Ada Yang Nak “Berkawan” : Wanita Ini Menceritakan Kisah 12 Tahun lepas terjadi Pada Keluarganya

KISAH ni pada tahun 2004 di Kuarters Kerajaan di Gelang Patah, Johor. Sebelum ni kami duduk kampung, lepas abah dpt offer tinggal di rumah free utk pekerja gov, keluarga aku pindah ke blok K, blok paling akhir tp rumah aku susunan paling depan. Ok cerita ni waktu aku baru 12 tahun, sekarang dah 24 tahun.

Aku ada 5 beradik, 4 org abang dan aku satu-satunya adik perempuan.
Satu hari tu mak abah aku kena balik kampung sebab arwah atuk aku sakit. Mak, abah dengan 2 orang abang aku balik kampung, tapi disebabkan aku masih terikat dgn kesibukan persiapan UPSR, 2 lagi abang aku tak ikut sebab rasa tanggungjawab nak jaga aku.

Malam tu macam biasa lepas balik mengaji, aku terus pergi blok E, blok nya paling ceruk, gelap sikit lah bila waktu malam sebab kuarters tu baru lagi siap. Banyak lampu jalan yg belum berfungsi. Aku seriau jugak masa tu sebab jalan sorang abang aku masih keje.

Dia kata balik keje pukul 9 dia tunggu aku bawah blok E habis tuisyen pukul 9.30mlm. Ok, masa habis tuisyen turun, mata aku melilau bawah blok E, ada motor abang aku ke tidak. Aku tengok takde.

Tiba-tiba dari celah mana abang aku cakap “Jom”. Aku pun ok jom. Dia cakap dkt aku, “Malam ni kita balik jalan kaki eh dik, motor abang eman rosak dekat tempat kerja.” Aku diam angguk je. Macam biasa dia pimpin tangan aku simpan dalam kocek seluar jeans dia. Tapi kali ni tgn dia sejuk. Aku tak fikir apa pun, budak lagi masa tu.

Sampai rumah, dia ambil tuala dgn besen isi air suam, dia siapkan baju aku, dia ckp “Adik jgn mandi nanti selsema. Adik lap badan je, abang iman nak buat kerja. Nanti abang emi balik kerja nak makan.” Aku tercengang jugak. Tak pernah dia mcm tu.

Malam tu aku duduk je depan tv, dia takda mintak tolong langsung. Dia lipat baju, sapu rumah, masak, jemur baju semua. Siap masak dia suruh aku makan. 2-3 minit lepastu abang emi aku pulak balik kerja. Abang emi baru duduk ruang tamu, abang eman masuk bilik, dah siap pakai jaket “Emi, kau nak mee sup ada dkt dapur, aku dah masak. Aku nak buang sampah kejap.” Emi angguk je.
Abang eman keluar bawa sampah dari dapur. Tak sampai beberapa saat abang eman masuk tercungap-cungap guna jaket lain pula. Abang emi yg baru jengah dapur tu tercengang,

“Weh man, baru berapa saat kau buang sampah dah balik?” Eman garu kepala “Motor aku rosaklah balik kerja tadi, aku risau takde orang amik wawa balik tuisyen. Nasib baik kau balik cepat mi.”
“Kau biar betul, aku pun baru balik ni, baru nak makan kau masak mee ni.” Abang aku dua orang ni tiba-tiba berkerut kening. Eman bengis “Wa kau balik dengan siapa tadi?” Aku terkebil kebil jawab “Abang eman lahh, balik jalan kaki tadi.”

Esoknya mak abah dah balik, abang eman demam. Bawa pergi jumpa doktor, doktor kata temperature dia normal. Doktor tu bagi saranan kpd mak aku, bawa jumpa ustaz. Mak aku jenis antara percaya dengan tidak. Lepas 2 hari demam abang eman tak kebah, mak bawa jumpa Ustaz Radin. Ustaz Radin terus kata “Keluarga kau ada yang cuba berkawan, tapi pendinding keluarga kau kukuh, jadi dia cuma ajak bergurau aja ni.”

Selesai ustaz buatkan air penawar. Ustaz tu pun balik, sebelum dia balik. Ustaz minta mak abah buat majlis doa selamat sbb pindah tempat baru. Ustaz minta kami rajin baca yassin.
Malam tu abah ajak kami anak beranak baca yassin. Ketika baru bermula ayat “Yaa-sin” tiba-tiba ada suara ramai dalam rumah kami yg ikut bacaan yassin kami. Kami saling berpandangan, terdiam kejap ada suara ketawa kecil, abah angguk tunjuk yassin, abah teruskan baca yassin, kami hiraukan suara yg ikut kami baca yassin tu. Tiba sepotong ayat tu tiba2 tinggal suara kami anak beranak. Kami teruskan bacaan hingga habis.

Malam itu juga kami dengar makin macam macam bunyi, dengar org buat air, dengar org gosok baju, dengar org alihkan perabot dlm rumah. Dua tiga hari takpa lagi. Ni berbulan bulan.
Abah jumpa ustaz radin ceritakan tersebut. “Patutlah dia suka duduk rumah kamu orang,, dia anggap kamu kawan rapat dia.” Dia?? Siapa dia?

-“Sampai sekarang menjadi persoalan keluarga kami, siapa yang jaga wawa? Siapa yang masak, kemas rumah tu? Siapa buat air tgh mlm dkt dapur tu? Siapa gosok baju tgh malam dalam gelap? Siapa alih perabot tgh malam?” Hm, dia tu maid ke?-

submit kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *