#AircraftGhostLady- Pontianak di Middle East?

Hi semua pembaca FS. Aku N, kembali lagi. Sebelum ni aku pernah hantar dua cerita which is Aircraft Ghost 1 (berdasarkan pengalaman sendiri) dan Aircraft Ghost 2 (cerita dan informasi terkumpul yang aku dapat dalam kalangan crew members dan aku ceritakan semula dalam bentuk penulisan). Untuk kisah kali ni aku nak ceritakan satu kejadian misteri yang terjadi dekat aku tapi bukan misteri dalam kapal terbang lagi. Taklah seram mana cuma kekal jadi misteri sampai sekarang. So post kali ni sekadar nak berkongsi apa yang aku lalui.

Cerita ni selingan je. Kejadian berlaku lepas aku balik dari flight. Penat satu, jetlagged lagi. Kebetulan flight haritu penuh so penat dia lebih sikit. Dari airport lagi aku dah terbayang katil. Sampai tempat kediaman dalam pukul 3 pagi. Macam biasa mandi and terus masuk tidur. Aku taktahu berapa lama aku tidur bila tiba-tiba aku terjaga secara mengejut tapi mata je terbuka. Jantung berdegup laju sebab terkejut. Badan terasa macam orang lumpuh. Tak boleh gerak. Aku tak pernah kena and rasa pengalaman kena tindih atau sleep paralysis sebelum tu, so aku tak tahu apa yang aku alami masa tu. Kemudian aku rasa tangan kebas sangat. Aku gerakkan mata tengok tangan nampak binatang macam labah-labah tengah gigit tangan tapi aku tahu tu bukan labah labah. Dalam kepala otak terfikir tengah mamai je or tengah bermimpi. Entah macam mana mata aku tergerak nak pandang almari depan katil. Jelas dekat mata aku ada sorang lelaki besar dan tinggi. Pakaian dia jubah warna hitam semua. Hitam pekat. Muka samar-samar tapi aku tahu itu lelaki. Macam tahu aku dah nampak dia, dia gerak sikit-sikit nak menghampiri. Aku terus tutup mata tak lama lepastu tertidur.

Aku tak tahulah kenapa masa tu tak rasa takut langsung. Just rasa risau sebab kena gigit. Rasa sakit tu Allah je yang tahu. Tak lama lepastu aku bangun dari tidur, aku check tangan takde apa pun. Terus tweet pasal kejadian tu. (aku ni jenis pengguna twitter sejati. Semua benda pun nak tweet haha). Kawan aku respond mungkin itu mimpi je atau aku alami sleep paralysis sebab terlampau penat. Aku percaya je tapi dua kali kena benda yang sama. Jalan cerita pun sama. Lelaki jubah putih dan binatang misteri.

Cerita kedua berlaku dekat rumah jugak. Aku ada bela kucing. Kucing jalanan je tapi aku bela letak dalam rumah. Gelarkan dia Meow jelah. Kucing aku ni jenis pandai bagitahu kalau nak masuk bilik. Dia akan cakar-cakar pintu tu sampai aku buka pintu. Kuku kucing kalau mencakar-cakar pintu kayu, imaginelah dia punya ngilu macam mana. Nak tak nak memang kena buka pintu walaupun masa tu tengah tidur sekalipun. Cerita bermula masa aku tengah tidur. Aku tidur dalam pukul 10malam. Kena bangun pukul 4pagi sebab flight esoknya pukul 8pagi. Tengah sedap tidur, dengar pintu dicakar-cakar. Aku buka mata and pandang jam. Dah pukul 2:13pagi. Aku malas nak layan and bertekad nak buat taktahu je and terus tidur sebab ada beberapa jam lagi nak tidur before bangun pergi membanting tulang empat kerat.

