Assalam warga FS. Terima kasih jika admin sudi siarkan kisah ni dan terima kasih juga FS yang jadi peneman aku ketika sedang praktikal. Aku Man dan sedang praktikal di utara tanah air dalam semester akhir di salah satu IPTA. InshaAllah aku cuba untuk kongsikan kisah aku sendiri yang aku alami dua tahun lepas. Moga-moga dapat dijadikan pengajaran buat kita semua dan minta warga FS titipkan doa untuk aku untuk terus kuat. Minta maaf juga jika tulisan aku kurang menarik dan kalau nak kecam jangan kecam teruk sangat.
Kisah ini berkenaan aku, arwah tunang aku (ira) dan kawan baik aku (Airul). Aku dan Airul kawan baik sejak semester pertama dan kami memang aktif dengan persatuan kampus dan program-program yang ada. Kalau nak diikutkan sibuk ni memang kami ni tak ada masa untuk lepak-lepak kosong, dengan akademik lagi, meeting sana sini. Kebanyakan masa kami berdua atau dengan kawan-kawan sepersatuan. Susah senang bersama, assignment tak siap, sama-sama support atau kelas tak pergi, sama-sama backup.
Satu hari tu ni, waktu aku tahun 2, mak aku call katanya ada orang merisik aku. Terkejut aku sebab aku laki kut. Katanya bapak perempuan tu yang minat kat aku. Rasa gelap dunia haha.. Seronok pun ada, sedih pun ada, x bersedia untuk pikul tanggungjawab pun ada juga (macam cerita tv3 kan). Lepas bincang sana sini, mai p mai rumah aku dan rumah Ira. Hari puasa ke-tiga tahun 2015, aku digelar tunang orang macam terpaksa pun ada jugak tu pun selepas 2 bulan aku fikir sambil tanya kawan-kawan si Ira ni dan bincang dengan kawan baik aku Airul. Kata ayahnya berkenan kat aku ni sebab aku rajin p surau, hahaha dan aku memang kenal rapat dengan ayah dia sebab aku rajin tolong ayah dia kat surau. Mengenai Ira ni dia teman sepermainan aku waktu kecik-kecik dulu. Lepas dia umur 8 tahun keluarga Ira pindah ke Pahang. Selepas ayah dia pencen, mereka sekeluarga pulang dan menetap di kampung. Ira ni kacukan cina, sebab tokwan dia memang mualaf.
Lepas tunang, aku teruskan kehidupan di kampus macam biasa. Tunang ja tak perlu heboh dan hanya Airul ja yang taw. Selepas aku tunang tu aku mula perasan yang Airul mula jauh dari aku dan kadang-kadang dia balik kampung. Aku macam biasa tak syak apa-apa, sebab masing-masing sibuk dengan komitmen. Aku pulak jarang berhubung dengan Ira kecuali benda penting ja. Kalau wasap pun kami ada group wasap yang ada Ira, aku dan abang Si Ira. Jaga batas-batas hubungan la kononnya. Airul ni tak macam dulu rajin ke surau dan kalau ada program kampus dia Cuma terlibat belakang tabir ja dan secara tak lansung. Kalau aku pergi bilik dia, aku perasan ada macam benda duk tengok aku dan bilik dia tak pernah bukak lampu walaupun malam. Roommate Airul ni pulak selalu jarang ada bilik, katanya study dengan kawan, tapi aku rasa sebenarnya dia malu selalu kena tegur dengan Airul sebab selalu pakai seluar pendek.
Masa aku tunang juga la waktu nak hampir dengan exam. Memang agak sibuk la dan Airul jugak selalu pinjam baju aku, katanya dia tak sempat basuh baju sebab sibuk dengan study. Aku pun pelik jarang dia pinjam baju aku tapi aku bagi ja, kawan kan. Lepas dia pulangkan semula baju aku mesti aku bau asap di baju aku dan katanya bau asap rokok roommate dia. Waktu ni juga Ira mesej aku tanya khabar dan mengadu katanya selalu mimpi aku m**i. Aku ni dah la sibuk dengan exam dan program yang dirancang lepas exam, memang acah-acah layan ja la. Selesai exam aku balik kampung sekejap ja tengok mak ayah dan jumpa Ira tu pun depan rumah dia sambil-sambil diperhatikan bapak si Ira. Pucat dan cengkung muka Ira, terkejut aku tengok tak macam waktu bertunang dulu. Bincang sikit mengenai persiapan kawin dan Ira ni dia kerja di Penang menyewa dengan kawan dia Ani. Kadang-kadang tu dia ada juga belikan barang kat aku sebab sayang dan kesiankan tengok peminjam PTPTN ni.
