Aku Bunuh Kau!

Assalamualaikum guys! Okay ni, first time aku nak cerita pasal benda seram tapi tak se-seram mana kot. Thanks to admin sebab sudi publish cerita aku ni. Aku akan simple kan cerita ni so that tak meleret.

Okay. Macam ni, aku ada tunang. Tunang aku tu aku beri nama, F je lah. Okay. Pada satu malam tu, kitorang macam ada sikit salah faham. So, aku call la F untuk clear kan everything. Tak nak la gaduh lama lama kan. So bila call dia tu, cakap cakap pastu, aku macam dengar suara berbisik dalam phone tu macam ada yang panggil.

“Sayang, sayang, sayang. ”
Aku pun jawab la, ” Ya, ada apa. ”

Tapi, F diam je. Pastu aku letak. Aku pun terus whatsapp F. Tanya kenapa diam. Aku macam marah sikit la kan. Ingatkan dia main main ke apa. Aku tanya kenapa dia buat suara macam tu. Tapi yang pelik nya F cakap dia takde pun berbisik macam tu. Aku tanya-tanya lagi dia. Pastu dia letak phone. Aku diam sekejap sebab nak tenangkan marah aku ni. Tiba-tiba, aku dapat mesej dari F.

” Kau jangan ganggu F! Kalau tak, aku bunuh kau! ”

Aku tersentak. Eh apahal dengan F ni. Aku screenshot conversation tu and then aku send dekat kakak F. Lepas tu, baru la aku tahu yang F ni dulu pernah terkena buatan orang. And now benda tu kembali. Tapi, aku sayangkan F ni. Aku takkan tinggalkan dia walau apa pun. Aku akan usaha untuk cari penawar benda ni. Doakan aku guys!

Terima kasih.

5 thoughts on “Aku Bunuh Kau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *