#Akir – Aku (Bhg. 3)

AKU (bahagian 3)

Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha, harap maaf kerana agak lewat menyambung kisah “Aku” ini kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan membuat saya berhenti buat seketika.
Link untuk bahagian pertama dan kedua di facebook Fiksyen Shasha

1. http://fiksyenshasha.com/aku/
2. http://fiksyenshasha.com/akir-aku-bhg-2/

Selepas ibu pergi meninggalkan aku dan kedua orang kakakku, rumah yang aku tinggal ini terasa begitu luas dan sunyi tanpa ibu. Setiap kali aku masuk ke dalam bilik ibu dan melihat katil dimana ibu tidur setiap hari benar-benar membuatkan aku terasa sebak. Namun aku gagahkan jua agak tidak menangis. Aku juga bercuti dari pergi ke sekolah selama seminggu, selama itu aku menghabiskan masa bersendiri, duduk di dalam bilik, kakak sudah pulang ke Sabah dan angah juga perlu teruskan kerja-kerjanya. Aku yang sedang baring di sofa di ruang tamu itu tiba-tiba sahaja teringatkan akan keris yang Syafiq pernah ceritakan padaku, dengan pantas aku pergi ke arah perabot dimana keris tersebut disimpan tetapi setelah aku buka perabot tersebut keris tersebut hilang.

“Akir..”
Terasa bahuku dipegang seseorang dari arah belakang dan aku berpaling.
“oh kamu Syafiq” aku hanya mampu tersenyum tawar.
“Akir tak apa-apa ke?” kelihatan kerisauan pada wajah Syafiq itu. Aku hanya menganguk perlahan dan kembali untuk duduk disofa. Syafiq juga duduk dihadapan aku dan memandang ke arah perabot itu.
“usah la dirisaukan tentang keris berkenaan, kedatangan aku kesini untuk menyampaikan sesautu”
Aku memandang dalam ke arah mata Syafiq. Belum pernah aku melihat dia begitu serius sebelum ini.
“ada apa? Bagi tahu ajelah”
“marilah kita hapuskan syaitan itu sebelum kakak-kakak Akir pula menjadi mangsa. Aku perlukan kamu untuk bersama-sama dalam peperangan ini.”
“perang?” entah mengapa perkataan ini sahaja yang menarik minat aku.
“apa maksud kamu Syafiq? Bagaimana aku nak berperang? Aku bukannya tahu apa-apa”
“malam ini aku akan kembali” Dia kemudian hilang dari pandanganku.

Perbualan itu benar-benar membuatkan aku kehairanan. Perang? Aku yang hanya berumur 12 tahun dan mahu berperang? Dengan nenak syaitan itu? Mampukah aku menewaskannya. Namun disebabkan apa yang telah dilakukan pada arwah ibuku itu adalah sesautu yang tidak dapat aku maafkan. Dendam yang aku pendamkan itu membuatkan semangat aku makin berkobar-kobar untuk menghapuskan nenek syaitan itu.

Malam pun tiba. Angah pulang ke rumah membawa makanan untuk aku, aku segara memakannya kerana sejak tengahhari tadi lagi aku belum makan apa-apa. Selepas makan aku bagitahu angah yang aku nak tidur awal.
Aku terus ke bilik dan baring dikatil. Aku pejamkan mataku dan kemudian aku telah berada di gua dimana Syafiq tinggal. Aku berlari masuk dan ke arah Syafiq dan aku sedang melihatnya sedang mengaji. Dia memandang aku dan hanya menganguk. Aku mendekatinya.

“apakah kamu sudah bersedia Akir?”
“ye. Tak tahulah tapi dendam yang saya rasakan ini sangat mendalam”
“aku faham. Tapi janganlah diikutkan sangat kemarahan itu kelak memakan diri”
Aku hanya diam mendengar kata-katanya itu.

