Ada yang ‘Menunggu’

Assalamuaikum…aku alumni di salah sebuah universiti tempatan dan aku nak share pengalaman yang tak seberapa seram sepanjang menyewa di apartment bersama member.Termasuk aku,6 orang yang menyewa. asalnya 7 tapi sorang tu dpt hostel.  Jadi 1 bilik aku duduk sorang,1 bilik (2 org) n master bedroom (3org). Ada 3 orang member aka housemates yang aku ngam iaitu Peah, Mira dan Lina. Lagi 2 orang tu aku kenalkan A & B dan mereka sgt jarang ada di rumah.Tapi bukan tu aku nak cerita.

Masa sem 3,normal dengar bunyi guli dan perabot kena alih dekat tingkat atas pukul 3 or 4 pagi tapi masing2 takde peduli sebab NORMAL dengar benda-benda macam tu. Masuk sem 4,agak ‘ekstrem’ sikit. Ada satu hari tu aku, Mira dengan Peah turun beli makan lepas Maghrib. So tinggal Lina sorang2 kat rumah. Masa sampai kat rumah,tetiba si Lina tanya aku.

“Ni nak tanya, kau memang gantung telekung eh dekat tingkap? Buat aku terkejut je. Dah lah pintu terbukak.Macam ada orang diri tapi Nampak putih je semua” Terus kami tiga saling berpandangan. Aku dah teguk liur dah. Okay,ni pelik…sebabnya,aku tak pernah gantung apa2 dekat tingkap or dinding sebab aku tak suka.

Mira sendiri cakap yang aku tak pernah gantung apa2. Kami terdiam sekejap sebelum Lina cakap mungkin dia salah nampak sebab telekung dengan dinding warna putih. Aku dah tak sedap hati sebab dia nampak kat bilik aku. BILIK AKU! Sejak tu,setiap malam sebelum aku tidur aku akan bukak azan dekat phone. Dahl ah aku selalu jadi orang terakhir masuk tidur dan aku tidur sorang2.

Aku ,Mira,Peah memang selalu lepak kat ruang tamu layan laptop tengah2 malam,kadang2 sampai Subuh pun pernah. Lagi satu,kami memang suka makan sambil layan movie kat laptop dan selalunya laptop aku lah jadi mangsa tapi aku tak kisah. Ada satu malam tu dalam pukul 11 mlm,kami tengah makan n layan movie,tetiba dengar suara orang menangis. Perlahan dan sangat…dekat. AKu dengar bunyi tu datang dari atas,Mira pulak cakap dekat sebelah aku. Peah pulak cakap kat dapur. Tak kisah lah dtg dari mana tapi serius,dekat gila! Nak makan pun takde selera. Tidur pun asyik terngiang2 bunyi tu. Bila aku takut sangat,memang bilik Mira & Peah jadi mangsa sebab roommate diaorang si A selalu takde.

Ada sekali tu tinggal aku sorang kat ruang tamu buat assignment sambil dengar lagu guna earphone. Kuat jugak volume aku bukak. Tengah syok masa tu,tiba2 aku rasa lantai yang aku duduk ni bergegar. Macam ada benda melompat dekat dengan aku. Kuat sampai aku yang tgh dgr lagu punya kuat ni pun boleh terkejut, Aku tak nampak apa2 tapi bulu roma memang meremang habis. Aku apalagi,tutup laptop semua terus lari masuk bilik.

Esoknya aku cerita dekat Mira dengan Peah. Lina aku tak cerita sebab taknak dia takut. Masa kat bilik…oh ya,satu lagi pintu bilik aku ni kalau angin kuat,macam nak pecah dia punya bunyi tu padahal tingkap bilik semua aku tutup. AKu baru je nak tidur,tiba-tiba terdengar macam ada orang ketuk katil kat bilik ni. FYI,katil besi tu kosong sebab aku tidur bawah,lapik tilam . Cuba korang ambik duit syiling lepas tu ketuk dekat kepala katil,nanti bergema. Macam tu lah. Aduhh,aku terus bukak lampu dan bukak azan kat phone.

