3 usikan di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fs. Terima kasih admin fs approve cerita aku.

Aku Lera (bukan nama sebenar), asal Sarawak. Pernah belajar di Unisza, Terengganu. Bagi tak tahu tentang Unisza, Unisza ada 3 buah kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Kota (Kampus Perubatan). Nak tahu lebih lanjut, boleh tanya Mr. Google sebabnya aku sendiri pun start search tentang UniSZA bilamana dapat tawaran belajar di sana. Sebelum tu aku tak pernah tahu wujudnya UniSZA..huhu..sorry..

Ok, aku ada 3 kisah pendek nak dikongsikan tentang pengalaman aku sendiri di Terengganu.

Kisah 1 (Sem 2 ~ Lokasi : Asrama Baru)

Blok mana aku terpaksa rahsiakan, nanti adik2 yang masih di UniSZA takut pulak. Hehe. Untuk senang korang bayangkan, asrama baru sama macam rumah flat bomba. Ada 5 tingkat, ada yang 4 tingkat. Setiap rumah ada 3 bilik tidur, dapur, bilik air (3 toilet, 3 bilik mandi), 3 bilik mandi, ada koridor. Setiap blok ada 2 tangga (kat depan & belakang) untuk naik turun. Petang lepas Asar, aku dan Ila janji nak lepak bilik Anah. Bilik Anah berada di blok bersebelahan blok aku dan Ila. Aku dan Ila satu blok, tapi tak sama bilik dan tak sama tingkat. Aku tingkat atas sekali. Ila pulak di tingkat 2. Petang tu Ila whatsapp bagitau yang dia akan join lepak malam nanti sebab tiba2 ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku dan Anah ok ja sebab kami pun biasa lepak berdua ja.

Malam tu, lepas Isyak, Ila masuk bilik Anah. Kami borak-borak kejap. Then Ila soal aku,

Ila : Kau dari tadi ke dalam bilik Anah? Kau ada balik blok kita tak Maghrib tadi?
Aku: Haah, dari Asar tadi aku dalam bilik Anah tak balik2. Kenapa tanya?
Ila : (dengan muka cuak) serius lah wei??? Petang tadi aku jumpa kau kat tingkat aku tu, aku panggil2 nama kau, kau tak toleh pun. Tapi aku nampak muka kau dari sisi tengah senyum sinis. Then kau jalan terus tinggalkan aku.
Aku : Meremang aku dengar. ‘Dia’ buat apa time tu? (Saja aku tekankan word ‘dia’)
Ila : Dia menuju ke arah tangga belakang. Pakai serba hitam pulak..huhu (Maksudnya situasi berlaku di tangga depan).
Aku : Mujur kau tak follow dia. Seram lah aku nak balik bilik nanti.
Dah laluan tingkat atas sekali selalu gelap.

The End.

Kisah 2 (Sem 3 ~ Lokasi : Rumah Sewa Taman Kasturi)

Throwback kena ganggu time kat rumah sewa aku yang first di Terengganu. Penghuni ada 14 orang. Ramai kan? Actually, kami maklumkan dengan tuan rumah hanya 10 orang, so 4 orang lagi korang faham2 lah statusnya apa, nasib lah sepanjang stay tak pernah kantoi..hahaha. Kami bayar sewa ikut rumah, bukan bayar ikut kepala. Mereka lah housemate aku, mereka lah classmate aku.

Aku cerita serba sedikit plan rumah senang korang nak bayangkan. Rumah ni ada 4 bilik dan salah satunya master room siap ada tandas d dalamnya. Setiap bilik ada 3 orang kecuali master room, ada 5 orang. Asalnya rumah ni kosong, satu perabot pun takdak. Katil dan tilam pun takdak, kami hanya tidur beralaskan tikar getah dan toto hak milik kami sendiri. Kesian ok?haha. Tapi kami pujuk lah tuan rumah ni, pujuk punya pujuk, dia pun bagilah peti ais, mesin basuh, dapur, tong gas. Ampaian baju pun kami request berminggu kemudian baru dapat..hahaha..

Kisah bermula masa kami ramai2 lepak makan2 kat ruang tamu, tapi ada gak yang tak join, lepak kat dalam bilik dengan dunia masing2. Tengah syok2 gelak suka ria, tiba-tiba, ‘ktakk’ bunyi kat pintu, salah seorang member aku tanya “shhh, diam kejap. Korang dengar tak bunyi kat pintu tu?” most of us tak dengar langsung. So kami pun diam kejap, kot2 ada bunyi lagi. Then sepi, tak da apa2. So kami pun sambung borak2, gelak2, huhahuha..’ktakkkkk’ kali ni lebih kuat dan kali ni semua dengar. Kami semua diam pandang kat pintu. Tiba2 sorang kawan aku keluar dari bilik “wei, aku dengar bunyi orang berjalan lah kat luar”. Terus semua dah menggelabah. Kawan2 yang dalam bilik semua dipanggil keluar.Ada yang ketakutan terus merapatkan diri masing2. Ada gak lah yang berani, terus mencari alat2 untuk dijadikan senjata. So, kat tangan kami masing2 ada yang pegang seterika (penghuni ramai, seterika pun banyak), ada penyapu, ada senduk, ada periuk, ada baldi, ada hanger kiri kanan tangan. Sempat gak lah tergelak sebab tengok alatan kat tangan masing2..hahaha

