Aku dan Sesuatu#1-Hijab Terbuka &Gangguan jin/saka-1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca FS. Terima kasih admin sudi siarkan kisah dan pengalaman aku.

“Aku dan Sesuatu” adalah kisah dan pengalaman sebenar yang aku tempuhi selama hampir 3 dekad. Aku akan ceritakan satu persatu (mungkin ada sambungan, maklumlah hampir 3 dekad) yang aku lalui tentang perkara-perkara berkaitan saka, sihir, hantu raya, jampi serapah, mimpi-mimpi pelik,bomoh merapu, bomoh tradisional, perawat perubatan Islam, badi mayat dan bermacam-macam lagi perkara aku alami, InsyaALLAH, aku harap aku dapat kongsikan semuanya dengan pembaca agar anda akan mendapat sesuatu daripada kisah dan pengalaman aku.

Aku baru sedar, aku adalah insan yang terpilih olehNYA untuk tempuhi dugaan dan ujian-ujian tentang perkara diatas. Niat aku untuk kongsikan cerita disebalik “Aku dan Sesuatu” agar dapat dijadikan sempadan bagi yang belum pernah alami, agar dibukakan jalan bagi yang sedang lalui, agar diberi pengajaran, kesedaran dan dijadikan ikhtibar untuk semua. Untuk makluman pembaca, aku seorang perempuan, cukuplah aku dikenali sebagai “ cik Nescafe” (hihi sebab favorite sgt), aku berasal dari utara tanahair. Penceritaan aku ni semuanya mengikut turutan tempoh masa.

Hijab Terbuka
Pertama kali hijab terbuka sejak aku berusia 11 tahun. Aku masih ingat lagi kejadian pagi tu (sebelum subuh) sekitar jam 5pagi, aku bersama nenek a.k.a Tok dan kakak berjalan kaki melalui jalan kampung untuk menghantar kakak ke stesen bas untuk ke sekolah sebab bas akan bergerak awal selepas subuh.

Dalam perjalanan masih dalam kawasan kampung, aku ternampak 2 lembaga berpakaian putih, berambut panjang hampir paras pinggang berjalan dengan rapat diantara satu sama lain dihadapan kami dan yang aku pasti memang kaki tak kelihatan. Masing-masing tidak bercakap soal lembaga tersebut termasuk aku, aku beranggapan, pagi-pagi orang keluar beli kuih so bagi aku itu perkara biasa sehinggalah aku ternampak lembaga tersebut semakin berjalan ke arah tepi jalan sehingga masuk ke arah pokok ubi kayu yang ditanam ditepi jalan dan akhirnya hilang. Pada ketika itu, aku tiada perasaan takut atau terfikir apa-apa yang pelik.

Akhirnya aku bertanya kepada tok, “dekat rumh tu ada sapa selain tok Midah”? tok aku terus tanya kenapa, so aku cerita aku nampk dua orang kakak tadi mungkin keluar pagi-pagi beli kuih tapi bila sampai tepi pokok ubi tepi rumah tok midah tu tiba-tiba saja hilang. Untuk pertama kali jugak tok aku mula bagi nasihat tentang pantang larang berkaitan makhluk halus. Tok cakap kalau nampk apa-apa yang pelik jangan tegur, diam sudah, termasuk bau bauan sama ada wangi atau busuk pun jangan tegur. Orang tua-tua cakap kalau bau wangi tu mahkluk halus tu berada jauh dari kita tapi bila bertukar jadi busuk tu maknanya dah hampir dengan kita.

Lagi satu, jika ada orang panggil nama kita diwaktu tengah malam, pastikan sahut panggilan jika panggilan melebihi 3x sebabnya kalau benda tu hanya akan panggil setakat 2x sahaja. Dari nasihat tok, so fahamlah aku, hanya aku yang nampak lembaga tadi. Kepada sesiapa yang tidak pernah dibukakan hijab, janganlah kita minta akan hal-hal sebegitu termasuklah kita bercakap besar tentang makhluk tu.

Gangguan Saka/Jin -1
Semenjak kejadian hijab terbuka buat pertama kali tu, aku tak berdepan dengan apa-apa perkara yang pelik atau ternampak makhluk halus sehinggalah aku berumur 14 tahun dan segalanya baru bermula. Untuk mudahkan pembaca FS mengetahui apakah gangguan tersebut aku akan bold pada setiap gangguan agar pembaca dapat mnyemak kembali adakah tanda-tanda tersebut anda pernah atau sedang alami.

Aku mula datang haid semasa umur 13tahun (ada sebab aku cerita,bukan saja-saja, nti anda akan dapat jawapannya bila baca bab saka) dan kitaran haid aku bukanlah teratur biasanya dalam 5 hari dah stop. Kalau nak cerita bab lewat period setiap bulan tu dah jadi perkara biasa dan pernah hampir 3bulan aku tak datang haid dan bila aku ke klinik doktor siap scan lagi perut aku tkut aku mengandung, aku biarkan saja tp bila dh check tak ada apa-apa, doctor cakap mungkin awak stress nak exam PMR, kalau stress pun boleh efek time period atau minuman berkafein pun boleh efek kuantiti darah haid so itulah yang aku pegang selama hampir 15 tahun.

Hanya selepas aku berubat dengan ustaz baru aku tahu sebenarnya gannguan jin/saka juga menyebabkan masalah haid tidak teratur dan aku akui memang betul sebab selepas berubat, haid aku teratur dan jumlah darah jugak banyak dan tempoh hari melebihi 5hri tidak seperti sebelum ni. Mungkin lain orang lain faktor penyebab tapi aku memang disebabkan gangguan jin/saka.

