Aktiviti Paranormal

Assalam semua pembaca FS. Terlebih dahulu, aku nak perkenalkan diri aku. Nama aku Aidil dan aku seorang yang sangat gemar dengan aktiviti paranormal. Hari ni aku nak kongsikan pengalaman hari pertama aku menjalankan akiviti paranormal bersama kawan-kawan aku.

Jom kita mulakan ceritanya. Masa tu kitorang tengah cuti semester. So, aku ajaklah kawan-kawan aku buat aktiviti paranormal ni dan diorang pun setuju. Secara tidak langsung aku menjadi ketua dalam aktiviti ni (yelah kan sebab aku yang ajak diorang ).

Kitorang mulakan aktiviti ni pada jam 10:00pm. Tempat yang kitorang pegi ni sebuah rumah kosong yang dah lama ditinggalkan ( lokasi dirahsiakan ). Menurut cerita yang kitorang dengar, rumah tu adalah rumah seorang bomoh.

Setelah kitorang tiba di rumah tersebut, tiba-tiba kawan aku Shah nak balik sebab dia dah rasa tak sedap hati tapi aku pujuk dan dia termakan juga pujuk rayu aku. Lupa pula nak perkenalkan kawan-kawan aku. Kitorang jalankan aktiviti ni seramai 6 orang. Aku ( Aidil ), Shah, Amer, Joe, Bob dan Mat.

Masa kitorang masuk rumah bomoh tu, aku jalan di hadapan yang lain semua follow belakang aku. Aku buka jer pintu terus aku ternampak ada sesuatu melintas kat siling tapi aku senyap jer taknak bagitau dorang. Dalam rumah bomoh tu cuma ada satu bilik jer. Rumah tu tak besar.

Dan aku pun cadang nak masuk bilik tu. Bila aku buka jer pintu bilik tu, Shah yang berada di sebelah aku terus terpelanting melekat kat dinding ( macam kena terajang ). Lepas jer melekat kat dinding terus diseret pula melekat kat siling. Masa ni kitorang baca apa yang patut. Dalam seminit juga Shah melekat kat siling tu sebelum dia jatuh tersembam kat lantai.

Bila Shah dah jatuh dia terus merangkak dan yang buat aku seriau masa tu, lidah Shah terjelir hingga ke paras dagu, muka dia pucat, semua urat-urat kat muka dia timbul dan mata dia berwarna merah d***h. Kitorang pun apalagi, cuba mengangkat Shah untuk dibawa masuk ke dalam kereta tapi bukan main berat dan sangat kuat.

Bila kitorang tak dapat angkat, kitorang seret jelah Shah tu. Sambil-sambil tu kitorang baca ayat-ayat suci. Kitorang pergi ke surau yang berdekatan untuk meminta bantuan dan nasib menyebelahi kitorang sebab masa tu kebetulan ada beberapa orang yang berada kat surau tu. Masa kitorang nak keluarkan Shah dari kereta tu, dengan sepantasnya Shah nak lari tapi kitorang berjaya menahan Shah.

Kitorang seret Shah masuk ke dalam surau. Ustaz pun memulakan sesi perubatan dan Ustaz tu tanya “kenapa ganggu budak ni ?”. Ayat yang keluar dari mulut Shah masa tu, “diorang yang kacau aku dulu. Aku nak bagi pengajaran kat diorang” dengan nada suara yang garau. Ustaz tu pun tanya lagi, “apa yang diorang buat ?”. Balas Shah, “dorang masuk rumah aku, dorang kacau rumah aku”. Masa ni Shah semakin agresif. Shah berdialog lagi, “aku nak b***h dorang satu per satu”. Aku masa ni dah kecut perut dah bila ‘dia’ cakap macam tu.

Ustaz pun dah tak banyak bertanya lagi, dalam sejam juga baru ‘benda’ tu keluar. Lepas jer ‘benda’ tu keluar Shah terus tak sedarkan diri dan kitorang bermalam kat surau tu. Masuk waktu Subuh. Lepas habis menunaikan kewajipan. Ustaz yang mengubat Shah datang kat kitorang dan bertanya apa sebenarnya yang terjadi. Aku ceritalah dari A – Z. Teruk juga aku kena cuci oleh Ustaz masa tu. Kawan-kawan aku yang lain tersengih-sengih jer kat aku.

Inilah pengalaman hari pertama aku melakukan aktiviti paranormal ni. Dan selepas kejadian ni, bukan bermaksud aku nak berhenti dari melakukan aktiviti paranormal ni. Masih banyak lagi kisah paranormal aku. Next time ada masa nanti aku kongsikan.
Assalam.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Aidil

9 thoughts on “Aktiviti Paranormal”

  1. Its like you read my mind! You appear to know so much about this, like you wrote the book in it or sohnemitg. I think that you can do with some pics to drive the message home a little bit, but other than that, this is excellent blog. A great read. I’ll certainly be back.

    Reply
  2. mengarut lh…. mana ada org bleh melekat kat dinding n dseret kesiling…dlm movie je benda ni bleh trjadi… lau trpelanting tu, ade lh…

    Reply
  3. The graduation rates among Hispanics at the graduate level are tragically low. The GMAC 2002 Global MBA Survey, for example, found that in 2002, only 4.5% of students enrolled in an MBA program were Hispanic – while students who considered themselves white, comprised 84.7% of the MBA student population. According to the 1999-2000 statistics for the U.S. Department of Education, the total number of Hispanics obtaining their graduate degrees in business was just 4,241. This is in sharp contrast to white, non-Hispanic graduates, who number 73,252, African-Americans at 8,630, and Asian Americans at 7,371.

    Reply
  4. sila nyatakan lokasi, kami team paranormal iman endau sedia membantu.. kalau rumah2 yang perlu dbersihkan dari gangguan mistik, sila hubungi kami.. lebih 50 premis telah berjaya dpulihkan.. SOP kami berbincang dan pindahkan, bukan menyakiti dan halau ( confem akan dtg semula)..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.