Ada Apa Kat Lendu?

Assalamualaikum. Thank you FS kerana sudi siarkan kisah aku. Aku budak Lendu. Aku rasa kalau orang sebut Budak Lendu, mesti orang dah boleh agak aku belajar kat mana. Of course lah aku belajar kat tempat yang famous dengan kisah Tasik and kisah Melati.
Ok, cerita aku macam ni.

Aku ada sorang member nama dia Fatin. Orangnya kecil, comel dan pakai spek mata. Nak cari dia ke? Hahah tak payah lah. Kawan baik aku tu. Aku selalu perhati dia. Aku boleh agak Fatin ni ada sesuatu yang orang lain tak ada. Kelebihan tertentu. Macam sixth sense lah. Tapi dia tak boleh nampak. Dia boleh rasa kehadiran benda-benda ni. Dia ada kelebihan ni sejak kecil lagi. Dekat kampung dia lagi lah, dia selalu sangat dengan ruang tamu dia meriah sakan macam ada kenduri padahal dah lewat malam. Siap bunyi muzik tradisional lah, tarian inang lah. Macam-macam. Dia selalu abaikan je.

Cerita ni start bila suatu hari tu aku ternampak dia seolah-olah memandang ke arah sesuatu yang orang lain tak nampak. Aku tengok bebola mata dia bergerak laju. Macam terkejut. Aku tahu KPP fakulti kitorang tu memang keras sikit sebab atas bukit. Aku nak tanya dia, tapi aku takut. Yelah, satu, sebab aku selalu cari pasal dengan dia. Lagi satu sebab nanti aku takut aku ternampak benda yang aku tak patut nampak. Seram siakk. Dia cakap dia tak nampak pun apa-apa. Cuma bayangan sepintas lalu. Dia pun dah lupakan. Takpe. Aku senang kawan dengan dia. Hati dia keras beb. Wa cakap lu. Sumpah siak. Dia tak macam perempuan lain. Aku tahu ada sebab dia macam tu. Tapi bukan tu aku nak cerita.

Kisah 1:
Buluh Tumpat. Tahu tak apa tu? Orang dulu-dulu guna buluh tumpat ni sebagai protection. Orang tua-tua cakap kalau kita simpan buluh tumpat dalam rumah, benda benda halus susah nak masuk. Nak dijadikan cerita, aku ternampak buluh tumpat ni sepanjang 1 inci dalam purse Fatin ni. Aku nak tanya, tapi aku kena maki sebab sesuka hati je aku nak tengok purse perempuan.

Aku tanya dia, “Weh, kau pernah kena kacau ke apa ke sepanjang duduk kat kolej?”.

Dia pun buka cerita.

Di kolej perempuan ada dua lift. Orang selalu panggil lift degree and lift diploma. Fatin ni pernah kena langgar dengan benda yang kita semua tak nampak. Silap dia sebab dia keluar tengahari rembang. Yela, semua tahu kan waktu kemuncak lah waktunya benda macam tu akan keluar masuk. Tepat pukul 12, Fatin nak naik lift. Tiba-tiba tubuh dia melayang macam kena langgar dengan seseorang. Dia macam nak jatuh and kepala pun macam berat. Sampai bilik, dia terus baring. Tappp. Tertidur.

Esoknya dia cerita, dia cakap dia rasa ada angin kuat tolak dia time dia nak lalu dekat laluan lift tu.
Yes, masa tu tepat pukul 12 tengahari waktu kemuncak. Agak dah. Kau salah timing dohh ten. Tu cerita dia. Dia balik kampung, dia cerita kat mak dia. Lepas tu mak dia pun bagi lah buluh tumpat tu untuk dia bawa kat kolej. Dan memang laluan lift tu adalah laluan benda benda halus. Nak taknak, korang jaga-jagalah diri tu baik baik. Nak nak korang tu perempuan. Tak payah melalak malam-malam. Meroyan tak tentu pasal.

Kisah 2:
Fatin ni dia suka dengar gurindam. Kalau orang yang tak biasa dengar, orang akan rasa seram. Hahaha. Next cerita aku ialah bila Fatin mula buka cerita yang rumah dia kat kolej tu ada gangguan. Kolej dia macam apartment dohh. Lantai mozek siak. Aku lantai simen je. Almaklumlah kolej lama.

Satu malam tu, dia dengan housemate dia terbau something busuk sangat. Sampah takde. Sampah pad (alahh benda perempuan tu lah) pun dah clear. Toilet clear. Tapi bau busuk tu macam tak tahu dari mana. Berlarutan dalam 3 hari macam tu. Bau busuk tu macam bau busuk tanah. Si Fatin dengan housemate dia memang silap besar lah pergi tegur bau tu.

