2506 (ending)

Assalamualaikum semua, aku kembali. Ingat lagi tak kisah ‘aku’ menjenguk kawan aku hari tu? Lepas FS siar kisah aku tu 3 hari 3 malam aku rase seram sejuk macam dihantui sangat. Tapi aku tahu, perasaan aku je tu. Yelah orang penakut amat boleh pulak nak tulis cerita hantu. Apa yang aku tulis ni macam menakutkan diri sendiri pulak. HEHE. Sebelum aku cerita pasal berita yang aku dengar masa aku tahun akhir tu izinkanlah aku cerita sikit saat-saat tiga bulan sebelum kami berpindah ke unit 2208. Tak cerita karang pendek sangat pulak ending aku ni. Nanti korang marah pulak cakap “tu je ke ending dia?” hehe.

Tiga bulan sebelum berpindah merupakan saat-saat paling menakutkan dalam hidup ahli unit 2506. Masa ni hampir semua housemate aku diganggu. Tak tahu kenapa setiap hari ada saja yang ternampak, terdengar dan tertegur. Tapi yang paling kuat terganggu roommate aku lah, nasib baik aku kena tak teruk sangat setakat nampak awek rambut panjang melintas depan bilik. Actually time tu bukan aku je yang nampak kawan aku yang bilik bertentangan dengan bilik aku pun nampak. Tu yang cerita jadi panjang tu.

Okay, macam ni, bilik aku ni pintu dia menghadap laluan ke dapur, depan tu pulak bilik air and bilik ketiga, kira bertentangan la. Malam tu duk pegang note sambil mengiring menghadap pintu. Pegang je okay sebab seram tengok roommate lain duk study untuk test. Tengah berangan sambil pegang note tu nampak macam kawan aku lalu pi dapur. Dia ni rambut panjang, paras hips dont lie mungkin. Ignore jelah, pastu nampak dia ke ruang tamu semula. Okay, tak sampai seminit tiba-tiba dia lalu ke dapur semula.

Tapi lalu kali ni tak kembali lagi. Aku memang tunggu dia lalu nak say hai sikit sebab macam pelik dia duk ulang alik. Tak puas hati, pagi esoknya aku pi cari kawan aku tu, malangnya roommate dia cakap kawan aku tu tak ada. Dia balik petang semalam sebab mak dia sakit admit HKL. Maksudnya bukan dia lah yang lalu semalam. BYE!

Dalam minggu tu jugak ada satu malam tu kami plan nak hang out ramai-ramai, boleh dikatakan satu rumah lah keluar cuma tiga orang je yang tinggal. Yang tinggal cuma Wani si berani yang nampak sweet candy hari tu, aku dengan roommate dia. Malam tu dia orang nak masak sebab dah beli barang-barang nak buat nasi goreng student. Aku pulak malas nak keluar jadi aku join dia orang kat rumah. Malam tu lepas solat maghrib, landing atas katil menghadap laptop dulu, tunggu solat isyak, dah siap tengok final destination 4 lepas tu baru lah masing-masing rasa lapar. Dalam pukul 10 lebih macam tu kami orang masuk dapur nak buat nasi goreng yang di plan tadi. Wani p****g ayam, aku p****g bawang yang sorang lagi tengah pukul telur nak buat telur dadar.

Tiba-tiba TUKK TUKK TUKK bunyi orang ketuk tingkap dapur. Aku pandang Wani yang duk menghadap tingkap tu. Wani p****g ayam kat singki yang menghadap tingkap tu. Tanpa rasa bersalah dia cakap dia yang ketuk, saja nak buat suspen sikit. Kuang hajo punya member. Tengah kami menunjukkan skill masing-masing menggoreng nasi, tiba-tiba kerusi meja makan yang utuh berdiri jatuh. Kami bertiga berpandangan, cara kerusi tu jatuh memang tak logik. Macam ada yang angkat dan baringkan atas lantai. Masing-masing telan air liur tapi rasa lapar menghalang kami untuk lari ke rumah Pak Hussin. Kami decide nak makan dalam bilik je. Tak mau duduk kat meja makan tu. Kerusi yang jatuh pun kami tak angkat.

