#aisya – Bangunan B*****S

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS. Terima kasih kat admin sudi share story saya. nama samaran saya #aisya  Kisah yang bakal saya kongsi ni saya takdelah seram sangat pun tapi cukup untuk buat bulu roma meremang. Sekadar berkongsi pengalaman dan minat dengan cerita-cerita mistik walaupun penakut (sik pande jerak = tak pernah serik)

Salam Perkenalan 

Kisah ni berlaku di bangunan B*****S, Kuching. Ramai yang tak tahu bangunan ni sebab lebih dikenali sebagai.. Tak payah tulislah ye. Lokasi pun tak penting sangat pun. Yang penting ada kisah yang terjadi di sana. 2009 saya ditawarkan mengikuti program CGB. Orang Sarawak mesti tahu program apa benda ni hehe (ada geng-geng CBG tak kat sini sila angkat kaki)

Saya bagi gambaran sikit ye. Bangunan ni berbentuk memanjang. Kedudukan lift di hujung sebelah kanan bangunan. Keluar dari lift tu belok kiri pintu masuk utama terus jumpa kaunter. Ada lima kaunter dan dari pintu masuk tadi toleh kanan pula ada pintu cermin untuk ke ruang pejabat. Tapi pintu cermin tu ada kod keselamatan. Dari pintu cermin tu lurus jauh ke dalam nampak pintu pembahagi antara ruang pejabat dan ruang rehat di mana ruang rehat tu ada pantry (kanan), tandas (kiri) dan bilik solat(tengah). Pintu pembahagi ruang tu pulak kiri dan kanan adalah bilik stor. Makanya laluan nak ke ruang rehat tu agak sempit sedikit.

Ok pada tahun tu takde pape yang aneh pun jadi. Rasa-rasanya dah nak masuk bulan yang ke lima kot (maaf ye dah lupa bila hehe). Pagi tu macam biasa saya sampai pejabat dalam jam 7.30 gitu (semangatkan saya datang awal ). Sunyi nya pagi tu, agaknya semua staf terlajak tidur haha. Di kaunter kosong takde orang, saya pulak takde kad untuk access kod pintu keselamatan yang saya dah mention tadi tu. Saya pun tiliklah kot-kot ada yang datang tolong bukakan pintu untuk saya. masa tu jugalah saya terpandang Mdm Moi pakai baju putih seluar hitam, rambut lepasa paras baru. Saya panggillah.. ‘Mdm!’ malangnya 2,3 kali saya panggil dia tak toleh2 pun terus je jalan dari sebelah kiri ruang pejabat belok ke kiri lurus menuju ke ruang rehat dan ke kiri lagi menuju ke tandas. Saya pun duduklah berdepan kaunter sementara menunggu staf lain datang. Dekat nak 10 minit jugala jd penunggu akhirnya ada juga yang masok pejabat. En. Ham pun buat-buat terkejut la tengok saya dok menunggu di luar

En.Ham : eh buat apa duduk kat luar? apasal tak masuk?

Dalam hati nak je saya ketok kepala dia masa tu. Kalau tanya satu soalan je, paham la dia saje je nak beramah mesra la konon tapi 2 soalan diajukan buat saya menyampah. Yelah saya nak masuk camane lah kan. Tak kan nak nyorok antara meja kaunter dengan cermin penghadang kaunter tu. Agak-agakla kan. Saya tahulah saiz saya kecik. Saya pun cakaplah:-

Aisya : takde orang yang tolong bukakan pintu. Tadi tengok mdm dalam sana nak ke tandas, panggil tapi tak dengar lah pulak.

En.Ham : Tedahnya bah…piluk ati kamek dengar. Iboh nangis, juh kamek bukak pintu k kitak (kesian.. tersentuh hati saya dengar. Janganlah nangis, jum saya bukakan pintu) BUK! Saya bagi sebiji penumbuk kat dia tapi tak sampai pun hehe Kembang kuncup, kembang kuncup juga hidung nak marah. Malas nak layan nanti sampai ke petang dia usik.

Tengok jam maseh ada dalam 5 minit lagi jam 8pagi. Saya pun lepak lah dulu dekat ruang tamu baca surat khabar. Masa tu kawan sama CGB (saya bagi nama Pah) pun dah sampai sama lepak kat situ. Di ruang tamu ni boleh nampak meja di mana ada buku kehadiran. Agak ketinggalan zaman sikit kan maseh lagi mengamalkan kaedah manual untuk kehadiran (senanglah nak ngular hehe tapi saya budak baik tak buat pun kerja ular mengular ni  ). Tengah borak-borak tadi saya pun cakap dekat Pah:-

Aisya : eh lewat juga Mdm Moi masuk hari ni, selalu dialah tukang bukakan pintu setiap pagi. Merahnya makngah..

Pah : kan! Nasib baik masa sampai tadi seiring dengan Kak Sal (sambil toleh ke arah ‘meja kehadiran’
MERAH!!! Saya tak tahulah masa tu muka dah pucat ke merah sebab kaki tangan seluruh badan dah rasa seram sejuk panas. Tengok ke arah Mdm Moi sekali lagi sebab tak puas hati. Mdm Moi tengah tunduk-tunduk tulis nama, pakai baju merah, seluar hitam rambut ikat ekor kuda kontot.

Aisya : tapi tadi masa sampai Mdm dulu sampai pakai baju putih rambut lepas.

KakJan : ha.. jaga-jaga sya. Ada yang ngusik tu

Glup. Nak telan liur pn rasa sendat semacam dah tekak. Bila masa kakJan join pun tak perasan dan berhuhu lah kami sebelum bersurai..