Syafiq kemudiannya berdiri dan keluar dari guanya. Aku hanya mengikuti langkahnya. Seterusnya kami turun dari gua tersebut dan berjalan ke arah hutan. Agak gelap ku rasa hutan itu tapi dengan jarak tidak jauh dari kami aku melihat asap yang agak tebal.
“kita sudah hampir” Syafiq berkata lalu memimpin tanganku.
Kami teruskan langkah ke hadapan dan melintasi asap tersebut, aku memejamkan mata kerana terasa pedih apabila melintasi asap itu. Kemudian perlahan aku buka mata dan apa di hadapan aku adalah sebuah perkampungan. Entah kenapa kampung itu kelihatan sangat suram dan agak menyeramkan hanya obor api yang menerangi kawasan tersebut.
Syafiq memajukan langkahnya pergi kehadapan dan menghampiri sebuah rumah.
“assalamualaikum”
“waalaikumussalam” pintu rumah tersebut dibuka dari dalam dan berdirinya seorang perempuan tua dalam anggaran 50-an.
“jemputlah” aku dan Syafiq menaiki tangga rumah itu perlahan dan masuk ke dalam. Tiada apa-apa didalam rumah tersebut dan hanya beberapa pakaian yang bergantung di dinding rumah..
Mak cik itu memandang aku dan senyum.
“apa nama mu anak muda?”
“nama saya Akir mak cik”
“agak pelik namamu anak muda. Panggil la aku dengan panggilan Mak Kemboja”
Hampir tergelak aku saat itu. Nama aku pula yang dikatakan pelik sedangkan namanya seperti bunga? Namun aku hentikan itu apabila aku mula melihat wajahnya itu agak sayu.
“kenapa Mak Kemboja nampak sedih, ada apa-apa yang terjadi ke?”
“akir..” Syafiq memanggil namaku dan aku memandangnya”
“kamu ingat apa yang kamu mimpikan satu ketika dulu? Tentang dimana kamu pertama kali berjumpa dengan syaitan itu?”
“ye. saya masih ingat”
“Perempuan yang menjadi mangsa pada malam itu adalah anak perempuan Mak Kemboja”
Terbeliak mata aku terkejut dengan kata-kata Syafiq itu.
“tapi bukan ke itu semua hanya mimpi?”
“tidak. Akir, ini bukan dunia kamu. Ini adalah tempat dimana syaitan itu tinggal”
“maksud kamu? Saya berada di alam lain? Macam mana saya nak balik nanti?”
“usahlah di risau”
Aku hanya mampu berdiam dan memandang Mak Kemboja
“aku mempunyai dua orang anak., Melati dan Anjang. Tapi disebabkan syaitan itu aku telah kehilangan mereka berdua. Bantulah aku dan orang kampung dari syaitan itu dari terus membuat huru-hara di sini.”
Bicara Mak Kemboja. Disebabkan malam sudah larut aku dan Syafiq disuruh berehat kerana esok hari katanya aku akan berjumpa dengan ketua kampung. Jadi malam itu aku tidur di rumah Mak Kemboja. Susah untuk aku lena ketika itu kerana terasa panas dan badanku juga berpeluh. Biasalah selalu di rumah aku akan membuka kipas untuk sejukkan badanku. Kemudian entah bagaimana dapat juga aku tidur malam itu, aku terjaga kerana mendengar sayut sahaja laungan azan subuh saat itu. Aku bangun dan melihat Syafiq juga sudah terjaga. Kami bangun dan Syafiq membawa aku ke surau untuk kami menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat, imam solat subuh itu datang kepada aku.
“anak muda, kamukah Akir yang dikatakan Mak Kemboja?”
Aku anggukkan kepala dan imam tersebut kenalkan dirinya sebagai Pak Merah merangkap ketua kampung di situ. Aku dan syafiq dibawa pulang ke rumahnya. Agak besar rumah Pak Merah dan berada berhampiran sungai kecil di belakang rumah. Aku meminta izin Pak Merah untuk tumpang mandi di sungai tersebut kerana aku sudah berasa tidak selesa dengan badan aku yang berpeluh.
Saat mandi di sungai itu. Aku berfikir, betul ke apa yang aku lalui sekarang ini? Angah tak bimbang ke nanti bila aku tak balik rumah? Tapi disebabkan aku fikir bahawa kedatangan ku ke sini adalah untuk menewaskan nenek syaitan itu yang telah membuatkan ibu menderita aku berhenti dari melayani fikiranku.
Selesai mandi, aku naik ke rumah Pak Merah dan melihat Syafiq tengah berbual dengan Pak Merah dan dihidangkan dengan ubi rebus.
“jemputah makan anak muda”
Aku pun apa lagi. Terus makan kerana memang aku sudah terasa lapar ketika itu.
Pak Merah hanya tinggal seorang di rumah ini. Tak sunyi ke rumah dia seorang sahaja dekat sini?

