Gangguan Melalui Telefon

Assalmualaikum warga FS.. Pertama sekali nak ucap ribuan terima kasih sebab sudi siarkan cerita aku. Nama aku eyka. Baru berusia 20 tahun dan menetap di gelang patah, johor. Cerita yang aku nak ceritakan ni berlaku kat adik beradik aku dan diri aku sendiri.. Hehe. Benda ni terjadi baru lagi dalam awal bulan 9 tak silap.

Masa jam 8.30 malam tu aku pergi keluar lepak kat kedai makan tajri dengan sepupu aku 3 orang ni. Lepas makan tu kite orang pergi karoke. Dalam 11 lebih tu kite orang habis karoke. Aku ni kena laa hantar sepupu aku nama yaya ni balik rumah dia. Then aku balik sorang. Sebab rumah sepupu aku 3 orang ni dekat je. Kalau dr umah aku nk ke umah dia orang kena naik moto. Tkde laa jauh mana. Kebetulan kalau balik rumah aku ni kena lalu depan kubur. Tapi takde laa takot sebab depan jalan besar nk ke umah aku. Street to the point. Aku sampai rumah nak dekat pukol 12. Mcm biasa masuk umah dah cuci kaki semua baring kat bilik laa kan. Kononnye nak tidor. Boleh plak lapar lagi. Pegi laa kuar bawak moto beli makanan. Kebetulan time tu jam dah tunjuk nak dekat jam 1. Masa dah siap beli mkanan ni nk otw balik. Time tu hati dah rasa tak sedap. Lain macam. Sampai umah dah siap makan semua nak masuk bilik nak tidur balik kononnye. Sbelum tidur tu biasa aku akan tengok luar gate depan dah kunci ke belum. Haa dan mase itu laa aku ternampak something kat pagar umah aku!!!!! Aku nampak Kepala je wehh. Orang kata “PENANGGAL” ! Sumpah babe gigil lutot. Terkunci semua mulut. Aku terus masuk bilik buka lampu baring dengan keadaan takot. Then aku panggil adik aku. Adik aku boleh taknak layan aku. Adik aku ni umur 15 tahun. Dia ni rajin jugak laa kena kacaw mase kat rumah tu. Aku sampai tak boleh nak tidur. Tidur pon tidur ayam. Dalam pukol bape pagi tu baru aku tidur nyenyak sampai esok nye.

Keesokannye aku nak cite kat adik aku apa yang aku nampak. Tak sempat nak cite habis dia bole jawab “dah agak dah. Orang tahu sebab tengok akak macam takot2. Sebab tu orang biar lampu bilik t’bukak je. Akk tido nyenyak sikit baru orang tutup.” Gila adik aku ni. Lepastu dia bole ckap mcmni plak “sebelum akak jumpa orang jumpa dlu kat dapur mase nak basuh tangan. Orang nampak bayang dari tingkap. (tingkap umah aku dr dpn ke dapur ni semua sliding) Bila tengok blakang benda tu tibe2 hilang. Tapi orang jumpa badan je laa takde kepala.” series ah adik aku ni.?

Sambung pada cite td…. Biasa petang aku akan pergi ke runah nenek aku. Lepak dengan sepupu2 sdare2 aku semua. Sebab umah nnek dkt situ jugak sbenarnye. Di pendekkan cite plak. Malam tu aku cite kat ibu aku cakap apa aku dgn adik aku nampak smalamnye. Mase tengah berkumpol aku pon cite laa yang aku nampak benda tu. Nenek cakap biasa benda macamtu ada orang hantar. Orang tua tua cakap laa. Tapi biasa nye betol. Terus 3 malam aku tak boleh nak tidor. Balik pon takot lalu kubur kau bayang kan laa.aku sanggup ikot jalan lain. Jauh sikit. Haha. Sebelum aku nampak benda tu t’pacak kat depan umah aku ada orang prempuan call aku. Mase tu malam. Aku angkat laa mcm biasa. Tak sempat nak cakap hello dia terus cakap ” hello dek. Tengah buat ape tu? Dah tidur ke belum?” Aku dengan selamba jawab “baring je kat bilik. Belom lagi ni. Baru nak tidor ni.” Orang tu terus cakap ” adik cuba tengok luar ade orang tak.” Aku dah pelik. Aku terus cakap “takde pon kak” part last skali dia terus cakap mcmni “cuba adik keluar rumah tengok kat depan ade tak orang takde badan kaki semua. Tapi ade kepala je.” Dia terus ketawa ngilai. Aku m**i kan terus nangis bagi tahu ibu ayah. Bila call balik no tu tak dapat. Takde dlm perkhidmatan! Seram habis babe. ??

