Aircraft Ghost 2

Hi semua. Terima kasih admin untuk kesempatan kedua. Aku N, yang submit kisah Aircraft Ghost sebelum ni. Ramai yang bagi feedback kisah seram dalam kapal terbang tu lain dari yang lain. Rare katanya. Tak pernah jumpa. Tapi sebenarnya itu realiti. Banyak sebenarnya kisah seram yang jadi atas kapal. So untuk post kali ini, aku akan sertakan beberapa kisah seram yang kami, cabin crew, engineers, aircraft cleaning team and pilot kongsi cerita antara kami. Ada cerita yang memang betul terjadi, ada cerita yang tak dapat disahihkan kebenaran. Hanya dengar dari mulut ke mulut.

Flight 401.
Flight ni terhempas on Disember. Tahun 1972. Antara yang m**i ialah pilot dia, Bob Loft and Don Repo, flight engineer. Lama lepas kapal tu terhempas, wreckage kapal yang terhempas tu dibuat ganti pakai dekat kapal lain. So dekat situ bermulalah kejadian penampakan roh si Bob Loft and Dan Repo ni. Ada satu flight, roh Repo yang siap beruniform duduk dekat seat sebelah passenger. Mungkin passenger nampak si Repo ni diam je and tak bagi response pun bila ditegur so dia panggil flight attendant.

Bila flight attendant (FA) datang, Repo terus menghilang perlahan-lahan. Macam asap. Passenger yang nampak kejadian tu terus menjerit histeria. Kejadian lain pula waktu sorang FA tengah bersihkan oven, masa dia tutup tu, dia nampak dekat pintu oven tu bayangan lelaki berdiri belakang dia. Pintu oven tersebut diperbuat dari besi yang boleh nampak reflection diri sendiri. Macam cermin tu. So FA ni pandang belakang. Takde siapa pun. Dia pandang pintu oven balik, bayang lelaki tu masih ada. Lelaki tu bagi pesanan ‘berhati hati dengan api yang ada dekat kapal ni’ Terus dia berlari panggil flight attendant yang lain and sorang engineer yang merupakan kawan kepada Repo. Bila engineer ni tunjuk gambar Repo dekat flight attendant tadi, dia sahkan lelaki tu lah yang dia nampak dekat galley. Rupanya oven yang FA guna tu ialah oven yang diambil dari kapal 401 yang terhempas tu. And betul kata roh Repo, kapal tu kemudian ada masalah enjin yang serius dan terpaksa dibatalkan.

Last Flight Together
Kisah kedua ni pun kejadian benar tapi tak dapat dipastikan flight dan airlines mana. Sorang flight attendant terserempak dengan lelaki tua yang pucat. FA tanya kenapa dia merayau-rayau. Lelaki tua tu kata dia naik kapal dengan isteri dia. Isteri dia ada dekat seat X. Kemudian lelaki tua tu request FA untuk bagitahu isterinya yang dia baik-baik sahaja. Lelaki tua tu takut isteri dia risau. FA ni pun pergilah menyampaikan pesan. Masa dia bagitahu isteri lelaki tua tu, muka isteri dia dah pucat. Bila ditanya, dia jawab memang dia naik kapal terbang tu dengan suami dia sekali. Tapi suami dia ada dekat bahagian kargo. Dalam keranda.

Dont Let The Kids Near The Cockpit!
Cerita seterusnya penampakan kanak kanak misteri. Dekat area cockpit ada galley. So memang akan ada sorang crew yang akan bertugas dekat situ. Dekat pintu cockpit, bahagian atas sisi ada cctv. Tujuan untuk pilot tengok siapa yang ada depan pintu nak masuk. Incase ada hijackers ke apa. During a smooth flight, captain call leading stewardess (LS) which is lead stewardess tu ada dekat crew seat yang betul-betul bersebelahan dengan pintu cockpit. Captain tanya kenapa bagi dua orang budak main depan pintu cockpit. Lead stewardess pelik sebab memang tak ada siapa depan dia mahupun sebelah dia. Apatah lagi budak. Jadi dia denied apa yang captain bagitau. Captain still insisted yang dia memang tengah tengok ada dua orang budak selain lead stewardess through monitor screen. Sorang budak lelaki dan sorang budak perempuan depan pintu. Masa ni captain dah macam marah sikit sebab dia ingat orang prank then dia cakap nevermind lah. Lead stewardess just diam and taknak bagitahu set crew dia sebab taknak semua rasa takut.

Masa dekat lobi hotel shortly after landing, captain tu tanya lead stewardess sekali lagi and dengan seriusnya lead stewardess menidakkan benda yang jadi. Captain pun tahu lah benda tu bukan prank. Sampai now semua tak tahu siapa kelibat dua budak tersebut.

Sampai sini je cerita dari aku. Sorry untuk penggunaan AKU dalam post. Lebih selesa macam tu. Rasa macam kawan rapat sikit. Haha. Banyak lagi sebenarnya yang tak dapat dicoret dekat sini sebab dah panjang sangat menaip. Plus aku taip pakai phone je. Panjang sangat nanti jadi bosan pulak. Buat masa ni, ini last post for now. InsyaAllah if masa mengizinkan aku kumpul lagi cerita-cerita yang dikongsi crew-crew penerbangan. Oh ya, sebelum terlupa. Aku cadangkan korang tengok movie NEERJA. Movie berkenaan flight yang dihijack. Bukan movie seram tapi movie based on true story. 9/10. Terima kasih admin. Assalamualaikum.

Coffee or Tea?
N.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

N

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

22 thoughts on “Aircraft Ghost 2”

  1. Yg flight 401 tu pun x silap ada movie dia… ghost of flight 401 tak silap tajuk dia… dlm air crash investigation pun ada jugak…

    Kps penulis… best… tulisla lg…

    Reply
  2. coffee please…with more sugar…hehehe…best la..x penah imagine pun dlm flight pun ada bnde2 mistik…btw sy da tgk Neerja 2x…she such a brave person…may she rest in peace..

    Reply
  3. NEERJA tu aku dah tengok.kes dia selamatkan passenger.dia sanggup korbankan nyawa dia sebab budak2 tu.movie lama ni.best sangat.

    btw cerita kau best sangat!

    11/10

    Reply
  4. cerita best tapi seram versi hantu american.
    So tak mencapai tahap tekak pembaca melayu yang takutkan pocong dan pontianak.
    Dia macam makan pizza, sedap, tapi tak kick macam makan ikan kembung cicah budu.
    Get what i mean?

    Markah: 7/10

    Coffee, black,no sugar please.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.