Aku dizalimi!

“Bibik, tolong sapukan minyak panas pada bahu saya. Lenguh sangat dari tadi”.

2 bulan sakit bahu tapi tak baik-baik juga. Puas dah aku pergi ke sana-sini untuk berurut, akupuntur dan akhir sekali aku terpaksa mengadap klinik dan hospital untuk kepastian terhadap sakit bahu yang aku alami. Hasil pemeriksaan doktor, bahu aku tiada masalah apa-apa pun. Berbulan juga aku teruskan mengambil ubat tahan sakit dan injek ubat, walaupon tak langsung nampak perubahan. Makin hari bahuku semakin berat, bongkok dan aku terpaksa tidur meniarap baru selesa!

Aku bekerja seperti biasa, keluar melepak bersama kawan-kawan sudah menjadi rutin walaupun dalam keadaan aku menahan sakit bahu. Keadaan makin memelikkan aku, rakan sekerja ada yang menegur keadaan aku yang dikatakan makin kusam, serabai dan ada yang terus cakap muka aku makin huduh. Pernah aku menegur jiran sebelah rumah aku (Mrs Chew) semasa bertembung di kedai runcit. Lama dia tenung muka aku dan tanya, ”Who are you?”. Bila aku beritahu nama aku dia pun cakap, ” I don’t recognize your face laaa, luckily I can recognize your voice. You look so different now, very dark!”. Senyum kelat aku. Sampai rumah, aku cerita pada bibik. Lalu bibik nasihatkan aku untuk berubat secara alternative, katanya apa yang jadi pada aku ni bukan sesuatu yang lazim.

Bermulalah episod hitam kehidupan aku. Dari seorang yang ceria, aku menjadi seorang yang sangat negatif, lemah semangat, murung dan menjauhkan diri dari orang. Orang pertama yang mengubat aku telah meninggal dunia. Katanya ada 3 orang yang dengki dengan aku, dia cuba untuk ubatkan aku. Namun ajal menjemputnya tak lama selepas itu, dan aku masih lagi sakit. Beberapa hari selepas kematian arwah, aku diserang gatal-gatal dia bahagian betis. Keluar biji-biji macam j*****t, merenyam tapi tak sakit.

Memandangkan aku sudah tiada orang tua, bibik sudah umpama macam ibuku. Kerana tak sampai hati, bibik minta bantuan adiknya dia Indonesia untuk mendapatkan khidmat “orang pintar” (Di Indonesia, Perawat dia panggil Orang Pintar). Aku disuruh pulang ke rumah dengan kadar segera, pesanannya dalam whatsapp, “Kamu harus pulang segera, ini penyakitnya mahu dibuat m**i kamu. Jangan lupa dibeli garam kasar.” Masa itu, aku tak fikir bukan-bukan. Sampai rumah, kami buat video call, garam dibacakan ayat-ayat Ruqyah. Aku diarahkan mandi air garam ini 3 hari berturut-turut, dan disuruh pergi ke Indonesia untuk diubati.

Selesai mandi garam, aku pulih seperti biasa. Tak ada bintik-bintik gatal. Tak sampai seminggu pulih, aku diserang bintat-bintat merah di peha, p******g dan belakang badan. Aku beritahu bibik lagi, namun bibik tak dapat nak bantu sebab adiknya sudah mula kerja, jadi tak dapat pergi ke rumah orang pintar berkenaan. Dengan sisa garam kasar yang ada hari tu, aku mandi sendiri dan pulih beberapa selepas itu. Ketika ini, aku masih lagi mengalami sakit-sakit bahu dan masih tidur meniarap.

Aku berubat pula dengan adik ibu angkat aku. Selepas berubat, katanya ini kali terakhir dia ubatkan aku. Kalau ada yang tak kena nanti, ikhtiarlah cari orang lain. Aku sihat selama 2 minggu. Aku diserang dengan penyakit seperti cacar air. Peliknya, aku tidak langsung rasa gatal atau sakit, Cuma badan aku dari bahu ke hujung jari kaki penuh dengan biji-biji air. Selama 5 minggu aku merana. Sampai pakar kulit pun geleng kepala tak jumpa solution. 3 hari selepas pulih dari penyakit cacar, muka aku pula keluar bintik-bintik bernanah, sampai kelopak mata pon ada biji nanah. Walaupun tidak sakit dan tidak gatal, aku menangis tengok muka aku di cermin. Aku tidak kenal sudah siapa yang ada kat cermin tu. Bukan aku!

Kawan aku minta tolong Ustaz2 daripada sebuah surau dari Terengganu selepas 2 minggu nanah di muka aku tak surut-surut. Selepas berubat dengan ustaz, nanah di mata pecah sendiri, diikuti dengan nanah di muka. Parut yang tinggal seperti parut terbakar. Puas aku tenyeh kulit kayu manis untuk hilangkan parut. Selepas berubat dengan ustaz, hidup aku tenang sementara.

Selepas sebulan, kaki aku pula tidak dapat digerakkan. Sakitnya Allah saja yang tahun. Aku menangis, meraung minta nyawa. Terasa tusukkan tajam pada urat kaki aku. 2 minggu, aku dimandikan orang, dipakaikan. Aku pasrah. Menangis, maratap. Pening aku memikirkan segala yang terjadi. Pak Cik aku bawa aku pergi berubat dengan orang Asli. Alhamdulillah, kuasa Allah, aku pulih. Walaupun kaki aku masih lagi berasa kebas. Aku bersyukur aku masih boleh berjalan. Pada masa sekarang ini aku merana gatal-gatal dan miang seluruh badan. Di bahagian sulit aku, p******g dan buah dada keluar biji-biji berair. Macam pesakit siplis dah rasanya. Seperti biasa, test d***h semua tak menunjukkan apa-apa penyakit.

Walaupun badan aku sudah tidak secergas dulu, aku bersyukur Allah masih panjangkan umur aku. Walapupun aku kehilangan pekerjaan, kawan-kawan dan kehidupan aku sudah tidak seperti dahulu. Aku tetap akan teruskan kehidupan selagi Allah tak pisahkan nyawa aku dari jasad ini. Aku tahu siapa punya angkara. Semoga kau mendapat balasan setimpal dengan apa yang kau lakukan. Ingatlah, jika bukan di dunia, kau akan dapat balasan di akhirat nanti.

Minta maaf kalau cara penulisan aku ni tak pencapai piawaian, aku cuma perlu tempat untuk melepaskan apa yang aku lalui.

Diana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Aku dizalimi!”

  1. Bertabah dan bersabarlah. Berat mata memandang (in this case, membaca) berat lagi bahu yg memikul. Saya harap dugaan ini akan berakhir dah awak pulih sepenuhnya, InshaAllah. Berdoalah agar si dia insaf & bertaubat. Itu sahaja cara untuk dia berhenti kerja terkutuk ini.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.