Aku Nak Kau

Assalamualaikum pembaca fs. Ini merupakan kali pertama saya menghantar cerita setelah bertahun-tahun menjadi pembaca tegar. Maaf jika cerita saya tidak menarik. Kisah ini berlaku baru-baru ni je. Aku dalam kisah adalah saya sendiri .

Lepas habis cuti sekolah , aku , budak tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di sarawak masuk awal ke hostel. Entahla haritu aku memang semangat gile nak masuk hostel. Aku merupakan orang kedua yang sampai ke hostel hari tu. Asrama perempuan ada tiga block iaitu blok a,blok b dan blok c . student yang pertama sampai stay kat blok c .

Tengah syok kemas locker , tiba-tiba aku dengar ada bunyi orang berjalan kat luar dorm aku. Aku buat tak tahu la sebab aku ingatkan budak dorm lain baru sampai . tiba-tiba bulu tengkuk aku naik. Aku ni berani sikit so aku check la dorm aku tu. Tengah aku chech dorm tu , tiba-tiba aku nampak ada susuk tubuh seorang perempuan tengah perhati aku kat belakang langsir. Aku dengan selamba badaknya tegur benda tu ” woi bila kau sampai ? ” aku ingatkan dia kawan sedorm aku. Lama kot aku tunggu dia jawab soalan aku. Sebab bengang tunggu lama , aku pun menghampiri langsir tu dan dengan keberanian yg bodoh tu aku selak langsir tu. But there’s nothing behind that curtain ! Tapi aku memang pasti ada seseorang belakang langsir tu.

Aku dah bergetar kaki dah time tu. Apa lagi aku lari la pergi blok c sebab kat situ ada orang. Aku naik dorm tempat budak tu . nama dia ecah. Aku terus meluru masuk dlm dorm dia. Time tu dia tengah berdiri kat langsir. Aku pergi kat dia dalan keadaan termengah-mengah. Tiba-tiba dia cakap kat aku macam ni ” kawan aku cuma nak kenal kau je ” . lepastu aku jawab ” sape kawan kau cah ? Boleh je kalau nak kawan aku ” . lepas tu ecah senyum kemudian dia genggam tangan aku sambil baca apa ntah. Aku terkejut gile lepas tu cuba tarik tangan aku tapi tak berjaya. Dia cengkam tangan aku kuat sangat sampai mengalir air mata aku. Aku meronta-ronta kat situ minta dlepaskan tapi dia cuma teruskan baca sesuatu yang aku langsung tak paham. Lepastu aku cuba baca 3 qul dan ayat kursi. Kemudian aku set kat hati aku dia makhluk allah. Dia takutkan allah macam aku takutkan allah. Tiba-tiba ecah menjerit ” aku nak kau! Aku nak kau ! ” aku terus tarik tangan aku dan berlari ke flat warden . nasib baik time tu aku belum buka tudung lagi.

Entah kenapa masa aku lari turun tangga blok c tu rasa macam tangga tu banyak sangat. Rasa macam tangga tu takda penghujung sedangkan blok tu cuma tiga tingkat je . aku pun baca lagi apa yg patut dan alhamdulillah aku jumpa jalan keluar. Aku terus lari ke flat warden yang duty hari tu. Warden aku tu ustazah tau . time aku baru sampai depan pintu rumah dia , dia terus bukak pintu tapi aku belum bagi salam pun lagi. Dia terus cakap ” ustazah tahu, jom kita buang benda tu sebelum dia menguasai kamu ” ustazah tu bagi aku air kosong yg telah dibaca ayat ruqyah dan yassin. Kemudian dia pegang tangan aku dan baca ayat alquran . lepas dia baca tu aku rasa ringan sangat. Ustazah tu cakap ” dia dah pergi, mari kita uruskan budak tu pulak “. Aku pun ikut je ustazah tu. Time tu aku heran gile mana student lain takkan la belum sampai lagi kot.

Akhirnya aku dan ustazah tu sampai kat dorm si ecah ni tadi. Ustazah aku suruh aku suruh aku zikir dan jangan berhenti. Kemudian dia bagi salam. Aku nampak ecah tengah menari tapi keras. Aku nak gelak time tu tapi aku tahan and teruskan zikir.

