Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Ini kisah yang terjadi kat rumah lama aku dulu. Rumah ni sangat simple. Rumah 2 tingkat yang tingkat atasnya hanya ada dua bilik dan tingkat bawah hanya ada ruang tamu, ruang makan, dapur dan toilet.
Kerana tuntutan ekonomi yang teruk pada tahun-tahun tersebut (90an), mak aku yang dari suri rumah terpaksa keluar bekerja kilang untuk tolong ayah. Jadi, tinggallah kami 4 beradik berdikari jaga diri masing-masing. Kisah seram rumah tu bermula dari tahun pertama kitorang duduk, waktu aku berumur 9 tahun..
1. Aku dengan kakak sekolah sesi pagi. Adik aku lagi 2 orang sesi petang. Kakak aku ni aktif dengan koko & sukan. Setiap hari lepas balik sekolah dia akan bersiap-siap ke sekolah semula untuk latihan hoki. Memang menjadi kebiasaan aku akan tinggal sorang-sorang. Satu waktu tengah hari yang hening lepas makan aku naik kebilik.
Bilik yang tak sebesar mana ni kami kongsi 4 beradik. 3 orang tido atas katil lagi sorang akan tido atas lantai beralaskan toto. Sebabkan tengah hari tu panas, aku decide tido atas toto adik aku. Lama aku terlena diulit mimpi, ntah macam mana timbul perasaan seperti tidurku diperhatikan. Aku jenis yang memang takkan tido tenang kalau ada orang sebab aku rasa orang tu tengok aku tido. Even dalam tido pun kalau kakak/adik aku saja sakat duk tenung aku pun aku boleh tersedar. Itula perasaan aku dalam tido tengah hari tu.
Perasaan tu lalu membuatkan aku paksa buka mata perlahan. Mamai la katakan. Bukak mata pun nak tak nak je. Dalam kesamaran mata yang mengantuk ni aku nampak seorang budak perempuan sebaya aku, berambut pendek paras bahu berbaju dress bunga-bunga paras lutut berdiri tegak dihujung kaki aku.
Tangannya lurus ke bawah dan muka tunduk merenung tepat kearah aku tak berkutik. Sebabkan dia menunduk, rambutnya yang lurus hitam tu jatuh menutupi sebahagian besar dari mukanya. Sebabkan masih mengantuk, aku sambung pejam mata sambil dalam hati membebel. “Yang kakak aku ni duk tengok aku tido tak pueh hati ni kenapa”
Lantas teringat yang sebelum makan tadi aku sendiri yang kunci pintu pagar lepas kakak keluar pegi training hoki. Aku sorang la kat rumah sekarang ni! Serentak aku bukak mata dan duduk dari pembaringan. Budak tu dah takde. Tak puas hati aku turun tingkat bawah. Sunyi. Dapur, toilet, pun kosong. Sah aku sorang kat rumah. Dalam keliru dan takut, aku duduk je kat sofa depan tv sambil terimbau imej tadi. Nak naik bilik semula cek bawah katil bagai, aku tak berani. Gila, buatnya dia merangkak sambil senyum bawah katil tu tak ke terjun tingkap aku nanti. Huh. Duduk la aku kat situ sampai semua orang balik.
2. Orang sekarang sibuk dengan perabot pallet. Ayah aku pandai bertukang. Almari dalam bilik waktu tu semua ayah yang buat. Kalau sekarang ayah aku masih rajin bertukang confirm boleh buat duit. Haha..
Ada 1 almari kabinet ni asalnya buat rak buku. Tapi aku dengan adik aku transform jadi rumah anak patung. Dalam tu ada katil, sofa, meja dan set dining. Semua mini size kitorang buat sendiri. Inovatif sangat.
