aku dan kerja

Assalamualaikum…aku tergerak untuk share cerita aku bila baca semua yang ada di Fiksyen Shasha.Boleh dikatakan semua misteri,seram dan mendebarkan.Apa yg aku ingin kongsi dengan semua org mengenai pengalaman aku sendiri. Maaf la mungkin
panjang sedikit.
2008, aku ditawarkan kerja dlm sektor kerajaan. Namun dalam masa yg sama aku masih lagi melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Setelah berbincang dengan keluarga, dekan dan kaunselor aku memilih untuk memilih bidang pekerjaan.
Di pendekkan cerita, aku dihantar untuk bertugas di sebuah Pusat Pemulihan Kanak-kanak perempuan di Perak. Biasalah la kalau kerja institusi confirm kerja shift. Dalam seminggu sekali atau 2 kali turn aku untuk kerja malam.
Setelah 3 hari kerja pagi dan petang, hari keempat aku perlu bekerja malam. Waktu kerja dari 10 malam hingga 7 pagi. Datang tugas, aku wat row call pelatih,kira bilangan pelatih. Selesai minum malam, aku mula masukkan pelatih dalam dorm.dan kunci pintu. Untuk makluman tandas pelatih-pelatih di luar dorm, jadi kalau malam-malam nak ke tandas pelatih perlu jerit nama pegawai.
Aku bertugas dengan seorang pegawal swasta dibahagian atas, manakala seorg lagi pegawai jaga bahagian bawah. Malam tu aku memang rasa tak sedap hati. Mana taknya semalam senior-senior lama da menyakat aku. Diaorg ckp jaga-jaga salam perkenalan. Aku senyum je.
Tak senang duduk.aku nak tunggu pagi, gelisah walaupun masa tu ada kawan. Setiap minit tengok jam.
Tepat jam 12.00 tgh malam, aku ingat lagi. Sayup-sayup aku dgr ada pelatih jerit panggil nama aku nak ke tandas
“cik Arissa, sy nak pergi tandas. Buka pintu”
” bilik mana”, sahut aku
” bilik c, cepat la. Saya tak tahan ni”
Aku jenguk ikut tingkap dari bilik staff, aku nampak seorang pelatih lambai tangan. Dengan confident aku ajak pengawal naik buka kunci.
Tapi, bila aku naik..nak pengsan aku rasa. Aku tengok semua budak tidur. Aku tak puas hati, takut diaorg saja memainkan aku.aku buka juga pintu bilik. Aku kira sorang-sorang cukup 17 orang.semua berselimut. Lena…masa tu janting berdegup x tahu nak cakap macam mana. Pengawal da jeling aku..Aku ajak dia turun. Dlm hati da macam macam.surah aku baca. Aku ingat tu jela salam perkenalan aku..rupanya aku silap.
Sampai je dataran kejat, nak pergi ke bilik staff aku dengar ade org panggil nama aku
” cik arissa..meh2″… Byk kali. Suara tu dekatsayup..apa lagi berlari alu masuk bilik staff
Pagi ti, Aku cerita dgn senior dioarg kate tu salam perkenalan aku. Nasib dia x menjelma depan mata. Klau tak aku pengsan.
Sorri la klu korg baca x seram..sebenarnya banyak lagi..aku dpt tgok real life hamba Allah dari dunia lain dlm cctv waktu siang..nnt aku cerita dlm entri lain. 2 tahun aku kat situ, macam2-macam perkara jadi…
Insha Allah aku akan cerita lagi

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *