Salam.
Saja nak kongsi pengalaman kami suami isteri masa balik kampung hujung tahun lepas. Rancangan asal nak bertolak pagi, tapi dek kerana macam2 hal, pukul 4 petang baru bertolak dari Gombak. Tambahan pula, aku baru lepas habis berpantang 44 hari. Jadi pergerakkan nak mengemas barang2 dan rumah tu agak perlahan.
Lepas solat asar, sambung perjalanan sambil borak2 la kami suami isteri. Anak2 dah tidur dalam carseat masing2 di belakang. Dalam pukul 6 lebih tu, aku mula rasa mengantuk. Tapi selalunya tak tidur, sebab suami aku ni jenis cepat mengantuk kalau bawak kereta. Tahap mengantuk dia tu sampai kena azan, cakap aaaahhh uhhhhh kuat2. Kalau la aku boleh tempek video dia bagi korang tengok sendiri?. Bagi dia kunyah2 makanan pun tak jalan, picit lagi la sedap tido. Pendek kata, kena berhenti la bagi dia regang2 otot baru boleh sambung jalan. Tapi selalunya kena tido dulu?. Tapi sebab masa tu tak ada tempat yang sesuai nak berhenti, dia terus la.
Kebetulan masa tu highway yang short cut tak lalu Bukit Tujuh apa nama tu dah boleh lalu. Memang dia plan nak lalu ikut situ. Tapi disebabkan mengantuk yang kronik, aku pulak dah angguk2 geleng2 tak berapa sedar, maka ditakdirkan kami terlepas simpang nak masuk highway tu.
Masa tu dah di ambang Maghrib tak silap aku. Jalan sunyi sangat. Hujan pulak renyai2 membasahi bumi. Masa tu aku kejap tersengguk2 kejap celik. Macam pelik sebab tak ada sebiji pun kenderaan lain kecuali kereta kami. Lori pun tak ada. Ye la, pakat lalu highway baru kan. Cuba korang bayangkan, suasana masa tu macam dalam cerita seram omputih.
Remang2 senja tetiba ada kabus. Kabus pulak makin lama makin tebal. Tambah dengan hujan renyai2. Pastu gelap, cahaya yang ada cuma daripada lampu kereta kami saja. Rasanya dalam setengah jam lebih suami aku masuk jalan Bukit Tujuh tu sambil berperang dengan mengantuk dia. Tetiba dia rasa lain macam sebab kereta kami je yang ada sepanjang jalan tu. Terus dia buat Uturn walaupun dah jauh terlepas simpang highway tu. Bijik mata masing2 dah celik seluasnya. Kami hanya mampu diam sambil baca2 apa yang patut.
Rasa lega sangat bila dah sampai simpang 3 yang kami terlepas tu. Ada la kereta 3,4 biji masa tu. Yang tak bestnya, pakat bagi lampu high beam kat kami. Pastu masing2 bawak slow bagi kami jalan dulu. Dan2 rasa meremang tu datang balik. Kereta bertentang jalan pun sama duk bagi lampu. Takut gila masa tu walaupun tak nampak apa2.
Sampaikan nak pusing belakang tengok anak2 pun rasa keras leher. Nak tengok kat cermin lama2 lagi la tak berani. Lebih kurang 2km kut jarak kereta kami dengan kereta2 lain. Duk ulang2 dalam hati tolong jangan muncul depan kami sambil mulut minta suami baca2 dan azan.
Elok keluar dari highway, anak yang baby tu nangis. Punya la kalut cari tempat cerah yang ramai orang baru berhenti. Anak nangis sampai habis suara dah masa tu. Berhenti jama’ ta’khir kat mana pun tak ingat dah. Lebih kurang tengah malam, rasa macam 12.30 camtu baru la kami sampai rumah mertua aku. Borak2 kejap pastu naik atas nak tido.
Masa tu la baby aku nangis lagi. Tak pernah dia nangis teruk sampai macam tu sekali. Bagi susu taknak, dukung pun tak jalan. Lama jugak la sampai dia tertido sendiri, letih nangis agaknya. Mungkin ada yang mengikut kami malam tu. Tapi alhamdulillah esok tu dah ok, cuma dia nak berdukung je. Alhamdulillah jugak kami tak nampak apa2 malam tu, risau gak aku kang sampai terpengsan2 jenuh la toklaki aku.
Tu je lah pengalaman kami. Tak menakutkan macam pengalaman orang lain tapi memang meremang bulu roma. Terima kasih sudi baca?.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
kalau bole elakkan keluar malam terutama jika ada anak kecik. kesian die…
seram jgk la..
ni mcm nk balik ke kelantan je…. biasalah skrg bukit tujuh dah jarang org lalu sejak highway baru dah siap… jalan situ mmg sunyi… org2 kg je byk lalu lalang..
ceta berkuah je ni…isi takde langsung…puiihh…
Ak rasa admin dgn penulis ni sama bodo.x kurang x lebih.si penulis rsa syok sndri nk kongsi cite yg sampah.si admin ni bangang.nk publish pn filter dlu.dont waste our time to read the rubbish thing.