Malam tu jugak si housemate dia ni terjaga tengah malam. Dia keluarlah bilik nak pergi toilet. Allah! Tingkap ruang ramu terbuka luas. Dia pun tutup lah. Dalam kesamaran malam tu…. Allahuakbar!! Encik Gula-Gula elok berdiri kat hujung bukit kat parking belakang. Masa semester tu, bilik diorang menghadap cafe belakang. Belakang tu memang hutan tebal bukit bukau. Memang naya lah. Cabut terus masuk bilik.

Malam yang sama jugak si Fatin ni mimpi teruk. Boleh pulak Encik Gula-Gula ni tercongok dalam mimpi dia. Dalam mimpi tu, Encik tu berdiri depan pintu bilik diorang. Nightmare siak. Banyak kali dah kena ganggu. Pintu rumah bergegar macam ada orang nak masuk. Tapi bila dengar balik tak ada pun bunyi orang berjalan ke apa ke. Bayang orang pun tak ada. Dengar orang ketuk tingkap. Padahal tingkat 7 kot. The heck!

Dah aku stop takat ni je. Seram aku nak tulis banyak-banyak.

Nasihat aku lah, korang perempuan ni jangan nak bising sangat, jangan nak meroyan sangat. Berpada-pada. Dunia ini kita kongsi. Bukan hak kita. Hak bersama. Jaga diri. Jaga iman. Jaga adab. Ingat! Tak akan bergeraknya sesuatu zarah itu melainkan dengan izin Allah SWT.

Salam. Luaskan kuasamu!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

26 thoughts on “Ada Apa Kat Lendu?”

  1. Tingat dlu mse dip kena uruskan siswi histeria…
    Sblm usaha risik2 dlu punce kejadian…
    Siswi tgh KAISARA ‘cuti am’…
    Kuar mkn smpi lewat mlm…
    Kedai tu jenis kedai xpress…
    Siang semak samun, ble mlm susun kusi meja jd port student mkn…
    Meremang den nk mkn kt situ, kot xde makhluk halus pon kena tetbe merayap lintah ke pacat, eeuuwww horror…!!

    Sooo x pepasal satu blk kena ceramah smbl merawat tu kan…
    Lg bertmbh nk membebel, nk sapu air dia ni kt ubun2 die…
    Sekali rambut kaler oren yg sgt berkarat…
    Ate cemane gaye nk nyapunye ni weeiii…
    Adoooiii…

    Reply
    • Iyelah kot KK…
      Almaklumlah…
      Dr kolej ke kampus jauh…
      Jln kaki plak tu…
      Paneh lagi…
      Mgkn die kena pki helmet selalu br rambut tu elok terjage gune jari pon boleeehhhh…

      Reply
    • Hahahaahaaa…
      Mane boleeehhh…
      Klu citer kt post nnt hilanglah pengomen sejati akk ni…
      Xper…
      Skrg dh ramai pencerita setia…
      Kita bace jer citer diorg kaaayyy…
      Peace…!!!

      Reply
  2. kalau panjang sikit, dan cerita dikembangkan lagi mesti best….cerita kau pendek sangat,pastu general…tahap seram tu tak sampai sangat

    Reply
  3. Haaa? UiTM lendu ke ni? Ade kolej tinggi2? Ade lift? Ade jenis rumah? Lama sgt dah aku ni tggalkan lendu…zaman aku kolej nadim, lps tu jadi nama jebat plak..

    Reply
  4. saya study kat uitm lendu tahun 2009, ada jugak la experience seram2 hihi sebab duduk kolej lama, yang banyak pokok2 besar depan kolej, dulu kat tasik uitm lendu tu mmg selalu dikaitkan dgn kes2 seram ni. Dulu pernah satu malam roomate saya lari lintang pukang masuk bilik sebab nampak benda putih terbang, lepas tu pernah sekali kiteorang nak tidur, bila semua dah baring atas katil, tiba2 perasan tingkap bilik terbukak, tapi sebelum tidur make sure tingkap dah tutup, paling seram bilik kiteorang kalau tingkap terbukak direct nampak pokok2 besar tu, tak ada siapa berani turun katil tutup tingkap, so tidur sampai pagi dgn tingkap terbukak. Cerita pasal histeria tak payah cerita la mmg selalu ada kat lendu tu. okay lah tu je nak comment tapi terpanjang pulak haha

    Reply
    • Giloooorrrr berani td biorkan je tgkp tu terbukak…
      Klu hakak pakat satu bilik reramai g ttp tgkp tu smbl bace ayat kursi KUAT-KUAT…
      Kot kang makhluk haluuussss x masuk,mahkluk kasooorrr plak buat hal…
      Nayoooo…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.