Alhamdulillah haid aku kembali normal itupun setelah berubat selepas 17tahun so pembaca darablah sendiri berapa umur aku masa haid aku dah kembali normal hehe..

Semasa aku tingkatan 3, aku sudahpun alami migrain cuma aku sahaja yang tak tahu bezakan sakit kepala dan migrain pada masa tu. Aku sendiri dah lupa kekerapan aku migrain masa time sekolah menengah dan ntah bila aku dah mula tahu selama ni sakit kepala yang aku alami tu dikategorikan “migrain” berdasarkan simptom-simptom seperti sakit kepala hanya di bahagian tertentu dan tahap kesakitan tu pulak pelbagai pecahan lagi dan aku takkan jadi doctor jadian nak hurai panjang-panjang.

Bab ni cukup aku katakan pernah sampai tahap rasa nak terkeluar biji mata bila sujud/rukuk masa solat, pernah nampk cahaya semacam flash kamera bila pejamkan mata menahan sakit, pernah terasa macam apit-G diketatkan dikepala atau terasa seperti pen ditikam dikepala atau bila kerdipkan mata pun terasa sakit (hanya yang pernah alami migrain akan tahu semua tu dan kalau pernah masuk wad sama lah jugak doctor akan bagi andaian kesakitan macam yang aku cakap tu).

Apa yang aku nak tekankan dekat sini, migrain adalah salah satu tanda gangguan jin/saka sebab aku dah migrain selama lebih kurang 16-17 tahun dan hanya selepas berubat (perubatan islam) migrain aku hilang macam tu saja dan dah bertahun aku xpenah alami migrain lagi padahal sebelum berubat, boleh dikatakan dalam seminggu aku akan migraine paling kurang 2-3x seminggu selama bertahun-tahun. Aku jugak pernah buat ujian MRI kalau tak silap tahun 2007 tapi tak ada apa-apa yang tak normal cuma doctor beranggapan aku stress atau disebabkan Nescafe sebab tu migrain. Akhirnya memang terjawab sebab apa aku migrain selama hampir 17tahun.

Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan dari gangguan (migrain) yang disebabkan jin/saka selepas berubat dengan seorang ustaz/ perawat berdaftar a.k.a anak murid Ustaz Sharhan Shafie. Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut kisah dan pengalaman aku berubat dalam bab perubatan Islam. Sebelum tu, aku stop dulu cerita bab gangguan jin/saka-1, sebab kalau aku sambung nanti mungkin terlalu panjang sebab banyak lagi gangguan-gangguan lain yang aku alami seperti mimpi-mimpi pelik (ular,hantu) ditindih semasa tidur, perempuan tua terapung-apung dan hantu raya.

InsyaALLAH aku akan sambung lagi dan harap cerita sambungan mendapat perkenan admin FS untuk disiarkan, Niat dan tujuan aku agar pembaca mendapat sesuatu daripada kisah dan pengalaman sebenar aku.

Loading...

14 comments

  1. best , jalan cerita pon bagus. teruskan menulis k. xde hal klau nk sambung sbb point yg ni cerita smpai habis. 😀

  2. Keadaan Cik sama dgn sy skrg..cuma sy blm jmpa perawat yg btul2 dpt selesaikan masalah sy.masalah haid,migraine yg truk smpai sy tpaksa memerap dalam Blk sebab xblh buka mata bila Ada cahaya..mimpi ular dgn dgar bisikan2 suara perempuan..cuma kuatkn dgn solat Dan zikir..

  3. nak tnya awak umur brpa skrng, duduk mana?
    bertuah awak hijab terbuka
    saya nak tnya ustaz mana boleh buka hijab saya?
    saya nak cari pi buka
    nak sangat2 buka hijab
    ya allah permohonkan lah doa hamba mu ini ya allah

    1. cuba kencing pastu amik air kencing tu sapu kat keliling mata kau.meluat pulak aku baca komen kau ni.nak bukak sgt pergi la jumpa ustaz.menyalak kat sini buat apa.dah bukak sok jgn mngada nak kecut telur tutup balik.

  4. oi zaha.. lu manyak poyo aa wa tengok..
    ini pundek punye orang !! buang tabiat ka lu??
    mahu buka hijab konon…. pui……

  5. alaa pendek sgt cerita. btw offtopic skit psal ust perawat tu. dlu org ad ckp ustz tu scam ja lbih (xpun low level pnya perawat) sbb dlu kan pnah msuk rncgn kt tv dia scan/ruqyah pkai lidi la hapa bagai. bukan aku ckp, ada perubat ni ckp. sapa pnah dgr psl tok belagak tau la kot. tp tok ni pn blh thn ‘msuk bakul angkt sndiri’ gk. kt blog cita mcm, hikayat gedebuk gedebak dgn mkhluk halus.. sana ngata sinun, sinun putar sana.. sapa ada pndangan/pengalaman kongsi2 la pendapat. p/s: tok tu pnah buat pelaburan emas, last2 leburr.. scammer bisnes pulak dah.. ‘gaji tok 35k sejam’.. kahkahkah

  6. “Alhamdulillah haid aku kembali normal itupun setelah berubat selepas 17tahun so pembaca darablah sendiri berapa umur aku masa haid aku dah kembali normal hehe..”

    eh sama mcm aku la. da umur2 mcm tu bru normal period aku 7 hari. banyak pulak tu mcm air paip. selalu 3hari da habis.xbanyak pon. adakah faktor umur atau aku kene gangguan saka jugak?

  7. Kisah kau buat aku teringat aku banyak kali kena gangguan jin masa zaman sekolah dulu . Yang pasti kalau pernah kena , badan kita ada lubang yang memudahkan jin untuk masuk kembali ke dalam tubuh . Wallahualam .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *