Akibat Suka Mencuba 2

Assalamulaikum admin dan wrga FS sekalian. Ni sambungan cerita aku ‘Akibat Suka Mencuba’. Hope yang ni korang paham la ye, maaf panjang sikit sebab tak nak sambung2 dah. Sudah tiga tahun kejadian itu berlalu, kini aku diterima masuk ke sebuah pusat pengajian di utara tanah air. Aku ditempatkan di sebuah bangunan asrama yang paling belakang di antara semua asrama. Tempat penginapan aku mempunyai tujuh blok, dua blok untuk pelajar lelaki dan 5 blok untuk pelajar perempuan. Bilik yang aku duduki hanya mempunyai dua buah katil single, buah meja belajar dan dua buah almari.

Perkenalan yang singkat dengan roommate aku biar aku panggil dia Cikna mengajar aku untuk lebih berhati – hati dalam pergaulan. Kalau korang semua nak tahu masa ni aku masih berubat untuk menutup kembali hijab aku untuk kali kedua setelah yang pertama gagal. Cerita bermula pada awal sem yang pertama. Aku dengan Cikna ni berlainan course so kelas kitorang memang tak sama. Kekadang aku balik dia baru nak ke kelas, aku nak ke kelas dia baru nak balik. Kitorang ada masa nak lepak berborang hanya lepas pukul 9.30 malam ke atas sahaja. Ahad pulak kekadang sahaja dia ada kalau tak menghilang. Jenis kitorang memang akan bukak tingkap dan pintu bilik seluasnya supaya angin senang masuk keluar. Almaklumlah bilik kat tingkat 3. Sebelah tingkap bilik kitorang ada satu pokok besar.

Satu hari ni, aku balik dari buat study group. Aku tengok pintu bilik aku tertutup dan berkunci. Memang sepanjang nak dekat 3 bulan duduk bilik ni kami jarang kunci pintu kecuali kalau keluar atau tido. Selain tu memang akan biar pintu bilik terbukak, aku fikir mungkin si Cikna ni tido kot sebab tu berkunci. Masa tangan nak cecah daun pintu, aku dengar orang berbual sambil gelak. Dalam hati dah pelik, “eh Cikna ni tak tido lagi ke, nape suara lain macam je”. Aku tak pikir panjang terus ketuk. Dan tau2 suara tu pun senyap, sepi, sunyi, damai semua ada. Aku ketuk lagi sambil laung nama Cikna ni, dah lah kunci aku tak bawak. Tiba2 aku dengar budak ketawa sambil dia cakap Cikna takde, saya je yang ada. Ah sudah. Suara anak sapa pulak malam2 ni, suara budak lelaki pulak tu. Dah semua doa zikir semua berterabur boleh pulak time tu ingat lagu hang pi mana adoi memang gabra gila.

Memang tangan aku tak lepas ketuk pintu. Dekat 5 minit aku ketuk sampai nak naik lebam tapak tangan aku, tak ada respon. Terus aku lari turun bawah. Masuk bilik classmate aku. Nasib baik dia tak kunci pintu lagi kalau tak mau meraung aku depan pintu bilik dia. Besoknya tengah hari baru aku naik balik bilik. Aku tengok Cikna ni elok je landing atas katil main phone. Aku tanya dia ada pergi mana2 tak semalam dia just geleng kepala. Pastu aku tanya lagi napa semalam aku ketuk dia tak bukak pintu. Dia boleh gelak kata dia tak dengar pun pintu bilik kena ketuk. Kurang asam punye roommate.

Malam tu aku tak keluar ke mana pun sebab kelas aku habis lewat. So kawan2 aku batalkan niat untuk study group. Aku lepak sembang dengan Cikna je dalam bilik. Dalam setengah jam lepas tu kak Ina, ketua blok ketuk pintu dan panggil aku keluar. Ah sudah ape pulak salah aku pulak ni. Terus dia bawak aku turun bawah masuk bilik mesyuarat. Aku pandang muka kak Ina. Apesal lain macam je kak Ina ni.

“Nad , akak nak tanya sikit dengan hang(kau) ni”, dia start bicara.

“Ape dia kak? Tanya ah”, kataku.

“Semalam hang gi mana? Balik pukul bape?” tanya Kak Ina.