Aku balik semula ke kampus untuk teruskan pengajian, dan waktu ni aku mula rasa gangguan tapi tak terlalu teruk. Tapi bila aku tidur di bilik Airul ni tak pulak diganggu dan tak rasa takut sangat. Kalau aku di bilik aku sendiri mesti rasa macam diperhatikan dan selalu terjaga tengah malam. Kadang-kadang tengah malam aku dengar bunyi ketukan kat tingkap tapi yang peliknya roommate aku nyenyak ja tidur. Ketukan tu macam nak pecah tingkap dan rumah aku tingkap empat kut. Sapa pulak nak panjat semata-mata nak ketuk tingkap. Berkaitan Ira pulak dia ada mesej dalam group wasap katanya diganggu tapi yang respon dalam wasap hanya abang dia ja. Bodohnya aku waktu tu tak faham sebab mestilah dia nak mengadu dekat aku dan aku ambil endah tak endah ja sibuk kan dengan aktiviti kampus.
Aku dan Airul macam orang asing, jarang bersama. Aku takut dia terasa, aku utamakan tunang aku. Tapi masalahnya tunang aku pun, aku jarang mesej. Berkaitan Ira dia ada tanya aku bila balik sebab nak uruskan persiapan perkahwinan. Tapi aku memang sibuk betul nak balik, dan bila nak balik mesti ada ja halangan macam motor tayar pecah, kelas last minute dan lain lagi. Ada juga aku marah dia sebab aku tension sangat, aku tengking dia dalam phone sebab dia paksa aku pergi kursus kawen. Dah la waktu tu aku sibuk sangat dengan midterm exam. Kesian Ira uruskan persiapan perkahwinan semua seorang. Lepas aku tengking Ira, dia jarang dah mesej aku atau tanya khabar dan aku macam biasa sibuk lagi dan ego tak nak minta maaf.
Satu hari tu, aku ada satu program besar yang akan dihadiri VIP aka Pak Menteri, memang sibuk la. Aku tak sempat tengok phone lansung, lepas asar baru aku belek phone dan ada lebeh 30 missed call dari abang Ira dan mak aku. Aku buka dan baca mesej dan Allah, terduduk aku. Ira dan Ani kemalangan waktu pulang dari Penang ke kampung. Kelam kabut aku balik kampung sambil menangis dalam keta (laki x kuat gak kt) macam-macam aku fikir sampai aku rasa dia dah m**i. Waktu tu fikiran aku celaru dan badan aku letih sangat urus program tadi, dengan perlu drive seorang ke hospital di Penang. Waktu drive tu juga la aku terlelap beberapa kali, sebab letih sangat aku berhenti di RnR untuk rehat. Ayah Ira mesej aku, Ira dan Ani koma dan ditahan di ICU dan pesan jangan laju sangat untuk balik, takut aku pulak yang kemalangan. Waktu aku di RnR aku ke tandas dan bila aku nak ke kereta semula, aku perasan ada perempuan dalam kereta aku. Tunduk ja perempuan tu, waktu aku bukak pintu tengok dalam tak ada sapa pun.
Alhamdulillah, aku selamat sampai pukul 3 pagi di hospital terus aku ke rumah rehat hospital. Waktu masuk ke rumah rehat Hospital, ayah Ira sambut aku dan tengok aku lain macam dan dia minta untuk aku solat sunat dulu sebelum tidur. Kata ayahnya, Ira dan Ani stabil dan tak ada apa yang perlu risau dan esok pagi baru boleh melawat. Esok paginya aku melawat Ira sebentar, sedih tengok keadaan Ira, kaki dan tangan kirinya patah teruk. Tapi kalau nak diikutkan keadaan Ani lebih teruk dari Ira, aku keluar dari wad menahan sebak. Sebelum aku balik kampung, ayah Ira ada tegur:
Ayah Ira: Man, hang ok ka? Macam mana perjalanan semalam?
