1001 Misteri

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. Nama aku Fatin. Tajuk macam gempak kan ‘1001 misteri’. Sebenarnya beberapa je kisah misteri yang pernah jadi dalam hidup aku dan keluarga aku. Keluarga aku ada mak, abah, kakak, aku dan adik.

*MENYERUPAI ADIK*

Dulu aku duduk felda kat MJohor. Abah staff felda jadi kami duduk rumah staff betul2 hujuuuuunng felda tu. Keliling memang kebun sawit dan hutan.

Adik aku ni zaman kecik suka berlenggeng tak pakai baju, pakai spender je. Umur dia 4 5 tahun masa tu. Jadi aku dalam 8 9 tahun(beza 4 tahun).
Rumah aku ni rumah papan dapur batu. Jadi dining hall nak ke dapur tu ada tangga dalam 3 step. Sebelah tangga ada pintu stor. Tempat memasak bertentangan dengan tangga dan pintu tu. Boleh bayang tak? huhu

Suatu malam aku nak makan nasi. Aku pun tak ingat kenapa aku makan sorang2. Jadi aku pun ke dapur, ambil pinggan pergi tempat memasak membelakangkan lah tangga dapur. Penakut punya pasal sambil ceduk nasik lauk tu, aku toleh2 kebelakang nak check konon takut ada apa2 haha. Sekali aku toleh tu aku nampak adik aku dengan berspender tu turun separuh(2 step) tangga dapur terus lompat masuk dalam stor yang gelap gelita. Guys, adik aku tu lagi penakut nauzubillah. Tak logik lah dia nak masuk dalam tu gelap2.

Aku peliklah. Aku pun naik tangga dapur kat step kedua tu, aku tinjau2 dlm stor(Stor tak ada lampu, mentol terbakar).

“Dik, dik. Kau tak takut ke masuk dalam tu?” diam tak ada jawapan.

Aku terus naik lalu dining hall, nampak abah tengah tengok tv kat tuang tamu, aku terus kebilik. Niat nak panggil kakak aku tengokkan adik aku yang dalam gelap tu. Jeng jeng jeng. Adik ada dengan kakak aku dalam bilik.

“Eh?tadi aku nampak adik masuk stor”

“Mana ada. Adik dengan aku dari tadi. Tak pergi mana2” jawab kakak aku.

“Teman aku ambil nasi kat dapur” pintaku sambil berhuhu.

*’KAWAN KAKAK’*

Kisah kedua, tak ingat umur berapa.Lebih kurang umur cerita pertama. Masa kecik, aku ni kencing malam sampai darjah 6.haha. (Nasib masuk asrama dah tak buat hal huhu) Disebabkan aku selalu kencing malam jadi aku tidur bawah, kakak aku tidur atas. Katil double decker.

Malam tu aku tidur awal. Pastu aku pun terkencing huhu. Aku turun katil. Bukak seluar yang dah basah. Ye, aku tak cebok. Siapa berani oi nak pergi toilet malam2. Aku cuba nak tidur balik bahagian tepi. Yelah, tengah dah basah. Tapi tak boleh sebab tergelongsor ke tengah, tilam dah lekuk. hahahaha.

Jadi aku dicide nak naik katil atas, tidur ngan kakak aku. Masa aku berdiri tepi katil tu aku nampak ada ‘orang’ tidur sebelah kakak aku. Baring mengiring muka menghadap aku ok! Aku pun tengok la muka orang tu samar2 cahaya dari luar. Kulit gelap, berisi sikit, rambut keriting mengerbang. Aku ni rabun dari darjah 1. Kira dekat jugak lah aku tengok muka orang tu.

‘Siapa pulak ni? Kawan kakak kot. Mesti datang masa aku dah tidur’ fikir aku dengan sifat husnuzon yang melampau.

Aku pun naik tangga katil tidur la belah hujung kat dinding. Sempit bakhang. Aku mengiring rapat kat dinding. Tidurlah kami bertiga.