“Ish kak Ina ni buat suspen pulak. Saya gi study group la kak, balik pukul sepuluh lima puluh kot” jawabku. Kak Ina senyap tak cakap ape. Bila aku tanya pun dia senyap dia kata tak ada ape. Dia suruh aku balik bilik rehat.

Bila aku balik bilik, aku tengok Cikna dah takde dalam bilik. Pintu bilik terbukak seluas-luasnya. Terus aku masuk bilik ambik barang mandi dengan tuala. Tutup pintu bilik terus ke bilik mandi. Mandi dan ambik wuduk sebab aku baru teringat dah terlewat sikit untuk sembahyang isya’ . Bilik air dan bilik tidur sebelah menyebelah je. Selesai je aku mandi, aku tengok Cikna ni tengah basuh baju. Tempat basuh baju menghadap ke dinding sebelah sana, memang hanya nampak belakang badan sahaja. Ish bila pulak minah ni masuk tak dengar bunyi ape2 pun. Dan satu lagi, bila pulak minah ni rajin basuh baju guna tangan. Sepanjang 3 bulan ni tak pernah sekali aku tengok dia basuh guna tangan. Dia rela bawak baju turun bawah basuh kat laundary.

Sambil pandang cermin nak gosok gigi aku tegur dia, “Cikna, rajin kau basuh baju pakai tangan”. Dia cuma jawab hmm je. Aku mula tak sedap hati, aku tanya lagi sekali rajin kau basuh baju, Cikna jawapan dia hmm. Sah ni lain ni. Sekali lagi aku tanya kau bukan Cikna kan. Dari pantulan cermin, aku nampak benda tu pegang berus plastik basuh baju, tengah sental lidah dia yang panjang berdarah. Busuk dia hanya Allah yang tahu. Terus aku berlari ke bilik habis tinggal barang mandi baju kotor aku semua. Aku kunci pintu terus bukak yassin kat phone. Nak suruh aku baca sendiri nanti entah keluar ayat ape pun aku tak tahu. Dari luar sayup2 dengar suara perempuan menangis suruh tutup ayat yassin dan bagi dia masuk. Mengigil jangan kata, malam tu jugak aku demam.

Pagi tu terus aku turun ke bilik kak Ina. Dengan tak mandi lagi terus terpa bilik dia. Aku nak tau ape yang terjadi sebenarnya. Pintu bilik kak Ina aku ketuk. Lepas salam dijawab aku terus pulas tombol pintu. Kak Ina kebetulan keseorangan. Kak Ina terus cerita. Malam yang aku ketuk pintu bilik aku tu sebenarnya dia nampak aku naik sampai ke tingkat 4 tingkat yang tak ada penghuni langsung. Dan ape yang mengejutkan dia, kat belakang aku ada seorang perempuan berambut panjang ikut aku naik. Dia ada jerit panggil nama aku tapi aku macam tak dengar, dia dengan sorang lagi kak senior siap kejar semata-mata nak panggil aku turun. Bila diorang sampai, aku dah berlari turun ke bawah, ape yang diorang nampak budak lelaki tengah main guli kat hujung koridor bilik tingkat 4, sambil gelak – gelak.

Sepanjang belajar, macam – macam aku lalui. Pernah sekali tu, aku tido sorang sebab Cikna tak ada. Balik kampung ada hal penting katanya. Malam tu aku kena tindih memang berat giler hanya tuhan yang tahu. Aku cuba jugak bangun tapi tak boleh. Bila aku bukak mat,a aku nampak satu makhluk ni duduk mencangkung kat hujung kaki aku. Tangan dia panjang pegang pinggang aku, lidah dia jilat ibu jari kaki aku. Makhluk tu gemuk, bersubang di telinga sebelah kiri. Sumpah memang dalam kepala aku tak ingat ape ayat sekali pun. Mulut aku terkunci rapat. Dalam hati aku hanya satu yang aku sebut, Ya Allah. Dalam setengah jam jugak aku terkaku macam tu. Sebelum ni memang aku biasa kena tindih tapi tak lama macam ni. Bila dah boleh gerak aku rasa lemah sangat. Terus aku terlena sebab dah terlampau lemah. Bila aku sedar aku dah dalam bilik kak Ina. Ustazah dengan ustaz dah lama ada kat situ, cuma ustaz duduk kat luar je.

