Airin

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca FS sekalian, ini baru masuk cerita kedua yang aku paparkan selepas “Eh, Dah Selesai ?”. Aku harap peminat FS boleh menerima ceritaku seadanya.

Kisah pada kali ni adalah berkisar tentang anak orang asli yang pernah berada dalam jagaan ibuku pada suatu masa dahulu. Di Pahang, komuniti orang asli telah mencapai taraf pendidikan yang baik, di mana ramai di antara mereka telahpun menjadi guru, jururawat malah ada juga yang menyambung pelajaran sehingga ke luar negara di bawah pembiayaan JAKOA.

Anak orang asli yang telah dihantar untuk dijaga oleh ibuku adalah anak seorang jururawat, yang sentiasa bekerja mengikut syif, jadi faham2lah sendiri baru nak bangun solat subuh dah terpacak depan pintu ingin menghantar dua orang anaknya itu. Kedua – dua anaknya perempuan yang berumur 4 dan 5 tahun, si kakak bernama Aida manakala si adik bernama Airin.

Pada awal – awal jagaan tiada masalah kerana kedua – duanya adalah kanak – kanak yang baik dan mendengar kata. Ibuku mengasingkan pinggan mangkuk dan cawan khusus untuk mereka berdua sahaja kerana faham – faham sendirilah. Apabila pulang dari sekolah, kami akan membantu ibu menjaga mereka sehingga saat mereka pulang.

Kisah bermula apabila si ibu Aida dan Airin terpaksa bekerja syif tengah malam setelah sebulan menghantar anak kepada kami. Pukul 12 tengah malam dalam keadaan menguap menahan mengantuk ibu membuka pintu untuk menyambut kehadiran kedua orang budak itu. Jururawat itu meminta maaf berulang kali kerana tidak memberitahu akan pertukaran syifnya.

Ibuku memahami kesulitan yang dihadapinya lalu membawa masuk dua beradik itu ke dalam rumah. Ibu menyuruh dua beradik itu untuk masuk tidur kerana keduanya juga kelihatan mengantuk yang teramat. Kesian pula budak – budak ni ! Keluh ibu. Lalu kedua2nya merebahkan diri di atas toto yang telah dibentang di tengah rumah.

Sekita jam 3 pagi, ketika aku ingin membuang air kecil dan keluar dari bilik dalam keadaan separuh sedar, aku terlangkah dua orang budak tadi, tetapi yang aku sedar hanya ada seorang sahaja, iaitu si kakak. Di mana si adik ni ? rungut aku di dalam hati. Lampu ruang tengah memang dibiarkan terpasang kerana ada budak2 tu. Hilang sudah rasa nak terkucil aku kerana ingin mencari si adik, aku susuri segala bilik yang tidak berkunci untuk mencari Airin sehingga kakak aku bising suruh ditutupnya daun pintu.

Sampai di ruang dapur, aku jenguk perlahan – lahan ke arah dapur basah. Eh, Airin ke tu ? Getusku di dalam hati tetapi tidak terluah, oh goshh apa yang sedang dibuatnya itu ? Rupa – rupanya Airin sedang bertenggek di atas para simen berdekatan sinki sambil tangannya pantas menyelongkar sisa makanan yang telah diikat lalu diurai oleh dia. ALLAHU!!! Airin ke tu ? Aku terus mengintip setiap pergerakannya tanpa disedari olehnya.

Dengan bunyinya yang merengus sambil gelojoh membaham setiap sisa yang ada dan bau hanyir yang menusuk ke hidungku, sudahku agak itu bukan Airin. Tiba – tiba dia menoleh ke belakang seperti perasan dia diintip. Ya Allah matanya merah !!! Telinganya capang seperti toyol cuma rambutnya sama dengan Airin. Langkah seribu aku berlari ke dalam bilik, terus pundi kencingku kembali ke paras normal.

Pagi esoknya, aku ceritakan apa yang terjadi malam tadi kepada ibuku sebelum pergi ke sekolah setelah jururawat itu mengambil anaknya. Ibuku juga akhirnya menceritakan apa yang terjadi ketika dia ingin mengejutkan kedua – dua anak kecil itu. Alangkah terkejutnya ibu apabila mendapati bahawa badan Airin penuh dihurung semut dan sekitar tempat tidurnya penuh dengan sisa makanan. Ketika ingin ke tandas pula, ibu mendapati kawasan di sekitar sinki dipenuhi sisa berserta bau hanyir. Namun kami merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan ayah kerana ayah tidak percaya kepada perkara tahyul mahyul seperti itu.

Kami sangkakan kejadian itu hanya terhenti setakat itu, rupa – rupanya kitaran kejadian itu berulang kembali buat malam – malam yang berikutnya sehingga kami sengaja memasang perangkap dengan membiarkan sisa makanan bermalam di atas sinki, untuk melihat sejauh mana kebenaran itu.

Sehingga malam terakhir syif jururawat itu, ibu mengintai Airin sedang menyelak tudung saji di atas meja dan mengaut lebihan makanan dengan rakusnya. Keesokkannya setelah tidak tahan dengan perkara itu, ibu telah ke rumah ustaz untuk mendapatkan penjelasan berkaitan peristiwa yang sangat mencurigakan itu.

Setelah diamati dengan teliti, ustaz memberitahu bahawa datuk kepada Airin dan Aida telah mempersiapkan pelindung cucunya dengan menghantar jin belaannya ke rumah kami bagi melindungi cucunya daripada terpengaruh dengan Islam. Ustaz menambah lagi bahawa jin tersebut telah merasuk Airin pada setiap malam untuk menakut – nakutkan kami sekeluarga. Namun perkara ini berlaku di luar pengetahuan si jururawat itu sendiri. Tercengang ibu mendengarkan cerita tersebut.

Keesokkannya, ibu sendiri telah memberitahu jururawat tersebut untuk tidak mahu lagi menjaga anak – anaknya atas alasan yang kami sendiri tidak diberitahu oleh ibu, segala rayuan oleh jururawat tersebut telah ditolak oleh ibu dan ibu minta maaf sekali lagi kepada jururawat itu. Jururawat itupun berlalu pergi membawa kedua anaknya. Walaubagaimanapun, kami masih berhubung dengan mereka tanpa rasa benci sekalipun.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Airin”

  1. Sepatutnya kena bgtau jugak kt jururawat tu….dia percaya ke x tu kemudian kira…ye la bapak dia kan…sian kt airin tu la ….sbb bdn dia digunakn mkn benda2 kotor….kecik lg kot huhu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.