Adik-adikku Sayang

ADIK-ADIKKU SAYANG
Terima kasih admin siarkan cerita saya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Dulu, aku ni bekas pelajar salah satu IPTA terbaru di Malaysia. Kira baru la masa aku masuk tu belum sampai 10 tahun ditubuhkan IPTA tu. Kalau aku cakap dekat mana mesti boleh teka. Hihi

Jadi, cerita aku berkisar pengalaman-pengalaman yang aku pun tak pernah terfikir boleh merasa pengalaman macam tu. Pengalaman yang semestinya membuat kita lebih dekat dengan Allah dan sedar dalam dunia ni bukan manusia sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. Okayhhh. Aku cerita ikut kejadian la eh.

Kejadian 1

Kejadian 1 kira macam pengalaman pertama aku la mengadap benda – benda mistik ni. Sebelum ni setakat tengok dalam TV je. Tapi aku dah ingat-ingat lupa rentetan kejadian tu so aku olah je la bagi senang faham.

Hari tu aku ikut rombongan U aku ni pergi ke salah satu negeri di Pantai Barat Malaysia ni. Sepanjang perjalanan pergi dan jugak melawat ke tempat-tempat yang dah dirancang tu, tak de la kejadian pelik2 yang berlaku. Tapi, masa pulang, jeng jeng jeng..

Masa tu Maghrib. Ye aku ingat lagi sebab aku tertido dan terbangun tengok jam dah dekat nak masuk waktu. Kira remang-remang senja. Suasana dalam bas sunyi. Semua tido la tu. Penat berjalan seharian. Masa tu pak cik bas bukak lagu dalam pendrive dia. Tiba-tiba lepas habis satu lagu tu boleh plak keluar suara perempuan menjerit yang dah memang sedia ada dalam playlist pendrive driver bas tu. Kawan aku tengah tido kat sebelah terbangun sebab klip suara tu. Pak cik bas time tu dah tergelak2 (choiiiii dia gelakkan kitorang terkejut).

“Pak cik ni boleh pulak dia gelak. Dah la maghrib ni.” – Mun
“haa la tau tak pe. Tak de keje la simpan clip macam tu dalam playlist” – aku

Sesaat dua saat memang tak la aku nak tido balik. Duduk je la main handphone. Tiba – tiba aku dengar budak baca-baca ayat kursi dan beberapa lagi surah pendinding. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, aku pun cek la. Hurmmm tu diaaa ada 2, 3 orang tengah tenangkan 2 orang kawan aku tu dah menangis-nangis. Aku macam hurmm kenapa pulak dah ada kematian ke. Tapi kenapa baca ayat kursi 3 qul dan yang sama waktu dengannya la.

“Kenapa weh?” – aku
“Hurm, tak tau la. Tiba-tiba je dia nangis. Tu yang kami tenangkan dia ni. Takut berjangkit pulak ke budak2 lain. Ni pak cik bas ni la ni tetiba boleh plak ada clip suara macam tu. Dah la maghrib2 ni.” – Leeya
“tak pa tak pa. aku tengok budak lain pun nyenyak lagi tu. Diorang tak perasan tu. Nasib baik kita semua kat row depan”
“haa tu la tu si Fiza tenangkan Hanim tu. Gayah ni teruk sikit. Hanim tadi tolong tenangkan Gayah. Alih2 dia pulak yang nangis sekali” – Leeya

Masa tu aku duduk 5 row depan. Dan orang yang kena tu (masa tu 2 org. Gayah dan Hanim) dalam keadaan terkawal lagi. Nangis pun slow-slow je. Okay lepas tu pak cik bas berhenti dekat hentian rehat makan solat apa semua la. Bertolak balik dalam pukul 9 malam mcm tu. Gayah dgn Hanim pun turun solat bersihkan diri apa semua. Masa ni diorang dah nampak elok sikit. Dah tenang.

Okay, naik bas balik. Hahaha masa ni la yang kemuncaknya. Hewhehwhew. Masa ni Gayah dengan Hanim dah dipisahkan. Gayah duduk belakang, Hanim dekat depan. Gayah tukar dengan Liza. Liza duduk depan. Konon sebagai langkah berjaga-jaga la kan. Haa memang lepas tu berjaga-jaga sungguh kami. Huhu. Tiba-tiba ntah macam mana Siti menangis menjerit (aku tak berapa ingat sebab kali ni row belakang pulak yang kena). Leeya kocoh-kocoh pulak pergi bahagian belakang bas.

