Assalamualaikum readers semua. Ini pertama kali aku mengarang cerita yang tidak seberapa ini dan aku menaip cerita ini bukan bertujuan untuk bagi seram ok. Sekiranya admin menyiarkan ceritaku ini,terima kasih aku ucapkan. Aku biasanya silent reader disini tapi aku teringin kongsi kepada semua orang tentang kisah benar yang betul-betul terjadi di dalam family aku. Aku mempunyai 3 orang adik beradik termasuklah aku dan yang paling penakut sekali adalah adikku yang kedua(aku harap dia tidak perasan penulisanku ini hehehe). Aku bagi gelaran Ira.
Ketika kejadian ini terjadi,aku tiada semasa itu tapi aku mendengar kejadian ini melalui telefon kerana ibuku tiba-tiba menelefonku dengan nada suara yang agak cemas. āhello along,adik kau kena rasuk lagiā.Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.ādekat mana adik kena bu?ā.sambil aku bertanya tu aku terdengar suara adikku tengah menjerit dan entah apa dia bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami.Ibuku berkata siang tadi Ira keluar jalan-jalan dengan suami dia dan kebetulan masa itu time dia tengah period. Balik pula dekat maghrib memang kenalah.
Adik aku ini time sekolah lagi pernah kena rasuk sebab dia ni lemah semangat sikit. Time sekolah tu tidaklah teruk bagi aku kalau dibandingkan dengan yang ini. Aku terus menanyakan ibuku kenapa tidak panggil ustaz terus untuk berubat. Kebetulan ustaz itu ramai juga yang ambil rawatan dengan dia maka tidak berkesempatanlah nak rawat adik aku. Keluarga aku hanya mampu bertawakal sahaja dan baca ayat-ayat suci al-quran yang patut. Ayahku juga cuba pasang ayat-ayat ruqyah. Time pasang ayat tulah Ira menjerit entah apa-apa. Lepas dia menjerit lalu dia terus pengsan. Lama juga dia pengsan dekat tiga jam oii. Cuak jgk masa tu.
Aku menelefon balik ibuku menanyakan keadaan Ira adakah dia masih sedar. Ibuku memberitahu ira sudah sedar dan badan dia rasa sakit sangat macam kena pukul. Aku hairan lalu aku bertanya lagiāaik bu tadi bukan ira jerit-jerit je?ā. Ibuku berkataājerit apanya dah adik kau merangkak macam biawak tadi sambil nangis tersedu-sedu macam orang m**i lakiā. Aku ketawa berdekah-dekah. Jahat betullah aku ini siap ketawa lagi. Pasal apa adik aku jadi macam tu sebab kejadian tengah hari tadi. Ada biawak besar suku lengan mahu masuk dalam rumah dan habislah orang dalam rumah bertempiaran lari. Biawak kot bukan kecik macam mengkarung tu.
Ayah aku je yang berani halau biawak itu. Harap adik lelaki aku kumbang pun takut apatah lagi biawak kahkahkah. Ayah aku halau dengan penyapu je tapi entah kenapa tiba-tiba biawak tu m**i. Time nak buang tu tiba-tiba tiada, fuh! macam magik. Jadi settle masalah di situ, family aku tidak rasa apa-apa mungkin biawak tu dah lari dalam semak. Time tu juga Ira mahu keluar jalan dengan suami dia. Bila dah sampai rumah dia kerasukan dan berjalan macam biawak,terjelir lidah mahu keluar dari rumah. Apalagi semua pakat duk peganglah dia.
ākenapa kau b***h laki aku hah!!ā sambil mata menjegil dekat ayah aku. ābila masa aku b***h laki kau?! aku halau guna penyapu je tadi, tu dah kira baik nasib aku tak pukul jeā, kata ayahku. Ira seperti tidak puas hati dia mahu ayahku mintak maaf dengan dia sebab laki dia m**i. Dia menangis memang macam kematian suami. Kalah pelakon kayu dalam TV. Ayah aku memang taklah nak mintak maaf bukan salah dia kot, entah biawak tu ada heart attack manalah tau kan. āarghh!! Jangan nak tipu akulah setan! ,keluar dari tubuh anak aku!ā,marah ayahku. Ira berkata āaku takkan keluar selagi kau tidak mintak maaf dan aku akan ganggu anak kau!!,aku jugak punya kawan dan diorang ada dalam bilik anak kauā.
Family aku tak tahu nak buat apa lagi. Ayahku menelefon ustaz itu, ustaz tu menyuruh ayahku memasang ayat ruqyah sementara menunggu dia datang selepas selesai merawat orang lain. Lepas pasang ayat tulah adikku menjerit kesakitan dan pengsan selama tiga jam tu. Pabila ustaz tu sampai, dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran lalu menghembuskan di dalam air untuk adikku supaya dia minum setiap hari berturut-turut. Ustaz tu juga berpesan supaya adikku mandi air daun bidara dan amalkan makanan sunnah seperti kurma atau susu kambing.
Sekurang-kurangnya membantu jika ābenda tu degil nak keluarā. Mesti korang tertanya-tanya kenapa ustaz tu tak buang āābendaāāyang merasuk adikku. Macam mana nak buang ustaz tu scan dekat badan Ira langsung tiada. Pandai pulak āābendaāā tu lari so ustaz tu suruh adikku ikhtiar apa yang dia pesan tadi moga-moga āābendaāā tu rasa sakit bila nak masuk dalam badan adikku. Ustaz tu juga berusaha nak tutup balik ālubangā pada adikku sebab jin setan senang betul nak masuk dalam badan dia.
Disamping itu juga dia berpesan kepada Ira supaya banyakkan beribadat kepada ALLAH S.W.T dan sentiasa amalkan ayat pendinding diri. Walaupun dah tutup lubang tu, tuan empunya diri kena juga berusaha upgradekan diri supaya tidak mudah kena rasuk. Bagi aku betul juga apa yang dikata oleh ustaz itu kalau kita lalai beribadat kemungkinan āājin,setan dan konco-konconya senang nak masuk. Bila ustaz tu dah balik, Ira pun mula tersedar dari pengsan. Dia memang tidak ingat apa-apa dan terasa duduk dalam dunia yang gelap-gelita. Dia berusaha nak lari tapi tidak boleh. Itu gambaran dia bila kena rasuk, mungkin orang lain berbeza gambaran.
So adikku pun amalkan apa yang disuruh oleh ustaz itu selama dua minggu. Haaa sebab apa aku kata dua minggu?, sebab āābendaāā tu bila dia ganggu adik aku sekejap dia masuk sekejap dia keluar dah macam check in hotel dah adik aku tu. Dalam dua minggu tu macam-macam dia buat contohnya adikku asyik nak lari dari rumah,jalan macam biawak,cuba nak cekik diri sendiri dan lepas tu asyik nak ngamuk dekat ayah aku punyalah dendam kesumat āābenda āā tu sampai suami dia terpaksa cuti kerja semata-mata nak jaga Ira sebab ibuku tak mampu nak pegang dia sorang-sorang.
Part last sekali āābendaāā tu nak keluar time adik aku mengamuk dekat ayah aku. āarghh!!! Geram betul aku dengan kauuu!..baik kau mintak maaf kalau tak aku bawak anak kau main dengan anak-anak aku, kau jangan menyesal!!!ā,getus Ira dengan suara yang sangat garau. Ayahku memang kesian dah tengok badan Ira yang dah letih sangat. āok aku akan mintak maaf tapi kau kena keluar daripada badan anak aku dan jangan lupa angkut sekali kawan-kawan kau tuā,kata ayahku.
Maka bersalam-salaman antara ayah aku dengan Ira. Macam suasana hari raya pulak. Tapi ada lagi satu permintaan ābendaā tu yang buat family aku tak sangka. āaku mahu masuk islamā,kata Ira. Apalagi suami Ira ajar ābendaā tu mengucap kalimah syahadah. Alhamdulillah selesai dia mengucap, terus āābendaāā tu menyuruh family aku alihkan badan adikku ke arah kiblat. Ira menahan nafas dan membaca surah At-Takwir ayat 17-18 sebanyak tiga kali lalu menyapu kedua tangannya dari kepala hingga ke kaki sambil hembus nafas perlahan-lahan. Selepas selesai berbuat demikian adikku pengsan sekejap.
Ibuku mengambil air jampi ustaz bagi minum dan merenjis sedikit ke arah mukanya. Ira mulai sedar dan badannya memang rasa letih sangat. Nasib baik ābendaā tu tak tipu kali ni. Dia memang dah keluar seratus peratus jadi mungkin selama ini dia sengaja masuk dalam badan adik aku sebagai perantara antara dia dengan manusia dan akhirnya berminat nak masuk islam. Bagi aku ini semua ujian ALLAH s.w.t untuk family aku.Wallahu’alam bissawab.
Maaf jika karangan aku pendek je tapi yang penting kita semua boleh amal ayat surah At-Takwir tu, InshaAllah jin setan tak dapat nak masuk. Haaa nak tau siapa kawan-kawan ābenda āā tu?, Gula-gula/rambut panjang/berbulu. Mungkin dia nak menakut-nakutkan family aku je kot. Korang rasa??
