Akibat dengki busuk hati oleh rakan sendiri

Tq Admin FS sebab sudi siarkan cerita ni kalau tersiar la hehe. Kisahnya bermula bila aku naik sem 3 di sebuah kolej bawah tajaan MARA. Aku merasakan ada sesuatu yg tak kena dengan diri aku bila dekat dengan kawan aku sorang ni. Aku ni memang hamba Allah yang mudah dimasuki bende halus kalau masuk tempat baru macam bilik baru ke dan bende bende tu marah, akulah aim pertama untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tu hehe.

Bila aku naik semester 3 aku dapat rasakan yang diri aku ni dihantui dan diganggu oleh makhluk halus belaan manusia ni tak tahulah belaan ke apa kan. Kepala aku selalu sakit sampai hantuk kepala kat dinding tapi yang pelik lepas maghrib dan ke atas je sakit siang hari elok je. Aku share la dekat abah aku pasal ni abah aku biasala seorang yang think positive dia tak nak aku fikir sangat dia cakap migraine la tu nanti pergi jumpa doktor. Cuti hujung minggu aku pun pergi jumpa doktor. Check punya check doktor cakap, “takde apa pun awak sihat je”. Dalam hati aku dah rase tak sedap tapi aku biarkan je dulu.

Makin hari makin lama sakit yang teramat sangat sampai aku demam aku tak boleh nak study nak dekat exam semua tu la kelas aku banyak tak datang sampai kene blacklist orang suka MC. Aku pun tergerak hati untuk buat solat hajat baca yassin mintak petunjuk dari Allah apakah disebalik semua ni. Aku tidur dan aku nampak roommate aku (MS). Esok tu mungkin Allah yang berikan petunjuk tu aku nak ambil air solat untuk solat zuhur, masa tu aku dah pastikan memang aku sorang je dekat wing tu sebab aku tahu memang hari tu semua budak dekat wing aku kelas habis lambat. Dah siap ambil air solat dekat sinki cuma kaki je aku basuh dekat shower.

Sebelum aku masuk dekat shower tu aku nampak kelibat roommate aku dengan bawak baldinya barang mandinya dengan selipar ala jantan dia tu sebab dia kasar sikit aku panggil dia (MS) masuk bilik air no 2 yang memang dia selalu masuk. Tapi aku heran jugak kenape muka dia putih pucat sikit dia memang putih tapi kali ni putih dia lain macam aku pun buat tak tau je la. Masa aku nak keluar dari shower meremang buli roma aku bile tengok bilik air no 2 tak de orang kering lantai tak de air membasahi lantai langsung. Dalam hati lajunye padahal aku basuh kaki je pun. Masa tu baru teringat ye tak de orang selain aku dekat wing tu. aku masuk bilik tengok takde orang aku sorang je. Malam tu classmate aku (Azi) tidur bilik aku sebab roommate dia balik jadi dia sorang je. Kolej kami ni satu bilik 4 orang jadi bilik aku ada satu katil kosong tidurla classmate aku dekat katil kosong tu.

Dalam pukul 3am dia terjaga dikejutkan oleh sesuatu terus dia pergi dekat katil aku tidur aku nasib baik la dia kecik orang nya. Esok tu dia cerita dia terjaga sebab bunyi tupperware jatuh depan loker makanan bukan setakat tu je lepastu bunyi seakan akan orang tengah makan daging yang penuh d***h memang kuat bunyi dia sampai dia tak leh tidur takut semua la. Kesian jugak dekat dia. Aku pulak dah rasa tak sedap hati sebab aku terus menerus kene ganggu tapi tak dela histeria ke apa sangat cuma sakit kepala yang amat sangat dan aku tak boleh tidur dekat roommate aku ni walaupun aku dah pasang surah al baqarah sebelum tidur. Mesti aku ada perasaan ada orang perhatikan aku.

Aku tak tahan sangat dengan semua tu sampaikan ada masa aku baca surah al baqarah ada dua suara yang baca iaitu suara aku dan suara…. Aku ambil keputusan untuk berubat dengan orang indonesia yang aku gelar bapak. Bapak ni diperkenalkan oleh jiran aku. Jadi dia datang rumah aku dia borak dengan mak abah aku dan dia tengok aku. Aku buat muka selamber je macam tak de apa apa. Lepastu dia suruh aku berlunjur hadap kiblat, dia letak lada putih dekat atas kepala aku sebab aku kata sakit kepala sangat sampai tahap nak b***h diri! Lepas dah selesai dia pun cerita dekat aku, “sebenarnya kau ni tak kene sihir, kalau sihir sudah menjerit macam orang gila. Cuma kau ni ada orang dengki iri hati dibuatnya pakai kain batik dan kau punya t-shirt tu dialirkan dalam sungai supaya semua orang jauh dengan kau. Seri kau hilang, aura kau tiada, kau sakit kepala kalau tak kuat boleh jadi gila, orang tak nampak kau bila beramai ramai cuma orang akan nampak dia ja”.

Aku pun, “nampak dia? Siapa?”. Orang dekat dengan kawan dekat putih putih badannya agak besar sikit. Aku masa dapat tahu sedih campur geram rupenyer roommate sendiri (MS) yang buat patutla selama ni aku jalan dengan dia orang nampak dia je tak nampak langsung aku sampaikan aku yang kene tegur orang tu aku pelik budak lelaki rapat dengan padahal nak kata lawa takde la lawa mana biasa biasa je. Tapi pelik la nak dengki iri hati dekat aku ni nak kata 4 flat tak nak kata kaya tak jugak cantik pun tak jugak pelik sangat sampaikan sanggup buat macam tu. Aku prasan dia ni kalau makanan tumpah sikit terus kelam kabut cari kain ke tisu ke nak lap baguslah jaga kebersihan tapi ada udang disebalik batu.

Lagi satu aku perasan kalau nak pergi bilik orang lain dia akan sikat rambut dan pakai something dan dia cakapla nak pergi bilik orang lain kene lawa lawa tapi mungkin sebab aku selalu mengaji surah al baqarah jadi aku tengok biasa je haha. Tapi ada kelainan la dekat situ lepas dia sapu apa aku tak tahula tak baik tuduh kan bila pergi bilik orang lain semua orang panggil panggil sebut nama dia nampak je dia. Aku ? memang krik krik la haha. Tapi aku sedar semua ni lepas aku dah berubat. Lepas aku dah tahu aku pun ambil keputusan untuk tuka bilik. Masa aku kemas barang tu aku nampak la reaksi muka dia takut ada marah ada haha peduli apa aku. Adala jugak aku hantar whatsapp dekat dia “eh kau ada nampak tak t-shirt dengan kain batik aku?”. Sebab aku ada mimpi la pakaian aku tu dekat mane padahal aku pergu berubat haha.

Respon dia macam nak tak nak je balas dan banyak lagi la aku kias kias dekat dia nak suruh dia sedar. Cuma kain batik tu harap harap dia tak teruskan la niat jahat dia tu semoga dia hentikan semua tu. Pesan aku kalau dengki ikut suka kau la tapi jangan la sampai bertopengkan dan bertuhankan syaitonirrojim tu. Sampai sekarang aku dah kurang dengan dia dan dulu adala jugak aku nampak muka dai seri lain macam cantik lain macam bila malam tapi sekarang aku tengok muka dia biasa biasa je tak lah cantik mana pun dan Ada satu hari tu muka dia macam nenek tua eeee seram lepas aku dah berubat la aku boleh nampak. Angkara iri hati dengki busuk hati tak kenal kawan sanggup berkawan dengan syaitonirrojim.

Maafla kalau cerita kurang menarik ke sebab sekadar nak share dengan semua pembaca Fs.

MissNana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

13 thoughts on “Akibat dengki busuk hati oleh rakan sendiri”

    • Betul, satu ayat kena bca 2,3 kali sbb tkde noktah, koma or tanda bacaan yg sesuai… haiiishhh

      Tk abis baca pun, pening kepala..migrain dibuatnya… ??

      Reply
  1. Batal puasa baca citer ni. Terpaksa minum sebab penat baca macam berlari 10km. Haha

    Apa pon semoga bahagia kat tempat baru

    Reply
  2. Penulis boleh perbaiki lg, letak tanda bacaan/koma ke titik ke.

    “Dalam pukul 3am dia terjaga dikejutkan oleh sesuatu terus dia pergi dekat katil aku tidur aku nasib baik la dia kecik orang nya”
    Yg ni sy kena baca 2 3x sbb mcm ada ayat tertinggal. Tidur dgn aku kot.
    Papepn good job writer ?

    Reply
  3. sebenarnya dalam berkawan ni memang ada je tak puas hati walau dah macam mana baik sekali kita ni. Tapi dalam diam ada je tak suka belakang belakang. Nak iri hati biar la berpada pada jangan sampai benda tak masuk akal pun nak iri hati, tambah dengki pulak. Series aku pun pernah alami kawan-kawan macam ni, tapi takde la sampai dia hantar benda kat aku. Aku pun ada jugak berkawan dengan orang punya la baik di depan, tapi tak puas hati di belakang aku. Aku tahu dari segi reaksi dia bila dgn aku menjeling jeling. Nak cakap ni je la get a life la tak hadap lah aih nak buat kawan orang macam tu.

    Reply
  4. Org2 yg dengki nie..kebnyakannya,dr golongan yg kurang kasih syg..aku msa SMK…pernah disisih,sbb mulut jht roommate…smpaikan hasut cikgu…lastly..kebenaran itu muNcul jgak…

    Reply
  5. cerita rsanya dh interesting tpi sayang nya cara penulisan hang mcm kena apa.
    aku nk baca terpaksa baca berkali kali nk bagi fhm ayat hang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.