5 Kisah Seram

Assalamualaikum admin and warga Fiksyen Shasha. Kali ni saya nak ceritakan kisah seram yang dialami kami sekeluarga satu ketika dahulu. Dalam 15 tahun yang lalu, kalau tak silaplah. Selepas cerita yang pertama dah di publish (Kem PLKN Sematan), thanks ya admin, kali nak cerita yang next story pulak. Hope enjoylah ya! Sekadar nak kongsi serba sedikit pengalaman kami. Akak Maira pun adalah ajar sikit-sikit cara nak karang cerita sebab first time buat.

Watak dalam ni pulak terdiri daripada Mummy, kak B and kak I. Ayah tak ikut masa tu sebab banyak urusan kerja dekat KL. Cerita ni tak ada tokok tambah, sebab memang based on true story punya. So, let’s begin!

PART 1
Kejadian ni berlaku semasa kami nak pergi ke rumah ex-boyfriend Kak B. Rumah dia dalam area kampung, so memang agak dalamlah jugak kalau nak masuk tu. Then, dekat kampung ni memang agak gelap sikitlah. Ada pun tiang lampu yang agak malap. Tengah elok menyusuri jalan kampung tu, dalam setengah jam macam tu, tiba-tiba ada bunyi benda jatuh dekat atas bumbung kereta. Betul-betul atas kepala kami. Mula-mula kami tak hairanlah sebab maybe batu kot yang jatuh atas tu. Tapi bila fikir balik, tak mungkinlah bunyi sekuat tu. Tak lama lepas tu mummy pun cakap, “tutup mata, jangan buka selagi tak di beritahu.”

Kitorang pun tak banyak tanya, turut sajalah apa yang diarah oleh mummy. Lepas tu dia cakap dah boleh buka mata, tapi jangan tanya time tu. kami cakap, “okay.”

Dah sampai kat rumah ex-boyfriend Kak B, mummy pun cerita yang benda jatuh atas bumbung kereta tadi tu rupanya Cik Ponti dengan rambut terhurai kusut masai. Mata dia merah gelap. Muka dia jangan tanyalah, memang hodoh, kata mummy. Semasa kami tutup mata tu, mummy baca la ayat-ayat suci Al-Quran. Tak lama lepas tu, benda tu terus lesap entah ke mana. Kami semua terperanjat sebab tak sangka pulak benda tu saja nak usik kami. Dalam pukul 11:00 p.m macam tu, kami pun nak balik rumah. Dah habis salam semua, kami teruskan perjalan kami. Masa balik tu boleh pulak Kak B ternampak benda yang sama tu duduk dekat bus stop. Allahurabbi.

PART 2
Kali ni pulak nak cerita pasal kami nak pergi ke majlis konvokesyen dengan beberapa buah kereta. Masa tu mummy masih ada club kereta “Redline” dia. Biasalah, geng kaki race-lah katakan. Hahaha! Sekarang tak aktif sangat dah, sebab banyak yang dah bekeluarga. Ha, saya time tu baru dalam 4-5 tahun macam tu lah. Memang suka nak ikut. Hehe.

Semasa kami tengah rancak berborak dalam kereta tu, taklah rasa seram sangat sebab tak nak fikir yang bukan-bukan. Tak lama lepas tu, saya dan Kak I tertidur. So, tinggallah Kak B dengan mummy yang masih berborak. Lepas tu Kak B cakap dinampak daun pokok pisang begerak-gerak sedangkan takde pun angin. Ingatkan Kak B jer yang nampak pokok tu bergoyang, rupanya mummy pun nampak juga. Diorang berdua diam jer, tak nak kecoh, sebab takut pulak kami yang tidur dekat belakang ni terbangun. Lepas je diorang fokus ke pokok tu, tiba-tiba ada pulak kucing hitam yang melintas. Sedangkan time tu dah pukul 2:00 a.m macam tu.

Yang Kak B ni terus letak tangan dia dekat tengkuk, sebab dah rasa seram sejuk masa tu. Boleh pulak dalam kereta tu tiba-tiba berbau pelik. Macam bau bangkai, kata Kak B. Mummy pun tergerak hati nak tengok cermin pandang belakang. Nak tahu apa dia nampak? Lembaga tengah duduk dekat tengah- tengah antara saya dan Kak I. Sambil hitung garam kasar dengan mata yang merah and terbeliak ke atas. Mummy pun terus jer baca surah-surah yang patut dan dia cakap dalam hati, “kami tak kacau kamu semua, jadi janganlah kacau kami. Kami cuma tumpang lalu sahaja.”

Lepas mummy cakap, benda tu terus hilang. Memang kami ni nak ke mana-mana mesti akan bawa surah Yaasin and garam kasar letak dalam kereta and pasang CD ruqyah.

PART 3
Kisah ketiga ni pulak, nak dijadikan cerita, masa tu Hari Raya (tahun berapa tak ingat). So kami ni baliklah ke rumah nenek anjang untuk beraya dekat sana buat beberapa hari macam tu. Masa tu jam masih dalam pukul 3:00 p.m macam t. Maybe dah nak masuk asar kot. Masa tu kami ikut jalan lama dekat Bukit Bangunan. Lupa-lupa ingat dah nama jalan tu. Kami anak-beranak pakai kereta Myvi sebab semua pergi so tak muatlah. Yang aunty saya pulak pakai kereta Rush. Sepanjang perjalanan dia pasang CD ruqyah tu, so tak adalah gangguan yang pelik.

Tapi bila sampai jer dekat bukit lama tu, dia cakap kereta yang dia bawak tu terasa agak berat berbanding sebelumnya. Yang kami dekat belakang ni pun macam peliklah, kenapa pulak kereta aunty depan tu slow sangatLepas tu mak ngah or cousin (tak ingat sangat) whatsapplah Kak B. Dia cakap diaorang kena ganggu benda tu. Tapi yang pelik, memang diorang pasang CD surah-surah dari dekat Kuching tadi lagi. Tapi kena gangguan jugak? Dalam masa yang sama, aunty dengar ada orang main ketuk-ketuk sudu dekat belakang. Masa tu aunty tak fikir yang bukan-bukanlah, maybe cousin yang main. Tapi yang peliknya, bila aunty toleh, si cousin ni tengah sedap tidur dekat belakang tu. So, dia mintalah dengan nenek untuk baca-baca sikit surah and bagi besar lagi volume radio.

Tak lama lepas tu hilang sikit-sikit dah gangguan tu. Lepas jer dari bukit, dia cakap kereta dia dah ringan and tak ada pulak rasa seram macam tadi. Dengar cerita orang, memang kawasan bukit lama tu angker. Sebab banyak makan korban semasa perayaan. Tak kira Hari Raya ataupun perayaan yang lain. Memang setiap tahun ada jer kes lori terbalik or ada yang kena gilis dan macam-macam lagilah kejadian yang pelik dekat situ.

PART 4
Kak B masa ni tengah dalam pantang. Rumah dia dua tingkat. Depan rumah area hutan. Waktu tu hanya dia dengan anak yang pertama (dalam lingkungan setahun lebih) yang tinggal dekat rumah. Anak dia yang first ni, N, jenis boleh tengok benda yang kita tak nampak dengan mata kasar. Pernah satu hari tu, dia pergi kat area tingkap yang ada grill, lepas tu dia menangis sambil cakap, “muka benda tu hodoh!”

Kalau muka macam biasa-biasa jer dia akan panggil benda tu kawan. Berbalik kepada cerita, masa tu Kak B ni tak silap nak iron baju. Dekat luar bilik tu ada ruangan tengah yang dapat muat barang sikit-sikit macam: iron yang stim tu , sauna yang muat sorang tu and treadmill. Bilangan bilik pulak yang dekat atas ada tiga, iaitu terdiri daripada bilik office (buat suami dia kerja), bilik sebelah pulak ada katil jugak (kadang-kadang kalau kami ke rumah dia nak bermalam, tidur kat bilik tu) dan satu lagi master-bedroom untuk diorang sekelamin.

Tengah nak panaskan iron, pintu bilik yang sebelah office abang ipar saya ni terbuka luas. Lepas tu yang anak Kak B, si N tu tengok benda tu dekat tingkap sambil melambai-lambai. Dia boleh pulak tegur, “hai kawan!”