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
macam merepek je.Bosan
Bosan jangan baca. Simple kan? Jangan cari salah penulis kalau jalan cerita tak menepati cita rasa. Have a nice day
kalau dah terbaca?nak suh apa nya jangan baca?? hehe.ada ke main komen je tak baca dulu?
mesti lah kena baca dulu.masuk FS ni sebab nak baca.
Have a nice day too Flower…
Kalau terbaca then tak suka sila ke next page. Tak payah komen. Mesti dari mula baca dah tau bosan atau tak kan? Bosan2 pun baca jugak sampai habis kan.
konfem Bunga ni yang tulis citer nih.kahkah
biarlah dia bagitau bosan…kan senang orang lain tahu supa tak buang masa…dan lagi satu, kita tidak akan tahu kalau cerita tu bosan sebelum kita baca…kalau baca sampai habis tu maksudnya dia bersangka baik mungkin akan muncul part yang seram
supaya
Hargai lah penulis ni bercerita…jgn ckp cmtu..dia ambil masa tulis nak share dgn kita story ni..cikfarhanaderhaka pernah kena ke??penah alami??kadang2 benda gini memang tak termasuk dek akal fikiran kita yg waras..yang pernah alami tahu la..
yela kot.biawak masuk islam.
Pada pandangan mata kita itu biawak…
Tapi mungkin tu sebenarnya jin merupa biawak…
Kan…
ape la masalah ko ni farhanaderhaka? mende cmni wujud.. byk kejadian aku da jumpe.. ko ape tau? tau derhaka je… ??? harap ko pon akn tekena bior tau rase ???
bosan? aku rasa okay je. tak pernah kena memang la kata merepek. cuba jadi depan mata. tak tergagap gagap ke lepastu.
Hadam komen2 tu smpai kau insaf hahahahahaha
aku tak tau kenapa aku rasa lawak ahhaha
cter ok.cre citer je kureng.tp overall ok la. haha
haha true..gaya cerita dan penggunaan ayat yg awkward buat story ni jadi mcm yo wok the hey meynn gitu
Moral valuenye tak salah untuk meminta maaf wpon itu bkn salah kita…
Beralah tak beerti salah…
Beralah tak bermaksud kalah…
Asalkan tak menyalahi akidah dan syariah kan…
Btl tu kak yulie….sy pom nk mntk maaf dgn akak walaupun sy x buat slh…heee
Udah nape pulaaakkkk tetbe nk mtk maap ni…
Encik/Puan KahKah. Bukan saya yang tulis yer. Saya silent reader ja cita2 ni suma. Kekasih Cik Farhana ka? hihihi cuma sy amalkan konsep baca, amik iktibar. Kalau rasa cerita tak sesuai saya baca yg laen so tak yah la menambah benda yg bukan fakta ok
betol3…kalo x best…senyap2 je la…huhu…walau rekaan skalipun tetap ade pengajarannya bak kata Kak Yulie..???
cerita ni saya rasa bukan rekaan sebab memang pernah terjadi perkara macam tu dekat family saya..jin ni dia pandai berlakon.macam2 dia boleh jadi.yang tak percaya tu sebab x pernah kena dekat korang so bersyukurlah
yang suka kecam ni baik ko baca novel seramlah kalo nak seram..kalo crite ko sdp sgt tulis lah biar seram sampai aku xleh tdo mlm..hahaha..ambik jelah apa yg baik tu..kalau melibatkan family x kan nk reka cita..bodoh namanye..
Ako bace best je…tak kena batang idung lagi tu.
bagi aku suma best..walaupun xbest ku baca gak sampai habis..bukan apa..cuma nk memupuk semangat membaca..hehee…pada sesiapa yang nk komen negatif tu…jgn la amalkan sikap begitu..xbaik.penulis dh cuba sedaya upaya nk bagi yang terbaik tok kita suma..jadi mana yang kurang tu maafkan jew la yeaa..dr ciku busuk..pekedapp!!!?????
Akak rs owkey j cita ni..biawak yg mnjelma dr jin.thats y dia nk peluk islam.alam jin ni luas..kita xder ilmu ni jgn kecam org yang penah kena cmtu.ntah2 esok lusa awk tu kena caner?? K? Peaceā?
Lol dekat mana yang bosan. Hahaha cerita best
Cite awak ni bagus utk mreka yg kurang mngerti sisi ghaib.jin ni blh wujud mcm2 rupa.plg dia suka ular dan anjing hitam.prwujudan jin biawak jnis kafir dlm cita ni mmg suatu yg tak mustahil.wallahua’lam