“Ok, sekarang kita nak buat apa?” tanya kawan aku dengan nada berbisik..”Kita call Dr. Ros lah minta tolong”..Dr. Ros pensyarah UniSZA jugak, rumahnya sebaris dgn rumah sewa kami. Call banyak kali tapi tak da respon. Kami call pulak jiran depan rumah, Cikgu Azmi. Mujur kami biasa dah dengan Cikgu Azmi, kebetulan Cikgu Azmi yang perkenalkan kepada kawan aku rumah yang kami duduki sekarang tapi masa call Cikgu Azmi tak balik lagi dari masjid.

So, kawan2 aku yang berani offer diri nak jenguk ke luar. Dalam 4 5 orang lah keluar dan perhati sekeliling dengan senjata. Kami yang di dalam jaga2 jugak. Tapi tak jumpa apa2. Tak lama kemudian, Cikgu Azmi dan seorang ustaz (juga jiran kami) sampai dan pergi ke belakang untuk tengok. Sama, tak jumpa apa2, kesan pun tak ada. Menurut Cikgu Azmi dan ustaz termasuk pensyarah kami sendiri, kawasan tersebut tak pernah lagi berlaku kecurian.

Lepas Cikgu Azmi dan ustaz balik, kami semua kumpul kat ruang tamu. Time ni lah baru depa semua buka cerita pengalaman masing2 sepanjang berada kat rumah sewa kami.

Anah: Aku tiap malam mimpi buruk dan dalam mimpi nampak sesuatu lembaga hitam kat tingkap bilik kami. (master room)
Kawan A : Aku iron baju tepi tingkap kadang2 dengar bunyi ketukan kat tingkap. (ruang tamu)
Kawan B : Aku basuh pinggan pun kadang2 dengar bunyi orang berjalan kat luar. Bila aku intai tak da orang pulak.
Kawan C : Aritu time family aku datang, anak buah aku balik2 tunjuk ke arah pintu rumah kita. Kami buat tak tahu, lagipun anak buah aku memang boleh nampak benda ghaib. So malam tu mak aku pesan (calling) kita mesti baca2 kat rumah ni.
Kawan D : Aku sebelum ni pun pernah dengar bunyi pintu tu seakan2 nak dibuka, tapi aku buat tak kisah.
Kawan E : Aku pernah bangun pukul 3 pagi tengok tingkap bilik kami terbukak luas. Kami memang selalu bukak tingkap tu, tapi sebelum tidur, kami tutup lah tingkap tu. Aku kejutkan Ati temankan aku tutup tingkap tu. Esoknya bila soal, semua tak mengaku ada bukak semula tingkap tu.

Malam tu ada yang decide nak tidur kat ruang tamu sebagai langkah berjaga2. Yang tidur dalam bilik pun biarkan pintu bilik terbuka. Kami yang dalam bilik master ja yang stay dalam bilik, maksudnya tak ada yang tidur luar.

Esoknya tuan rumah kami datang dengan kayu besbol dan televisyen. Kayu besbol sebagai pertahanan. Televisyen supaya kami tak rasa sunyi sangat kat rumah. Dan tak dengar bunyi pelik2 lagi. Hahahaha.

Maghrib tu kami decide buat bacaan surah Yaasin. Dari mula kami masuk, kami memang tak ada buat bacaan surah Yaasin, solat hajat dan doa untuk masuk rumah baru. Ada merancang tapi macam2 halangan, last2 tertangguh. Kami korbankan baldi 5 6 buah letak kat tengah2 bulatan yang kami bentuk. Bacaan Yaasin kami diakhiri dengan doa mohon perlindungan Allah oleh Bel. Tapi kami tak siram terus air tu. Esoknya lepas kelas baru lah kawan2 aku pi siram sekeliling pagar rumah dengan mulut terkumat-kamit baca doa. Alhamdulillah selepas tu tak ada dah dengar aduan kena gangguan.

The End.

Kisah 3 : (Sem 7 ~ Lokasi : Asrama lama)

Alasan sama, nama blok terpaksa dirahsiakan. Ok, bagi yang tak tahu, plan asrama lama ni lain sangat2 dari asrama baru. Ada 3 tingkat. Tingkat bawah sekali biasanya surau. Tak semua blok asrama lama ada surau. Mana blok yang tak ada surau, so situ lah bilik students. Asrama lama tak serupa rumah, hanya ada bilik memanjang yang dipisahkan dengan plywood dan saling menghadap. Setiap bilik ada 2 katil, 2 tilam, 2 almari, 2 meja study, 2 kerusi dan balkoni. Kecoh ja nak gitau. Hahaha. Dan dekat hujung sekali penjuru kiri kanan tandas dan bilik mandi.