Nak di pendek kan cite lagi selang seminggu tak silap abang aku plak kena. Dalam rumah aku jugak. Mase tu abg aku sorang kat umah baru balik lepak ke keja tak tahu laa kan. Abg aku jalan nak ke dapur boleh pulak selisih benda tu langgar bahu dia. Meremang babe. Tapi abang aku buat tak tahu je bajet berani….. Kalau korang selisih benda tu apa siak korang rasa. Mmg dgr cite mcmni tak seram semua. Tapi korang bayangkan macam mana kalau nampak benda yg kita takna jumpa. Nak ikot kan dlu dlu mase skolah rendah lagi gila kena mase baru baru pindah umah yg aku ni.

Itu saja cerita aku utk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca walaupon ayat ada tunggang langgang or terabur ke kan. Mana tahu kalau ade lagi gempak aku kena aku share laa lagi. ?
Cuma nak pesan sebelum masuk umah baca bismillah 3 kali baru panggil salam. Kalau badan kotor ke ape pergi bersih kan dlu. Mandi cincai je janji bersih. Hahaha.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.6]

19 thoughts on “Gangguan Melalui Telefon”

    • Ni la perangai melayu.. Nak tegur sikit pun tak boleh kalau tak mula la nak ‘butthurt’.. padahal orang tegur nak betul kesalahan je ni dikatanya kita nk buat isu pulak (yang jadi isu tu kalau ss kesalahan ejaan orang lepas tu viral kat fb/wc tu baru namanya nak jadi isu), dah salah eja kita tolong la tegur, kalau tak tegur sampai bila baru nak berubah?? Btw siapa2 nak tegur – menegur tu tolong jaga kata2 silap hari bulan gaduh sesama bangsa pulak.. Malu kat bangsa lain, mereka saling menegur untuk kebaikan, orang kita menegur untuk memburukkan sama sendiri..

      Reply
  1. kenapa la melayu ni bangang namampos eh?? benda salah eja BI ke BM ke sikit nak jadikan isu. benda kau dah faham sudah la. kalau nak betulkan dia pun, betulkan elok elok. macam la korang tu perfect sangat langsung takda salah apa. kalau bodoh tu jangan tunjuk. simpan elok elok buat hari tua. ni aku tuju kat korang yang menegur padahal diri pun salah. tolonglah ya perangai macam ni boleh gi buang jauh jauh dah kot.

    Reply
  2. Ni la perangai melayu.. Orang lain tegur sikit dah melenting, dah eja pun salah mesti la kena tegur kalau tak sampai bila nak biar terus salah?? Bukan ke bahasa itu indah?? Niat di hati bukan nak memburuk siapa2 tapi sekadar menasihati, btw siapa2 nak menegur tu tolong la guna ayat yang sopan sikit buat malu kat bangsa lain..

    Reply
    • Eh kau ni dr awal smpai akhir tak pernah aku nmpak kau komen benda positif tau. Sihat ke tak asyik dok nk kecam org je.

      Reply
      • betul tu . sy pun pernah tegur pasal duman ni dekat post lain sebab komennya asyik negatif je . pasal cerita pengajaran pun boleh di katanya merapu . mungkin beliau memang kurang sihat .

        Reply
  3. dek, kalau ko eja stret, ok lagi…mgkin org boleh anggap ko saja ja nak bagi broken english..tp akalu dah street ko kasi masok….mmg org tegur lah….jaoh bebeno dah bunyi nya tu…”stret” ngan “strit”..rilek la kalau kena bahan tu….

    Reply
  4. Alahai..salah eja pn nk kecam bagai …tegur je la elok2…tlg betulkn..sama2 blaja….tp dik bab org cal suh tgk depan umah tu huhu…seram kot…dulu penah zaman sblm sms( wassap x wujud lg) ….kwn2 anta msg yg suh tgk kt tingkap n bukak tali kapan tu…hadoii…akak campak phone terus tdo bukak lampu smpai pg…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.