Aku dan Kisah Paranormal

Terima kasih FS sudi siarkan kisah saya.

Kisah saya terjadi ketika umur saya dalam lingkungan sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Hal ini terjadi kerana saya mempercayai hal ini berkait rapat dengan arwah tok saya yang boleh mengubati orang yang kerasukan dan sebagainya.

Permulaan saya bertembung dengan makhluk halus ni ketika usia 8tahun. Dulu rumah tandas diluar rumah. Sekitar 2 pagi perut saya sangat memulas. Tanpa berfikir panjang saya terus meluru keluar dari rumah untuk menbuang hajat. Sebaik sahaja membuka pintu tandas kelihatan seorang wanita bertudung serba putih duduk mencangkung disitu. Keadaannya pun seolah-olah menembus ke dinding. Iye. Saya boleh melihat dinding disebalik wanita itu. Dengan perlahan-lahan wanita itu menoleh memandang ke arah saya. Peliknya perasaan takut langsung tiada sebaliknya saya memarahinya kerana “dia” mengganggu urusan saya. Saya terus merempuh “dia” dan melepaskan hajat saya.

Keesokkan harinya perwatakan saya berubah. Tubuh badan mengalami kegatalan seperti gala gata ataupun orang tua-tua kata terkena ludah pontianak. Saya menyendiri dan menggaru badan- badan tanpa henti. Mak saya cuba bermacam cara untuk mengubati saya. Akhirnya abah saya membuat keputusan untuk membawa saya berjumpa dengan arwah atuk. Sebaik sahaja saya berdiri didepan pintu rumah arwah atuk, kedengaran dari jauh arwah menjerit “Ya Allah..cucu aku”. Terjadilah proses penyembuhan diantara aku dan arwah atuk.

Selepas aku pulih, kebolehan mata hijabku semakin terserlah. Dari situ aku mula melihat hantu pocong berkeliaran di luar rumah. Hantu galah yang berdiri di hadapanku, pontianak yang mengikuti aku ketika perkhemahan PBSM, langsuir yang mengusik aku ketika aku kelas tambahan, dan bermacam lagi. Akhirnya, ketika aku di tingkatan 4. Arwah atuk meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. Dan saat itu juga hijabku tertutup. Aku sudah tidak nampak apa-apa lagi. Semoga arwah atuk ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..
Ni Saya nak berkongsi cerita lagi. Disebabkan saya tak share banyak lagi kisah seram saya…

Kisah pertama :
Masa saya form 4 abang saudara saya ingin berkahwin di penang. Abang saudara memang bekerja di hotel tersebut dan pihak pengurusan reserve kan beberapa bilik sebagai hadiah perkahwinan. Saya sebilik dengan sepupu2 perempuan saya. Saya pula jenis menyendiri. Lebih suka duduk kat bilik apabila sepupu2 lain merayau dari bilik ke bilik yang didiami saudara lain.

Hendak dijadikan cerita malam tu saya keseorangan di dalam bilik. Tiba2 saya terdengar suara esakan di balkoni luar. Semakin lama semakin kuat. Disebabkan saya sudah terbiasa dengan keadaan itu, saya memarahi “suara” itu. Anehnya suara itu terus menghilang.

Kisah kedua :
Saya mengikuti perkhemahan kadet tentera di pahang. Satu malam, selepas kepenatan aktiviti di siang hari, saya cuba melelapkan mata di katil. Tiba2 kedengaran orang ketawa kuat betul2 disebelah saya. Dengan keadaan mengantok saya memandang ke sebelah. Kawan saya dengan sebelah mukanya sangat buruk duduk disebelah saya sambil ketawa mengilai2. Saya hanya melihat kawan saya itu dan memusingkan kembali badan ke arah lain. Dan melelapkan mata. Akhirnya apabila bangun pagi saya hanya memerhatikan sahaja kawan saya yang saya lihat malam tadi.

Banyak lagi hal yang saya pernah lihat. Perasaan takut itu seakan sudah sebati dengan diri saya dan hilang. Kadang kala saya rimas dan marah apabila kerap di ganggu. Sejak arwah atuk tiada saya memang tidak memiliki kebolehan itu lagi. Dan amat berharap sekiranya benar itu saka dari arwah atuk saya harap sangat arwah atuk sudah membuangnya tanpa mewariskan kepada sesiapa. Sekian.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Admin2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

4 thoughts on “Aku dan Kisah Paranormal”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.