Aku: Ok ja pakcik, letih jugak la nak drive tapi nak buat macam mana kena balik gak.
Ayah Ira: takpa la hang balik rumah sat rehat dulu. Sebab semalam pakcik tengok ada benda duk atas kereta hang. Takut hang lemah semangat dan penat benda tu senang ikut.
Aku: Baik pakcik.
Pucat aku teringat kes perempuan semalam dalam kereta. Tapi aku buat tak kisah ja yang penting keadaan tunang aku selamat. Aku balik ke kampung untuk rehat dan ambil mak aku di rumah. Rumah aku dan hospital tak jauh sangat, dalam sejam setengah ja. Ingat selepas zohor aku nak ke hospital semula nak melawat Ira semula. Dalam tengah bersiap untuk ke hospital, aku dapat panggilan dari abang Ira katanya Ira dah tenat. Menggigil tangan aku sampaikan ayah aku yang drive untuk ke hospital. Sebaik sampai ke hospital, aku tengok semua keluarga Ira berada berhampiran Ira dan Ira sedang bertarung nyawa. Ya, Ira sedang nazak dan 3.50 petang Ira menghembuskan nafas terakhirnya. Diam aku menyeka air mata, Mak Ira seperti tidak mampu menerima hakikat kehilangan anak tunggal perempuannya. Ayah Ira diam tanpa sedikit pun menitiskan air mata.
Jenazah dikebumikan pada malam itu juga di kampung sebelah ayah Ira. Mengikut doctor selepas dibedah siasat, kecederaan dalaman yang membuatkan Ira meninggal. Katanya sebelum itu doctor tak dapat kesan. Malam tu selepas pengebumian, aku pulang bersama keluarga aku ke kampung. Fikiran aku kosong macam susah aku nak percaya Ira dah tak ada. Aku masih teringat salah silap aku pada Ira. Aku abaikan dia, aku biarkan dia uruskan perkahwinan, aku tengking dia. Aku sibuk dengan dunia kampus aku sendiri. Seminggu aku di kampung, tak hadir ke kelas dan putuskan hubungan aku dengan dunia luar. Aku maklumkan pada Airul tentang Ira. Dia diam menyepi tanpa kata-kata semangat seperti selalu.
Dalam masa seminggu aku di kampung, ayah dan mak Ira datang ke rumah dan pulangkan semula cincin pertunangan kami. Katanya:
Ayah Ira: Man, pakcik serahkan semula cincin ni pada kamu dan pakcik mewakili keluarga dan arwah Ira memohon maaf atas salah silap Ira pada kamu. Harap kamu halalkan segala apa yang kamu berikan pada Ira
Aku: (Diam)
Ayah Ira: InshaAllah, allah akan ganti yang lebih baik dari Ira, dan mungkin Ira tak layak untuk Man sebab tu Allah panggil Ira mengadapnya. InshaAllah kami anggap Man seperti keluarga sendiri dan jangan terlalu sedih.
Memang air mata aku tak dapat tahan lagi. Menangis aku depan keluarga Ira, Allah.. banyaknya silap aku pada Ira dan keluarga.
Selepas hampir seminggu termenung di kampung, aku pulang semula ke kampus menyambung aktivti di kampus. Hampir sebulan aku mengasingkan diri dari Airul dan semua kawan-kawan. Banyak program aku biarkan orang lain urus dan aku cuma hadir ke kelas. Sebulan selepas kematian Ira, abang Ira (Abg Ji) call untuk ajak aku jumpa, saja rindu katanya. Tempat dan tarikh diatur:
Abg Ji: Lama x jumpa, macam mana hang dok tereyak lagi ka?
Aku: tak dah, tapi rasa bersalah tu ada lagi kat Ira. Banyak salah silap saya bang
Abg Ji: takpa bukan salah hang, tapi dah takdir.
Aku: ya bang, InshaAllah saya faham
Abg Ji: Sebenaqnya abg jumpa hang ni ada benda nak cerita pasai Ira. Sebab rasa bersalah pulak tak cerita kat hang.
CERITA Abang Ji:
Lepas Ira kena marah dengan Man, Ira mengadu pada aku dia ada kena ganggu teruk kat rumah sewa dia dengan Ani. Ira balik kampung untuk berubat, tapi kat rumah pun dia kena ganggu jugak, ingat rumah sewa berdua tu ja yang keras. Ada satu malam tu satu keluarga aku kena ganggu dengan hantu tu. Hantu tu sepahkan barang di dapur dan ketuk semua pintu yang ada di dalam rumah tu dan semua tak berani keluar tengok. Silap Ira ni dia berani sangat keluar rumah nak tengok kereta dia yang berbunyi alarm tu. Elok ja keluar rumah, menjerit dan terus pengsan. Esok paginya kami sekeluarga jumpa Ira atas pokok mempelam tepi rumah. Ayah aku bawa la Ira jumpas seorang ustaz (Ustaz Adi) di kampung sebelah. Mengikut Ustaz Adi, Ira dan Man kena sihir pemisah untuk putuskan pertunangan kami, orang yang dengki tu orang dekat ja. Tapi yang peliknya Ira ja diganggu teruk. Man tak diganggu sebab ada pendinding katanya.
Sedikit selingan, aku memang selalu amal ayat-ayat Al-Mathurat ni sejak sekolah menengah waktu di asrama. Waktu asrama kena baca sebab dipaksa tapi terus melekat sampai sekarang. Jadinya susah nak tinggal. Alhamdulillah memang aku tak pernah atau alami benda-benda mistik ni. Mungkin yang ni antara sebabnya sebabnya dan aku yakin dengan sabda-sabda Nabi dalam ayat-ayat Mathurat ni (baca maksud dalam mathurat). InshaAllah mungkin pembaca FS boleh amalkan.
Sambungan kisah Abg Ji…
Waktu proses pembuangan sihir tu, Ira muntahkan rambut bukan rambut biasa tapi yang jenis rambut kasar dan kerinting, miang buluh, serpihan kaca dan ketulan d***h. Allah, sebak aku tengok keadaan Ira waktu tu. Lembik dan pucat waktu tu. Selepas tu kami balik dan perlu datang semula untuk buang lagi sekali. Tapi pesanan Ustaz Adi supaya berjaga-jaga sihir tu akan datang balik dan penyihir tu bukan calang-calang sebab guna sihir siam Thailand punya. Malam selepas kami pergi ke Tok Adi. Ira diganggu lagi teruk sampai dirasuk lebih 5 kali. Waktu Ira kena rasuk tu dia selalu sebut nama Man dan minta putuskan pertunangan sambil menjerit “Aku benci Man” dengan rambut yang kusut masai.
Selepas menjerit tu dia letih dan terus pengsan dan akan bangun semula macam bangun terus menegak (dari terbaring dan terus berdiri, bayangkanlah sendiri ya…) dengan mata hitam ja kelihatan. Lebih 5 kali keadaan dia macam tu. Malam tu juga Ustaz Adi terpaksa datang untuk ubatkan Si Ira dan bersilat juga la Ustaz Adi sampai terpaksa panggil anak murid dia yang sedang tidur kat rumah. Hampir subuh baru keadaan tenang dan selesai, seperti kenduri rumah kami sebab jiran-jiran datang untuk tengok (termasuk ayah dan mak aku). Aku ada minta untuk panggilkan Man untuk ubatkan dan tengok keadaan Ira tapi masalahnya Man ambil enda tak endah (bodohnya aku waktu tu). Selepas 3 hari dia diubatkan Ira minta untuk pulang ke rumah sewa dan sambung kerja sebab hampir seminggu bercuti. Ayah aku benarkan walaupun berat sebab tengok keadaan macam dah normal dan Ira janji untuk pulang semula setiap hujung minggu untuk berubat dengan Ustaz Adi sehingga betul-betul pulih.
Aku: Bang saya minta maaf sebab tak ambil berat keadaan Ira.
Abg Aji: takpa abang faham, benda dah berlalu. Dulu abang ada marah jugak kat hang tapi kalau fikir balik Ira tu tanggungjawab kami lagi sebab hangpa dua tak kawen lagi.
Aku: Saya minta maaf sangat, mak saya ada pernah habaq keadaan Ira tapi saya ingat tu Cuma sakit biasa. (aku waktu ni dah mengalir dah air mata tak kisah dah orang di kedai makan tengok pelik pun)
Abg Aji: takpa la abang mai sini pun bukan nak salahkan hang pun Cuma nak habaq hang kena jaga-jaga dengan orang sekeliling hang. Takut ada yang benci dan simpan dendam, risau hang pulak yang kena.
Selepas pertemuan aku dengan Abang Ji, aku ada syak juga Airul tapi tak yakin sangat sebab dia kawan baik aku kut tak kan sanggup buat macam tu. Ada juga aku balik kampung dan berubat dengan Ustaz Adi, dia scan badan aku dan kata aku normal tak ada apa. Berkaitan dengan Ani dia koma hampir setahun dan baru sedar tahun lepas. Kalau diikutkan keadaan dia lebih teruk dari Ira. Tahun lepas dalam bulan 10 dia sedar, lalu aku melawat dia. Cerita dia dengan Ira di rumah sewa lagi buat aku rasa bersalah dan sedih.
Cerita Ani…
Selepas dia diberitahu oleh ayahnya untuk bertunang, dia gembira ja aku tengok. Bagusnya Ira ni dia akan ikut ja cakap mak ayah dia, jarang hendak membantah. Selepas tunang, memang berseri la muka dia aku tengok, tapi Man pulak yang jarang layan dia. Ada juga dia sedih dan mengadu kat aku sebab kami tak macam orang bertunang yang lain. Aku ni pun fikir positif sebab Man ni budak baik mestilah nak jaga pergaulan (Allah, kalau dia tahu jahatnya aku ni). Dalam 2 minggu lepas tunang tu, kami berdua mula rasa keadaan yang tak kena dengan rumah sewa kami. Sebelum ni ok ja tak ada gangguan, tapi sekarang mesti selalu jaga tengah malam dan dengar bunyi orang bersembang di ruang tamu (Ira dan Ani ja yang menyewa rumah tu). Bunyi suara bukan biasa-biasa tapi macam ada pesta di ruang tamu.
Ada satu malam tu, Ira keluar dengan kawan dia untuk makan-makan, aku seorang ja di rumah sebab demam. Waktu aku tengah baring-baring di ruang tamu, aku dengar suara Ira dalam bilik macam tengah sembang dengan sesorang (suara manja). Meremang bulu aku dan terus masuk bilik berselimut, aku terus call Ira dan minta Ira pulang awal. Lepas Ira pulang rumah, sewaktu dia masuk pintu aku tengok ada lembaga berbulu sedang berada di belakang dia, dengan bulu lebat penuh badan dan muka. Bayangkan kepala lembaga tu macam sengaja diletakkan di atas kepala Ira. Aku dengan bodohnya pergi tunjuk belakang Ira sambil mengigil-gigil, Ira pandang belakang dan terus pengsan. Aku yang tengok Ira pengsan pun terus pengsan juga. Esok paginya kami terjaga, tu pun lepas dikejutkan oleh makcik jiran sebelah rumah sebab tengok kami pelik yang tidur atas kereta Ira. Pagi tu kami berdua ambil cuti dan terus balik ke rumah untuk berubat. (Waktu ni Ira kena rasuk di rumah-Cerita Abg Ji).
Waktu Ira pulang semula ke rumah sewa kami, aku tengok keadaan Ira sangat sedih dengan susut beratnya dan muka yang cengkung. Pada malamnya, Ira luahkan perasaan pada aku tentang kau (man), dia terima Man dengan hati terbuka sebab itu pilihan ayahnya. Tapi Ira tengok Man macam tak sudi terima Ira. Keadaan Man yang tak bersungguh-sungguh untuk persiapan majlis perkahwinan. Ira yang buat semua sampaikan pergi ambil borang perkahwinan dan tolong isi semuanya Ira buat. Persiapan untuk baju dan barang-barang semuanya Ira pergi beli dalam keadaan Ira yang lemah. (Buat majlis kecil dan akad nikah ja sebab aku masih belajar dan tak ada duit).