Dah dekat nak setengah tahun juga dah kat situ baru nak mula berkenalan. Ambik masa juga dia nak ‘mesra’. Pemalu kot. Mungkin jenis yang low profile… hehe jangan marah 

Bisikan Manja

Masih lagi di bangunan yang sama. Mintak maaf ye kalau cerita saya panjang sangat. Saya nak habiskan kisah di Bangunan B*****S ni dalam satu entry ni je ok. Seperti kebiasaan saya sampai awal tapi kali ni saya dah dapat kad access ok  so terus je masuk. Masa tu saya juga dah bertukar tempat duduk. Kita imbas balik masa saya ceritakan kisah saya ternampak klon Mdm Moi dari arah kiri ruang pejabat belok ke kiri sebelum terus ke pintu ruang rehat. Ha.. kedudukan meja saya dekat corner tu la.

Pagi tu tergerak hati nak dengar bacaan Yassin. Buka guna laptop. Maklumlah saya ni pelatih je bukan staf so komputer memang tidak disediakan so bawa sendiri punya la senang kalau nak buat kerja tak payah nak pinjam orang punya. Baru je dengar ayat yang pertama tiba-tiba kak Mai panggil dari arah kaunter :-

Kak Mai : Sya boleh tolong sekejap tak? Sini jap..
Aisya : dah kenapa?
Kak Mai : hehe tolong akak binding paper ni jap. Akak nak sakit perut nak pegi tandas jap. Tolong ye dah tak tahan ni hehe
Aisya : orait

Saya pun tolong la kakMai buat binding dan biarkan laptop yang tengah mainkan surah yasin tadi terbuka. Kedudukan mesin binding ni pula di kaunter yang paling hujung sekali. Dari pintu masuk utama, kaunter no.1 paling kiri. Di situlah mereka ni letak mesin binding, laminate tu semua. So tengah khusyuk buat binding ni tiba-tiba

‘Huaarrrgghh….’ Terdengar bisikan halus tapi jelas di sebelah telinga kiri saya. dari hujung rambut sampai hujung kaki sebelah kiri saya berasa panas dan meremang. bagaikan ada garisan grid yang membahagi antara kiri dan kanan.
Rasa geli pun ye, automatic tangan saya menepis dan mengibas-ngibas telinga kiri dan automatic juga saya tertoleh ke kanan iaitu dinding cermin yang terpantul bayang saya sendiri. cepat-cepat saya menutup mata. Dalam hati ‘ nasib baik tak terpantul juga bayang si dia kat cermin’.

Aisya : janganlah kacau orang nak buat kerja..syuuhh.. ‘ sambil buka balik mata dan tengok di luar kaunter. Pakcik guard dah sedia berdiri di pintu utama. Bersahaja seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang pelik. Dengan pantas saya siap kan kerja, keluar dari bilik kaunter tu dan jenguk kaunter ke2 disebelah.

Aisya : KakNa, ada simpan ayat Kursi ke surah Yassin ke buka ye jangan biar sunyi ye (berbisik sebab tak nak yang lain kecoh)
KakNa : kenapa? Apa jadi?
Aisya : takde pape, saja je hehe

Terus ke tempat duduk dan surah Yassin yang saya buka tadi dah terhenti. Rasanya masa tu baru jam 8.15am macam tu. Kaunter 2-5 pun dah start beroperasi. Dalam hati tertanya-tanya ‘kau marah ke aku buka Yassin tadi?’

Degup degap juga jantung hati berkerja seharian hari tu. Rasanya dah 2-3 hari selepas kejadian. Kita pergi makan tengah hari kakNa pun ada join. Dia pun tanya apa sebenarnya jadi hari tu. Saya pun ceritalah. Mulanya malas jugak nak share sebab kakNa ni dahlah bersebelahan je dengan tempat kejadian. Tapi kena paksa saya pun cerita juga dengan diorang. Diorang pun bukala cerita dulu ada juga staf tengok perembuan pakai baju kurung putih dan tudung putih tunduk-tunduk buat kerja dikaunter kejadian. Mirip seorang staf juga. Panggil-panggil takde respond so buat tak tahu jelah.

Ada versi lain pula diorang cakap dulu tingkat pejabat tu kolej swasta. Ada pula student yang b***h diri sebab tu takde pulak diorang bagitahu. Penunggu tu pula memang dah kawasan dia laluan nak ke ruang rehat tu dan dari pantry nak ke tandas, terutama depan bilik solat.

Kawan saya Jaja, dia kena minyak pengasih kot dengan bf dia. Ayah Jaja ni hantarla Jaja pergi berubat tapi jarak jaoh je nun di Bintulu. Lupa pula nak tanya yang mengubat Jaja tu bomoh ke ustaz. Saya anggap ustaz je lah ye. Jaja pun ceritalah yang ustaz tu cakap yang di bangunan tu ada 3 ‘penunggu’. 2 penunggu tu ada di tingkat pejabat kitorang. Nak percaya tu susah juga tapi tak nak percaya pun tak juga sebab dah terkena bisikan manja katakana haha

Saya ni nak kata berani tu takdela, dalam hati ni kalau tak kuat imam memang dah huru hara juga masa kene bisik tu. Dan tak pernah serik-serik kitorang jadikan bilik tu terutama belakang kaunter tu markas kitorang lepak sebab tersembunyi daripada pandangan bos dan supervisor haha

Tahun ni dah masuk 4 tahun saya tinggalkan bangunan tu sebab dah dapat kerja tetap ‘alhambulillah’ . Rindu pulak dengan geng lepak hehe. Itu je kisahnya di bangunan B*****S.
Ok bye 

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “#aisya – Bangunan B*****S”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.