Dalam berdebar tu kami suap jugak nasi ke mulut, bunyi tombol pintu dipulas tarik perhatian kami untuk angkat kepala. Huhhh, pintu terbuka luas dan satu kelibat hitam melintas laju ke arah dapur. Kami bertiga tinggal nasi dan capai al-Quran. Kami baca surah Yaasin sampai housemate yang lain balik. Lepas tu barulah Wani bukak cerita, sebenarnya bukan dia yang ketuk tingkap masa kami tengah masak tadi.

Dalam pukul 2 pagi tu sekali lagi aku terkejut bila ada sorang member aku ni meloncat terjun dari katil dia. Kami satu bilik tersedar bila dia loncat and asyik sebut takut. Perkataan takut tak lepas-lepas dari mulut dia. Kami cuba tenangkan dia, peluk dan baca ayat-ayat suci al-Quran kat telinga dia. Badan dia jadi panas. Korang bayangkan rasa macam pegang kettle jug yang air baru masak tu. Memang panas tapi member aku ni dah menggigil. Satu rumah kami terkejut pagi tu bila member aku ni dah start meronta-ronta. Tak kuat rasanya nak hadap bertiga je.

Ada sorang kawan aku ni dia boleh pulak nak ajak member yang tengah meronta tu berborak. Dia tanya kenal tak siapa dia. Member yang tengah meronta tu pun toleh kat dia, actually bukan toleh, just anak mata dia yang menjeling ke arah si ramah tamah tadi dan sengih menyeringai. Bukan si ramah tamah je yang cuak, habis yang lain pun kecut perut. Jalan terakhir, terpaksa call Pak Hussin. Pak Hussin datang dengan kawan dia. Patutlah lambat, sempat lagi hello member. Masa Pak Hussin sampai tu member aku tu da tak meronta tapi badan panas lagi. Pak Hussin decide nak bawa dia pi Hospital.

Baru je lima minit dalam kereta, member aku cakap dia nak balik. Aku pegang tangan dia, korang!!! Dah tak panas badan dia. Aku yang duduk seat belakang Pak Hussin bisik bagitahu yang badan member ku ni dah tak panas. Kami teruskan juga ke hospital. Lepas siap doktor check dia cakap member aku ni tak ade apa-apa. Demam pun tak, kami cerita sikit-sikit kat doktor and dia nasihatkan supaya ikhtiar dengan perubatan Islam. Balik je hospital rumah kami dah bergema dengan ayat-ayat rukyah dari laptop. Mata memang dah tak boleh pejam jadi kami semua berjaga sampai ke pagi.

Esoknya pi kelas semua ting tong. Masa dalam kelas barulah member aku yang kerasukan semalam buka cerita. Dia cakap dia melompat dari katil semalam sebab dia nampak ada sweet candy dengan muka hitam legam tengah menghadap betul-betul depan muka dia. Tempat sweet candy tu berdiri dekat tempat yang sama dengan tempat Wani si berani nampak dulu. Malang sikit member aku ni sebab benda tu betul-betul menghadap dia. Dia terjaga pun sebab ada bau busuk menusuk hidung. Allahu. Kalau aku yang Allah duga dengan nampak benda macam tu mungkin lagi teruk kot.

Dalam duk masing-masing tahan debar kat dada, seorang lagi housemate aku buka cerita. Dia cakap time kami sibuk tenangkan member aku semalam, dia nampak ada kelibat perempuan duduk atas locker sambil tengok kami orang. Perempuan tu seolaholah merenung member aku yang kerasukan tu. Sekali lagi masing-masing rasa tak mau balik. Lagi-lagi roommate aku. Malam tu kami orang serumah buat upacara memagar rumah dengan ayat suci al-Quran.

Setiap orang berdiri di setiap penjuru rumah dan baca ayat-ayat yang telah diberikan oleh ibu housemate aku. Masa tengah pagar tu pun ade sorang housemate aku kena ganggu. Telekung yang dia pakai disentap dari belakang sampai dia jatuh terduduk. Jadi malam tu kami satu rumah berjemaah tidur kat ruang tamu. Takut amat abang kakak sekalian.

Sebulan selepas peristiwa kerasukan tu kami diarahkan berpindah ke unit 2208. Terima Kasih Pak Hussin. Alhamdulillah, tiada apa-apa peristiwa yang menakutkan berlaku di unit 2208 sehingga kami tamat pengajian. Korang mesti tertanya-tanya kan apa yang terjadi pada tahun akhir aku. Sebenarnya pada tahun akhir aku kat sana ada terjadi satu kes. Ada seorang junior aku dilaporkan hilang. Masuk hari kedua, report polis semua dah buat tapi junior tu masih tak dijumpai. Malam tu kami dapat berita yang dia orang dah jumpa junior tu di unit 2506.

