Aku dan Seisi Sekolah Yang Pelik

hai semua pembaca fiksyen shasha. Terima kasih tau kalo pilih cerita aku ni sebagai pilihan bacaan korang. Ewah. and tq gak admin sebab siarkan cerita aku. Ok cukup sampai situ je kata aluan. So aku nak cerita pengalaman aku time sekolah asrama dulu. Oh ya, aku nak ingatkan kau orang cek dulu bawah kerusi, bawah meja, bawal katil ye. pesan je mane tahu ade yg memerhati! KahKahKah
.
Ok kisah pertama, aku ni duk asrama 5 tingkat, ada 5 blok yang bersambung. kau bayang jela bentuk macam mana pun sebab asrama aku ni kompleks. bapak besar orang kata. Aku duk blok tengah tingkat 3 tapi hujung bangunan sikit. Bilik aku ni ada 11 orang macam tu plus ustazah.

Asrama kitorang ni memang ada bilik yang kena tinggal ngan ustazah. So nak jadikan cerita satu hari tu batch kitorang kena buat kraf tangan untuk pameran. Pastu dalam bilik tu memang bersepah la dengan hasil tangan tah apa2 kitorang buat, pastu sebab dah terlalu letih kitorang terus masuk tido and tak kemas meja belajar tu.

Selalunya sebelum masuk tido ustazah aku suruh kemas, yela bilik aku selalu juara kebersihan kut. So dah tdo lena, tetiba tengah malam tu ada orang bukak pintu almari kayu, mula2 slow je bukak… tutup… krekkk.. krekk… krekk.. makin lame2 pintu almari tu melibas2 weh! bukak tutup bukak tutup macam dihempas2 pintu tu.

Terbangun la semua roomate aku dengan ustazah2 sekali bangun. Almari tu tepat kat depan aku pulak tu! Bila semua dah ketakutan and sorang roomate aku ni bukak lampu, dia benti. Pastu kawan aku ni gi bukak lampu yang ada kat meja belajar tu, dia tanya weh sape kemas barang kita? nape tersusun berderet2 ni? padahal kitorang dah susun kt tempat masing2 mane aku punye and mane dorang punye. Ko bayang la kraf kitorang dia susuh cantik berderet atas lantai ikut kotak jubin.

Sampah2 kertas dia kumpul satu tempat. aku syak dia ni hantu bibik yang cintakan kebersihan kot. Ha pastu almari kawan aku yang jadi mangsa amukan hantu bibik ni jadi pilihan si dia ni agaknya sebab almari kawan aku ni tak bersih, baju tak berlipat, main campak je dalam almari. Sejak tu memang tak berani nak tinggalkan bilik kotor2, nanti bibik mengamuk weh. Tapi keuntungan dia tiap minggu dapat hadiah juara kebersihan la.

oh ya pastu kan weh besoknya tu pagi2 aku pi masjid solat subuh. tapi sorang roomate aku nama dia siti tak pergi sebab gastrik teruk. Pastu lepas kitorang pesan kat dia macam2 kitorang pun tinggal dia kat bilik, pastu dah solat and ngaji tu aku pun balik la. nak siap2 pegi sekolah pulak kan. tapi otw nak balik bilik aku dok berlari2 ngan kawan aku sebab nak rebut toilet punya pasal. Laju kot aku lari sebab takda sorang pun sampai kat asrama tu dulu selain aku.

sampai bilik aku bukak je pintu… ada perempuan ngesot pakai baju putih depan pintu tengah pandang aku! mata dah la bulat pucat pulak tu! rambut kembang, kain die panjang gile meleret tapi sambil tangan dia macam nak capai aku sambil cakap sakit… sakit.. sebijik macam suara ju on! Lemah lutut aku weyh ya Allah bila aku perati betul kawan aku si siti rupenye! nasib tak tekincit depan pintu.

Tapi aku tinggalkan siti, aku patah balik mintak kawan aku yang lari same aku tu teman aku masuk sebab aku still  tak percaya si siti tu manusia. Pastu aku tanye kau dah kenape ni?tekejut aku. Patu dia kata dia tak tahan sakit sebab tu dia mengengsot dari katil nak pi kat pintu, nak mintak bantuan kat sesiapa yang lalu kat koridor depan, baru nak tarik pintu aku dah bukak dulu bahaha. bengong punye siti. yang dia seret sekali selimut putih dia dah kenapa. mati2 aku ingat hantu tadi. Dala malam tu baru kena kacau ngan bibik tu tetibe siti ni pulak nak buat hal. haish
.
Ok kisah kedua, aku dengar dari kakak senior yang ustazah bilik aku tu mati suri. kau tahu tak mati suri tu hape? mati suri tu maksudnye  org yg sepatutnya dah mati tapi dgn izin Allah dia hidup balik. Aku pun tak percaya sgt benda2 tu tapi seram la jugak weh, duduk sebilik kut.

Pastu kan yg buat aku takut tu satu hari aku ngan roomate aku tengah pesta makanan dekat meja belajar depan tu. ustazah aku lak tak join, dia buat ape tah atas katil dia, pastu lampu kat bagian katil2 kitorang tu tak bukak so macam gelap2 sayup je suasana ruang tidur tu. pastu aku dah syok2 makan tu aku pun bangun nak pi toilet, nak cuci tangan la kan. toilet aku tu dalam bilik je tapi kena lalu depan katil2 baru masuk toilet. Ha katil ustazah ni pulak hujung sekali betul2 kat depan pintu toilet.

So aku jalan sambil tengok dia, tapi kan dia pandang je aku seram gile, muka macam nak mintak hutang. dah kenapa ustazah ni nak makanan aku cakap la. dala pakai bedak sejuk kat muka, pastu bibir dia warna merah merun, rambut kerinting2 tapi hitam berkilat panjang melepasi pinggang. Okey aku nak korang bayangkan muka dia eh, pastu dia pakai baju tido yang hat lutut, ala yang selalu orang mental pakaian kat spital tanjung rambutan tu.

Kaki dia melunjur tapi dia goyang badan dia ke depan ke belakang sambil pandang aku macam nak makan. Oh ya mulut dia kumat kamit baca ape aku pun taktahu, selawat kot. huhu. bapak seram aku sengih kat dia langsung tak respon pon. Aku pike alamak dia dah jadi hantu ke ni? aku terus lari balik kt tempat kitorang makan tadi. pastu malam tu tido lena cam biasa. sedap2 tidur aku dengar suara garau menjerit.

Allahu akbar! Allahu akbar! Dah sapa pulak azan memalam ni. Tapi bukan azan yang berlagu tu, dia azan yang garang2 tu. Terkejut beruk mak nyir kitorang, masing2 tengok cari sapa yang azan, rupanya ustazah kitorang yang azan sambil jari dia tunjuk2 kat atas. mata dia pejam macam mengigau. kitorang kejut2 dia tapi nak abes azan baru dia bangun. Aiyoo mimpi apa ustazah oi. Pelik2 aja aku punya ustazah.

KahKahKah. Tak berani pulak aku tanye dia knape. Pernah jugak dia mengigau baca asmaul husna. Tapi suara tak jelas sangat, maklum la ngigau. yang pasti ustazah aku ni pelik bagi aku. Sampai sekarang aku taktahu betul ke dia tu pernah mati suri? Sebab dia macam pelik. Panjang gak cerita aku an. Nanti sambung lagi la eh. Ada banyak lagi. Tu pon kalo korang nak baca. Ok sori kalo tak seram and, tq sudi baca!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

  1. This website is really interesting. I have bookmarked
    it. Do you allow guest post on your page ? I can provide hi quality posts for you.
    Let me know.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *