Adik saudara terkena SAWAN SENYAP.

Nama aku Cha. Terima kasih seandainya cerita aku dikongsi dilaman Fiksyen Shasha. Kisah yang ingin aku kongsikan ni berlaku semasa aku berumur 7 tahun. Ianya berlaku kepada adik saudaraku, Maya, yang pada ketika itu berumur setahun lebih.

Aku dan Maya sangat rapat memandangkan mak aku yang banyak menjaga Maya ketika mak si Maya ni pergi kerja. Oleh kerana itu, Maya selalu mengikut mak aku ke mana saja mak aku ingin pergi, termasuklah mengambil aku pulang dari sekolah. Pada hari kejadian, aku pulang sekolah agak lewat. Biasalah, kalau sekolah sesi petang, waktu balik mesti dah nak dekat2 maghrib. Seperti biasa, aku dan kawan rapatku, Shah, akan dijemput oleh mak kami masing2 didepan pintu pagar sekolah. Jarak rumah kami dengan sekolah memang tak jauh. Tapi memandangkan kami berdua ni tergolong dalam kanak2 yg “sangat baik”, kenalah mak datang jemput. Bila kami dah dijemput mak.. biasalah.. budak2… confirm masih nak bermain kejar2 lah, apalagi. Jadi si Maya ni pun ikut main kejar2 dengan aku dan Shah.

Sedang sedap kami bertiga bermain bersama kejar mengejar antara satu sama lain, si Shah ni lari meluru ke arah tangga kecil yg tak biasa kami lalui. Tangga ni berada dekat dengan sebuah rumah pangsa, dimana kalau ikut kebiasaan, mak2 kita akan selalu elak guna tangga kecil dan akan pusing ke arah lain. Masa si Shah ni lari.. aku dan Maya berada jauh dibelakang dia. Maya tetiba berhenti berlari ,pusing ke arah mak aku dan minta didukung. Tapak tangan dan kaki Maya kelihatan agak kemerah2an. Dari ketawa dan terpekik2, Maya tetiba senyap seribu bahasa. Shah yang dah lari lepas tangga kecil tu, datang lari balik ke arah Maya yg sedang didukung mak aku sambil mengagah-agah si Maya.

Bila dah sampai di bawah kolong block rumah aku, Maya masih diam. Aku pun ucap selamat tinggal pada Shah dan maknya, sambil tekan butang lif untuk naik ke rumah. Sesampainya kami dirumah, aku pun membersihkan diri dan beri bekas botol air yg aku bawa ke sekolah pada Maya. Sebabnya, Maya ni suka sangat minum air dari bekas botol aku. Tapi pada hari tu, dia ambil dan letak kat atas meja. Lepas tu, dia duduk diam dan termenung di hadapan pintu rumah. Bila makcik aku, mak si Maya pulang dari kerja, dia terus mendokong Maya dan beri Maya makan mash potato KFC sambil berdiri dekat dengan tingkap. Makcik aku memanggil2 nama anak dia, tetapi Maya tetap diam seribu bahasa.

Tiba-tiba, Maya muntah dan terus merebahkan badan. Bola mata hitamnya naik ke atas. Kebetulan, ayah aku pun baru pulang dari kerja. Bila terlihat keadaan Maya, ayah, mak dan makcik aku terus keluar dari rumah. Mereka kata nak bawak Maya ke klinik. Aku terus kata, mana ada klinik bukak pukul 7.30pm. Tahun 1992, belum ada klinik 24jam di daerah rumah aku lagi. Klinik2 yg terdekat semua tutup jam 6pm. Mak aku terus berkata, mari bawak Maya pergi rumah ustazah di tingkat 2.

Memandangkan aku masih kecil, mak suruh siap dan ikut sekali sebab rumah tak ada orang lain. Sampai saja dirumah ustazah dan di terangkan apa yang berlaku, ustazah terus ambil Maya dari makcik ku. Hairan sekali, Maya yang tak kenal ustazah aku, langsung tak nangis bila didokong. Dia masih rebah dengan mata ke atas. Ustazah itu pun mula membaca surah Al fatihah dan surah2 lazim yang lain sambil tiup dan usap2 kepala Maya.

Dia berdiri sambil mendokong Maya di tepi tingkap rumahnya. Setelah habis surah2 dibaca, Ustazah itu memanggil2 nama Maya beberapa kali. Tiba2, Maya bangun, toleh ke arah ustazah itu dan dia mula menangis. Ustazah pun beri Maya kepada makcik aku dan menjelaskan bahwa Maya terkena SAWAN SENYAP. Ustazah itu seolah2 tahu yang kita ada bawa Maya lalu depan tangga kecil di bawah kolong rumah pangsa yg tadi. Dia pesan, lain kali jangan jalan situ lagi. Sebabnya, disitu selalu ada seorang lelaki dari sebuah tokong yang akan “buang suey” disitu dengan mengkebas2 sesuatu. “Benda” tu sebenarnya nak ikut kawan aku, si Shah, tapi akhirnya “bergayut” pada si Maya.

Sekian ceritaku. Mohon maaf kalau terlalu panjang dan tak seram.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *