4.44am

Karakter dalam cerita: Hana, Maklong Maryam, Azam(sepupu), Uncle Stanley(daddy),Uncle Robert, Aunty Jessy, adik Rian, pakcik Khalid(ketua kampung), Encik Zakaria(polis)

“Hana…..Hana…..ke mari Hana”bisik satu suara didalam mimpi Hana. Hana terbangun dari mimpi itu. Jam menunjukkan angka 4.44am. “Astagfirullah mimpi ni lagi. Siapa perempuan tu?”Hana berkata sendiri. Sudah hampir sebulan Hana bermimpi yang sama. Mimpi yang dia terima selepas balik dari menjenguk rumah mamanya di Melaka.

Sejak kematian kedua ibu bapanya yang meninggal dunia akibat Covid-19, Hana rajin balik ke Melaka. Maklong Maryam, saudara kembar ibunya tinggal bersebelahan rumah mamanya. Hanya maklong sahaja tempat dia mengadu dan bermanja kini. Hana adalah satu-satunya anak tunggal kepada Dr.Murshid dan cikgu Maryana selepas lapan belas tahun mendirikan rumah tangga, barulah lahirnya Putri Elnaz Hanania. Hana terus bangun dan mengambil wuduk lalu membaca Al-Quran sebagai ketenangan hatinya yang makin gusar selepas asyik termimpikan seorang wanita .

Didalam mimpi Hana, wanita itu datang dengan berbaju kurung kuning serta lilitan kain biru dilehernya. Sudah banyak kali Hana bermimpi wanita itu dan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Disebalik langsir, berdiri sesuatu memerhati Hana. Sesuatu dari mimpi Hana dan menghilang bila Hana membaca Al-Quran.

“Assalammualaikum maklong,”Hana balik ni. “Allahu Hana, kenapa tak call maklong dulu nak datang. nasib maklong tak keluar lagi. Maklong dengan Azam nak ke rumah saudara paklong kamu, rewang anaknya kahwin. Lepas kenduri esok baru kami balik kesini,”kata maklong. “Tak pa maklong, Hana boleh stay je kat rumah. Hana tak kerja dah. Bos Hana terpaksa jual kedai untuk bayar hutang kawannya yang lari. Bos Hana jadi penjamin, bila tak dapat bayar, dia lari.Jadi bos yang terpaksa tanggung akibat. Kalau tak bayar, bank nak isytihar muflis.

Hana ingat nak duduk sini, cari kerja dekat sini la maklong. Rumah mama pun dah lama tak berpenghuni,”balas Hana sedih. “Kondo baba Hana macam mana?”soal maklong. “Hana dah mintak tolong uncle Robert uruskan untuk sewa. Bulan Depan Masuk. Esok lori barang-barang sampai. Uncle Robert minta pekerjanya hantar kesini,”balas Hana. “Tak pe, Hana rehat lah dulu. Esok kita jumpa ya. Dalam freezer ada lauk. Nanti Hana panaskan ya untuk makan. Nasi ada dalam periuk,”pesan maklong. “Baik puan Maryam. Saya menurut perintah,”gurau Hana. Maklong memeluk Hana dan berlalu pegi. Satu bayangan memerhatikan Hana. Maklong merasakan sesuatu yang tak kena dengan anak buahnya itu. Bulu romanya berdiri.

Pagi itu Hana ke rumah mamanya untuk menunggu lori uncle Robert sampai. Hana mengelilingi rumah mamanya sehingga dia berhenti dibawah rimbunan pokok ceri. Hana merasa hairan. Dia terasa seakan-akan pernah sampai disitu. Hana merasa dingin disaat sekelilingnya panas membahang. “Hana………..,”satu bisikan kedengaran. Hana kaget. Dia melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba dia dilibas kain dimuka. Hana terkejut lalu jatuh ke pangkal pokok ceri. Hana cuba untuk bangun tapi dia seperti terikat dipokok ceri itu. Hana meronta-ronta. Dia menjerit namun tidak terluah suaranya.

Dalam hati, Hana mampu berdoa semoga terlepas dari belenggu yang tidak nampak dimata. “Allahuakbar,”terlepas jua perkataan itu dari peti suara Hana. Serentak dengan itu Hana terlepas dari yang membelenggunya ,satu bayangan hitam melintas didepan Hana. Hana segera bangun dan terus masuk ke rumah. ‘Pin…pin…’ hon lori kedengaran diluar rumah. Hana segera keluar untuk menyambut kedatangan lori uncle Robert. “Hai Hana. Sudah lama tunggu aa..sorry Hana, jalan manyak jem oooo. Ada itu eksiden sana! Satu olang sudah tutup..Haiyaa manyak kesian oooo,”kata uncle Robert. “Takpe uncle. Hana okey je.

Yang eksiden tu lori dengan van kan uncle. Sudah masuk dalam tv,”balas Hana. “Manyak betul. Itu van sudah habis ooo,”balas uncle Robert. Seketika kemudian, masuk satu mpv Wellfire diperkarangan rumah. “Daddy datang!” Hana melambai kearah kereta uncle Stanley yang dipanggil daddy. Hana sememangnya sangat rapat dengan uncle Robert dan terutama uncle Stanley. Mereka berdua merupakan rakan sekuliah baba Hana. Uncle Robert meneruskan perniagaan keluarga manakala uncle Stanley membuka klinik bersama baba Hana. Uncle Stanley berasal dari Sabah namun setelah kematian ibunya, Uncle Stanley terus menetap disemenanjung. Aunty Jessy, isteri kepada uncle Stanley turun dari kereta membawa bersama si kecil Rian. Rian berlari menuju ke Hana lantas memeluknya. “Kakak…kita rindu kakak. Jom la balik dengan kita. Jauh tau kita datang nak ambil kakak balik,”kata si kecil Rian anak bongsu uncle Stanley dan aunty Jessy.

Tujuan sebenar uncle Stanley datang adalah untuk memujuk Hana tinggal bersamanya. Dia suami isteri sangat sayangkan Hana kerana semasa kecil, aunty Jessy yang mengasuh Hana semasa ibu bapanya bekerja. Tidak sanggup rasanya berjauhan dengan Hana. Lagi pula arwah baba Hana pernah berpesan kepada sahabat baiknya itu untuk menjaga Hana jika ada apa-apa terjadi pada mereka sehingga Hana berjumpa pasangan hidupnya kelak. Malam itu, mereka semua bermalam dirumah mama Hana. Satu kelebihan rumah mama Hana, tidak jauh dari rumah ada hamparan laut yang menanti. Tenang dan damai. Itu la sebab kenapa Hana mahu berpindah ke rumah mama dan menyewakan rumah baba yang dulunya merupakan kediaman mereka sekeluarga. Terlalu banyak memori hingga tidak tertanggung oleh Hana.

Malam itu setelah selesai makam malam direstoran berdekatan, mereka semua ke tepi laut untuk mengambil angin malam. Rian girang berlari digigi air laut sambil diperhatikan oleh ibunya. “Hana betul ke tak nak duduk dengan daddy? Hana boleh kerja diklinik sekali.” Soal uncle Stanley. “Tak pe daddy. Hana nak tenang disini. Lagi pun mama pernah pesan pada Hana untuk tengokkan rumah. Jadi Hana ambil keputusan untuk menetap disini. Daddy dan mummy jangan risau. Maklong Hana kan ada. Kakak kembar mama. Daddy masih ingatkan?”soal Hana. Uncle Stanley hanya mengangguk lemah. Berat hatinya namun dia menghormati keputusan Hana.

Hana mengecilkan matanya, sekali imbas, dia ternampak seakan-akan seorang wanita terapung diatas laut. Wanita itu memandangnya tepat padanya. Bila Hana mengelipkan mata, wanita itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba Rian menangis. Rian berlari kearah uncle Stanley sambil menjerit hantu..hantu. Rian terjatuh, Uncle Robert lantas bangun dan mendapatkan si kecil Rian. “Uncle, Rian nampak hantu pompuan. Dia datang kat Rian. Rian takut!”Rian menangis tanpa henti. Termengah aunty Jessy mengejar Rian. Dia hairan kerana tiba-tiba Rian berlari ke daddynya. “Kau siapa? Kau nak apa?”Hana meracau dalam tidurnya.

Hana terjaga. 4.44am. Waktu yang sama. Hana bingung. Acap kali mimpinya, dia akan terbangun dalam waktu yang sama. “Siapa dia. Kenapa selalu sangat ni aku mimpikan dia,”gumam Hana sendiri. Hana bangun lalu ke dapur untuk minum. “Mummy buat apa sorang-sorang kat dapur ni?”tanya Hana namun sepi tidak berbalas. Hana menyentuh bahu aunty Jessy namun tiada reaksi. Hana terus ke hadapan aunty Jessy. “Allahuakbar… kau…kau yang dalam mimpi aku,”Hana terkejut. ‘Wanita’ itu merapati Hana. Hana memejamkan matanya. Di betul-betul ketakutan. Hana dapat merasakan angin sejuk mengelilinginya.

“Hana…..bantu aku….aku sedih…aku sunyi….tolong aku Hana. Aku nak balik…mereka tinggalkan aku,”kata satu suara. “Jangan ganggu aku lah, aku ada silat!”balas Hana. Tangan Hana menerawang kiri dan kanan seolah-olah menepis sesuatu. “Hana! What wrong with you,” aunty Jessy memeluk Hana untuk menenangkannya. Hana buka mata. Disudut dapur, wanita itu berdiri memandangnya. “Tu mummy… perempuan tu!”kata Hana. Aunty Jessy melihat sekeliling namun tiada apa-apa yang menyapa penglihatannya. Dia berfikir mungkin Hana mengigau.

Pagi itu selepas sarapan, mereka semua bertolak pulang kerumah masing-masing. Tinggallah Hana sendirian. “Hana!”sapa Azam. Satu-satunya sepupu rapat dengan Hana. “Kalau aku kata aku ada sixth sense, kau percaya aku tak?”soal Azam. “Kau nak kata apa sebenarnya ni Zam. Jangan kona-kona! Straight to the point,”balas Hana. “Kau tau tak? Mesti kau tak tau kan? Ni aku nak cerita,”kata Azam. Hana menjeling. “Lama dah, sebelum makngah dan pakngah meninggal lagi, aku selalu nampak perempuan baju kuning selendang biru dekat pokok ceri belakang rumah kau. Aku ada cerita dengan mama tapi mama kata aku berkhayal. Banyak tengok cerita hantu! Tapi apa yang aku nampak tu betul Hana. Aku nampak tapi buat tak nampak. Sebab tu aku tak pergi kat pokok ceri tu. Takut karang benda tu ikut aku pulak sebab dia tahu aku nampak dia!”kata Azam panjang lebar.

“Serius la Zam. Aku selalu mimpi perempuan yang sama macam kau cerita. Muka dia ada macam parut panjangkan?”soal Hana. Azam mengangguk betul. “Dalam mimpi aku, dia macam minta tolong. Lepas aku mimpi tu, benda tu selalu aku nampak. Kacau aku. Aku jadi takut Zam.”balas Hana. “Yang peliknya, setiap kali aku jaga je, jam tunjuk 4.44am. Sekali mungkin kebetulan tapi ni dah banyak kali waktu yang sama. Takkan kebetulan lagi”Hana mengomel. “Aku tidur rumah kau ye Zam malam ni.”kata Hana. “Datang je la Hana. Kau nak tidur dengan aku pun boleh!”gurau Azam. Lantas kepalanya disekeh Hana.”Pergi la. Kenapa kau kacau aku. Tak tenang tau tak!”Hana berkata dalam mimpinya. Dia memarahi perempuan itu.

Perempuan itu merapati Hana. “Toolonggggg…”perempuan meminta tolong. Selendang perempuan itu membelit leher Hana. Hana tercungap-cungap mencari nafas. Dia rasa makin berat dadanya. Dia memukul-mukul perempuan itu. “Manusia semua sama! Habis madu aku dibuang,”kata perempuan itu. Hana meronta-ronta lalu Hana dilepaskan. Lantas Hana tersedar. Dia menarik nafas panjang. Dia melihat jam, 4.44am. Dadanya sakit. Mimpinya bagai betul-betul terjadi. Semasa Hana memusingkan badan untuk bangun, perempuan itu disebelahnya. “Arggghhhhhh!” Hana menjerit kuat. Azam yang bersebelahan bilik dengan Hana mendengar jeritannya lantas bangun dan menuju kebilik Hana. “Kau okey ke? Aku dengar kau menjerit,”soal Azam sambil mengerlingkan mata ketepi tingkap.

Dia nampak perempuan tu disitu. Hana hanya diam dan menggeleng kepalanya. “Kau tidur. Aku temankan kau. Aku tidur kat lantai ni okey Hana,”kata Azam. “Tak pe lah Zam. Tak payah susah-susah. Lagi pun aku segan la kat kau,”balas Hana. “Aku bukan nak buat apa-apa la kat kau. Pintu bilik tu pun aku buka luas-luas. Bukan aku nak sekatil dengan kau , nak peluk kau bagai. Kalau kau nak aku okey je.”kasar gurauan Azam. Lantas balingan bantal bertubi-tubi mengenai Azam. Selimut ditarik dan Hana tidur semula.

Azam baring dilantai. Dia merenung tajam perempuan itu yang masih berdiri ditepi tingkap. Dia merasa hairan akan kemunculan hantu perempuan yang makin kerap menggangu Hana. Azam terlelap. Dalam mimpi Azam, “kau dah nampak aku kan?”soal perempuan itu. Azam terjaga. Subuh itu, Azam bangun dari tidur dan yang peliknya Azam berada diatas katil bersama Hana bukan lagi dilantai. “Susah-susah je kau angkat aku ke katil. Larat pulak kau,”bentak Azam. Azam mengejutkan Hana untuk solat subuh.

“Hana kenapa? Macam tak cukup tidur maklong tengok,”soal maklong. “Memang tak cukup tidur pun maklong. Sejak dua menjak ni makin menjadi-jadi gangguan pada Hana. Ada hantu perempuan ni asyik ganggu Hana,”balas Hana. “Hantu perempuan? Yang macam azam cerita tu ke?”soal maklong. Hana mengangguk. Selepas bersarapan Hana rasa nak ke pokok ceri itu. Nak menyiasat kononnya tapi dihalang oleh Azam. “Kau tu tengah lemah, letih. Jangan nak memandai-mandai,”kata Azam seolah-olah tahu akan niat sepupunya itu. “Aku nak tau je,”kata Hana. Lalu tangan Hana ditarik untuk pergi dari situ. Azam nampak perempuan itu berdiri bawah pokok ceri, merenungnya tajam. “Azam, sejak bila pokok ceri tu tumbuh ekk.

Setahu aku dulu tak ada pokok tu,”soal Hana. “Nampak sangat kau lama tak datang. Pokok tu dah ada dah sebelum makngah dan pakngah meninggal lagi. Tu la tak pernah kebelakang. Balik sini, lepak rumah aku tak pun kelaut. Kat belakang tu macam-macam pokok pakngah tanam. Ada cempedak, rambutan, mangga telur. Seingat aku makngah pernah kata nak letak meja batu bawah pokok ceri tu kalau pokok tu dah besar nanti. Patut ada 2 pokok ceri tapi satu tu tiba-tiba je m**i tak bersebab. Pokok tu sebelah-sebelah je.”panjang lebar Azam bercerita. Hana tersengih bila diperli Azam. Memang dia tidak kebelakang bila datang ke sini. Dia lebih suka habiskan masa dilaut. Apa kaitan antara pokok ceri, hantu perempuan dan 4.44am? Maghrib menjelang. Hana masih melepak diluar sambil membaca kisah-kisah seram diinternet tanpa sedar waktu menjengah senja.