Malam pun tiba,
“Pak Merah!!!”
Mendengar laungan nama Pak Merah kami bertiga bergegas keluar.
“Pak Merah, syaitan itu telah membunuh Unggas! Ayuh lekas”
Kami mengikut langkah pemuda itu dan kami tiba di tempat kejadian. Tempat itu kelihatan seperti gelangang silat padaku. Di tengah bulatan gelanggang itu terdampar seorang lelaki yang terputus dua badannya. Aku menghampiri ke arah mayat tersebut dan kelihatan dadanya berlubang dan jantungnya hilang. Tidak silap lagi ini adalah perbuatan syaitan itu.
“hieeeeeee hahahahahahaaha”
Aku dan beberapa yang berada di situ terkejut apabila mendengar hilai tawa tersebut.
Entah dari mana nenek syaitan itu tiba-tiba sahaja muncul dihadapan aku dan menolak aku dengan kuat. Terasa berterbangan aku dan sakit di dada akibat tolakkan syaitan itu. Mujur Syafiq berjaya menangkap aku.
“kau memang nak mati ke Akirr? Hahahaha kau nak mati macam mak kau ke?”
Mendengar kata-kata nenek syaitan itu aku menjadi marah. Aku berlari ke arah syaitan itu dan berniat mahu membunuhnya. Terasa panas tanganku apabila bola merah yang pernah Syafiq ajarkan kepadaku kini muncul seolah membantu aku untuk menewaskan syaitan itu. Tiba sahaja di hadapannya dan ingin aku tumbuk dia kemudian hilang dari pandangan.
“arghhh”
Aku terjatuh apabila terasa badanku ditolak dari belakang dan aku menoleh ke arah belakang. Pemuda yang datang ke rumah Pak Merah tadi kini diserang kerana cuba melindungi aku.
“pergi syaitan”
Pemuda itu menendangkan syaitan itu dan dia pun terjatuh ke tanah. Darah mula mengalir membasahi tanah itu.
Pak Merah dan Syafiq bergegas ke arah pemuda itu namun sudah terlambat, dia menghempuskan nafasnya yang terahir di situ.
“Akir! Jangan bertindak bodoh! Apa yang kamu lakukan ini tidak betul”
Syafiq menengking aku. Aku sedar perbuatan aku itu salah kerana terikutkan perasaan dendam yang membara dalam hatiku. Malam itu aku hanya mendiamkan diri dan tertidur.

Keesokkan harinya, aku juga mengikut bersama penduduk kampung itu untuk kebumikan mayat-mayat yang menjadi mangsa kejadian semalam.
Kemudian Pak Merah membawa aku ke tempat gelanggan silat semalam dan berjumpa dengan Abang Kalam. Abang kalam adalah seorang guru silat situ, dialah yang mengajarkan silat kepada orang kampung tersebut.
Aku berkenalan dengan Abang Kalam dan dia meminta aku untuk tinggal bersamanya kerana dia mahu mengajarkan aku silat untuk membuatkan aku cukup bersedia bagi menewaskan syaitan itu. aku bersetuju dengan cadangan itu dan Syafiq juga bersetuju lalu mulai saat itu aku tinggal bersama abang Kalam. Petang itu juga dia menyediakan aku persalinan pakaian silat. Dia mula mengajarkan aku bagaimana untuk membuka kuda. Aku hanya mengikut tunjuk langkahnya. Walaupun sukar untuk aku kerana itu juga adalah kali pertama aku belajar ini semua.
Waktu magrib abang Kalam mengajarkan aku untuk mengaji Al-Quran. Entah mengapa begitu senang untuk aku menghafaz ayat-ayat Al-Quran itu. selepas selesai isyak beberapa orang pemuda yang menjadi anak murid abang Kalam datang. Mereka adalah Kulat, Malim, Jalar dan Ulam. Perkenalan singkat kami untuk ketika kemudian kami berlatih digelanggang. Kekok bagi aku untuk mengikut langkah mereka tapi Ulam sentiasa membantu aku untuk memperbetulkan langkah silatku.
Ketika kami selesai berlatih kami berehat seketika.
“Akir, benarkah kau bukan dari kampung ini?” Ulam bertanya kepadaku.
“ya Ulam. Aku bukan dari sini. Tempatku jauh”
“manakah kampung kau, apa namanya” kini Kulat pula menyampuk.
“Kuala Terengganu” aku menjawap berlahan.
“Kuala Terengganu? Aku belum pernah mendengar nama tempat seperti itu” Jalar menjawap dan memandang Malim dan mereka semuanya mengelengkan kepala. Aku ketawa kecil sahaja kemudian aku mula berasa tidak enak, seperti ada yang memerhatikan kami ketika itu. aku menoleh ke arah pokok-pokok yang berada di kawasan rumah abang Kalam kemudian mataku tertatap sesuatu di sana. Ya ada Pocong di situ. Pocong yang pernah aku jumpa dan hampir cuba menyerang aku dulu bersama pontianak di rumahku. Pelik bagaimana dia boleh berada di sini? Adakah pocong itu juga ada hubungan dengan nenek syaitan itu?
“kau kenapa Akir, ada yang tidak elok terjadi?” Ulam bertanya, mungkin dia perasan tingkah lakuku itu. aku memandang Ulam dan mengelangkan kepala tanda memberitahu tiada apa-apa yang berlaku. Aku memandang kembali ke arah dimana pocong itu berada dan ianya hilang. Aku lupakan kejadian itu dan menyambung berbual dengan mereka berempat.

Setelah beberapa hari berlatih. Petang itu abang Kalam memberitahu aku bahawa malam itu aku perlu bertapa di dalam hutan yang berhampiran dengan rumah abang Kalam sehingga subuh. Walaupun agak takut untuk aku namun aku merelakan sahaja yang disuruh abang Kalam. Selesai berlatih bersama mereka berempat abang Kalam membawa aku ke dalam hutan yang dikatakannya. Dekat sahaja berjalanan dari gelanggang silat dengan tempat hutan itu. disana terdapat satu pondok yang buruk dan hampir roboh.
:sini adalah tempatnya. Ingatlah Akir walau apa pun yang terjadi janganlah kamu pulang ke rumah selagi belum kamu mendengar azan subuh” bicara abang Kalam. Aku angguk faham dengan arahan yang diberikan.