Esok pagi bangun, memang tak ada lah ‘kawan’ tersebut. Aku tanya semua orang cakap tak ada. Aku tanya mak kot2 dia tidur sebelah kakak aku sebab mak aku pun rambut keriting dan dia kerja malam balik kul 3pg. Mana tahu balik kerja dia tidur dengan kakak aku. Mak aku mati2 cakap tak ada. Lagipun mak aku kurus putih. Lagi satu, tak pernah pun kawan kakak aku datang tidur kat rumah huhu. Tapi aku bersyukur sebab masa aku tengok muka tu, dia tak buka mata. huhuhu

*BUNYI BURUNG*

Kisah ini mak aku yang alami. Mak memang kerja shift malam jadi dah biasa tidur lambat. Satu hari cuti tu mak aku stay up jahit baju. Mak duduk kat kerusi meja makan sambil jahit sembat(jahit tangan je). Dalam sunyi malam tu, tiba2 mak dengar bunyi atas bumbung.

Heekk heekkk heekkk..macam bunyi burung. Mula2 mak buat tak tahu tapi lama kelamaan bunyi tu jadi menyeramkan. Meremang bulu roma. Mak tinggalkan jahitan dia, masuk bilik terus tidur.

Esoknya, uncle Zul Arifin sebelah rumah tanya mak

“Uteh, dengar tak malam tadi mengilai atas bumbung rumah kau?”

Jeng3. Lain orang lain cara ‘dia’ nak kacau.

*MENGAJUK*

Aku dah masuk U. Cuti sem aku balik kampung la. Masa ni dah pindah duduk felda kat kota tinggi. Rumah kayu jugak.

Satu malam tu aku dengan kakak tertidur lepas maghrib. Dalam pukul 11 malam kitorang terjaga, dua2 rasa nak buang air. Kakak aku pergi dulu. Aku duduk kat tepi katil. Termenung baru bangun.

Tiba2 aku terdengar suara perempuan kat belakang bilik aku. Kuat dan jelas tapi tak tau butir bicara nya. Intonasinya macam kau sebut nama dan tanya sesuatu.

Contoh “Milah, kau nak pergi mana tu?”

Yang aku dengar “hmmhmm, hmm hmm hmmhmm hmmhmm hm?”

Kuat dan jelas betul2 belakang bilik. Tak tunggu lama, aku terus bangun pergi ruang tamu tegur abah aku tengok cerita apa. haha. Esok bila aku cerita kat mak, mak aku ckp jiran kot. Aku ckp tak, dekat sangat bunyi nya. Mak aku macam tak percaya la. Ke dia tak nak bagi kitorang takut. Tak tau lah aku.

Seminggu dua lepas kejadian tu, kawasan kota tinggi kena ribut. Malam tu blackout. Bosan2 tu aku layan game kat laptop menghabiskan sisa2 bateri. Kakak aku bercerita lah pasal ribut kat tempat kerja dia sambil tengok aku main game.

“Tadi ribut ada bumbung tercabut tercampak kat tempat parking” cerita kakak.

“Habis, kena kereta orang tak?” tanya aku.

Diam.

“Woi, dengar tak aku tanya ni?” aku toleh kakak aku. Kakak aku letak jari kat bibir isyarat suruh aku diam.

“Kenapa?” tanya aku lg. Kakak aku tetap bagi isyarat suruh diam. Dia macam cuba dengar sesuatu.

“Tak ada apalah” jawab kakak selepas beberapa ketika. “Jom tidur” sambung kakak.

Aku pun cepat2 off laptop. Dah baring nak tidur.

“Kau nak tau kenapa aku diam tadi?” tanya kakak.
“Kenapa?”
“Tak payah lah. Nanti kau takut. Esok aku cerita.”
“Bodoh. Lain kali jangan tanya.”
“Aku dengar suara perempuan kat belakang ajuk kau cakap.” Tahi! kakak aku ni kata nak cerita esok. Dah lah tengah bergelap.

“Aku dengar jelas kuat tapi dia cakap x berbutir. hmhmhmhm je ajuk intonasi kau.” sambung kakak.
“Tidurlah” kataku. Takut oi..

Esok cerita kat mak, tak bolehlah mak nak cakap salah dengar ke apa sebab dah ada dua saksi.hehe Mak abah terus buat pagar garam keliling rumah. Dah tak ada gangguan dah lepas tu.

*C3-303*

Asyik cerita hal kat rumah je kan. Aku cerita kejadian kat tempat belajar. Aku sekolah kat sekolah asrama penuh kat selatan. Ada lah sekali dalam cermin aku nampak rambut kat tepi katil. Sepintas lalu je. Masa belajar kat matrik nun kat utara Alhamdulillah tak ada apa.

Ceritanya bila aku kat IPTA di Kuantan. Masa masuk sem 5 aku tak dapat hostel sebab result sem 4 KO. Maka aku menumpang bilik member sampai rayuan diluluskan. Lepas sebulan start sem baru lah dapat bilik. Aku ditempatkan kat blok C3 aras 3 bilik no 3. C3-303. Blok C3 ni memang pernah ada kes. Masa aku sem 1 ni ada kawan aku duduk blok C3 tapi aras 4. Ada beberapa gangguan kat penghuni aras 4 sampai semua dipindahkan dan aras tu dibiarkan kosong. Masa 2nd year aku tak perasan ada orang tak kat aras tu sebab aku duduk KK lain. Masa 3rd year tu aras 3 dan 4 kosong sehingga lah kami2 yang rayuan ni ditempatkan kat aras 3. Itu pun separuh aras je ada orang. Aras 4 kosong. Blok lain semua penuh tau sampai aras atas. Macam sengaja dikosongkan. huhu

Satu malam tu aku tinggal sorang2 dalam bilik. Roommate lain entah kemana. Meja aku dekat dengan tingkap tapi meja aku hadapkan ke katil jadi duduk membelakangkan tingkap menghadap pintu. Aku duduk kat meja online kat laptop pakai headphone dengar lagu. Tengah layan lagu tu…

Tok!Tok!Tok! bunyi pintu diketuk.

“Ye” aku sahut dari dalam. Diam. Aku tengok jam pukul 10.30. Aku buat perkhidmatan sewa kereta. Memang ada penyewa nak datang ambil kunci pukul 11. Aku biar je sebab mana tau salah dengar. Aku fikir kalau ada orang pandailah dia tolak pintu tu. Aku sambung dengar lagu.

Tok!Tok!Tok! Aku bukak headphone.
“Ye” aku kuatkan sikit suara. Diam. Aku bangun bukak pintu. Mana tau budak ni jenis tunggu orang buka pintu. Kalau aku pergi bilik orang, ketuk terus buka pintu sambil bagi salam haha. Bila aku buka pintu, kosong. Tak ada sesiapa. Aku keluar jengah kiri kanan sepanjang aras tak ada orang. Aku masuk semula, duduk. Headphone aku gantung kat leher je. Nak pastikan aku tak salah dengar.

Tok!Tok!Tok! Aku terus bangun buka pintu. Tak ada orang. Masa tu barulah sel2 otak aku berhubung. Aku tutup pintu sambil carut2 dalam hati. Lampi sangat. haha

Tok!Tok!Tok! Aku bangun dari kerusi, aku tak buka pintu. Aku intai bayang2 dari bawah pintu. Tak nampak apa2. Aku pun buat tak tahu je. Lepas tu dah tak ada apa2.

Tak lama lepas kejadian tu, roommate aku Dayah tanya aku dengar tak ada bunyi tolak perabut kat atas. Memang ada. Dua2 duk confirmkan betul tak dengar dari atas. Sedangkan atas mana ada orang.

Suatu hari aku pergi kelas. Kelas repeat hehe. Kelas dengan junior. Jumpa kawan 1 batch yang repeat jugak. Nama dia Fat. Bermulalah perbualan.

“Fatin dah dapat bilik?” tanya Fat.
“Dah”
“Dapat KK mana?blok mana?”
“KK3. C3-303” jawab aku. Fat pandang muka aku terkejut.
“Tak kena kacau ke?”
Me like whhhhyyyyy?

