10 Kisah

Kisah 1
Terjadi waktu aku masih kecil. Terjaga dari tidur sebab rasa nak kencing, tak ingat pukul berapa. Aku kejut ibu aku untuk teman ke tandas tapi ibu aku lambat bangun so aku terus jalan buka pintu. Buka je pintu aku ternampak lembaga besar sedang duduk kat kerusi, badan berbulu lebat satu badan. Warna putih berkilat. Cuma tunduk, tak nampak muka sebab semuanya berbulu. Duduk sangat proper, tangan atas peha. So… aku tutup pintu balik. Masa tu tak rasa takut.

Kisah 2
Aku tahan mata tak tidur walaupun mengantuk, tak ingat sebab apa. Tiba-tiba muncul bintang warna warni bersusun cantik depan aku, penuh satu ruang bilik. Aku cuba capai tapi tak dapat. Ianya terus ada sampai aku tertidur. Yang ni tak seram, cuma kalau ada sesiapa boleh tafsir, sila tulis di komen.

Kisah 3
Waktu aku sekolah rendah, aku seorang pengawas. Acah-acah pengawas bertanggungjawab, aku datang sekolah awal-awal pagi semata-mata nak buka lampu setiap bangunan. Dalam keadaan masih gelap waktu tu, aku jalan ke arah suis lampu di blok pejabat guru. Sedang nak capai suis, aku nampak ada lembaga bersandar kat dinding depan aku, badan menghadap ke aku, mulanya macam samar-samar sebab keadaan gelap so aku perhati betul-betul. Ciss, warna putih ! So, aku tak jadi buka lampu dan jalan laju-laju masuk bilik darjah walau langkah terasa sangat berat.

Kisah 3
Berlaku pada abah aku, zaman-zaman dia berdating dengan ibu aku. Dari malam sampai ke pagi, abah datang ke kampung ibu yang cuma bersebelahan dengan kampungnya. Masa nak balik, keluar simpang nak ke jalan raya kena lalu jambatan. Kat situ abah nampak cik pon melintas. Abah hormat, bagi dia habis melintas dulu then baru abah gerak. Pecut laju motor balik rumah sampai terbakar lampu motor. Abah cakap cik pon tu rambut putih, tapi putihnya lain daripada putih yang lain. Suara mengilainya hampir pecah gegendang telinga.

Kisah 4
Mak long mimpi arwah atok datang bawa makanan yang banyak. Esoknya, mak long berdiam diri je tapi berkelakuan pelik sampai lah dia tiba2 menjalar kat lantai serupa buaya. Rupanya arwah atok nak bagi saka buaya. Kebetulan adik ipar aku cuba lawan saka tu, tak cukup kuat dia yang terpelanting. Walaubagaimanapun, mak long pulih & sedar tapi saka tu masih nak kan mak long. Dari peristiwa tu baru aku tahu, susur galur aku punyai saka. Wallahua’lam.

Kisah 5
Pak cik aku duduk kat beranda rumah sorang-sorang tengah malam then perasan ada benda kat sebalik pokok pisang tengah bergerak-gerak. Panggil mak cik & sepupu aku untuk tengok jugak, diaorang nampak jugak tapi benda tu makin bersembunyi disebalik pokok pisang tu. Rupanya pocong. Abah aku nak tengok tapi tak dapat, tak puas hati pusing satu rumah bawa lampu picit cari pocong tu tapi tak ada jodoh. Kisah pocong dah biasa, sebab katanya pocong tu penjaga emas yang ada tertanam kat kawasan rumah jiran. Jiran depan rumah aku pun berbual 2 3 pagi kat luar rumah, pocong tu munculkan diri. Memang laluan dia di kawasan tu. Bumbung rumah aku pun selalu dia buat trampoline, bergolek-golek. Tapi, tak pernah bunyi pulak gedebuk ke tanah.

Kisah 6
Kawan india abah aku satu tempat kerja meninggal. Kawan abah aku yang lain tolong bawa turun mayatnya sebab dia meninggal kat bahagian atas kawasan kilang tu. Malamnya kawan abah aku kena kacau, katil dia ada kesan tapak kaki. Siap tenggelam-tenggelam bekas tapak kaki ‘dia’ berjalan atas katil kawan abah aku. Abah aku pula nampak ‘dia’ mundar mandir kat kilang. Pandang, hilang. Muncul tempat lain pulak. Pandang, hilang, zup zappp.

Kisah 7
Kisah arwah atok aku. Atok aku kahwin 2 so jadi tanggungjawab ulang alik ke rumah isteri. Kampung sebelah je. Masa tu atok aku gerak awal pagi, masih gelap & hujan renyai. Tengah bawa motor nampak tepi jalan ada nyonya jalan kaki bawa bekal. Tak tegur, jalan je terus. Sebab memang orang dah pernah cerita & ramai pernah nampak.

Kisah 8
Pak cik tiri aku balik kerja tengah malam. Cik pon tepi jalan angkat tangan macam nak tahan teksi tu. Pak cik aku naik motor je pulak tu, sabo jelah. Boleh terbang, nak tumpang naik motor pulak.

Kisah 9
Pak cik aku dalam perjalanan balik rumah, pukul berapa pagi, tak ingat. Tepi jalan kat kawasan rumah air yg memang ‘hot area’ ada lembaga besar tepi jalan. Sampai terangkat kaki pak cik aku menahan takut sambil bawa motor lalu sebelah dia.

Kisah 10
Masa tu kerja kahwin rumah sedara aku. Disebabkan rumah penuh, tumpang rumah jiran sebelah. Cerita punya cerita tuan rumah kononnya ada bela/pendamping ‘nyai roro kidul’ dia siap tahu yang aku nampak ‘dia’ tu. Tapi aku cuma nampk kain/selendang ‘dia’ tu melintas depan bilik yang aku duduk. Warna krim/kuning cair. Tuan rumah tu siap boleh describe sorang2 lagi, yg pelik, ianya betul. Ada juga dia open request kalau nak tengok ‘dia’. Tak ada siapa berani. Tapi ibu aku start tak percaya cerita dia sejak tuan rumah tu mengaku yang dia adalah sultan johor (dalam alam sebelah sana).

Sekian, terima kasih.

Rina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

27 thoughts on “10 Kisah”

  1. Cuma nak drop komen untuk kisah no 8.. Kenapa tak bagi tumpang?.. kesian acik tu.. kot dia da lambat nak g meeting ke, bateri sayap dia da weak ke, dia baru pindah situ ke, dia sesat ke.. sebak pula tok nak kenangkan nasib acik tu..

    Reply
  2. Yang kisah no. 5 ni mmang selalu jdi kat bumbung umah nenek saya. Lagi² kol 12-2 pagi..mula la kedengaran bunyi tu…tpi saya pikir positif mungkin kucing bergaduh atas bumbung.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.