Ada Yang Tak Diikat

Lama betul tak menulis….

Harap memuaskan…

Lemah rasa hari ini, berkali-kali jarum dicucuk, namun tak ketemu uratnya. D***h mahu ditagih, nak dihantar ke makmal. Akhirnya setelah berganti-ganti cik misi, barulah diperoleh darahnya. “Lega….”,kata hati aku.

“Hari ni kita cuti ya rawatan. Sambung minggu depan pula,”kata doktor. “Awak nak balik ke stay sini? Kalau saya, baik stay je. Rehat-rehat sementara nak tunggu next week,”tambah doktor.

“Saya stay la doktor, kalau balik pun bukan ada sesiapa pun kat rumah. Masing-masing buat hal sendiri. Dah seminggu kat sini, mana ada yang datang jenguk! Kalau datang pun sebab nak tuntut jenazah saya,”balas ku pedih. “Jangan cakap macam tu. Kami ada dengan awak, okey,”balas doktor. Aku mengangguk sedih.

Emosi aku terganggu, semangat aku makin rapuh. Tatkala melihat pesakit-pesakit lain dilawati keluarga masing-masing namun aku, sendirian. Hanya ditemani cik misi-cik misi yang mundar mandir memantau pesakit. “Cik Kyla,”sapa seorang jururawat bernama Seri. “Ya cik misi,”balas ku. “Waktu makan ubat,”katanya sambil menghulur bekas ubat kearah ku. Aku menyambut lalu menelan ubat itu semua dan menyambung menungku.

Aku kebosanan, aku turun dari katil, menyarung selipar lalu berjalan ikut arah kakiku bawa. Aku turun dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Aku berhenti ditingkat enam hospital. Keluar dari lift dan terus kedepan. Aku nampak seperti bayangan sedang memerhatikan sesuatu dibalik cermin kaca.

Aku cuba memdekat namun ianya hilang secara tiba-tiba.

Aku balik ke wad semula. Aku hairan. “Apa benda tu? Besar, tinggi. Dia tengok apa?” aku menyoal diri sendiri yang dah tentu tak ada jawapan. “Dah tau sakit, tak payah la berjalan. Ni kalau 5 minit kau tak timbul, aku balik,”kata abang aku. Aku membisu, bukan malas nak bertekak tapi aku sedang memandang sesuatu yang aku nampak itu berada diluar tingkap berhadapan dengan ku. Gelap kehitaman. Meremang romaku. “Aku cakap dengan kau ni,”herdik abang ku. Jururawat menghampiri kami. “Ini hospital, jangan bising. Kalau datang tak ikhlas, sila balik,”kata cik misi bernama Seri.

“Siapa sedara tu? Menjerit-jerit,”tanya Cik Seri. “Abang saya,”jawabku perlahan. “Kami ni harap je macam keluarga tapi semua buat hal sendiri. Mummy, daddy, abang…kami tak macam famili normal lain. Saya pun orang gaji yang besarkan. Mummy dan daddy bekalkan duit je. Mak mah pun dah meninggal tahun lepas and now saya pulak sakit kanser. Cik misi tengok la, dari saya datang pun Pak Abu, driver kami yang hantar. Lepas Mak Mah, Pak Abu la yang banyak ambik berat pasal saya. Kalau dia tak busy mesti Pak Abu datang tengok saya,”kata ku sambil terisak-isak. Bayang hitam tadi melintas laju didepan pintu, memandangku tepat.

Aku merasakan badan ku kaku. Puas aku meronta-ronta namun tidak tergerak sedikit pun. Nafas bagai dihujung. Aku nampak jelas sesuatu yang legam diatas ku. Terlalu hitam, hanya mata kemerahan yg aku nampak. Aku betul-betul ketakutan. Semakin kuat ia menghimpitku. Bagaikan ajal bakal menjemputku. “Kyra…Kyra… bangun..bangun..”Kak Seroja, salah satu jururawat yang bertugas masa itu menerpa aku bila melihat aku kejang diatas katil. Aku tersedar.

