Assalamualaikum. Terima kasih admin FS yang sudi publish cerita saya. Cerita yang disampaikan adalah dari pengalaman sendiri. Ianya berlaku pada masa zaman belajar. Maaf jika penulisan ini tidak sebaik yang lain sebab first time menulis. Orang panggil saya “Za”. Sedikit tentang saya, saya seorang yang hijabnya terbuka. Pesanan orang-orang tua adakalanya tidak masuk dek akal tapi kadang ada baiknya kita boleh ikut asalkan tidak menyimpang dari ajaran Islam. Ini yang saya pegang dari kecil sampai la dah dewasa. Orang-orang tua selalu berpesan “Jangan main waktu maghrib, Jangan keluar rumah waktu maghrib” simbolik nya pada ketika itu, segala jin dan syaitan akan keluar.
Kisahnya bermula masa mula-mula masuk UiTM Arau, Perlis. Minggu pertama biasalah dengan Minggu Orientasi. Sepanjang Orientasi, tiadalah gangguan or apa-apa yang pelik berlaku sampailah hari terakhir. Hari terakhir, kami semua diminta berkumpul di Stadium dan senior-senior mula lah drama sedih-sedih pasal ibubapa. Kami diminta untuk tutup mata. Saya dan kawan gatal nak buka mata, tetiba ada bola berapi terbang di langit. Kawan terus tanya saya, “Za, Kau nampak tak?”. Saya pun jawab, “Pejam mata, jangan tegur”. Padahal dah tegur. Start dari situ, saya tahu tempat ni tak “bersih”.
Siswi intake baru ditetapkan di Kolej Dahlia dan Kolej Cengal (kalau tak silap), asrama dekat UiTM selalunya digelarkan dengan Kolej. Kolej kitorang ni dikelilingi dengan kelapa sawit. Saya berkawan dengan Siti, Fiqa, Nadia dan Ira.Kami selalunya berlima dan kawan lelaki kitorang Haziq. Hari bertukar jadi minggu, minggu bertukar jadi bulan sampai masa, dah nak dekat musim Exam. Ada 1 hari malam Isnin, saya nak ke bilik Fiqa di blok B tingkat 4 dan nak ke tingkat 4 dari blok A kena turun tingkat 3 dulu lalu depan surau dan meja study baru boleh naik ke tingkat 4 blok B. Masa naik tangga tu, tetiba ada hembusan angin yang kuat dekat telinga, saya tengok meja study tu kertas-kertas elok je, tak berterbangan.
Saya pun terus je pergi bilik Fiqa, sampai di bilik Fiqa semua pandang saya pelik sebab muka saya lain. Lama saya duduk dekat situ, diorang tanya saya okay ke sebab banyak berdiam. Saya tak sedap hati sebab dengar orang azan, org baca al-quran bila tanya dekat Fiqa dia kata dia tak dengar saya terus balik ke bilik. Dekat bilik, perasaan tak sedap hati tu kuat sangat. Saya message kawan-kawan baik, family and kawan-kawan dekat Arau ni untuk mintak diorang berhati-hati. Saya terus tergerak ke bilik Ira dan Nadia pun ada dalam bilik tu, saya tanya diorang okay ke tak? Diorang okay. Terus saya balik, pergi ambil wudhuk and tidur.
Hari Khamis diminggu yang sama, Kami berlima selalu buat study group dengan classmate lelaki dekat lecturer teater (LT). Dari LT tu kami nak balik ke kolej, tapi disebabkan dah nak masuk azan maghrib saya mintak stay dekat Mushroom (tempat siswa siswi beli buku, ada cc, dobi). Tapi yang si Nadia, Ira dan Haziq nak balik dulu, yang tinggal Siti, Fiqa dan few others yang stay. Dari mushroom nak ke kolej kami tu akan lalu kolej siswi yang lama, kolej siswa dan tennis court (student2 UiTM Arau je boleh bayang). Tennis Court sini agak seram, sebab kurang lampu dan sunyi.
Nadia jalan belakang Ira dan Haziq, tetiba Nadia masuk celah Ira dan Haziq lepas tu Nadia jalan laju tinggalkan diorang berdua. Ira kejar Nadia sampai dekat tangga batu Caves (tangga yang panjang tapi tak setinggi batu caves yang betul dan tangga ni laluan siswi untuk ke kelas). Ira terus ikut Nadia sampai la ke kolej, tapi Nadia ni jalan terus menghala ke kelapa sawit. Ira Tarik Nadia dan duduk dekat bangku di kawasan kolej Ira terus call saya.
Ira : Za, balik kolej za
Za : Kenapa wei?
Ira : aku rasa Nadia ni dah lain.
Za : Lain?
Ira : macam dah kena sampuk ni.
Saya suruh Ira tunggu saya sampai. Saya, Siti dan Fiqa terus bergerak dari mushroom. Bila saya dah nak sampai saya, nampak Nadia bangun nak bergerak ke kelapa sawit tu lagi. Saya lari dan tarik tangan dia dan start panggil nama dia. Bila panggil dia diam membisu dan mata terpejam. Saya cakap dengan diorang bawa dia naik ke bilik, Ira bagi cadangan masuk ke surau tapi saya menolak sebab takut ada orang tengah study and tempat tu besar susah nak kawal kalau apa-apa jadi. Nak ke bilik Nadia akan lalu bilik saya dulu, tetiba Nadia stop and tengok bilik saya. Saya tanya, kenapa stop dekat sini? Nak masuk ke? Terus dia masuk, baring atas katil saya and berselimut.