Dalam hati cehhhh salah tempat la pulak letak si Gayah ni. Mesti Siti ni pun dah pernah kena / benda or dia lemah semangat (sebab kitorang ingatkan ada yang terbawa balik benda-benda tak sepatutnya sebab tempat-tempat yang kitorang melawat tadi tu boleh tahan lama la jugak usianya). So Leeya ni pun tolong si Siti ni. Okay tiba-tiba sorang lagi nangis (Melur). Aiyoyo. Masa ni eh eh elok pulak si Gayah ni pulak yang pergi tolong tenangkan Siti dgn Melur ni.

Aku pun rilek je la kat depan ni tengok-tengokkan budak2 yang kat depan. Ada yang dah bukak surah baca 3 qul ayat kursi apa semua la. Haa okay, masih ingat watak Liza? Dia pindah duduk depan kan? Kebetulan aku duduk sebaris dengan dia (nasib baik bukan sebelah). Tengah baca-baca tu aku tengok dia pandang-pandang belakang. Aku tegur dia jangan pandang-pandang baca je apa yang patut. Okay dia rilek sekejap kat depan tu. Tak sampai 5 minit, aku panggil dia 2 3 kali sebab dia diam menunduk jeeeee. (creepy)

“Liza. Liza. Liza “ tak de balasan. Aku signal Mira. Dia bangun (Mira duduk belakang Liza). Tiba -tiba si Liza ni pandang depan tak berkelip. Haaaaa sudahhhh. Apekehei pulak dah budak ni. Aku signal Leeya. nasib baik time ni Gayah dgn Hanim dah okay diorang pulak tolong handle Siti dgn Melur tadi. Hahah bila ingat balik lawak pulak. Aku bangun dan pergi duduk sebelah Liza. Aku panggil dia lagi sekali.

“Liza. (sambal baca ayat kursi dalam hati).”
“Hmmmmpphhhh..” garau je dia balas aku panggil. Mata dia masih tak berkedip tengok dekat depan. Sudahhhhhh.. seram mak noksss. Dah la tak pernah handle benda-benda macam ni. Mira pun goncang-goncang si Liza ni. Liza tepis.
“Adoi. Sakit la oi” Mira marah si Liza. Liza pusing pandang Mira. Hahaha. Dengan mata buntang dia tu. Aku pun pusingkn balik Liza ngadap ke depan. Leeya datang bawak air baca kursi 3 qul ada lagi beberapa ayat hembus dalam air. Sambil tu Leeya suruh tutup mata Liza. Sapu air tadi dekat muka Liza. Lagi dia mengganas. Time ni aku tengah pegang tangan dia. Mak ai. Kerasnyaaa. Budak ni kecik je. Tapi dia punya tenaga nak lepaskan pegangan aku tu lain maciiaammm. Leeya teruskan usaha untuk pulihkan balik si Liza ni. Dia gelakkan je usaha-usaha Leeya tu.

Sambil tu, tangan aku laju meraba si Liza ni. Nak cari dekat mana benda tu duduk. Sekali aku picit-picit badan dia aku alih p picit ibu jari kaki dia. Ambikkkkkk. Menjerit dia. Huhuhu. Leeya kata teruskan picit. Sambil tu Leeya pun cuba berkomunikasi dengan makhluk tu. Suruh dia keluar apa semua la. Makhluk tu tak nak. Si Liza ni kejap-kejap menjerit lepas tu sedih lepas tu ketawa. Sampai ada part tu agaknya dia (makhluk) pun dah bengang dengan si Leeya ni tak putus asa nak pulihkan Liza, diludahnya ke muka si Leeya tu. Haaa kauu. Lepas tu dia gelak. Sakit pulak hati kite. Laju je aku tengok si Leeya ni mcm nak terajang je si Liza tu. Korang bayangkan la time tu kitorang cuba pulihkan si Liza tu sebab time ni dia paling teruk.

Sambil tu bas bergerak. Dah la jalan tu belok-belok. Selekoh tajam banyak. Gelap. Pak cik bas tu pun sedaya upaya dia kawal bas. Kitorang suruh dia baca apa-apa yang patut sebab kadang-kadang dia pun macam gabra semacam je (haa itula gelakkan orang lagi tadi). Lepas tu Leeya pun mintak tolong budak-budak laki yang ada dalam bas tolong azan. Mula-mula seingat aku si Kimi ni tolong last-last dia pun macam dah lembik jugak (dia tak boleh sebab dia pun ada benda, kalau dia teruskan nanti dengan dia sekali kena). Mamat pulak tolong azan dekat depan bas (aku tak ingat berapa orang lelaki tolong azan).

Berapa minit lepas tu tak mahu jugak si Liza ni elok. Masing-masing dah letih. Sementara kitorang kat depan ni bergelut dengan si Liza ni, yang kat bahagian belakang pun sedaya upaya tenangkan si Siti tadi. Melur masih mcm tu menangis Cuma Alhamdulillah terkawal lagi. Last-last kitorang biar je si Liza tu sekejap. Penat dek nonnnnn. Hahaha.

Tak silap aku bas berhenti dekat satu tempat (kedai tepi jalan). Masa ni Gayah masih atas bas tapi Siti ni kitorang bawak turun. Mak ai dia tak boleh berjalan. Apa lagi ramai-ramai la dukung si Siti ni. Berat oi. Letih. Gayah ni pulak rasanya ada jugak cubaan nak angkat dia turun tapi dia meronta kuat sangat. Habis dicakar-cakar orang yang cuba nak tolong dia tu. Masa dekat kedai tu, diorang cuba lagi pulihkan Siti ni. Tapi hampehhhh.. last-last, sorang dari kami cadangkan kita bawak balik kampus je terus senang. Nanti dekat kampus kita panggil la ustaz-ustaz yang boleh tolong. Humphhhh bawak naik balik si Siti tu. Perjalanan time tu berbaki kurang dari sejam untuk sampai ke kampus.

Kitorang teruskan dengan membaca apa-apa yang patut sambil tu Gayah dan Siti terus diawasi daripada mengganas.

Sampai je kampus, bawak naik surau semua yang kena dari mula tu lagiiii. Haaa malam ni baru la tau yang kena tu ada yang lemah semangat, ada saka keturunan, ada pendamping macam-macam la. Kebetulan pulak semua tu naik bas yang sama. Tu yang berjangkit-jangkit tu. Datang sorang ustaz ni (tapi diragui sikit cara dia mengubat) dia tolong pulihkan satu persatu diorang yang kena tadi tu. Seingat aku, masa si Gayah ni la lama sikit dia berkomunikasi dengan makhluk tu. Maaf aku tak ingat dah perbualan tu. Penat dah time tu. Setel semua orang, dah dekat pukul 4 pagi baru la reda perasaan masing-masing. Penat nyee time tu. Dengan tak sempat mandi apa semua. Setel semua dekat surau, kitorang balik bilik masing-masing. Baca apa yang patut baru masuk bilik.

“Weh, betul ke yang budak-budak ni bising-bising tadi tu?”, tanya Alia roomates aku (lain kos)
“Haah la. Ni pun baru je reda. Penat weh. Penat berjalan tak hilang lagi ni kena mcm ni pulak. Melengas dah. P mandi sat nohh” – balas aku ringkas.

Esoknya tu baru la boleh aku cerita dekat roomates aku tu ap terjadi malam tu. Ingatkan sebab ada yang terbawak balik apa-apa. Tapi bukan tu je penyebabnya. Salah satu nye haa yang klip suara perempuan menjerit tu pun ye jugak. Masa tu Gayah dah memang tak sedap badan. Dengar mcm tu lagila terkejut budak tu. Terus takut. Lemah. So, janganla nakal sangat letak benda-benda mengarut dalam playlist korang tu. Naya je. Kebetulan sangat jugakla yang dalam bas time tu masing-masing ada kisah tersendiri. Tu jadi ramai dan berjangkit-jangkit tu.

Kejadian 1 ni merupakan titik tolak aku merasai sendiri pengalaman denga benda-benda ghaib ni. Sebelum ni hanya kisah adik bongsu aku yang masa kecik dia terlalu takut dan nampak pelik-pelik. Banyak lagi kejadian luar alam ni jadi masa aku dekat U ni. Nanti ada masa ruang dan waktu, aku karang lagi. Yang penting, jgn tinggal solat al mathurat, ayat-ayat ruqyah semua tu ye. Yang rasa pernah diduduki oleh makhluk-makhluk ni lagi kena berjaga-jaga.

Assalamualaikum.

P.s : kalau boleh teka kejadian ni harapnye diam-diam je la ye? Nama pun bukan nama sebenar ye.

LIYANA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Adik-adikku Sayang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.