AKAK KAT TANGGA

Hai pembaca-pembaca FS. Aku ni memang pembaca tegar kisah kisah seram. In fact, aku dulu hardcore jugak la dengan movie-movie seram terutama dari Thailand dan Indonesia. Suka tengok je ek, takde la sampai tahap yang main spirit of the coin, ouija dan acah-acah nak jadi seekers, ghosthunter, etc semua. Tu cari penyakit la. Haha. Dulu, tengok dvd seram pukul 2-3 pagi rileks je. x reti rasa takut (berlagak la sikit.hahaha) until that one fine day..

Sebelum aku ceritakan pengalaman aku, thanks kat admin kalau cerita ni tersiar kat Page FS.
Okay, ceritanya berlaku pada tahun 20++. Masa tu aku tingkatan 6. Disebabkan sekolah lama aku takde tawarkan kelas tingkatan 6 jadi aku ditawarkan untuk sambung di sebuah sekolah yang agak ternama yang terletak kat atas bukit. Oh ya lupa pulak, kejadian ni berlaku kat Miri Sarawak. so, orang Miri mungkin tahu sekolah mana yang aku maksudkan.

Okay, sambung cerita. Disebabkan jarak rumah aku dan sekolah agak jauh, ayah aku cadangkan untuk aku tinggal kat asrama. Kalau ikutkan hati memangla taknak, yela kena ikut peraturan bagai, xde handphone semua, tapi apakan daya kuasa veto di tangan ayah. Jadi aku pun mulakan la hidup sebagai pelajar asrama. Seminggu dua masuk takde la ape sangat. Masa tu mungkin “si kawan” tengah nak tinjau perangai lagi. Hahah.

Minggu ketiga dah terdengar bisikan bisikan ada kawan yang dah kena tegur, time ni kawan je yang kena dulu. Aku belum lagi. Sorang-sorang dok bisik cakap nampak “kak lang” lalu kat tingkap, “abam cong” skipping la dalam bilik. Yang parah bilik kitorang ni ada sorang yang dah kena hysteria/rasuk sebelum ni. Sepertimana yang korang tau, yang dah kena ni cepat effect dia bila terdengar cerita2 mcm ni. Untuk menggelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku, kitorang buat bacaan yassin, al mulk setiap malam. Dah sebulan macam tu, tenang la. Takde gangguan, dah x kena ganggu ni start la lalai dalam baca yassin, almulk. Ada yang baca tapi secara solo.

Jadi kesan dia kat “kawan” ni kurang la. Dan masa tu jugak la aku la yang menjadi pilihan untuk terkena. Huhu. Malam tu, semua tidur awal. Yela takde ape nak buat awal sem kan. Habis je prep, sembang kejap dengan roommate pastu tidur. Aku ni pulak jenis yang tidur separa m**i. Haha taktau la nak cakap macam mana. Kalau tidur m**i, tidur yang x sedar langsung kan? Light sleeper pulak. Cepat terjaga. Jadi aku yang di tengah2. Kena pegang je dulu baru bangun. Masa tu, rasa macam ada yang bangunkan, jadi bukak la mata ingat kawan ajak pergi toilet ke, ape ke kan. Tapi! Jengjengjengg. Aku bgtau dulu kedudukan aku ketika itu ye..

Korang tau kan katil kat asrama selalunya double decker, aku tidur masa tu mengiring ke kanan jadi kepala betul-betul menghadap tangga katil. Masa bukak mata tu, Nampak “akak” tengah bergantung kat tangga tu. Ya Allah, seramnya xpayah cakapla. Dah la dekat, huduh pulak tu. Alahaii. Terkaku jugakla tengok tapi sempat scan wajahnya. Huhu. muka dia separa hangus, guna baju kebaya. Fuhh, dia punya bergantung kat situ tgh syok dok ushaa aku. Aku tak dapat nak buat apa dah masa tu. Dalam detik cemas itu. tiba2 teringat pesan atuk sedara aku. Kalau nampak dia, buat je macam x nampak dia kat depan.

Aku pun pura2 la menguap dah tu mengiring ke belah kiri. Tutup mata dah tu entah macam mana tertidur sampai la pagi, terbabas subuh huhu. Aku kena bangun kawan aku sebab nak pergi sekolah. Dalam dok kalut siap sebab dah lambat nk g skolah, kawan yang katil atas aku bisik, “jumpa kakak x malam tdi?” sambil senyum menyeringai. Naik terus bulu roma masa tu. Apesal la budak ni ingatkan aku. Tapi sebab siang kan jadi berani la sikit. Aku pun jawab, “a’ah dia kirim salam kat kau”. Terus hilang senyum kawan aku. Hahah padan muka, tau takut. Hahaha. Setakat tu je la, Banyak la pengalaman seram masa kat asrama tu. Kalau ade kesempatan nanti aku ceritakan lagi ek..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

6 thoughts on “AKAK KAT TANGGA”

  1. hahahahahah, takleh blah cerita.. tapi okaylah, atleast paham apa yang kau cuba untuk smpaikan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.