Aku duduk bersila di situ dan memulakan dengan Al-Fatihah dan Ayatul Kursi kemudian aku alungkan juga zikir-zikir memuji kebesaran Allah.
Untuk beberapa jam aku berada situ. Angin mula bertiup kencang dan debaran didadaku kian terasa. Dapat aku rasakan ada sesuatu yang bakal tiba.
“prakk prakk”
Aku mendengar seperti bunyi ranting patah. Aku menoleh ke sekeliling kawasan itu. aku pejam mata dan berzikir semoga tiada apa-apa yang berlaku.
Namun hidungku tertangkap bau seperti tanah yang dibakar api. Kuat baunya.. kemudian perlahan aku buka mata dan benar akan firasat yang aku rasa. Dihadapan ku kini ada tiga ekor pocong. Wajahnya merah menampakkan daging yang terbakar. Sungguh menyeramkan buat aku dengan matanya berwarna kuning bercahaya. Salah satu daripada pocong itu meludah kepadaku
“purhh”
Sempat aku mengelak air liurnya yang berwarna lumpur itu kemudian seekor lagi menghampiri aku dan tangannya muncul dari celah bungkusan kainnya dan menampar aku. Sungguh tidak aku sangka kerana sangkaan aku selama ini bahawa pocong tidak menpunyai tangan. Maksudku sampai dapat mengeluarkan tangannya dan menampar aku. Berdarah pipi aku saat itu namun aku kuatkan semangat. Aku memegang tangan pocong itu tersebut dan membaca surah Al-nas sebanyak 7 kali dan pocong itu meronta kesakitan. Tangannya mula terbakar dan dia menjerit-menjerit sebelum aku melaungkan Kalimah Allah sekuat hatiku dan menendang pocong itu. dia kemudian terbakar dan hilang.
Kini tinggal dua ekor, mereka mula melayang ke udara dan terbang laju ke arah aku dan menendang aku, hinggap di perut. Sakitnya bukan main aku rasa. Aku buka langkah silat yang aku pelajari daripada abang Kalam. bismillah diucapkan berserta zikir memuji kebesaran Allah. Aku mengambil tanah dan mengengam tanah tersebut kemudian melempar kearah pocong pocong itu. terkena pada meraka dan terbakar meraka namun seekor darinya dapat melarikan diri.
“cis! Kalau berani datanglah Syaitan laknatullah!”
Aku menjerit dan aku kembali duduk bersila dan menyambung bertapa, kemudian Malim datang.
“Akir. Cepat! Syaitan itu mula menyerang!”
“hah? Dimana?!”
“di gelanggang!”
Aku dan Malim bergegas berlari kembali ke arah gelanggang.
“Mak Kemboja!” aku berteriak apabila melihat Mak Kemboja menjadi tawanan nenek syaitan itu. meraka bertarapung diudara,
“hieeeee kau nak jumpa anak kau tak perempuan tua?” nenek itu berkata kepada Mak Kemboja dan menjilat darah yang mengalir di muka Mak Kemboja. Kemudian syaitan itu memegang kepala Mak kemboja dan memulas kepalanya. Berpisah kepala dan badan, jatuh badan Mak Kemboja ke tanah kemudian syaitan itu menjilat darah yang mengalir dari kepala Mak Kemboja”
“Allah…” tak ku sangka begini pengakhiran Mak Kemboja.
“Kulat! Laungkan azan!” suara abang Kalam memberi arahan kepada Kulat.
Kulat bersedia untuk melauangkan azan tetapi dengan pantas nenek syaitan itu pergi ke arah kulat dan menikam dada Kulat dengan tangannya. Tembus badan Kulat.
“bodoh.. bodoh! Hieeeee manusia bodoh!” ketawa syaitan itu. terkulai Kulat ke tanah. Abang Kalam menjadi marah dan menumbuk syaitan itu. namun syaitan itu tidak pun beralih kemudian dia melipaskan tangan ke arah abang Kalam.. mengelupur abang Kalam apabila tangan kanannya putus akibat libasan syaitan itu.
Syafiq muncul kemudian menumbuk syaitan itu, terlayang ke belakang syaitan itu akibat tumbukkan syafiq. Dia kemudian membaca ayat-ayat Al-Quran dan dapat aku lihat cahaya bebola muncul di tangan syafiq dan dia melemparkan bebola itu kepada syaitan itu.
Syaitan itu kemudian terbang di udara dan mula menyerang Syafiq. Mereka berbalas serangan. Di cakarnya Syafiq di bahunya mengerang Syafiq menahan kesakitan.
“Ulam, Malim, Jalar. Bantu mereka” arah abang Kalam sambil menahan kesakitan.
Mereka bertiga kemudiannya duduk bersila dan mula berzikir. Zikir itu dikuatkan dan kelihatan tingkah laku syaitan itu mula terganggu. Aku juga turut serta dan melaungkan azan.
Syaitan itu mula bertindak ganas dengan meludah ke arah Ulam, Malim dan Jalar. Aku gegas menendang syaitan itu dan Syafiq juga terus menyerang namun kerana tersilap langkah Syafiq menerima libasan di dadanya. Akibat serangan itu Syafiq menjadi lemah. Aku ke arah Syafiq untuk membantunya. Syaitan itu menghampiri mereka bertiga. Abang Kalam bertindak melindungi mereka bertiga namum gagal, kini nyawa abang Kalam melayang meninggalkan anak muridnya. Ulam bangun dan membuka langkah silatnya sambil Jalar dan Malim terus-terusan melaungkan zikir.