Tapi bunyi cakaran tu terus menerus je tak berhenti. Lama-lama aku jadi baran tapi masih malas lagi nak layan. Tapi aku ada perasan jugak bunyi tu kadang-kadang berubah tempat. Sekejap dengar cakar kat pintu bahagian bawah sekejap dekat bahagian atas, sekejap dekat area tombol pintu tapi since tengah mamai, benda macam tu memang tak sempat nak ambil peduli. Bila dah sampai limit kemarahan, tapi bunyi ada lagi aku bangun jugaklah. The moment kaki aku jejak lantai, bunyi cakaran tu berhenti. Aku pergi jugaklah nak buka pintu sebab taknak dia bising lagi buat kali kedua. Bila buka je pintu Meow takde pun. Aik laju betul menghilang. Dah turun bawah ke? (Bilik aku betul2 depan tangga). Aku pandang kiri kanan pun kosong. Kelibat dia takde. Kalau dia menyorok sekitar situ boleh nampak sebab tingkat atas ni satu hala je. Bilik lain pintu semua tertutup rapat. Jadi aku memang 100% pasti dia takde kat atas. Mungkin dia berlari turun. Aku pun turun bawah cari Meow. Aku berhenti dekat tengah-tengah tangga, jenguk bawah. Kepala je melilau cari tapi tak nampak langsung kelibat Meow. Aku cari dalam separuh gelap sebab malas nak on lampu semua. Hanya ada cahaya lampu jalan kat luar tu je samar-samar dalam rumah. Aku assume si Meow menyorok sebab merajuk ke apa jadi aku ambil keputusan nak biar pintu bilik terbuka sikit so nanti dia nak masuk dah takpayah buat perangai mencakar lagi.

Masa aku nak naik tangga balik terus otak aku terflashback waktu sebelum nak tidur. Aku teringat masa aku nak tidur aku bawak sekali si Meow masuk dalam bilik tidur then kunci pintu. Pernah tak rasa takut sangat sampai kau speechless dan blur? Macam tu lah aku lepas terflashback. Tapi tak lama aku terus berlari naik atas, masuk bilik and check kat mana si Meow. Aku cari satu bilik terjumpa Meow bawah katil dengan bulu dia tengah mengembang satu badan. Anak mata hitam dia membulat. Macam kucing ketakutan. Jadi siapa yang cakar-cakar pintu aku tu? Lepastu memang aku tak tidur and terus pergi kerja. End up aku moody je sepanjang flight. Lepas kejadian tu aku ada google cerita kucing cakar ni sebab tak puas hati nak tahu jugak apa benda yang suka mencakar-cakar ni selain kucing. Syukurlah masa kejadian dia tak tunjukkan diri. Aku dah terbayang pontianak je, sebab setahu aku pontianak berkuku panjang dan tajam? Tapi pontianak/kuntilanak bukan ke hantu melayu/indonesia?

Macam mana pulak boleh ada dekat middle east ni? Haha. Banyak kejadian yang hampir sama bila aku search. Ada satu cerita tu dia bela anjing. One night tu dia belum tidur lagi. Anjing dia pulak ada habit cakar pintu tiap-tiap malam. Satu malam tu, bunyi cakaran tu tak berhenti langsung. Tapi anjing dia ada dekat sebelah dia, depan mata dia. Tapi bunyi cakaran tu still ada.

N,
Coffee or Tea?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

N
rate (4.17 / 23)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

75 Comments on "#AircraftGhostLady- Pontianak di Middle East?"

avatar
sophia
rate :
     

best~

Raa
rate :
     

serammmmm

FF
rate :
     

i want your tea, please~

nak rasa sedap ke tak? hahaha

AircraftLady

My tea is one of the best tea onboard even my senior crew compliment me. Hahaha kidding.

Come and join me onboard then you’ll know 🙂

FF

Hahahahah so sweet ~

My tea is the best in FS here. Hahahahahahha Kidding.

RahAyu27

flight tu ada pi Capetown dak?heheheeh

Kak Yulie

Keje sebok pon masih sempat lg bela stray cat, kaguuummm hakak dik…
Akk ni yg permaiSURIrumah plak ngadeeee nk bela kucing yg baek2 jer…

Seb bek kucing2 akk klu nk masok blk cume ngiau2 jer xde cakar2…
Kalau x mmg akk yg suke hoveerrr imaginasi liar ni letak deme kat luoorrr…
Huhuhuhuuu…

Kak Nita
rate :
     

seram & best!!

CikSyer
rate :
     

Nice…

budak_enjen_comel
rate :
     

best!! adakah pontianak tu berhijrah ke middle east??? heee

^IzZaTi^

Meow awal2 dah menyorok huhu….

ude
rate :
     

Kawdu

cik effy

BEST..

Hidayah90
rate :
     

Best

Gyah
rate :
     

Best

Love

.

KarimDeSentoSa
rate :
     

Tea tar N pls

wpDiscuz