So Kak B ni pulak apa lagi? Terbatal niat untuk iron baju tu, terus tutup plug and then bawak anak dia, N ni masuk bilik, terus kunci pintu. Kak B cakap adalah jugak bunyi-bunyi yang pelik waktu tu, tapi dia tak nak ambil kisah sangat. Sampailah suami dia balik, terus dia masuk tidur.

PART 5
Yang ni pulak last. Masa tu Kak I pergi rumah Kak B sebab ada tertinggal barang. Kak B waktu tu tak ada dekat rumah, sebab pergi Bangkok temankan suami dia jumpa client dekat sana.

Lepas Kak I bagi salam, dia masuk, terus naik ke atas, pergi dekat bilik.Waktu nak naik tangga tu Kak I perasan ada mainan anak buah kami dekat tepi tangga tu. Dia buat tak tahu sajalah. Biasalah ada main bersepah sebab rumah ada anak kecil. Tapi yang peliknya, bila dia dah siap ambil barang, nak turun tangga, dia tengok mainan tadi berada dekat tengah-tengah tangga pulak. Padahal masa tu dia seorang jer berada dalam rumah tu. Tanpa pandang belakang, Kak I cepat-cepat keluar dan tutup pintu rumah Kak B. Kak i ni memang lemah semangat sikit.

Ada lagi satu kejadian pelik yang berlaku dekat rumah Kak B. Waktu tu Kak B dengan husband dia pergi ke Bangkok (trip lain dari yang tadi). kali ni anak dia, N tak ikut. Jadi aku dengan Kak I lah yang duduk dekat rumah Kak B, jaga anak dia.

Ada satu malam tu, si N ni menangis kuat, sampai kami dah tak tahu nak buat macam mana. Bagi susu tak nak. Cuba tidurkan, tak nak. Bagi mainan pun tak nak. Makin kami agah dia, makin kuat pulak dia menangis.

Tiba-tiba dari celah sofa depan TV rumah Kak B tu kami dengar suara halus menjerit, “diaaam!”

Aku denga Kak I masa tu dah berpandangan sesama sendiri. Yang si N ni tak juga diam. Penyudahnya, kami bawa N masuk bilik, kunci pintu, buka TV dalam bilik tu supaya kami tak dengar apa-apa dari luar.

Okay, setakat ni sajalah kisah seram yang saya masih ingat.InsyaAllah next story nak cerita pengalaman hotel yang seram dekat area Kuala Lumpur ye? Assalamualaikum.

-Baby-

Baby

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 4.6]

19 thoughts on “5 Kisah Seram”

  1. Assalamualaikum…minta maaf..akak kurang faham…because there were many grammartical errors which hampered reader’s understanding. Anyway I respect you because i believe you have tried your level best to come out with this piece of writing. Bravo!!!

    Reply
  2. ok ok ok so sorry, Kak Lela baru perasan yang kak lela baca dalam mode translation [English]. Bila baca semula dalam BM, cerita you best dik.

    Reply
  3. Pls jgn pakai nama samaran singkatan abcd…dh muak dah.pakailah nma samaran mcm aminah ke ,abu ke…byk nma boleh pakai.

    Reply
  4. Wah!!! Sebilangan org akan mengalami pengalaman terserempak benda2 ghaib ni 2/3 kali dlm seumur hidup malah kebnykan org tk pernah mengalaminya. Cuma mndgr dr cerita org je tp keluarga awak ni, berkali2 mengalaminya… Ntah lah samada bohong atau there’s something wrong with ur family. Mcm jd ghost magnet pulak…

    Reply
  5. itulah, saya pun kategori tak pernah kena dan sentiasa mendoakan tak kena.kawan saya cakap saya “hijab tebal” kot..sbb kalau dia rasa apa2, kita rileks je, bulu roma pun tak pernah bagi kerjasama.

    Reply
    • hari tu pergi hiking gunung (lupa gunung apa, ledang kot)..sampai satu tempat semua orang cakap ada bau wangi laaa, bau bunga… saya sorang je yang terpinga-pinga , ‘bau apa?bau apa?’

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.