Misteri wanita berpurdah

Assalammualaikum semua pembaca fiksyen shasha dan team fiksyen shasha. Terima kasih sudi menyiarkan kisah sebenar pengalaman Bonda untuk di kongsi bersama.

Kisah bonda
Misteri wanita berpurdah

  Kisah ni semasa Bonda berumur 23 tahun. Masa tu Bonda tinggal di rumah sewa berhampiran Anderson ipoh. Satu pagi yg damai di kala burung burung sedang berkicauan, berterbangan, hahaha. Sory nk hilang kn takut sb bila teringat wanita & cerita pasal wanita ni pon dh naik bulu roma.. Bonda sedang dlm perjalanan menuju ke tempat kerja, jam masa tu menunjukkn 10 pg. Sampai je Bonda di sebatang pokok besar di panggil pokok ketapang, bonda berselisih dgn satu wanita berpurdah hitam. Tangan wanita tu pon bertutup dgn sarung tangan. Jd mmg mata sahaja yg nmpk. Masa tu Bonda jln dihadapan wanita tu, bonda rasa x sedap hati sb dia dok tenung Bonda(tahu la Bonda cun, tinggi langsing, rambut panjang terlepas, putih, kacukan siam bugis katakan hahaha.. angkat bakul, maaf😓 skrg dh berisi😭🤣) .

Jd Bonda tukar brjln bersebelahan seberang jln, (masa tu masih d jln kwsn perumahan tp sunyi hnya dia dan Bonda saja. Jln kaki ye), hampir berselisih je dgn dia, hidung bonda dh menangkap bau bauan yg kurang enak sprt hanyir, hapak dan mcm bau nanah pon ada. Bonda takut nk pandang wanita tu. Tp dr ekor mata bonda perasan yg wanita tu memandang Bonda atas bawah. Bonda pon baca la ayat ayat Al quran mintak tenang dan moga Allah pelihara perjalanan dan keselamatan Bonda.

   Sampai tempat kerja, bonda kerja seperti biasa dan lupa kisah td. Sepatutnya Bonda selalu pergi dan pulang bersama 2 lg rakan Bonda, tp pg tu diorg ada hal masuk lewat. Jam pukul 10 mlm, bonda bersiap menutup kedai dan turun ke bawah, bonda lihat kedai kawan kawan Bonda, aik, gelap bertutup? awalnya diorg balik. X tunggu Bonda pon.. Okey la, bonda pon baca doa dan balik sorg sorg. Takut weh.. Ppuan balik sorg waktu mlm. Sampai di persimpangan lampu isyarat berhampiran 1 tiang elektrik, maaf x tahu nk panggil ape, ada 1 batu cm tugu elektrik punye, (sebelah Sungai & belakang Asrama Anderson, budak Anderson tahu la), ttba lampu di sepanjang jln menuju ke rumah bonda padam. Bayangkan, dlm 7 blok rumah lg nk smpai rumah, sebelah Sungai, pokok ketapang besar disertakan rimbunan buluh kat ketapang tu, semak samun serta dihiasi lg pokok kelapa & mangga. Ha detail Bonda bg, boleh byg kan perasaan Bonda. Jam hampir kul 11 lbh. Ya Allah lindungi la hamba MU ni dlm hati.

  Tengah dok pikir cm ne ni. Ttba suara mama menjerit. Kak yg, tunggu, Jgn bergerak.. Masa tu rasanya, itu la suara semangat, pelindung & Malaikat dunia ni.. Mak kita.. Bonda dengar tapak kaki berlari menuju Bonda, termengah mengah adik adik laki Bonda alang dan acu rupanya menyambut bonda, dibelakang diorg mama berjln laju smbil mbawa sebatang kayu. Nk pukul sape x tahu.. Hahaha. (ini dr cerita mama) Mama masa solat rasa x sedap hati, dok terpikir Bonda. Mama ckp dlm jam antara 10  mlm td mama nmpk ada 1 Ppuan berpurdah dok lalu lalang, pelik dan mama terus ajak alang dan acu tunggu Bonda tepi jln sebelah rumah. Mmg betul sangkaan mama, dr jauh mama nmpk Bonda sdg melintas jln ttba lampu jln terpadam semua. Gelap segelap nya jln perumahan tu.. Terus mama menjerit panggil Bonda suru tunggu.

  Okey, bila semua nk balik kerumah, kejadian pelik g. Lampu semua menyala semula. Terang balik jln. Tp mama ttp pegang kayu dan tangan Bonda. Yg alang & acu dh berdesuuup cabut lari balik rumah. Hahaha. Pengawal keselamatan sementara katakan. Esok pagi, kawan2x Bonda dtg tanye. Knp mlm td tak tunggu diorg? Nmpk Bonda turun escalator menonong(straight x pandang kiri kanan) je terus keluar balik.. Dipanggil panggil  x dengar. Bonda dah!!!!!?. What.. Bonda nmpk kedai diorg dh gelap & tutup. Apa sudah jadi. Tp Bonda x ckp kat diorg, bonda senyum cuma ckp smlm Bonda ada hal kna balik cpt. Jd diorg angguk je.

  Sekian je cerita misteri wanita berpurdah. Kalau ada salah silap dlm penceritaan ni maaf. Walau pun kisah ni dh lama, tp Bonda tetap teringat pandangan mata wanita tu. Terasa seram masih ada. Misteri tetap misteri hingga kini. 

Salam sayang❤️Bonda alida❤️

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 75 Average: 4.1]
❤️Bonda alida❤️

4 thoughts on “Misteri wanita berpurdah”

  1. Dia nak rasa d***h orang le tu. Dah muak asyik d***h katak tikus je sampai naik loya.
    Sib baik mak ko dapat firasat x
    baik. Kalo x aruah dah. Kamu.
    😁😁😁

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.