Aku la yang teman dia ke sana sini beli barang, hiburkan dia kalau dia sedih. Aku tengok dia begitu bersungguh-sungguh untuk majlis kamu berdua. Kalau waktu malam Ira akan mengigau dan bercakap dengan suara garau macam marahkan sesuatu. Sumpah aku takut tengok dia macam tu. Kadang-kadang kami tidur di ruang tamu sebab nak temankan Ira. Dua hari sebelum kami kemalangan, macam-macam kejadian berlaku kat rumah kami. Makanan yang kami beli atau masak mesti bau hancing atau basi, bunyi orang bising di dapur waktu malam, bunyi orang ketuk pintu. Selepas kejadian makanan basi, kami banyak makan di kedai, tu pun Ira makan sikit sangat sebab dia akan muntah semula makanan yang dia makan.
Malam sebelum kami kemalangan tu, Ira dirasuk dan mengamuk teruk. Akibatnya, banyak barang di rumah pecah sebabnya dia baling barang ke dinding rumah. Katanya Ira tengok Man berada di semua sudut rumah, memang dia benci dan dendam kalau tengok muka kau. Malam tu memang aku takut sangat sampaikan terpaksa panggil jiran dan call mak ayah Ira. Jiran (Pak Mud) yang tolong tenangkan keadaan dan ruqyahkan si Ira. Malam tu kami berdua tidur di rumah makcik sebelah rumah sambil Pak Mud jadi guard malam tu untuk tengokkan keadaan Ira. Esoknya aku dan Ira balik ke kampung selepas ayah Ira minta aku bawa dia balik untuk berubat. Sebelum kami bertolak tu kereta pulak buat hal dengan tayar pecah, air kering la. Pak Mud juga la yang tolong tukarkan tayar dan baiki apa yang patut. Memang Pak Mud ni serba boleh. Waktu drive balek, Ira yang drive sebab kaki aku luka kena kaca yang dibaling Ira semalam. Walaupun lemah Ira kata dia boleh drive, katanya dia makin sihat. Dalam kereta memang kami pasang ayat-quran ja dan aku tengok keadaan Ira macam ok sebab dia boleh senyum-senyum kalau aku buat lawak.
Kami balik kami ikut jalan kampung, sebab nak jimat duit tol kan. Waktu melalui kawasan hutan aku paling seat belakang uttuk ambil barang, dan terkejut aku tengok lembaga hitam ada di seat belakang sebelah driver sambil menunduk. Bulunya lebat sangat sampaikan tak nampak muka. Memang pucat muka aku, dan aku senyap tak nak beritahu Ira. Silapnya muka aku tak pandai cover dengan pucat tu, Ira perasan dan tegur sambil lihat belakang. Menjerit Ira sampaikan terpusing stereng masuk lorong bertentangan, dan waktu tu ada lori lain yang datang dari arah depan. Ira tak sempat mengelak dan lepas tu aku tak sedar apa dah sehingga aku terjaga baru-baru ni dan dapat berita kawan baik aku dah tak ada.
Lepas jumpa dan dengar luahan Ani, aku terus balik rumah, dalam kereta aku menangis. Banyaknya dosa aku pada Ira. Dia perlukan aku waktu dia susah tapi aku lepas tangan. Selepas hampir dua bulan aku menjalani latihan praktikal, Airul call aku dan ajak jumpa. Kami jumpa di kedai makan kawasan rumah sewa aku, dia sanggup datang dari jauh untuk jumpa aku. Kami praktikal di kilang lain-lain. Waktu dia jumpa aku, dengan tak endahkan orang ramai dia datang dan terus peluk aku sambil menangis minta maaf. Aku apa lagi tolak la dia tepi, malu kut tiba-tiba datang peluk. Bila semua keadaan reda, Airul pun ceritakan dia yang hantar sihir pada aku dan Ira. Aku rasa waktu tu macam nak bangun dan tumbuk ja muka dia, marah sangat dan macam tak boleh terima hakikat kawan baik sendiri yang dengki.
Malam tu memang macam drama la kami berdua, Airul menangis sambil cerita yang dia sanggup ke sempadan siam untuk jumpa bomoh di sana dan dia tak sangka sihir yang bomoh tu hantar pada aku dan Ira terlau kuat. Dia Cuma sekadar untuk takut-takutkan Ira dan aku ja. Kali kedua dia pergi jumpa bomoh tu untuk kurangkan gangguan pada Ira (kesian katanya) tapi tak menjadi sebab Hantu si bomoh tu dah suka pada Ira. Malam tu aku tinggalkan dia seorang kat kedai makan dengan makanan yang aku tak sentuh lansung dan tak bayar. Aku biarkan dia yang bayar semua dan aku tak offer lansung pada Airul tempat tidur malam tu. Memang malam tu aku geram dan marah sangat.