Ada jugak beberapa patung barbie miniature. Rumah mini tu pun siap ada piano lagi ala-ala rumah orang kaya. Piano ni kalau kita bukak penutup dia keluar lagu. Music box la senang tapi bentuk piano. Piano ni dah rosak. Dah tak keluar bunyi. Jadi la display je kat dalam rumah mini tu.
Satu malam dalam kegelapan, kakak kejutkan aku. “Weh, bangun. Bangun la!” Aku pun mamai bukak mata. Kakak cakap, “tu piano awak berbunyi.” Aku amati. Betul. Piano tu berbunyi dari dalam kabinet yang bertutup tu.
Tapi bunyi dia sumbang. Bunyi dia masih lagi muzik asal tapi tersekat-sekat, meleleh-leleh macam bunyi kaset rosak. Hah masa ni satu bilik diselubungi seram. Aku tengok jam, 3 pagi. Huii dah kenapa pukul 3 pagi baru berbunyi.
Aku bangun, bukak kabinet tu dalam ketakutan. Slow, slow bukak. Nah. Ada satu anak patung miniature tengah duduk kat kerusi piano tu, tangan atas keyboard ala-ala orang tengah main piano.
Aku dah takut tak tau nak pegang ke tak. Kang dia pusing kepala pandang aku, takpun rentap tangan aku ke. Haha. Cepat-cepat, aku terus campak patung tu jauh ke dalam kabinet dan aku keluarkan piano tu sorok dalam laci almari lain.
Pintu kabinet aku tutup rapat-rapat dengan harapan takde yang pandai-pandai keluar sendiri. Terus lompat naik katil balik. Malam tu terus semua amnesia.. Esoknya kitorang buang segala benda dalam kabinet tu.
3. Haritu hari Jumaat. Macam biasala tengah hari je aku memang sorang-sorang. Kebetulan haritu ayah aku demam. Dia ni supervisor kilang. Kerja memang berat dan tak boleh tinggal. Oleh sebab tak boleh nak MC, dia amik kesempatan waktu semayang Jumaat balik untuk tido dan rehat sekejap. Kira ponteng semayang la sekali ni.
Ayah tido kat ruang tamu depan tv. Aku ntah main apa kat bilik. Bermain bersama imaginasi kanak-kanak. Dalam ralit bermain, ayah aku melintas depan bilik menuju ke biliknya tergesa-gesa. Laju je jalan tak pandang aku. Mungkin dah terlambat kot nak bersiap-siap masuk kerja semula, fikirku.
Ayah tido tak berbaju. Cuma pakai seluar kerja tadi je. Mungkin nak sarung baju la tu. Aku sambung main. Tiba-tiba, tak sampai 3 minit, aku dengar bunyi tapak kaki orang naik tangga. Perlahan-lahan dan steady. Aku berhenti main dan tunggu siapakah yang naik. Yela berdua je dengan ayah kan. Sape lagi nak naik padahal ayah baru je masuk bilik dia tadi.
Kali ni berani la nak tunggu memandangkan ayah kat bilik sebelah je. Setapak, dua tapak. Pap. Muncul ayah depan pintu. Ayah pandang aku dan cakap nak masuk kerja semula kejap lagi. Dalam keadaan tak berbaju dan hanya berseluar macam tadi dan muka basah tanda baru lepas basuh muka. Sah baru bangun. Dia berlalu masuk bilik dia sambil berpesan itu ini. Pesanan ayah bagaikan angin lalu. Aku tenggelam dalam kekeluan memikirkan yang ini ayah, jadi siapa yang mula-mula lalu tadi. Atau sebenarnya ‘APA’ yang lalu tergesa-gesa tadi.
4. Satu petang yang hujan lebat disulami petir dan guruh, aku berempat dalam rumah tingkat bawah dengan adik aku Fa, kawan aku Rin dan adiknya Eda. Waktu ni umur aku dah 12 tahun. Adik aku tu pun dah masuk darjah 4, sekolah dah sesi pagi.