Pagi ada jugak aku kena masa yang lain tengah exam,so tinggal aku sorang2 kat rumah sebab aku tak amek paper tu. Aku pergi dapur nak basuh tangan dan masa tu aku nampak satu bayang kat tingkap dapur yang tertutup. Tingkap tu even tertutup tapi masih boleh nampak,kabur gitu. Bayangan orang dan dia makin dekat nak masuk rumah kami.Aku agak bayang tu macam Lina tapi dia tengah exam dan tak mungkin baru sejam exam dah balik! Aku nak bukak pintu tapi aku pelik sebab pintu gril yang ada lock takde bunyi apa2 maknanya takde orang yang masuk. Last2 aku bukak jugak pintu dan memang takde orang! Habis siapa yang aku nampak kat tingkap tu?

Hmm…si Mira pun pernah kena. Dia cakap dia nampak bayang lelaki kat tingkap dapur . Lama berdiri kat situ tapi takde buat apa2 pun. Dengar bunyi tapak kasut pun takde. Aku tak terkejut sebab aku dah kena hari tu. Tapi kami duduk diam,buat tak tahu je.

Si Peah ni pulak, antara kami dia yang berani sebab dia boleh nampak benda2 halus tu semua tapi tak semua benda dia boleh nampak. Peah ni roommate Mira.Masa kat bilik,Mira dah tidur dan Peah pula tengah buat kerja. A(roommate)takde. Peah ‘kena’ tengah malam tu tapi esoknya baru dia cerita dekat kami sebab Mira ni penakut sikit.

Peah cakap yang masa dia dok hadap laptop, dia nampak Mira bangun dan gerak ke pintu. Tapi Peah pelik sebab takde dengar bunyi pintu pun. Dia hala skrin laptop yang ada cahaya sikit tu ke a rah Mira dan….Mira tengah ada kat situ,tengah nyenyak tidur! Habis,siapa yang bangun sebenarnya?

Part yang paling aku ingat mestilah dekat kolam. Kat tempat kami sewa ni memang ada kolam renang. Biasa orang mandi siang dengan petang je,malam memang takde. Dari hari pertama sewa memang kami teringin sgt nak mandi kolam sampai lah aku tanya mak guard boleh tak mandi situ malam-malam? Mak guard tu bising,cakap kalau mandi boleh tapi jangan pukul 10 malam ke atas. “Kalau mandi masa tu,nanti benda tu naik ikut awak,dia tunggu dekat depan rumah’. Terus pucat muka aku. Baru beriya2 nak mandi tapi lain pulak yg aku dengar. Mak Guard tu dah bertahun jaga situ dan memang dia ditugaskan shif malam.

Pernah sekali dia ronda dekat kolam renang tu,nampak bayang hitam tengah menyelam lah kot. Ingatkan orang ‘N***o’,sekali bila tengok dekat2…jembalang hitam & besar. Balik tu terus aku cerita dekat Mira dengan Peah. Agaknya sebab tu kot niat nak mandi kolam sampai dah habis kontrak tak kesampaian. Rupanya kolam tu ada ‘penghuni’ lain.

Dan aku ada terbaca salah satu petanda rumah ada ‘penghuni’ lain, makanan cepat berbau dan berulat. Betul ke? Memang kami setiap hari makan kat rumah sebab Peah pndai masak tapi sehari kami masak sekali je,itu pun malam. Bahan masak pun benda yang simple tapi esok pagi mesti sampah dah berbau dan berulat. Hmm…Ada lagi sebenarnya tapi ini je yang dapat aku cerita. Maybe x seram macam yang lain tapi aku Cuma nak kongsi pengalaman aku sepanjang aku duduk kat rumah sewa.

Adriana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

4 thoughts on “Ada yang ‘Menunggu’”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.