Alhamdulillah sekarang baki waktu praktikal aku tinggal beberapa minggu sahaja lagi dan aku dalam proses nak bertunang. Perempuan yang aku akan kawen ni, diperkenalkan oleh si Airul sendiri sebabnya dia cuba nak tebus kesalahan dia sendiri dan yang buat aku percaya dia sanggup pergi mengadap keluarga Ira, keluarga Ani dan keluarga aku sendiri untuk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Keluarga Ira pun maafkan Airul, apa lagi aku yang sekadar tunang arwah…
InshaAllah doakan aku…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kenapa Amirul buat macam tu? Apa sebabnya? Ceritalah..
Sama la persoalan kita…
Manusia. ada depan mata tak pandai nak hargai. bila dah hilang baru nak menyesal separuh m**i.
apesal man wat camtu..dia minat ko ke? aku rasa nk tempeleng je muka dia
airul* man plak…sasul plak
Motif hantar sihir??
Sampai ke siam n…jahatnya hang Airul…dasyat zmn la ni main2 sihir bagai…
dia gay gay ke apa smpai jeles no
Aku pun terfikir airul tu gay. Hahahah.
Cemna si airul ni boleh tiba2 nak minx maaf n kenapa dia hantar sihir ? Huhuhu
Ada sebut dlm cerita setakat nak takut2kan . Tapi utk apa nak takut2kan man & ira?
Kalau MG jadi man sorry la . Bkn jual mahal tapi ngeri kowt ada kwn mcm airul.
Nak tebus kesalahan dgn carikan calon isteri? Pelik betul..cm ade udang di sebalik mee je..
Sedih nya cerita… Allahu moga arwah ditempatkan di klangn yg beriman. Aamiin… Tapi baik nya keluarga Ira…terima dngn redha walaupun Ira tu ank perempuan tunggal. Tabiklah… Masyaallah… Moga Allah rahmati dan beri ganjaran kpd keluarga Ira ats kesabaran mereka…
Airul ni mesti hadek- hadek kan.? Dia buat ni semua sb dia taste kt ko kowt?
choiiii miss v……konfident je kan
Bahaya ada kawan macam nie… berhati-hati
Okey motif airul kenapa?
motif airul tu ape dia?? plus dok kenalkan ngan perempuan lain lak.. pelik2 je la cite ni.. hmmm..
bagi sy, airul tu dah betul2 menyesal dngan perbuatan dia, n dia kenalkan perempuan tu kpd man sbagai mnebus silap dia yg lepas walaupun xtrganti dengan ira yg dulu..apa2 pun, smeoga airul mnyesal dan bertaubat dengan kesilapan dia
hang pun satu teruk sangat oii,,,sian arwah tunang hang layan macam apa lagi,,,
Motif Airul:
1. Mungkin ada ketika di awal pertunangan mahupun sebelum pertunangan, si penulis ni ada minta tolong dgn Airul utk batalkan pertunangan tu.. kadang² orang bujang ni berseloroh dgn ayat maut dan diterima bulat² pula oleh org yg mendengarnya.
2. Tak dpt tidak, kemungkinan terbesar di Airul sanggup buat mcm tu kerana kebergantungan emosi kepada si penulis sejak awal kehidupan di universiti yg kadang² terkeliru sehingga timbul rasa utk memiliki mcm sepasang kekasih.
Apa motif Airul ni dengki dengan kawan baik sendiri? Kawan nak bertunang patutnya gembira, ke dia ada hati dekat Ira tu? Aku faham cerita ni dan dia carikan pengganti untuk Man sebab dia rasa nak tebus kesilapan dia tu aku faham. Yg aku tak fahamnya apa motif dia main dengan sihir sampai sanggup jumpa bomoh siam. Even dia cakap just nak takutkan je, tapi kalau dah nama sihir jangan buat main. Jangan sesekali sangkut kan diri dengan permainan syaitan. Tu namanya sengaja cari nahas. Haih.