Jadi aku dah tak sorang-sorang lagi macam dua tahun lepas. Kakak plak dah masuk asrama sejak Form 1 tahun lepas lagi. Selaku yang tua, aku dan Rin ke dapur dengan niat nak goreng nugget.
Mak ayah walaupun kerja, makanan frozen memang penuh ditinggal dalam peti. Budak-budak biase la dah makan nasik pun tak cukup lagi. Kitorang on api dapur gas. Tunggu minyak panas.
Dalam tengah indicate minyak dah panas ke belum, aku dengar bunyi tapak kaki kat belakang. Lantai dapur alas tikar getah je. Jadi, kalau orang berjalan memang jelas la dengar. Aku toleh belakang. Takde orang. Ingatkan mistik-mistik rupanya Rin pun dengar. Kami berpandangan. Ni sah budak dua orang tu nak main sergah-sergah.
Kitorang syak diorang menyorok kat balik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang makan. Kitorang pun senyap-senyap mengendap balik. Hah! Eh, takde orang. Nampak Fa & Eda tengah grooming barbie diorang.
Macam mana kitorang tinggal tadi macam tu la diorang. Takde tanda-tanda diorang bangun. Kitorang kehairanan dan kembali semula kedapur. Baru nak masukkan nugget, dengar lagi bunyi tapak kaki.
Dua-dua menoleh. Tiba-tiba kelihatan budak perempuan berambut pendek berdress bunga-bunga muncul dari dinding pemisah, terhincut-hincut, tangan kat bawah dagu seakan nak sergah kitorang gitu, mengelilingi aku dan Rin sambil menyeringai.
Seakan terpukau, mata kitorang follow je pergerakan dia. Sebaik je dia melintasi belakang Rin, pap! Hilang. Lenyap. Aku pandang Rin, Rin pandang aku. Guruh berdentum kuat. Seakan baru tersedar kena pukau, kitorang membuka seribu langkah sambil menjerit lari ke ruang tamu. Dua-dua menggigil dan pucat.
Fa dan Eda dah pelik. Kitorang bukak cerita. Sudahnya nugget takde, barbie pun dicampak. Budak tu dari rambut dan pakaiannya aku kenal. Dialah budak yang sama aku nampak 2 tahun lepas masa tido tengah hari tu. Dia muncul lagi tapi kali ni bukan depan aku sorang. Adakah niat dia sebenarnya nak berkawan?
Itula antara kisah 18 tahun yang lalu. Dengar orang menyapu tangga 2 3 pagi siap batang penyapu langgar besi pagar tangga, ketang! ketang!! bunyinya. Itu dah biasa jadi irama telinga serumah. Esok tu takdela bersih pun tangga yang berkarpet tu.
Tak tahulah apa yang disapunya. 6 tahun duduk rumah tu, kitorang tak pernah panjangkan hal ni kepada pihak yang pandai macam ustaz semua tu mungkin sebab ‘mereka’ ni tak pernah mendatangkan mudarat agaknya. Tapi tak untuk penyewa yang seterusnya. Gangguan mereka kena lain pulak. Lebih dalam bentuk imej yang mengerikan dan menakutkan sampai kena bawak kepada ustaz. Hm.. pilih bulu jugak ‘diorang’ ni. Wallahualam.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
tq share story 🙂
kalau aq sehari da kne mcm tu kompom panggil ustaz…xtaw la camne penulis ni boleh tahan sampai 6 tahun dok rumah tu
Lama x muncul cane plk boleh muncul blik slps 2 tahun
Melompat kerna terkejut aku care ko bercerita sis, ok 4/5 k bye
bnde tue jadi misteri lah ye sbb tak tahu dy datang dr mne n ape tujuan dy dok mucul2..
aku berempat ? hebat arr kau bleh bwt teknik ‘kage bunshin no jutsu’ mcm dlm kisah naruto . hahaha
Oi gas api dapur tu macam mane?😂
Aku pon tertnya2 😂