“akir, ambil ini” Syafiq memberikan kerisnya kepada aku. Aku mencapainya dan membuka keris itu tapi ianya tidak dapat dibuka.
Syafiq mengapai tangan kananku lalu dihiris tapak tanganku, mengalir darah dan diletakkan tangan ku itu untuk mengengam keris tersebut.
“niatkan dalam hati agar Allah permudahkan untuk menghapuskan Syaitan tersebut”
:aku angguk faham. Dan mula berniat di hatiku. Aku gengam pasir di tanah dan melemparkan kepada syaitan yang menyerang Ulam. Dia berpaling ke arah aku.
“mampus kau manusia bodoh” laju dia bergerak ke arah aku sambil membuka mulutnya dan terjelir panjang lidahnya.
aku mengira langkahnya dan apabila hampir sahaja dia kepadaku aku melaungkan kalimah Allah dan membuka keris itu dan melibas lidahnya yang terjelir-jelir itu. putus lidahnya dan menjeritlah syaitan itu.
Aku membaca surah Al-nas dan ayatul Kursi dan aku menikam keris itu ke badan syaitan itu. aku terus menikam dan menikam.
“ini adalah untuk ibuku! Untuk Mak Kemboja, Kulat dan abang Kalam!” aku kemudian menikam jantung syaitan itu.
“arrrghhhhhhhhhhhh……” menjerit panjang nenek syaitan itu dan terbakarlah badannya.
“i..ini hanyalah permu..laan” kata-kata nenek itu sebelum api membakar keseluruhan badanya dan hilang.
Aku jatuh kepenatan, Ulam mendapatkan ku dan mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya membunuh syaitan yang telah membunuh ramai penduduk kampungnya itu.
Aku hanya diam sambil melihat tumpahan darah dan mayat Mak Kemboja, Kulat dan Abang Kalam. pandangan aku mulai kabur dan gelap..
“dik, bangun dik..” terasa badanku digoncang. Aku membuka mata dan melihat angah mengejutkan aku.aku lihat jam di dinding dan menunjukkan jam 6:30 pagi. Aku bangun dan segera ke bilik air untuk bersiap bersolat subuh.
Selesai solat subuh. Aku duduk di sejadah untuk seketika dan mula berfikir.
“mimpi ke?”
“akir, terima kasih kerana telah menyelamatkan kampung itu. apa yang Akir lalui itu adalah benar dan itu adalah salah satu dari kuasa Allah. Ingatlah dunia ini bukan hanya ada manusia sahaja itu semua rahsia dari-Nya”
Aku mendengar suara Syafiq dalam kepalaku. Benar, agak sukar untuk aku mempercayai semua yang telah terjadi. Namum sebagai umat Islam aku percaya akan adalah alam ghaib itu namun aku tidak akan sesekali taksub dengan itu semua.
Aku jalani hari-hari seperti biasa selepas kejadian itu dan aku mula ke sekolah untuk bersiapkan diri menghadapi peperiksaan UPSR yang akan berlangsung nanti.
Pada malam sekolah akan mengadakan kelas tuisyen untuk pelajar, aku juga menghadari kelas-kelas tersebut. Pada haritu lebih kurang jam 9 malam bekalan elektik di sekolah terpadam entah mengapa. Jadinya kelas pada malam itu terpaksa dibatalkan untuk kelas seterusnya. Malam itu juga entah bagaimana aku terasa mahu pulang cepat dan melalui jalan belakang sekolah. Aku mengayuh basikalku perlahan kerana saat itu memang gelap. Tiada sedikit cahaya pun hanya cahaya daripada bulan yang agak suram. Aku teruskan berjalanan ku dan hampir di sebuah pokok yang orang disini panggil sebagai “pokok mesu” untuk negeri lain aku tidak tahu akan panggilan pokok ini tapi ianya sangat besar dan dipercayai penduduk kampung sebagai pokok yang berpenunggu. Aku melintasi pokok itu cepat-cepat apabila terasa bulu roma mula menegak. Sahutan anjing juga sayup jauh kedengaran,
“bumpp!”
Bunyi benda jatuh. Aku berkira untuk tidak menoleh ke belakang tapi aku hanyalah manusia yang mempunyi sifat ingin tahu yang tinggi lalu aku berpaling kebelakang, ye aku memang marah kepada diri sendiri kerana di atas jalan ketika itu ada sesautu yang bergolek. Tak lain tak bukan, ianya adalah pocong. Dia mula bergolek perlahan ke arah aku sambil mengeluarkan bunyi “purr” cukup aku kenall itu adalah bunyi pocong. Aku terus memecut basikal dengan laju dan aku menoleh ke belakang dan golekan pocong itu juga semakin laju. Aku terus mengayuh tanpa berfikir apa-apa dan sampai di rumah. Mujurlah angah juga berada diluar ketika itu kerana dia juga takut untuk duduk di dalam rumah kerana tiada elektik.

Beberapa jam lepas itu elektik mula ada. Kurang sedikit rasa takut di hatiku. Aku mengambil keputusan untuk mandi kerana berpeluh mengayuh basikal pulang dari sekolah dan kejadian dimana aku dikejar oleh hantu syaitan tadi tu.
Aku masuk ke bilik dan menatap wajahku di cermin. Tapi aku tiba-tiba berasa takut dengan wajahku di cermin ketika itu kemudian tiba-tiba sahaja wajahku itu bertukar menjadi pocong. Aku yang terkejut cuba untuk menjerit namun tersekat.
“berha..ti.. hati” pocong itu berbicara kepadaku. Kemudian hilang.

“berhati-hati?” tanyaku kepada diriku sendiri.

Sampai di sini sahaja kisah aku bagi kali ini. Akan aku cuba untuk menyambung bahagian lain dengan lebih cepat sekiranya tiada halangan berlaku. Diharap para pembaca dapat memaafkan aku sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang berlaku dalam cerita ini.
Oh dan jangan lupa. Kalau malam-malam tu jangan tenung cermin di bilik air tu lama-lama ye? Nanti ada yang MUNCUL…..
Haha.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Akir

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

41 Comments on "#Akir – Aku (Bhg. 3)"

avatar
Izul

Wajah bertukar menjadi pocong?
Malam2 gini boleh tercabut jantung ?

Hidir

Nice story. Saya bagi full mark. Hehehe. Macam baja komik pun ada. Teruskan berkarya. Kipidap.

Hidir

**baca

Singkong & keju

awal pagi macam ni mata aku tak bersatu dengan otak.. ada ke patut aku baca akir as akhir.. so bila baca part last tu ada sambungan rasa macam nak marah da tadi.. seb baik aku terbaca balik #Akir tu.. haha

kipidap writer..

ROS

apalah singkong&keju ni tukar akir jadi akhir hahahahahahahahahaha
#sambungcepat

Singkong & keju

otak tengah warming up tu pasal lambat sikit nak adapt.. haha

nxjx

Weh seram! hahaha nice story

FazAhmad

So far so good! Keep it up!

medical student

ko takde keje ke? ko kan engineer? tak busy? lain lah macam aku. keje biasa2 je.

FazAhmad

Ada nampak aku selalu komen ke kebelakangan ni? Baru sehari dua aku layan sini

medical student

selalu je aku nampak. sebab aku komen ko.

Singkong & keju

Medical student pun x patut buang masa kat FS.. g study..

medical student

Ehhh sibuklah ko singkong. Fake kot? letaklah nama apa pon. Bukan nya aku medical student pon.

cikbambam

engineer tu banyak dik oii..kalo engineer yg kojo kt site, kt production tu mmg la bz sokmo xleh pegang nset..kalo engineer dpn pc mcm mold designer ke, planner ke blh la selit2 dok komen kt sini..

**tapi kalo dia engineer & selalu komen2 pun kenapa?salah eh?huhu

#tanyaje

medical student

yelah2. aku mintak maap ye semua. aku mintak maap sebab sakit kan hati engkorang semua. kang merangkak pulak aku carik korang. chiauuuuuuuu!

Singkong & keju

marilah kita sama2 memaafkan antara satu dengan yg lain.. aku pun tak nak merangkak nnt cari korang.. da la x kenal nama ngan x prnah nampak muka.. haha 0/0 yolah

medical student

betol betol. jenuh pulak nak cari ko nanti. hahahaha.

cikbambam

sorry jgk kalo terasa..0-0 ye..selamat hari raya..

Aku harap org yg ki**k kan aku smlm mntk maaf la cpt2 sblm ko merangkak crk aku nnt..?

medical student

sape weh kimk kan ko??? aku paling busuk pon taik kan org je. selamat hari raya deepavali vartikal ke?

cikbambam

haha..tahik kn org xpe lg..
tah kanak2 mana tah kimk kan aku..
sis redha je la..hahahaha

yeppi deepavali vartikal pun boleh..huhuhu

faralovieyou

best! bertuah klau dpt kelebihan mcm tu 😀
tngk dlm cermin ade kembar kita ^^

#Maira

“aku tiba-tiba berasa takut dengan wajahku di cermin ketika itu kemudian tiba-tiba sahaja wajahku itu bertukar menjadi pocong” ~~ kalau Maira.. dah pengsan terus dah.

nice story!

zati

tetiba rasa takut nak tgk cermin

Tulips

kat blik air umah aq x dew cermin..huhuh…

pew2 pun best ! kipidap !

canteq44

lpas ni cuci muka xyah tgk cermin dah …

nenek kebayan

kalau si ijam ada muaz dan singanya…cu pulak ada Syafiq ye…cu sekarang umur da berapa erk? sekarang masih bertemu dgn syafiq lagi ke?

cikbambam

cikbambam ade sape?

nenek kebayan

Ko expect ape? Annoying sgt cu tembam soalan ko tu….ahahaha….bersyukurlah yg engko masih ada ibu bapa…yes, that is the good answer for ur question..
#nenek ada penyapu

cikbambam

hahaha..sentap lak aii jawapan nenek ni..
igt nenek nk jwb cikbambam ade nenek kesayangan..cisss
nenek sayang cu singkong ngn cu faz je..menciii..

nenek kebayan

Tgk la tu…asek kata nenek pilih kasih jek.. huh!! Nenek ni belom tentu lagi ada org yg syg…hukhukhuk…fazzz mana ko..amek kan ubat nenek…

cikbambam

cu faz xde..die g dating..hahaha

Singkong & keju

Cikbambam kan ada singkong.. Hahaha

cikbambam

hahaha..a’a..cikbambam ade abang singkong je..

**background music (dan bila..kau hadir bagai satu misteri..ternyata diriku bagai sudah dijampi..~~)

Singkong & keju

hahaha.. lain kli kalau nenek berat seblah datang je kat abang singkong.. akan abang singkong sorok penyapu nenek tu..

**background music (percaya padaku ku kan menjagamu hingga akhir waktu menjemput ku)

nenek kebayan

tak baik ckp nenek berat sebelah..ape laaa…da laa nenek stress sbb sekarang byk yg tumpang glemer nenek…huhh!! tak guna punya org tua..

Singkong & keju

jangan stress nek.. cu nenek x kan terpedaya dengan mereka2 ini.. nek wat lek wat pis yoo..

nenek kebayan

naseb cu bijak..ingat cu, jauhi cetak rompak…belilah yg original..kihkihkih…

cikbambam

Hahaha..ok..abg singkong mmg sweet..siap nk sorok kn penyapu nenek..hahaha..?

Nenek..tu atuk no3 ke??dpt duit kwsp share2 la ngn cu tembam ngn cu singkong..jgn makan sorg2..?

**sambil melihat titisan hujan di luar jendela..
**background music (hujan yang turun bagaikan mutiara..)

Pakar ilmu hisab

22 tahun kot umur dia skrg, mengikut pengiraan akal.

nenek kebayan

yeke? wahhh..pandai nya cu kira…nah amek ni, tempe….

butirstar

nenek…saya ada Encik Li….ahahahaha!!

wpDiscuz