Ustazah suruh aku stay kat luar. Dia masuk tapi sebelum tu dia ada baca sesuatu. Aku tak dapat tangkap apa yang dia tengah baca sebab aku leka berzikir. Ustazah tu pegang kepala ecah kemudian dia cakap dengan ecah tu. ” assalamualaikum makhluk allah . aku datang nak selesaikan hal dengan kau.” ecah jawab sambil tengok aku dengan muka yg sayu ” aku nak dia , aku nak dia . bagi aku kawan dengan dia. Aku janji akan bagi apa yang dia nak. Aku cintakan dia ARGGHHH ” kemudian ustazah tu cakap ” kau tak boleh kawan ngn dia. Korang bukan dari alam yg sama. Dia manusia keturunan adam tapi kau iblis laknatullah ! ” kemudian ustazah terus baca sesuatu dan ecah meronta-ronta macam kena bakar. Akhirnya iblis yg merasuk ecah keluar. Aku memang terkejut beruk dah sebab benda tu berdiri betul-betul kat depan aku. Aku sempat tengok muka dia, cantik sangat, tak pernah lagu aku nampak hantu secantik tu hehe. Tapi aku teruskan berzikir.

Kemudian ustazah tu slowtalk ngn benda tu. Aku dapat dengar dengan jelas apa yg diorang cakap.” kau perempuan kenapa kau cintakan dia ? ” benda tu jawab ” aku tak tahu tapi aku nak dia ” ” jangan kau dekati dia lagi , korang takkan bersama! Sekarang pergi sebelum aku bakar kau dengan bantuan allah ! Tuhan aku dan tuhan kamu juga! ” benda tu cakap lagi ” aku taknak! Selagi aku tak dapar dia aku takkan pergi! Aku nak dia! Aku cinta dia! ” ” kau degil! Aku terpaksa berkasar dengan kau! ” mulut ustazah terkumat kamit lepastu ustazah laungkan ALLAHUAKBAR! aku dwngar benda tu jerit dan aku dapat rasakan haba panas yg datang dari benda tu sebab benda tu berdiri betul betul kat depan aku.

Jeritan tu beransur hilang dan ustazah cakap aku boleh berhenti. Aku tengok ecah dah terkulai layu kat atas lantai. Ustazah berikan ecah air kosong untuk mengembalikan semangat ecah. Aku pun tanya ustazah,” apa berlaku ustazah ? Kenapa dia cintakan saya walhal dia jin perempuan dan saya juga perempuan?” ustazah hanya menggeleng. Aku rasa dia pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku mendapatkan ecah. Belum sempat aku tanya apa apa, ecah terus cakap ” aku minta maaf sis , aku punca semua ini berlaku. Aku yang panggil dia, aku yang nak kawan dengan dia, aku yang kenalkan dia dengan kau! Semua ni salah aku. Memang benda tu ada cakap kat aku yang dia tu sejenis dan dia cintakan kau. Aku tak pernah cakap kat kau sebab aku nak dia gembira, kalau dia marah dia akan kacau kehidupan aku. Aku minta maaf sis ” terang ecah sambil menangis. Aku terkejut gila tapi aku maafkan dia. Semua dah selesai dan ustazah pun dah balik. Budak budak semua dah smpai. Aku tanya kenapa diorang lambat pastu diorang jawab jalan jammed sebab ada perempuan accident. Tapi bila polis dan ambulans sampai mayat tu dah hilang. Operasi mencari masih diteruskan. Aku pun cakap dlm hatu ni semua mesti tipu daya syaitan untuk buat student lain lambat sampai supaya plan dia nak dekat ngan aku berjaya. Aku terus diamkan semua yang berlaku sampai sekarang. -The End –

Ni cerita benar tau. Maaf kalau jalan cerita tak seram. Aku cuma berkongsi pengalaman aku je. Thanks admin kalau cerita tak seberapa ni publishkan. Assalamualaikum. Moga terhibur.

Kongsi kisah anda: 

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

http://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Sis

5 thoughts on “Aku Nak Kau”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.