Akak Ponti Dekat Traffic Light II

Assalamualaikum readers and admin FS. Amboi, min. Aku hantar cerita “akak ponti dekat traffic light” tu dari bulan Oktober tahun lepas lagi. Alahai, nasib badan. Mungkin sebab cerita aku banyak hahaha huhuhu macam yang korang tulis kat komen tu lah kan. Tu pasal admin lmbat approve cerita aku. It’s okay, guys. Aku terima nasihat korang semua dengan hati yang terbuka. Baiklah, kali ni aku nak sambung cerita pasal akak ponti ni dulu sebelum aku post cerita berkenaan asrama yang aku janjikan dulu. Yang tu lain edisi la ye.

Februari 2017
Masuk bulan Februari, aku menyewa sebuah bilik bersama Syika di kawasan bandar baru Ampang. Maklumlah, duduk dengan kakak aku sebelum ni agak susah nak ke tempat kerja. Bila duduk di rumah baru tersebut, aku seakan-akan lupa tentang peristiwa bertemu akak ponti itu, mungkin kerana banyak lagi jembalang lain yang pernah aku jumpa. ( Boleh nampak entiti jugaklah sikit-sikit ). Seingat aku, baru beberapa hari aku tinggal di rumah sewa baru itu, aku dikacau seekor pontianak yang seringkali menunggu aku di tangga setiap kali aku balik dari kerja.

Seperti biasa, aku buat-buat tidak nampak dan langsung tidak mempedulikan pontianak tersebut. Setiap kali aku balik dari kerja, pontianak tersebut aku menegur aku, “Baru balik kerja ke?” Haram jadah sungguh punya pontianak! Sibuk nak tahu perihal hidup orang. Seperti biasa pontianak tersebut akan menegur aku dengan soalan yang sama. Tapi ada satu hari tu soalannya agak berlainan dengan soalan biasanya.

“Kau tak ingat aku? Kita pernah bertemu.” bisik si pontianak, sampai terhenti langkah aku yang baru hendak memijak anak tangga.

“Jangan kacau aku! Aku tak susahkan kau, jadi kau jangan susahkan aku!” herdikku dengan nada tegas.

“Kita pernah bertemu di sana.” Jari kukunya yang panjang dan hitam legam itu diarahkan ke satu arah. Aku memandang ke arah yang ditunjuknya. Serta-merta ingatan aku terus menerpa insiden bertemu seekor pontianak di traffic light.

“Kau ikut aku?” aku bertanya dalam nada bengis. Pontianak tersebut menggeleng perlahan.

“Aku tinggal di situ, aku nampak kau di sini. Aku hanya ingin menyapa.” Balas si pontianak a.k.a. akak ponti itu sambil tangannya menunjuk ke bangunan berhadapan bangunan tempat tinggal aku.

“Baiklah, pulanglah ke tempat asal kau. Aku nak balik rumah.” Usai berkata-kata, terus aku naik ke atas. Mujurlah dia tidak mengikut. Sempat dia lambai aku, labu air punya hantu!

Beberapa hari selepas itu, aku tidak melihatnya lagi di tangga. Mungkin sudah balik ke rumahnya di bangunan depan sana. Korang ingat dia nak say hai aje dekat aku? Hampeh! Dia datang balik lepas beberapa hari menghilang. Kali ni bukan tunggu dekat tangga lagi dah, tapi dekat tingkap bilik aku hanat!! Makin berani sampai duduk dekat kaki aku, lepas tu main-main kuku dia dekat tapak kaki aku. Geli nak oi. Aku halau, dia lari. Lepas tu dia datang balik. Makin lama makin panas hati aku dengan dengan akak pontianak ni. Aku tanya dia, kenapa suka kacau aku?

Dia jawab, “aku suka tengok kau sebab kau nampak aku.” Tu aje jawapan dia. Tak kukuh alasan dia ni. Bila aku suruh dia jangan menipu, dia diam. Kau nampak tak cara aku slow talk dengan pontianak ni? Hahaha. Mujur dia jenis dengar kata dan setakat ni Alhamdulillah tidak pernah memudaratkan aku. Pernah dia ajak aku berkawan, tapi jawapan aku TIDAK. Dia baik ke jahat aku pun tak tahu. Seelok-eloknya elakkkan la ye kawan-kawan. Takdok pekdoh sikit rabuk saeng nga pok2 nih (maaf terkeluar bahasa ibunda).

Ok chau! Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
#FIN

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

17 thoughts on “Akak Ponti Dekat Traffic Light II”

  1. “Takdok pekdoh sikit rabuk saeng nga pok2 nih (maaf terkeluar bahasa ibunda).”

    Tu mksd eii “takde faedah besar habuk pon berkawan ngan benda2 camni…” ekk???

    Mesti Kak Pon tu dh fedap tegur ko setiap hari tp ko buat derk jer kan…
    Tu yg die tukor MO dgn bg soalan lain plak tu…
    Bijak pandai gak Kak Pon tu ekk…

    Reply
  2. cerita dahh best tpi gantung laa kak hihi ceritalah lagiii..akak ponti tu sje nk nyakat akak..lawa idok kak ponti tu mcm maya karin ponti hrum sndal mlm?haha

    Reply
  3. Die berkenan tu yg dok dtg tu.. Sebab boleh nampak die kan… Alahai ngeri nya. Mcm mna la ko boleh tahan siap balas-membalas ckp. Kalau aku pengsan dah.

    Reply
  4. selalu baca pengalaman dlm fs nie kebanyakannya lintang pukang nampak benda alah tue, steady awak leh ajak sembang..hehe

    Reply
  5. dh bnyk penulis mbuat statement bahawa boleh tgk makhluk2 halus ni…

    إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ
    ”Sesungguhnya, iblis dan golongannya bisa melihat kamu dari suatu tempat yang (di sana) kamu tidak bisa melihat mereka.” (Qs. Al-A’raf:27)

    Ayat ini juga menjadi dalil bahwa manusia tidak bisa melihat jin dalam bentuknya yang asli. Kecuali orang-orang yang dikecualikan seperti Nabi Muhammad dan Nabi Sulaiman.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.