Saya dan kawan-kawan terus buka Yassin dalam phone, Nadia macam gelisah sikit. Saya cakap dengan Ira dan Fiqa nak suruh dia ambik wudhuk and solat. Siti balik ke bilik untuk solat. Bilik air paling hujung sekali dan akan lalu bilik Nadia. Bila sampai bilik Nadia, dia berenti. Saya tanya dia, “Ni bilik siapa?”. Dia jawap, “Bilik aku” sambil tangan tunjuk dekat diri sendiri. Saya sambung, “Nak masuk ke? kalau nak masuk boleh je”. Dia terus, “Nadia…Nadia” dia memanggil namanya sendiri sambil mengetuk pintu bilik. Terus saya dan Fiqa tolak dia ke bilik air. Di bilik air dia mengambil air wudhuk acuh tak acuh, balik ke bilik saya dia solat tapi senyum-senyum dan menjeling. Saya hanya memerhati dan halang pintu takut dia nak larikan diri. Sesudah dia solat, dia baring balik atas katil.
Sekali lagi, kitorang cuba buka bacaan Yassin guna phone dan Siti membaca sebab masa tu dia sorang je yang boleh baca. Mula je baca Yassin, FD dah mula baling bantal, berderam. Salah sorang protect Siti dan saya tenangkan Nadia tapi dia dah mula agresif. Ira turun panggil ketua kolej, geng kakak-kakak senior. Mula la sesi membaling menjerit sampai nak pecah gegendang telinga. Dia seorang tapi memerlukan 10 orang untuk pegang dia. Dalam 15 minit, dia dah sedar. Tapi kakak sorang ada pesan, “Dia tak habis lagi ni, ada lagi saki baki. Kalau dia nak keluar ikut dia. Jangan biar”.
Nadia baring dan tido. Tetiba, jari-jari dia mula meringkuk (selalu orang yang kena rasuk jari-jari dia meringkuk).
Saya kembali duduk di bahagian pintu, dia bangun dan duduk sambil pejam mata. Saya tanya dia, “Nadia nak apa?”. Dia hanya memegang perut. Saya dan yang lain faham yang dia nak ke tandas. Kami berempat iring dia ke tandas. Kalau sebelum ni dia acuh tak acuh, kali ni dia yang tarik kami ke tandas. Sampai ke tandas, dia pilih untuk lalu di depan tong sampah tuala wanita dan dia berenti sambil ketawa. Perasaan masa tu, jangan cakaplah. Segala bulu roma menegak. Dia masuk ke tandas, selesai melepaskan hajat saya suruh dia basuh tangan, saya berseloroh dengan dia. Saya pegang tangan dia untuk keluar tandas, sampai di depan pintu tandas dia rentap dan terus nak berlari ke tangga.
Saya dan yang lain sempat rentap dia jatuh ke lantai dan tolak ke dinding sebab khudrat tak ramai, dan dinding dapat mengurangkan pergerakan dia. E turun semula panggil senior-senior tadi. Saya dan yang lain yang tolong bawa Nadia masuk ke bilik. Kali kedua dia mengamuk, dan kali ini senior-senior guna garam dan lada. Keseluruhan blok boleh dengar dia menjerit. Alhamdulillah, lepas tu dia okay. Dia tidur di bilik dia, dan yang lain-lain dah tak nak tidur bilik masing2. Roommate asal saya dah masuk bilik kawan-kawan diorang. Tidur la kami berempat. Saya sekatil dengan Fiqa, Siti sekatil dengan Ira. Sebelum tidur, kawan saya ada call. Saya baring mengadap Siti di katil berhadapan. Fiqa di belakang saya. Tengah on the phone, saya rasa macam kena tolak dari belakang. Saya toleh tengok belakang Fiqa tidur dan mengadap ke arah dinding. Dalam hati, “aku tak kacau kau, kau jangan kacau”. Lepas tu tidur.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Cerita nya tak berenti disitu sahaja. Ada lagi tapi nanti lah saya sambung. Maaf jika ada sebarang kekurangan dalam penulisan saya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
dahlia.1 ke 2? tahun ble tu?
Rumah aku kt blakang Uitm tu je wei… huhuhu
huyoo,zman bile nie..sbb stdy kt uitm arau jgk dlu..court tenis tu mmg serm lg2 law tgk dr kolej resak tu..law lewt mlam mmg dh x brni sgt tgk ke tngkp sbb bmbng.hahahahaha….
Hehe aku pon Kolej Dahlia…ingt lagi ada dengan roomate time tu, tetiba satu block ka aras ntah blackout…time blackout tu juga la tetiba bau kapur barus,,apa lagi kuar terus dari bilik. xdanya nk tunggu..huhu
Satu jer yg akk ingt sgt psl UiTM Arau ni…
Laichikang yg sgt sedap dan sgt sgt sgt muraaahhh…
Hehehehehe…
akak aq pernah study situ gak dulu…tp xpernah cite pulak pasal hantu
Dia tak pernah kena kacau la tu.
UiTM Arau tahun bile? ingat lagi masa tahun 2004 aku duduk kolej pulai. tahun tu satu dahlia kena kacau ngan hantu masa hujung2 sem. Btw court tenis tu port romen2 hahaha suke le bdk2 sbb gelap semacam hahaha