Aku rasa sesuatu meniupku, aku berpaling dan benda hitam itu disebelahku. Aku histeria. Jururawat yang ada waktu itu berlari kearah bilik ku. Aku bagai terkena sawan. Badan ku bergegar. Mereka nampak aku mencekik leher sendiri padahal aku sedang bergelut dengan benda yang sedang membelenggu aku. Aku kehabisan nafas. Jantung ke berhenti seketika tetapi setelah di CPR, aku kembali bernafas. Aku membuka mata, aku nampak jelas benda hitam legam seperti terbakar betul-betul didepan ku. Ia menyeringai. Air liur pekat meleleh dicelah giginya yang tajam. Mata ku terbelalak, dan azan pun berkumandang. Ia hilang seperti debu diudara.

“Cik misi percaya hantu tak?”soal ku. “Tak percaya tak boleh, nak percaya pun, susah,”balas Cik misi Jannah. “Baru-baru ni, saya kena kacau dengan lembaga rentung. Tadi pun sama,”kata ku. Cik misi Jannah, terpaku. “Sebelum ni, ada patient yang mengadu pasal bende ni, tapi dia dah meninggal. Jumpa dalam bilik laundry, dah tak bernyawa, beberapa hari lepas dia bagi tau kami apa yang dia nampak,”tambah misi Jannah. Aku diam. Esok dah puasa, harap si rentung tu tak ganggu hidup aku.

Ramadan tiba..ramadan tiba..marhaban ya ramadan..marhaban ya ramadan…. terdengar lagu berkumadang dari telivisyen yang dibuka. Tinggal diwad hospital swasta, memang akan ada telivisyen didalam setiap bilik. Bilik vvip lagi banyak kemudahan. Aku rasa lega sebab kata orang syaitan dan iblis diikat pada bulan ramadhan.

“Eh, Pak Abu… jerit ku kegembiraan. Pak Abu datang sorang je ke?”tanya ku. Pak Abu tertunduk sedih. Dia sangat bersimpati akan nasib ku. “Pak Abu datang nak jenguk Kyra.. Lepas ni hari-hari Pak Abu boleh datang sebab daddy Kyra dah pecat Pak Abu sebab Pak Abu marah dia tak ambik tahu langsung pasal Kyra,”balas Pak Abu. Aku tertunduk lalu menangis. Selepas bercerita, Pak Abu pun pulang tapi dia sempat menitipkan pesan pada jururawat yang ada. Andai kata terjadi apa-apa pada aku, telefon la dia dengan segera kerana hanya dia yang mengambil tahu tentang aku.

Aku terjaga pada satu malam. Nak ke tandas. Agak-agak ku dalam satu pagi waktu itu. Setelah selesai, aku kembali ke katil. Tiba-tiba pintu bilik wad ku dibuka namun tiada siapa yang menjenguk. Aku ke arah pintu kemudian pintu dihempas kuat. Aku tersentak lalu jatuh ke lantai. Sewaktu aku nak bangun, ada tangan yang menarikku jatuh terlentang semula. Aku bingkas bangun lagi dan berundur ke katil. Aku berpusing dan sirentung itu berdiri diatas katil aku… aku berlari keluar. Benda itu mengejarku sampai dikawasan tempat membasuh baju. Tempat dimana cik misi pernah bercerita akan ada kematian disitu.

Aku pusing keliling, hanya ruangan gelap bak lohong yang kosong. Aku mundar mandir panggil cik misi tapi tiada jawapan. Aku berjalan kedepan dan terlanggar sesuatu yang panas dan berbau hangit. Tiba-tiba aku rasa bagai terawang diudara. Aku meronta-ronta lalu terhempas ke lantas. Kepala ku terhantuk pada sesuatu yang keras. Aku menggeletek disitu. Nafasku lemah dan pandangan ku kelam.

Aku nampak tubuhku kaku diatas katil. Pak Abu disebelah tubuhku. Dia nampak muram dan sedih. “Keluarga arwah tak datang ke pakcik?” Soal doktor. Pak Abu menggeleng lemah. Aku menangis mendengar perbualan mereka. “Aku dah m**i… aku dah m**i…aku dah m**i..,”aku menangis mendekati tubuh kaku ku. Sedih aku, hingga aku dah m**i pun keluarga tak ada dengan aku.

Aku iringi tubuh kaku ku hingga ke pusara. Pak Abu bawa aku balik ke kampungnya. Aku pulang bersama dengan orang yang sayangi aku, manjakan aku seperti anak sendiri dari aku kecil. Pulang ke kampung dimana aku beraya saban umur ku.

Si rentung masih disitu. Mencari mangsa seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. Ramadhan tiba namun masih ada yang tak diikat…Sekian By La Penna Nera.7

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.