dalam keadaan takut berlari keluar dari tandas tu. Langit pagi tu pulak belum nak cerah lagi sebab masa sampai sekolah tadi orang baru azan subuh. Masa keluar dari tandas, aku nampak banyak kabus. Dalam pada nak lari, masa ni jugak pintu bilik sukan terbukak macam ada angin tiup tang dalam. Kalau ikut logik akal mane datang angin kalau dah dari bilik sukan ni. Tingkap pun tak ada. Yang ada pintu ni satu jelah. Aku tak nak tunggu lagi, aku teruskan jugak lari. Sampai kat satu tangga aku fikir mungkin dah selamat. Aku pun berhenti kat situ.

Masih dalam keadaan penat dan tercungap-cungap aku pun melabuhkan punggungku atas kerusi. Sayup kedengaran suara berbisik di belakangku, berkata;

“Kenapa lari tadi?”

Aku palingkan kepala, dan terlihat wanita tadi betul-betul berada di belakang aku. Kali ini secara jelas kelihatan muka buruk wanita berkenaan. Nampak terkupas-kupas dan berdarah.

Entah kenapa, seperti d***h naik ke atas kepalaku, aku rasa pitan dan dunia aku nampak gelap.Aku terus pengsan tak sedarkan diri.

Bila aku buka mata, aku lihat mama di hadapanku. Ya, Aku berada di rumah.  Mama beritahu aku dijumpai pengsan di dalam tandas oleh mak cik cleaner. Entah bagaimana, seingat aku aku berada di dalam kelas. Tapi dijumpai pengsan di dalam tandas.

3 hari aku tidak hadir ke sekolah disebabkan demam panas. Bila aku ceritakan semua ini pada mama, mama tak percaya. Katanya aku banyak sangat tengok TV. Entahlah.

Yang jadi tanda tanya, kenapa aku berada di dalam tandas ketika dijumpai.

Okaylah, sampai di sini sahaja cerita ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

19 thoughts on “Wanita Kebaya Putih”

  1. gaya penceritaan yang menarik. walaupun pendek ceritanya tapi pendapat saya, seramnya “sampai”. good job👍🏼

    ada ketikanya, karangan yang pendek lagi berkesan impaknya dari yg panjang berjela

    imo, it doesn’t matter if cerita yg disiarkan tu pendek sangat. what matters is whether cerita tu “berkesan”

    Reply
  2. aku pecaye je dia g skolah sebelum 6pagi sbbnya dulu pun naik van skolah, sampai skolah kul 545pagi..haa engkau, tapi aku bukan sorang la..ada dalam 8 org, trip kedua dia ambik bebudak kt kawasan lain pulak..bila tukar ke sesi petang, dah tercongok depan skolah pukul 1130pagi, padahal sesi petang start 1.30petang..boring ya amat

    Reply
  3. Tapi zaman sekolah dulu mmg makcik van suka jemput awal. Samalah… kadang saya tanya dgn makcik tu, boleh tk tunggu saya solat subuh dulu baru gi sekolah?

    Reply
  4. Jemmm…. Apsal erk dorg suke muncul sebelah muka cantik, sebelah lg muka huduh…🙄
    Aku percaya je cite kau, penah alami sendiri tp takde masa nk mengarangnya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.