Akak Water Cooler

Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Terima kasih kepada FS sebab sudi publish kan citer aku ni. Sebenarnya aku kena paksa share cerita ni oleh member-member aku yang minat sangat dengan cerita-cerita hantu ni, ishhhh ishhh…. kuanghasamm betol budak-budak ni. Okay, berbalik pada kisah yang aku nak ceritakan ni. AlKisahnye macam ni.

Kes berlaku lebih kurang empat tahun lepas, masa tu semester 3, aku baru ditaklifkan sebagai exco akademik dalam persatuan pelajar fakulti di salah sebuah ipta di semenanjung. Waktu tu, ada program bakti siswa di sebuah kampung yang berdekatan. Tak payah kot aku terangkan program bakti siswa tu ape. Anggaplah macam program khidmat masyarakat gitu. Sebelum program, biasalah aku dan pengerusi waktu tu kena pergi ke kampung tersebut untuk deal ngan ketua kampung untuk buat program, masa tu aku ajk publisiti (khas untuk program tu je), memang nak ambil maklumat lengkap pasal program.

Ok, jauh lagi ceritanya..
Kembali pada kisah waktu macam mana berkenalan dengan akak tu (panggilan akak sebagai nama samaran yang diberikan untuk makhluk tersebut oleh students kat situ). Hehehehe. Kami pulang agak lewat malam tu, dan naik motor je sebenarnya, kampung tu letaknya jauh ke dalam, kitaorang guna jalan lama waktu tu, agak hutan la. Malam tu aku teringat, esok pagi ada presentation, semua slide dan nota-nota aku dalam laptop, dan nak dijadikan cerita laptop aku tinggalkan dalam bilik spp (bilik spp tu bilik meeting kitaorang).

Malam tu aku nekad ke fakulti, nak ambil laptop, nak baca-baca sikit, prepare untuk esok. Jam menunjukkan 11.30 malam, jadi aku tak expect apa-apa sebenarnya. Aku telefon pengerusi, nak minta kunci, tapi waktu tu dia ada urusan lain, dia suggest ambil kunci dari setiausaha masa tu. So, lepas dapat kunci, jam dah pukul 11.45 malam, aku parking motor depan bilik spp betul hadap grill. Dalam keadaan pakai helmet, aku masuk dalam bilik spp dan capai beg laptop dalam tu.

Masa nak keluar, aku dah tak sedap hati. Macam dengar ada yang panggil dari arah tempat water cooler. Aku cuba tak peduli, tapi makin lama makin kuat suaranya.

“Abang, tolong sayaaaa…”
“Abanggg….”

Masa tu, segala jenis ayat quran keluar dari mulut aku. Aku berpaling ke arah motor yang aku parking depan bilik spp, betul-betul berhadapan water cooler tu. Lebih kurang 5 meter jaraknya. Maka menjelmalah satu lembaga putih berdiri sebelah water cooler tu. Keadaan yang memang manusia tak mampu buat. Tinggi dia lain macam, rambut panjang dan bau pelik. Serius, aku cuba kuatkan diri aku.

“Aku kena balik jugak malam ni” aku nekad. Makin panik bila aku tertinggal kunci bilik kat dalam bilik spp, dan bilik tu dah berkunci!!! Aku terus undurkan motor, waktu tu, kaki dah tak mampu nak start dah. Aku cuma harapkan starter je. Aku teruskan baca ayat2 yang aku tahu, meluncur keluar dari fakulti. Belum sempat keluar, motor tiba-tiba m**i. Aku makin panik. Entah kekuatan dari mana datang, aku start semula motor dan terus nekad nak wrongway keluar dari fakulti sebab jalan one way je sebenarnya.

Waktu tu, bau dia makin buat aku loya. Sebelum aku keluar simpang, betul-betul di hadapan bus stop fakulti, sekali lagi akak tu munculkan diri. Dalam kepala aku, sedia memecut je, laluan one way tu bukan pilihan aku dah waktu tu. Sampai di roundboard, aku ambil kanan, dan guard cuba tahan aku, selamba je aku langgar. Takut punya pasal. Balik rumah, aku terus baring dengan helmet di kepala. Cuba pejam mata dan tidur.

Esok tu, aku demam dan helmet aku dah dicabut dari kepala sambil memeluk beg laptop. Seminggu demam weyhh. Terus tak buat presentation.

Lama lepas tu, aku ke Darussyifa Bangi untuk berubat,
“Ada yang minat pada kamu, sebab tu dia ikut kamu balik”. Aku telan air liur dengar penjelasan ustaz tu.

“Tapi saya dah buang, in shaa Allah, tak ada apa2, lepas ni kena lazimi ayat2 quran selalu”.
Aku jadi fobia jugak lepas tu. Sebab tu kalau ke fakulti sorang diri, level tawakkal aku memang meningkat 200%. Hahaha. Cerita ini kisah benar, bukan aku nak menakutkan sesiapa, cuma pengajaran, bahawa ada makhluk lain yang wujud, cuma tak nampak,semua tu adalah jin yang cuba ganggu kita, kalau kita takut, dia makin berani tunjuk diri dia. Macam aku cakap, aku kena ada peneman hidup mungkin, lulz…

Cuma letakkan kebergantungan dan pengharapan penuh pada Allah. In shaa Allah, selamat. Terima kasih lah sudi baca kisah aku. Moga jadi pengajaran, jangan balik lambat dari fakulti. Sebab akak tu muncul sebelah water cooler, maka semua geng spp bagi nickname ‘akak water cooler’.
Pandai depa ni. Hahahaha… Sekian.

Ikhlas,
Mangsa akak watercooler

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Akak Water Cooler”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.