Junior tu bernasib baik bila Pak Hussin teringat yang dia ada bagi kunci kat kat junior tu untuk simpan barang rumah dia yang rosak. Tapi student tu tak pulangkan lagi kunci tu. Masa dijumpai junior tu tak sedarkan diri dan meracau. Bila junior tu dah pulih dia bagitahu yang dia tak ingat apa-apa. Pak Hussin minta pihak kondo untuk memeriksa cctv di tingkat 25 semasa hari junior tu dilaporkan hilang. Yelah, takut la juga ada apa-apa muslihat ke yang junior tu buat untuk lindung kesalahan dia.

Tapi apa yang cctv papar betul-betul buat Pak Hussin terkejut bila tengok junior tu terhuyung-hayang keluar dari lif macam ditarik seseorang. Tapi yang pasti hanya dia seorang yang ada di situ. Junior tu juga nampak macam bergelut minta dilepaskan tapi tak tahu apa yang pegang dia. Kes cctv ni pun Pak Hussin yang cerita kat kami. Tak kan lah dia nak menipu kan. Kami mantan penghuni 2506 ni hanya berhuhu berjemaah bila dengar cerita tu.

Sebenarnya pada petang sebelum junior dijumpai, kami akak-akak senior yang budiman ni meronda kawasan swimming pool. Saja nak ambil angin petang. Ada sesetengah penghuni kondo ni tahu pasal kehilangan junior kami. Tengah duduk-duduk lepak layan gosip budak nursing yang couple dengan budak farmasi tu dah putus di tengah jalan, ada pulak seorang pak cik ni datang menegur kami. Dia tanya tentang junior yang hilang tu dah jumpa ke belum. Sempat lagi dia cakap entah-entah junior tu ikut jantan. Negatif betul pak cik ni walaupun sebenarnya ramai jugak yang cakap macam tu. HEWHEW.

Kami sengih je dengar apa yang pak cik tu cakap. “Korang tahu tak yang tiga tahun lepas ada kes b***h diri terjun dari tingkat 25?”, soalan pak cik tu buat kami semua terdiam. Sengihan mengendur perlahan-lahan. Apa ni pak cik? aku tak puas hati sebab jiwa tenang aku dah dirampas oleh pak cik ni. Tapi protes dalam hati jelah. Pak cik tu cerita yang tiga tahun lepas, means tahun sebelum kami orang masuk ke unit 2506 pernah berlaku kes seorang perempuan terjun dari tingkat 25. Mayatnya bersepai betul-betul di kawasan kolam renang yang kami tengah lepak tu.

Pak cik tu kata yang kes tu tergantung sebab tak tahu memang kes b***h diri or ada motif pembunuhan lain. Pak cik tu cakap lagi yang si m**i tu menyewa di sebuah unit di tingkat 25 seorang diri. Dia tak pasti unit yang mana tapi unit tu berdekatan dengan lif. Cuba teka, ada dua unit di tingkat 25 yang dekat dengan lif. Salah satunya 2506. Mungkin ke yang jatuh tu penyewa 2506? Tak ada siapa di antara kami yang tahu. Doakan kesejahteraan rohnya, nak suruh sedekah Al-Fatihah pun tak tahu si m**i muslim ke tak.

Tu je kisah aku, mungkin tak menyeramkan untuk korang tapi cukup untuk buat aku lenguh sendi badan bila teringat. Sikit pesanan dari aku, kalau kita duduk ramai-ramai dalam rumah sewa or hostel pastikan rumah kita sentiasa bersih. Rajin-rajin buang sampah, jangan biar sampah bermalam dalam rumah. Takut bila terjaga tengah malam nak pi toilet nampak pulak ada geng duk membongkok tepi tong sampah tengah jilat sisa. Kalau susah sangat nak buang pun letak la sampah yang dah dibungkus kemas kat luar pintu rumah. Esok pagi-pagi buang. Untuk gegirl, pampers dalam sebulan 7 hari menemanimu tu jangan main campak je. Basuh bersih-bersih dan balut baru buang. Bukan apa, jin dan syaitan suka pada benda yang kotor. Sekian/ #Assalamualaikum cinta.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

4 thoughts on “2506 (ending)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.