Cerita Fat. Dulu masa sem 3 dia duduk bilik yang sama. Dia selalu dengar bunyi loceng macam loceng kaki tu. Dia dengar time ada orang lain ada dalam bilik. Dia perhati roommate dia tak ada sorang pun yang pakai gelang berloceng. Dia fikir mungkin bantal ‘love’ roommate dia ada loceng(aku pun tak tau kenapa dia fikir macam tu haha). Satu malam tu dia duduk sorang2, dia dengar lagi bunyi loceng tu. Dia peliklah. Dia check bantal roommate dia. Tak ada loceng. Apa lagi. Dia pun terus cabut pergi bilik member. Aku cerita pasal ketuk2 pintu tu. Terkejut dia aku cakap aku stay je dalam bilik lepas kena kacau. huhu.

*KENA TINDIH*

Tajuk macam normal kan? Tapi aku tak pernah kena tindih sampai aku umur 24. Jadi aku nak cerita jugak.haha

Masa ni family aku still duduk rumah felda tapi abah aku baru beli rumah kat taman perumahan berdekatan. Persedian nak pencen. Jadi rumah baru abah dah renovate sikit2. Pasang mozek semua tapi belum pindah sepenuhnya sebab nak besarkan dapur dulu. Tapi kitorang selalu lepak rumah baru. Kadang2 tidur sini.

Satu hari, aku, adik dan kawan2 adik aku lepak lah kat rumah baru. Mak abah kat rumah lama senang mak nak pergi keja sebab transport tak masuk area rumah baru.

Jadi malam tu adik aku dan kawan2 nya tidur ramai2 kat bilik tengah. Aku tidur sorang2 kat bilik master. Alas toto je sebab belum pindah perabut lagi masa ni. Aku tidur tengah2 bilik yang kosong.

Tengah tidur tu malam aku terbangun. Sakit sangat tangan aku. Aku ingat sebab aku tidur mengiring, tangan aku dari bahu ke siku tu tertindih bawah badan. Aku try gerak tangan tak boleh. Kebas kot. Aku try gerak badan. Tak boleh!

Aku yang tak pernah kena tindih ni duk lah tertanya2 dalam hati ‘kena tindih ke ni?’. Aku try baca ayat kursi..

“Allahu la..Allahu la..” aku duk ulang part tu dan perasaan aku part ‘la’ tu salah. Padahal betul, tinggal sambung ‘ila’ dan seterusnya. Dah tak boleh baca, aku teringat orang cakap kalau kena tindih, kita gerak sikit pun dia lepas. Aku try gerak badan tak boleh even jari2. Akhirnya aku kerutkan muka. haha. Dan aku pun dilepaskan. Dalam mamai2 tu aku terpinga betul ke aku kena tindih. kroh kroh kroh. aku pun sambung tidur. hahaha. Bila cerita kat adik aku, dia cakap hantu pun menyesal kacau aku sebab tak ada perasaan boleh tidur balik. Lagi satu hantu pun takut tengok muka aku hodoh sangat(part kerutkan muka tu). Tahi punya adik. hahahaha. Itulah first and last(amiiinnn) aku kena tindih.

Ok. Habis dah cerita aku. Sorry memang tak seram pun. Saja nak kongsi. Aku bersyukur sangat aku kena sekadar dengar bunyi, yang nampak pun tak ada lah mengerikan. Aku suka sangat baca cerita2 korang tapi lepas tu takut sendiri. hahaha. Btw, tq admin luluskan story aku(kalau lulus lah)hehehe. Kbai.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Fatin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “1001 Misteri”

  1. Part seram kelakar mse nk naik katil kakak lps kencing mlm tu…
    Sllunye org nmpk kelibat pon dh cabut…
    Yg ni siap ngerekot2 nk share bertiga gak katil tu, haahahha…
    Yg bagusnye kakak die boleh x terjage ekk wpon katil ti dh sempit camtu…
    Untuunngggg patern sng tdo…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.