Ok, sorry intro panjang, supaya mudah pembaca nak faham.

Suatu hari aku dan 12 orang kawan aku plan gi Kelantan. Kami bertolak lepas Subuh dengan 2 buah kereta. Jam berapa aku tak ingat sebab janji konon2 betul2 lepas Subuh dah bertolak, tapi biasalah kena tunggu sorang2 siap. Mungkin prinsip depa, ‘lepas Subuh’ boleh digunapakai selagi tak masuk waktu Zuhur lagi. Hahaha. Hari tu banyak tempat kami pergi, sebelum ke Kelantan, kami ke Bukit Kluang. Ok, then rumah terakhir kami singgah di Kelantan, rumah Nor, jam menunjukkan pukul 11 malam. Kami tengah berkira2 hendak bermalam atau teruskan perjalanan. Separuh nak bermalam, separuh nak teruskan. Hakikatnya driver hanya 2 orang. Aku dan Nor. Anah boleh drive, tapi siang tu kami dah gilir2 drive, jadi malam tu turn aku pulak. Hanya Nor saja tiada co-driver. Last2 kami decide teruskan perjalanan, biarlah penat sekaligus. Aku dan Nor diarahkan mandi supaya badan terasa segar. Kami juga diarahkan tidur, tapi bila badan dah terlalu penat, then dengar kawan2 pot pet bercerita nak tidur pun tak dapat.

Pukul 1 pagi kami bertolak dari rumah Nor untuk balik semula ke Terengganu. Dalam kereta aku, ada 4 penumpang. Anah sebelah aku. 3 orang member kat belakang awal2 lagi dah hanyut dibuai mimpi. So, keadaan dalam kereta sunyi sangat2, hanya ditemani radio. Anah pun tak ada idea nak borak2. Sesekali Anah terlelap. Aku pulak? Sumpah masa tu ngantuk sangat2. Ntah berapa kali stereng hampir tersasar. Dan ntah berapa kali aku tersentak apabila nama aku dipanggil Anah. Kami nak tukar driver pun tak berani, laluan yang kami lalu sepi sangat2 dan tiada lampu jalan, hanya ditemani bulan dan bintang. Kereta dipandu Nor pun laju ke hadapan. Faktor Nor tak mengantuk kerana dalam kereta dia ditemani member2 yang kuat bercakap kalau nak bandingkan dengan penumpang2 aku. Hahahaha.

Alhamdulillah kami selamat sampai. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku dan Dila satu blok dan satu tingkat. Jarak bilik kami pun tak jauh. Cuma, aku biasanya ke tandas sebelah kanan dan Dila ke tandas sebelah kiri. Malam tu aku gi tandas untuk cuci muka sebelum tidur. Blok sangat2 sunyi masa tu. Dan hanya aku seorang berada dalam toilet. Masa aku cuci muka pertama kalinya, aku terdengar suara perempuan ‘Heeeee’. Terus aku angkat kepala, dan perhati sekeliling, cuma ada aku. Then aku abaikan, aku cuci lagi sekali, kali ni kuat sikit dari tadi ‘Heeeeee’. Terus aku cepat2 keluar tandas. Agak terkejut bila aku keluar tandas ada kucing kat tangga, cuma mukanya tak menghadap aku. Duduk tegak, tak bergerak langsung. Seingat aku tadi tak ada kucing langsung masa aku ke tandas. Cepat2 kaki aku melangkah ke bilik.

Sejak tu aku hanya akan pergi tandas pukul 2 pagi ke atas apabila dengar tapak kaki orang nak ke tandas. Kalau tak, aku takkan ke tandas. Seminggu kemudian, aku cerita dengan Dila dan Anah. Selepas hari tu, tiap kali nak ke tandas pukul 2 pagi ke atas Dila akn whatssap aku tanya ‘dah tidur tak? Teman aku ke tandas’ Hahahaha.

The End.

Terima kasih dan maaf kalau cerita2 aku membosankan. Aku saja ja nak kongsikan pengalaman aku. Mungkin tak seram bagi korang, tapi mahu berminggu jugak aku layan perasaan takut aku setiap kali ‘sesuatu’ berlaku. Dalam aku berani, aku juga penakut. Hahaha.

Ila

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “3 usikan di Terengganu”

  1. aku pun student unisza jugak baru habis bulan 5 hari tuh. kalau sape yang batch 2015-2017, korang mesti tahu cerita2 histeria yg tiba2 berleluasa masa tuh haha. ape2 pun cerita kau best

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.