Ape yang aku tau malam lepas kena tindih tu, kak Ina ada buat rondaan kat kawasan blok. Bila sampai kat bilik aku, dia dengar orang berborak. So dia biarkan aje. Tapi bila dah masuk hari kedua aku tak keluar langsung walaupun ke toilet, budak bilik sebelah aku dah risau. Sebab dua hari berturut tiap malam mesti dia dengar bunyi dekat bilik aku. Jadi pagi hari ke tiga Cikna tak ada, kak Ina dengan sorang lagi senior gi bilik aku. Diorang ketuk pintu bilik aku dekat setengah jam. Diorang ada dengar macam orang menyanyi macam dodoikan budak tidur. Bila pintu tak bukak, diorang cari kunci pendua. Bila pintu bilik aku terbukak, diorang nampak aku berdiri atas katil tak bertilam, sambil menari tarian melayu lama. Bayangkan aku menari atas katil besi hanya pijak besi katil. Bilik aku memang bersepah sangat2. Aku menyanyi tapi ape yang aku nyanyikan langsung diorang tak paham.

Badan aku penuh lebam, tapak tangan aku berdarah sebab aku cuba pecahkan tingkap nak keluar. Masa ustazah cuba ubatkan dengan bantuan ustaz, ape yang ustazah dan ustaz nampak adalah seorang perempuan duduk di belakang badan aku macam aku kendong benda tu. Aku tak dirasuk. Tapi dia hanya kaburkan mata aku, supaya aku sentiasa dalam keadaan macam tu. Ustaz cuma kata benda tu senang kawal aku tanpa rasuk aku sebab badan aku dah terlalu lemah. Orang yang buat ni dekat dengan aku, sentiasa dengan aku. Mula – mula aku tak syak langsung tapi bila Cikna tak balik ke asrama, dan aku dengar berita dia sakit aku mula syak.

Masuk semester baru, aku dapat kunjungan dari orang yang aku tak duga. Cikna bersama keluarganya datang ke tempat aku belajar. Tapi bersama Cikna dah tak macam dulu. Dia berkerusi roda, badan kurus sangat. Bapa dan kakak bersama Cikna datang mintak maaf dengan ape yang bersama Cikna dah buat. Selama ni aku jadi makanan untuk belaan keluarga diorang. Perempuan yang aku kendong tu adalah belaan arwah ibu bersama Cikna. Ibu bersama Cikna ni dulu seorang penari tarian tradisional melayu, dan yang tindih aku selama ni tu adalah benda yang dihantar oleh bersama Cikna.

Benda tu dah berbalik pada dia, sebab tu dia jadi macam tu. Menurut kakak dia, Cikna ni accident. Ikut kata doktor peluang hidup tipis, tapi esoknya dia elok je bangun macam tak rasa sakit. Itu aku dah tak kisah asalkan sihat balik. Ape yang aku tau dua bulan lepas tu keluarga dia ada buat berubat lepas buang semua saka. Barulah Cikna ni hembuskan nafas dia yang terakhir. Aku sempat belajar sampai semester keempat sahaja. Terlalu banyak gangguan walaupun aku dah bertukar bilik, bertukar blok namun benda tu tetap mengikut aku. Aku ambik keputusan untuk berhenti belajar, bekerja membantu family aku. Hijab mataku dah tak boleh ditutup kembali, aku pernah terdengar benda tu cakap dengan aku yang dia suka kawan dengan aku, sebabnya aku boleh melihat benda tu semua.

Sekarang aku dah berkahwin, sekarang ikut suami aku ke luar negara. Benda tu masih menggangu aku tapi benda tu tak boleh mengusik aku, hanya tengok dari jauh. Nasihat aku lagi sekali jangan berani mencuba atau cuba bermain dengan jin dan hantu. Semasa aku menaip cerita ini benda tu merenung aku sambil tersenyum di tepi tingkap bilik aku.
-Nad-
17/11/16
02:00

nadd

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

11 thoughts on “Akibat Suka Mencuba 2”

  1. Seriously.. You should get some help from psychiatrist too.. This might be an early sign of Schizophrenia… Go get some help….

    Reply
    • Some people is born with the gift of a third eye. Don’t accuse others of having certian disease if you have not been their shoes. Do understand they don’t wish all these. It just given to them by God.

      Reply
    • Ahh kauu. Nampak bende camni je kena jumpa psikiatri. kene schizophrenia. Besok besok mata ketiga kau terbukak, baru tau rasa. Sanggup tahan berak 3 hari pasal tak berani g toilet.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.