“Hanaaaaaaa….”satu suara memanggil Hana. Hana tersentak dek kerana namanya dipanggil. Baju Hana ditarik! “Nak kemana cik kak. Dah senja. Nak kena sorok dek hantu kopek?”perli Azam. Ketika itu dia hendak ke masjid, Azam nampak hantu perempuan itu mendekati Hana. Dengan pantas dia menarik Hana sebelum terjadi benda-benda yang lagi teruk. Hana nak masuk kerumahnya namun dihalang Azam. Azam mengarahkan Hana pergi kerumah Azam. Azam masuk kerumah Hana, menyalakan lampu lalu keluar dan mengunci pintu.

“Tolonglah keluarkan aku dari sini. Sempurnakan aku selayaknya”perempuan itu hadir lagi dalam mimpi Hana. Dalam mimpinya, perempuan itu berdiri bersebelahan pokok ceri yang hidup, diatas kawasan pokok ceri yang m**i, dibelakang rumah mama Hana.Hana tersentak dari lena. 4.44am! Waktu itu lagi. Hana terus ke bilik Azam. Hana mengetuk pintu. “Zam…Azam.. bangun”Hana berbisik dibalik pintu bilik Azam. “Masuk je Hana”balas Azam. “Kau dah kenapa empat pagi lebih ni tak tidur lagi?”soal Hana. “Member hantu kau tu kacau aku. Dia belit aku dengan kain. Tak bernafas aku! Bende tu Ugut jangan kacau urusan dia dengan kau katanya”marah Azam. “Tak boleh jadi ni Zam. Mesti ada sebab ni” tambah Hana.

Keesokan harinya, mereka berdua melanggut di pokok ceri tu. “Azam, kau kata pokok ni tiba-tiba matikan?”soal Hana. Azam mengangguk. Mereka nekad untuk menggali tanah di bahagian pokok yang m**i kerana nampak agak berbukit disitu. Setelah digali dengan agak dalam,
selendang berwarna biru kelihatan. Mereka dah merasa seram sejuk ketika itu. Membayangkan yang bukan-bukan. Azam menelefon pakcik Khalid, ketua kampung disitu. Pakcik Khalid datang membawa sama jirannya Encik Zakaria, yang juga merupakan pegawai polis.

Setelah mereka sampai, mereka meneruskan penggalian. Setelah hampir sejam jam menggali, mereka menjumpai tubuh yang tertiarap . Sudah tinggal rangka yang dibaluti baju berwarna kuning berserta kain berwarna biru meliliti leher rangka tersebut. Pihak polis dan forensik dipanggil untuk mengenalpasti rangka yang dijumpai. Dibahagian tangan rangka tersebut terdapat jam tangan yang dah m**i pada masa 4.44. Mungkin itulah sebab kenapa setiap kali Hana mimpi dan tersedar pada 4.44am. Masa wanita itu meninggal dunia.

“Terima kasih….” telinga Hana menangkap satu bisikan halus. Setelah disiasat, wanita itu bernama Zulaikha. Sudah hilang agak lama. Keluarganya pernah membuat laporan kehilangan Zulaikha empat tahun yang lalu namun menemui jalan buntu. Zulaikha tidak pernah ditemui. Hasil siasatan mengesahkan Zulaikha d*****h dengan cara lehernya dijerut dengan selendang biru kepunyaannya.

Suspek pembunuhan adalah abang tiri Zulaikha sendiri. Suspek dikenal pasti kerana pihak polis menemui dompet suspek terjatuh semasa menanam mayat Zulaikha. Zulaikha d*****h kerana dia tidak mahu menggugurkan kandungan anak hasil abang tiri Zulaikha yang merogolnya. Tamatlah kisah gangguan pada diri Hana. Selepas semuanya selesai, Hana tidak lagi diganggu namun kadang kala hijabnya terbuka tanpa sengaja.

Karya: Penna Nera Penna Blu

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.